"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.." - drCINTA
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Lawatan ke belog2 yang aku follow pada tgh malam ini telah menemukan aku dgn entry latest dari drCINTA. Terasa terkena je entry beliau dgn current situation ak skrg even aku tak berapa pasti sama ada genre entry tu tntg cinta ataupun umum; Wallahu'alam.
Baca tajuknya saja dah boleh buat pujuk hati yang resah dek keadaan adik aku sekarang. Aku yakin dan InsyaAllah akan bertambah yakin - Sometimes Allah takes everything from us so we can learn the value of stay strong. YOSH. time abah ada dekat rumah sekejap after Maghrib tadi, abah pun pesan benda yang sama dekat aku. Suruh aku kuat and tak putus asa usaha dan tawakal pada Allah nk hadapi dugaan sekarang. Mana taknya, dalam yakin2 aku pon... tertewas jugak aku dgn keadaan skrg yg adakalanya lebih men-tension-kan dan lebih sukar dr biasa. Mulalah time tuu, rungutan and keluhan keluar dr mulut sesedap rasa jeh. *istighfarbebanyak* Sedangkan aku tahu solusi terbaik dn termudah utk dipraktikkan adlh sabar. tang tuu pon aku kalah gak nk praktikkan. Nampak nor takkuatnyeh menghadap dugaan yang tak sehebat dugaan utk adik aku di hospital tuhhh.
moh usya ayat drCINTA merangkap ex-senior aku. ahaksss..
Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.
Amin ya Rabbi.. aku pon harap gitu dalam setiap doa yang aku panjatkan pada NYA.
aduhai hati neh, mohon tak mudah melatah dgn dugaan neh macam yg terjadi Maghrib td. lemah betoi antibody iman aku neh. Bukan aku yang terlantar di wad, tp aku punya keluh tuu lebih lg dr adik aku sorang tuhh. *hampabetoi*
Panjang ayat abah nak pujuk anak sulung dia yang tak berapa tough neh. Antara kata abah,
"Ujian utk kita sekeluarga ini kerja Allah swt, yang menjalankan hamba NYA; macam abah berulang-alik ke hospital setiap hari juga adalah kerja Allah. Alhamdulillah setiap perjalanan abah, Allah permudahkan dan Allah jaga keselamatan abah dan umi sehingga selamat sampai jumpa anak2 di rumah. Lihatlah, dalam Allah uji kita, Allah masih curahkan rahmat NYA. Mungkin kita ni sebenarnya masih kurang syukur kepada NYA"
Haaa... betul gak tuh. mungkin banyak lagi kekurangannya. lepas2 neh kena belaja utk lebih bersabar dan sentiasa syukur dengan nikmat gamaknyeh. :) saranan drcinta, beliau ajak buat qiamullail. uhuksss~ katanya "kita qiam bukan sebab iman kita kuat, tetapi qiamullail itu untuk menguatkan iman kita; Allahurabbi" InsyaAllah aku boleh try utk istiqamah ikut saranan tuu.
Last dari aku tgh malam ne... terimalah [MOVIE]NASKHAH CINTA RASULULLAH. benda baik eloklah dikongsi, tak gitu? :D lets improve to be a better ummah wif this ohsem effort from IPG Perlis. ahaksss.
No comments:
Post a Comment