Tuesday, June 5, 2012

TIADA DUKA YANG ABADI :'|


[mendengar Tiada Duka yang Abadi by Opick]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia :)

Err~ apa khabar korang semua? Aku sentiasa doakan yang baik2 utk uols, no worries.

Terasa macam dah berabad tidak mengapdet belog sedangkan baru seminggu lebih. Adakah hidup aku sekarang ne berada dlm keadaan fast-forward? Ahahahah. -,-‘ lame. Taklawak pon, aku taw.

Syahida :’(

Guys, masuk hari ne (5 Jun 2012) sudah sepuluh hari adik perempuan aku yang kedua dimasukkan ke ICU atawpun nama spesifiknya HDW (High Dependency Ward) di Hospital Serdang. Selama sepuluh hari ne gaks lahh dia tak sedarkan diri. Wallahu’alam lahh nak kata koma kehape. Tapi setakat ini, Alhamdulillah sbb bila di-scan otaknya didapati tiada sebarang damaged cell yang memungkinkan keadaan adek aku bertambah-tambah kritikal. Aku anggap adek aku taksedarkan diri sebab ubatnya terlampau kuat dan dia still takterdaya nak bangun. Selebihnya, macam yang ayah aku pesan pada kami adek beradek… ‘kita serahkan segala-galanya pada Allah swt.’

Huda dan Syahida

YKW, aku tak pernah sangka keadaan akan jadi macam ne. maksud aku… keadaan yang sgt merisaukan, menyedihkan mendilemakan, men-tensionkan dan sangat menduga keyakinan. Lebih tragis lagi sebab adek aku start masok ICU on my birthday; 27th May yang lepas. Yosh, ianya satu tamparan yang sangat hebat utk menghadapi adek yg semakin menunjukkan positive progress tiba2 dimasukkan ke ICU dlm keadaan taksedarkan diri pd hari jadi sendiri.

Setiap hari kami satu family mendoakan agar dia sedar. Tapi dia tetap xsedar. Pergerakan2 kecil pada mulut and kelopak mata dia betul-betul melegakan. Even ia tak dikira sebagai sedarkan diri, at least it is much better drpd tgk dia terbaring kaku semata-mata. [sobingss]

Like my parents yg sometimes diganggu dgn soalan ‘dia ne akn sedar ke?’.. aku jugak tak lari dr disoal mcm tuu dlm diam. Apa yang aku perlu lakukan adalah terus yakin yang Allah mendengar doa kami satu family. Aku yakin sebab aku sendiri pernah terbaca bahawa Allah akan perkenankan doa hamba NYA yang bermohon kepada NYA. Dia dekat dengan hamba NYA. Sesungguhnya kekuasaan Allah meliputi setiap yang ada di langit dan di bumi serta setiap sesuatu yang ada di antara keduanya. Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA. DIAlah yang beri penyakit dan DIAlah yang akan menyembuhkan sekiranya itu yang dikehendaki NYA.



Aku benar-benar harap yang dugaan serupa ini hanya dugaan untuk kami waktu cuti sekolah ini shj.  Sebagaimana ia bermula betul2 time mula cuti sekolah, aku harapkan kalaulah ia dapat berhenti bila cuti ini berakhir. Wallahu’alam. Aku serahkan pada Allah yang Maha luas pengetahuan NYA. Aku ne manusia yang lemah; cuma mengharap dan berharap harapan aku diperkenankan.

Ayah dgn mak aku khususnya, tak pernah penat dgn ikhtiar dn usahanya. Baik dgn rawatan hospital, rawatan secara Islam juga diberikan kpd adek aku melalui bacaan ayat2 amalan dari Al-Quran. Hanan dulu sokmo bagitaw ak, Allah melihat pada usaha kita. Quote ne dah tak asing lagi dlm hidup ak. Selebihnya kita tawakal laa. Allah pasti beri keputusan berdasrkan usaha kita kan.. Aku akn pegang mnde ne. doa aku, biarlah aku dan family tak putus harap, tak putus berdoa dan tak henti berusaha. Semoga Allah pandang usaha kami dan berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga mcm yg kami nak. Aminn.

Satu lagi mende yang aku dok semat dalam kepala aku. ‘Khabarkanlah berita gembira bagi mereka yang sabar’ Aku salu gak doa, moga2 kitorang neh tergolong dlm golongan berkenaan. Dgn harapan agar berita gembira seperti yang dijanjikan Allah itu akn dikhabarkan kpd kami. Janji Allah itu pasti. *yakin x100*

Walaupun yakin dan akan terus berusaha mendoakan adik aku. Hiba dan sedih konpem tetap dirasa. Yelah, bila adek aku sakit xsedarkn diri mcm ne.. salu la ak terbayang waktu2 lepas yang kami lalui bersama. Dulu dia bersama kami tp skrg dia sorg2 kt katil wad tu hah. Sakitnya tuhh mestilah dia lebih rasa. ‘Takpe, Allah ada dgn kami semua.’ *kena yakinkan diri* Aku doakan agar keajaiban akan berlaku. Even Dr. kata adek aku kritikal, tp klw Allah hndkkan dia sembuh, msti dia akn sembuh jugak



 Abah kata kat aku and Huda. Mungkin adek tuh nampak je sakit, supaya kita2 yang tak sakit ne amek pengajaran dr apa yg dialaminya. Siapa yang tahu klw dlmnnya itu tak sesakit gambaran luarnya. Semua kerja Allah dan aku sentiasa harapkan Syahida kuat semangatnya, InsyaAllah..

Kami bertiga satu ketika dulu, yang menggelabah dan poyo dpn camera <3

“SEMOGA CEPAT SEMBUH SYAHIDA” – aminn ya Rabbi

7 comments:

odah said...

eizah, kiteorg sekeluarga doakan syahida cpt smbuh..sedihnyer tengok kezen sndri gtu..sob3..klo aq pndai bwk kete, lme dh aq g jmpe korg..sob3.. aq tumpng bersedih~ jgn putus hrp pd Allah k :D. smoga raya thn ni, kite semua boleh gelak2 mcm dlu :)

dr 'afifah said...

eizah..ipah doakn jugak syida cpt sembuh..sgt2 berdoa..ipah doakn eizah n famili kuat ea~betul, Allah tgh uji kita.ipah pun terasa jugak sedihnya sbb kite sume 1 famili..kite sume bnyk kongsi kenangan same2.

ipah tau eizah,umi ngan abah ngan adik2 sume kuat.jgn cpt mengalah!!
Allah always with us~

"dan apabila aku sakit, Dialah yg menyembuhkan aku" (26:80)

Anonymous said...

eizah...sentiasa harapkan "miricle" akan berlaku ke atas adik awak,saya sentiasa ambik berat pasal keadaannya dan harapkan yg terbaik akan berlaku secepat mungkin.pikir semua perkara secara positive dan harungi setiap dugaan dengan hati yg tabah bersama2 dengan keluarga anda.....saya percaya bahawa dia akan sembuh dan bersama2 bernyanyi dengan awak.Best of Luck,truely from a friend's heart!
Daripada:
Andrew(The forever shinning little star)

Anonymous said...

salam Eizah.. ssngguhnye ALLAH sntiase b'same org yg sabar :) thnk + t'hadap ape yg b'laku. insya ALLAH ade keajaibannye~

-bintun Omar-

Hazie Lutahraf said...

odah : uhu.uhu.. aminn ya Rabb, aku pon harap kita semua dapat beraya dgn hepinya tahun neh, InsyaAllah.

Ipah : Ipah, terimakaseh ats doa. semoga Allah menghendaki kesembuhan bg syahida. *eizah yaken!*

Andrew : tq sbb ambil berat. u r my ohsem fren laa. :) God willing, I believe that kind of miracle I wish will come true!!!

Rufaidah : InsyaAllah. tq

Anonymous said...

:(

Asilah Sahira said...

Eizah,sabar la k..Berat mata memandang berat lagi bahu dok pikul.Sakit tu slh satu ujian daripada allah utk mnguji keimanan hambanya.Allah s.w.t x akn bg ujian yg x mmpu hambanya hadapi.Lidah aq pun dok kelu nak bagi kata2 semangat sbbnyer hati aq pn turut sama rasa mcm mana ko rasa.Walaupewpun,ingtlah setiap penyakit tu ada penawarnya kecuali maut.Kita hanya mampu berserah dan tawakal.Anggap sahaja syahida sdg tidur skjp.Mengasingkan diri drpd dunia yg fana ni.Nanti dia bangunlah.Aq dan keluarga sentiasa mndoakan syahida kmbli bngon..senyum sikit :)?