Tuesday, December 20, 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum wbt.

sekarang ne dah nak dekat 2 in the morning. dah masuk hari Rabu dah and lagi sehari before
tarikh keputusan PMR 2011 keluar seluruh Malaysia.
bagi pelajar2 PMR tahun ni, silalah berdebar. I wish all of you the best. ^^v

gonna missing those time we spent in MaHISS


Terrible Tuesday


assalamualaikum wbt


gambar hiasan semata-mata


dan selepas tuuu.. semua orang dah start mengarut dan meneyebut benda2 yang sgt obvious.
mana nak sorok muke ni?? (='_'=) yosh 

terrible Tuesday kah harini? haha.. no way. tak terrible langsung pon sebenarnyeh.
tajok tuu saja nak gimik jeh semata. :)





Monday, December 19, 2011

10 day before PLKN

Assalamualaikum wbt

my sis tgh usya 'Paris Hilton ; My New BFF' buat kali kedua. uwww.  takminat ! takminat!
[dropthesubject]

makin dekat dengan tarikh nk gi Manjung... aku agak semakin risau.
you know, walaupun aku dan positive minded about PLKN dan excited tentangnya, but I'm sure
banyak cabaran akan menghantui aku kat sana. aku harap sgt aku dah ready dengan cabaran2 mendatang neh.
Feeling like, 3 bulan. Ohhhh lamanya. Nasib baik ada cuti Raya Cina. Phewww...
kepada yang terbaca entry ini, aku sangat mengharapkan doa korang. doakan agar aku dapat survive dkt PLKN nanti n enjoy ilmu2 baru yang akan di-diffuse-kan ke dalam diri aku.
ok lah guys. intenet slow yang amat. babai.

[ps] kak ti buat aku terminat dengan yonseo couple. omo!! so cweeet. lagi 5 episode to episode 51 :(



Friday, December 9, 2011

commited sin

assalamualaikum..
apa khabar korang?
best cuti...?

oh yer.. result UPSR ritu caner..?
hehe.. da bezaman keluar, aku baru nak tunjuk caring..
gagagag. wrong time doe.
anyway bg adek2 yg dpt less than 5 a's tuu..
tahniah jugak. rezeki di mana2. kalau tak dpt sekarang, mungkin dpt masa lain. PMR kerrr, SPM kerr.
as long as kite berusaha, InsyAllah Allah akn permudahkan utk kite.
so u guys.. chaiyok2 for the bright future oke!!

n korang yg berumur 15 pulak..
kalau xsilap aku la, ambil result 28 Dec nanti. kan? kan?
so get well prepared lah yerr
doa banyak2. Moga korang dapat result yg cemerlang dan gemilang hendaknye.
biar hepi sket parents korang.on tat time.. korang pon akn rase hepi jugak.
trust me. aku ckp based on pengalaman.
walaupon result aku bese2 je.

yg SPM ..
errr..
happy honeymoon bg yg dah habis semua paper.
bg yg belom mcm aku neh...
plz jgn buang masa n stadi sprti yg korang tgh buat skrg.
YKW, menaip entry pd pukul 4 am ne buat aku rase mcm aku tgh berdosa besar.
instead of berbeloging.. aku tahu, ak suppose khatamkan buku PQS yang
ada.. GOSH!! T..T teroknye aku neh. *ashamed*
tp da kemaruk sgt nk berbeloging....
nak wat caner kan...?
ahhhh.... tak saba nye nak habes SPM mcm org lain. baru la aku bole rasa kemerdekaan
mutlak mcm diorang; as a form 5 student laa..

bg yg dpt PLKN. TAHNIAH. semoga berjumpa nanti.
bg yg apply DQ, semoga u guys succsess and diterima ke sana.
bg yg dah ada plan nk keje apa after SPM neh... BEST OF LUCK for all of u.
harapan aku.. harap2 everything goes well dkt kem PLKN Manjung nanti. Aminn
*mcmadagrammarerror* SILAABAIKAN.

oke babai. Assalamualaikum. n MORNING!
esok nk g kenduri kawen.. harap rasa mengantuk esok bole postpone smpi habis majlis.
jgn tetido time2 tgh mengunyah nasi minyak dah laaaa.. *taksenono*

sorry for tajuk yg indah khabar dari rupa tuu.

akhir kata, ini pesanan ringkas dari aku:


Thursday, December 1, 2011

Hi Tumblr


adoiyai... parah..parah.
harini boleh kata majoriti masa aku dihabiskan di depan PC.
mula2 tuuu, swicth on PC n ber-internet cuma untuk semak penempatan PLKN je.
then macam2 pulak yang aku  buat dalam dunia maya ne.
hailah godaan dan cabaran betul.

anyway..
imej kat atas tuu adalah print scrint tumblr aku.
TETTTTTT. melobi ke?
manade. saja nak share.
orang lain, ber-tumblr ne da jadi hobi tahap expert..
aku pulak, baru merangkak-rangkak nk customize itu ini kat situ.

aku nk jadikan tumblr aku yg maseh setahun jagung ne sbgi
tmpt mengumpul semua koleksi islamic quote yang aku dah buat.
Itu jeh matlamatnye. Tak lebih dan tak kurang.

[notakaki] sedih dan shock tentang apa yang menimpa pakcik Jaa. Semoga beliau ditempatkan di sisi orang2 yang beriman. aminn ya Rabb [al-fatihah] T_T

Nayzak [part 4] : mixed quote
















Nayzak [part 3]:Misunderstood, feared & hated


jalan2 sekitar alam maya tadi.. terserempak dengan karya terbaru dari Nayzak. Interesting. 
Korang kena baca. InsyaAllah takkan nyesal punye. meh sama2 kite belaja sesuatu dr pembacaan entry  ini. 



today I'd like to talk a little about Stereotype.

On April 19, 1995, a big deadly terrorist attack transformed Oklahoma City into the center of the media universe. Reporters from all over the world swarmed to cover the bombing of the city's federal building, where 167 people died.
But unknown to most people at the time was the tragedy that happened next. At least 220 attacks were committed against Muslims and Arab-Americans after the FBI said that three Middle Eastern men were the prime suspects in the bombing.
There was a rush to point the finger in the four days before authorities charged former U.S. Army serviceman Timothy McVeigh in the bombing.

"Bombing happened => the suspect must be a Muslim." sadly this is how many westerners (who are not familiar with Islam) think.

the West has many stereotypes and misconceptions about Islam that are due to the media, prejudice, and ignorance. Islam is often looked upon as a "extremist", "terrorist", or "fundamental" religion. Many people hate Islam and do not want to to try to know more about it. In many cases, the media’s reports about Islam are incorrect due to ignorance. 

The major factor which contributes to Islamic stereotyping in the West is due to the media’s ignorance of selecting their words that describe Muslims. Some common names heard or seen in the news about Muslims are "extremist" or "terrorist". These words are misleading and are mainly anti-Islamic.
Adding to the fact that the media creates inaccurate ideas about Islam, the Western media is also very influential to its audiences in making negative Islamic stereotypes.

There are over 1.3 billion Muslims among the 6.6 billion people in today’s world, and 45 of the world’s 193 nation states are largely or predominantly Muslim. The economic circumstances, religious attitudes and political preferences of these Muslims vary widely, of course. The vast majority are moderate, responsible citizens, who are the same as people everywhere. They want meaning and purpose in their lives, sustenance and economic opportunity, family, friends and happiness. among these Muslims, there are the bad ones, and there are also the good ones. 

Today in the west, there are three types of Muslims: immigrants, converts and those born to either group. but many Westerners don't know this. they think that a Muslim must be an outsider. by thinking like this, they are denying the native Western Muslims their Western identity. do not think an American who happen to be a Muslim is no more American!


The best solution to defeat this stereotype and avoid discrimination and prejudice is to learn about these people that are different. when we learn about each other, we know the truth from falsehood and we won't be fearing each other. so let's all be learning.



I hope that was beneficial.

thanks Nayzak. malas2 ponnn drawing maseh meletop n  edpt buat ntry  yg mantap.
Wallahu'alam. :) 



Siapa Paling Malas?


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
Melayukini.net – Kah kah kah memang lawak cerita orang paling malas ni. Nak cerita pun malas yang aku sangat tak tahan tu. Apa-apa pun, sikap malas ni sangat la tidak elok dan sangat dibenci oleh Islam. Nak masuk ke syurga kena rajin. Rajin buat ibadah, rajin tolong orang, rajin buat baik dan macam-macam lagi. Malas ni sikap syaitan. Wallahualam.

Doakan aku 12 A+ | amin ya Rabb |

sijil paling mudah? MUDAH laaa sangat...





Timah.. mcg ko tadi buat aku tersengih panjang kotttt :D tapi mcm xcaye lak. hehe



Wednesday, November 9, 2011

Saat itu, Ditinggalkan di Tepi Highway



 


Assalamualaikum wbt.
Mcm biasalah kan… thanks kerana sudi membaca.

Aku taip entry ne on midnite sambil mendengar ‘Permata yang Dicari – DeHearty’.
Trimas Ayu sbb kenalkan aku dgn this song :) lirik die best bebeh :D

            Harini; pg ne.. aku nak kongsi satu cerita dengan korang yg full of sarkastik and kiasan yang tak berapa dlm. Let c if u guys can figure it out or not.

            Seorang pompuan, Neyna (bukan nama betoi ponn) sedang memandu keretanya nk ke JB. Die lalu highway. Then, baru few kilometres drive,  dia terpandang pavement.. someone’s car broke-down kat situ. Kereta berasap lagi. Tiba2 Neyna rasa nak tolong someone tuu. Tambah lak, she needs companion along the journey to JB. 400 ++ kilometres kan? Mesti membosankan kalau drive sorang2 tnpa teman.

            Rupe2 nyeh someone tuu is a girl, sebaya je ponn dan kebetulan jugak pompuan tuuu, Jannah (bukan nama betoi gak) JUGA ingin ke JB. Neyna feel at ease. Allah memperkenankan hrpn die. Dia dpt benefit sbb Jannah dpt jadi peneman di kala kebosanan n in the same time dia dpt buat amal dgn membantu org. Neyna bukan jenis yang alim and misali bagai.. so, membuat baik merupakan peluang yang agak rare bg dia. Maka dia merebut peluang tuh.

            Once Jannah masuk dlm kereta Neyna, dia baca doa naik kenderaan. Nampak remeh je apa yang Jannah buat tuhh but still, Neyna impressed sbb yang nmpk remeh tulah yang dia tak pernah buat ponnn sbnr nyeh.

            Time dlm kereta as expected, Jannah memang seorang peneman yang baik. She makes joke and berkongsi cerita dengan Neyna. Not jus that.  Ada sekali dua tuu.. Neyna  TERlelap and kereta dia hampir nak ke bahu jln, tp Jannah yang masih sedar cepat2 control steering and kejutkn Neyna. At that time Neyna bersyukur sgt. Percaturan Allah itu hikmahnye indah. Neyna mengakuinye. Dia anggap companion is just to accompany; dia anggap Jannah sbgi teman berborak  je. Tp, apa yg Jannah dh buat td time di TERlelap tuuu memang sesuatu yang dia akn ingt. Sbb bukan skali dia TERlelap, ada la skali dua. Jannah tak mrh Neyna ats kecuaian Neyna, instead of getting mad (sbb any accident that might occurred akn affect Jannah juga because she is part of the car) Jannah menawarkan diri untuk drive agar Neyna bole rehat jap. JBjauh lagi.

            Jannah sepatutnye tegur Neyna for her mistake. Tp, dia tak tegur Neyna sbb dia takmau kacau such a grateful mood of Neyna yang rasa sesal gile sbb die cuai while driving sbb neyna is the one yang menolong dia td. Die rasa kurang senang utk rosakkan mood org yang tolong die. Tambah pulak, diorang baru kenal.

            Drive punye drive, mereka berdua dah lepas sempadan Negeri Sembilan-Johor. Neyna tanya Jannah nak gi mana? And Jannah ckp lah die nak gi *namatempat* (for good purpose k) Neyna rasa interested. Tah mcm mana tah… after calling sana-sini, neyna dpt tahu yang kawan2 (yg die kenal) die ada dan terlibat dgn program di *namatempat* tuu. Program tuu turut bukak pendaftaran utk ke somewhere2  mcm rombongn/bantuan kemanusiaan gitu. Penyertaan limited. Sepatutnye bila guest dah smpi *namatempat*, baru mrk bgtahu psl penyertaan utk rombongan tuu. Tp sbb yg terlibat dgn program tuu ialah kwn Neyna, sbb tuu die inform awl2.

            Neyna started getting worried. Tiba2 dia terasa mcm taknak bgtahu dkt Jannah tentang info yg dia dpt tuu. 
           
            Neyna stopkan kereta dia kat tepi highway and suruh Jannah keluar dari kereta dia. She claimed that she are unable to help Jannah anymore. Neyna ckp, lupekan je lahh yg dia (neyna) pernah tolong Jannah pd hari tuu. Lepastu, tau2 je kereta Neyna dah meluncur jauh dari Jannah and slowly hilang dr pandangan mata Jannah. Kalau orang lain, konpem2 “demit”

This quote have nothing related to myself. Currently, I don’t have any problems or conflicts with my friends. InsyaAllah, keakraban kami berpanjangan.


dah keluar dr mulut sbb kene tinggal tepi highway. Jannah.. dia rasa SEDIH tp x mrh ponnn. Everything happen for a reason behind it. Jannah bermonolog, “maybe mende ne jadik sbb dia terlalu percaya sgt kt Neyna tuu. Sape suruh..”

[and aku rasa =,= waterpark!.. kudus betoi si Jannah ne nk let go mcm tu je.]

            because of kejadian di tepi highway dengan Neyna tuu.. currently bile denga or dpt tahu ATAU terpandang org lain menumpangkan seseorang….., Jannah bersikap pesimis dan skeptikal. Dia akn bersangka buruk sebelum bersangka baik tentang perkara tuuu. dia trauma kottt.

-THE END-





Cerita kat ats ne tak logik, aku tau tuuuu. Hope korang enjoy cerita berbahasa rojak ne. please, maafkan aku krn MEROJAKKAN bahasa. aku bukan tak sengaja dan bukan sengaja juga. Errr, paham ke apa maksud aku??

[notakaki] cube bayangkan story ats neh dr perspektif PERSAHABATAN. ( bole keh korg bayangkan? Heheh. Dah la citerr tu mcm serabut je, kan? )

[notification]

ANYWAY,
as stated above, persahabatan itu ada awl tiada penghujung bukan? So, kenapa perlunya putuskan persahabatan semata-mata kerana merasa diri AWAK tuuu lagi baik dari diri kawan AWAK? Adakah krn AWAK nak berubah menjadi insan yang lebih baik di ats muka bumi Allah ini, maka kawan AWAK yang kurang baik ini perlu ditinggalkan? Perhaps you worried ur friends will give u bad influence. Adakan begitu? Why don’t AWAK yang give her GOOD influence yang AWAk ada, since awak dah jauh ke hadapan for a good purpose? Jgn BENCI orang yang buat salah TAPI benci KESALAHAN yg dibuat. Tahukah AWAK bahawasanya sahabat itu saling memerlukan dn saling melengkapi kerana masing2 punya kelebihan dan kekurangan?

Perlukah AWAK ckp yang kawan AWAK tuu takperlu nk rindu2kan AWAK just because u think yang perasaan kwn AWAK tuuu tak jujur? Since when that u have such a power to measure  sincerity? Kawan awk mungkin ada kekurangan on certain2 part but at least, dia menghargai AWAK sbgi shbt dia yang mana dgn mudahnya awak lupakan dia.

I adore urselves yang memelihara baik hubungan dengan Allah. AWAK berusaha menjadi seorang hambaNYA yang terbaik spt org lain yang juga punya mtlmt yg sebegitu.
Walaupon mcm tuu, AWAK jgn lupe juga, mukmin yg cemerlang itu bukan shj yg menjaga hubungan dgn Rabbnya tetapi TURUT menjaga hubungannya dengan insan lain.




In this situation.. the quote above doesn't really work.  tak semstinya bila kawan kita tak tegur kesalahan kita means dia seorang ‘kawan plastik’. Menegur itu tidak mudah. Bg mereka yg menegur, tahniah kerana anda memang hebat sbb dpt mencegah kemungkaran barangkali dgn tgn ataupun dgn lidah [rujuk hadis] *seryesakutaktipu*
tetapi IMO, bukanlah beerti tak menegur…terus takboleh dijadikan kwn. Tak semestinya bila kwn tak menegur kita boleh teros lupe kebaikan kwn kite terhadap kite. EVEN dlm hadis ponnn diriwayatkan mafhumnya bhw ‘jika TAK DAPAT nk tegur, cegahlah kemungkaran dgn berdoa dan membenci kemungkaran tersebut. Ianya merupakan selemah-lemah iman.’ Ada orang tak dpt nak tegur bukan krn dia sje2 taknak tegur. Tp adakalanya krn terlalu menjaga persaan dan sbginya. Ingat, dia tak tegur kawan die yg buat slh tuuu, dia hepi ke? entah2 dia serba slh melangit. Manusia itu lemah dan tak lepas dr buat silap. Buatperrrr terus nk judge kwn yg tak menegur sbgi ‘kwn plastik’?
mmg lahh berdoa itu selemah-lemah iman. But then, kalau kwn dh memang tak strong-hearted nk menegur biarlah kalau dia berdoa ponn. Doa itu SENJATA umat Islam. Sbb tak dpt nk bertindak sendiri using her/his own ability, sbb tu kwn guna senjata untuk cegah kemungkarang yg dilakukan kwn dia yg len.  Selemah-lemah iman. Naperrr? rasa mcm lemah iman tak suit dgn diri kita kew? Mmg adakalanya kita lemah iman, akui jelahh. Lemah iman bukan beerti sesorang tidak beriman. Tambah pula iman manusia mmg BERTAMBAH dn BERKURANG.[rujuk buku teks syariah Islam form 5]
Bukan bermaksud kawan tuu tak tegur kesalahan kwn yg satu lagi then, forever n after dia adalah insan yg lemah imannye. Na’uzubillahimindzalik

Wassalam. Bukan maksud ak bebel2 ne sbb nk ‘tembak’ org tertentu. Ak bukan cm korang yg penuh ilmu agama di dada. Cuma.. di sebalik entry panjanggilenakmati ne, aku harap ukhuwah itu dapat disambung semula. Btw, doakan aku dpt further stadi kos Usuluddin lps SPM t eh.aku perlukan doa korang. Lapyu guys.

Wallahu’alam. Sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati manusia. [rujuk hadis mutasyabihat] I’m SORRY for ALL MY WRONGDOINGS. Jgn mkn dlm k. :D

3 am in the morning
 


Friday, October 28, 2011

ANNOUNCING...

hi and hello + assalamualaikum earthlings.
aku hapdet sikit je nih.
nak mintak korang sume doakan aku utk SPM 2011
yang hanya lagi 14 hari je lg.
jumpe korang lps ne. bnyk kott pic khatimus sirah aku nak sumbat dlm belog.
kire postpone lps SPM lah yerrrr.
oke lah guysss. aku dah jln2 skodeng belog orang. nak g smbung stadi.
doakan aku tak TERtido sbb aku salu mcm tuuu bile stadi :(

wish uols in da pink of health. May Allah bless us.
Assalamualaikum wbt. terimas sbb sanggup singgah dan baca.

Sunday, October 23, 2011

MISI KHAS DEMI SAHABAT kepada SEORANG SAHABAT yang lain

Assalamualaikum wbt :D

Sebelum berlangsung program Khatimus Sirah.. sebenarnya sesuatu yang agak tragik telah terjadi. Taklah tragik sgt, tapi tragik lahhh gak, sikit2. Harap2 Hanan Adzha tak lupa tarikh KERAMAT ne sampai bila2.

Once upon time; not long ago… seorang shbt ne telah berjumpa Hanan dan meminta dia belikan pendrive. Hanan mengiakan je lahhh. Dia kan baekkk hati. *kawanakutuh* takkan dia nak hampakan shbt tersebut kott. Tapi seryesli Hanan inform kat aku.. dia memang taktau langsung bahawa pendrive yang diminta sahabat tersebut sebenarnya adalah hadiah untuk sahabat kepada sahabat tersebut. Bbbahhhh. Kira hadiah request lah ne. *GOSH.demit* Hanan yang taktahu-menahu akan hal itu, mana nak beli pendrive tuuu since dia ponn tak berpeluang nak keluar rumah.

            Hah kau! Sahabat tuu apa lagi… risau melangit laaa bila dapat tahu Hanan yang baekk ni tak beli pendrive merangkap hadiah request tersebut. Weh uols, cuba bayangkan… Dalam situasi gamat dan gawat tuuu, respon dan reaksi sahabat berkenaan seolah-olah menunjukkan Hananlah yang BERSALAH. Cerita Hanan tak belikan pendrive seperti yang dia minta mula tersebar luas dan bertebaran dalam kalangan kawan2 kpd sahabat tuu. Korang rasa patut kerrr?
[lepas rehat; beberapa jam lagi sebelum jamuan bacth berlangsung]
Hanan takmahu susahkan mak dia demi seorang sahabat kepada sahabat tadi. Walaupun kelihatannya macam shbt tuu nak sgt pendrive tuuu TERAMATSANGAT-SANGAT, dia cuba berusaha untuk carik alternatif lain bagi merealisasikan hasrat sahabat berkenaan WITHOUT menyusahkan ibunya. *muliasikapmuNan*

            Dia jumpa Fye. Kot2 teman sekelasnyeh tuu ada TERbawak extra pendrive. Malangnye, Fye tak bawak. Berfikir punya fikir (aku pon join memikir juge okeee. I’m a gud friend tau. *perasan*) mula2 tuu ingatkan nak mintak tolong Im belikan ASAP before jamuan bacth. Time aku dah berhadapan dengan Im; bersama-sama dgn Madi…baru aku ingat yang stunt-man maahad tuu baru lepas eksiden moto. Ggggaaaahhhhhh. Rusak first plan. Takdapat mintak Im.. kitorang bercadang nak mintak tolong Darwish. Mungkin dia berhati mulia dan murni serta seterusnya nak tolong Hanan. Silmutaneously, terdetik jugak idea dari horizon minda ne nak mintak tolong Faisal. But then, terserempak dengan Timah, dia bagitahu bahawa harapan nak minta tolong Faisal sebenaqnyeh TIPIS. So, Faisal di-blacklist dalam senarai savior of the day.
           
            Masa makin suntuk; sejam lebih je jamuan tu akn setat. Out of the blue, Timah sarankan kitorang (time tuu aku ngan Mina je) jumpa dengan kak naqibah dia. Dia cakap akak tuu memang superb kind-hearted. Yang gi jumpa akak tuu Mina ngan Timah (Mina yg hebat sgt risaukan Hanan on tat time. Die mmg kwn yg sweeeeeettt.) aku naik kelas. Mana tau jumpa Hanan kat kelas. She need to know that kitorang sbgi kawan dia, bersungguh wanna help her.

*lagu Bruno Mars – Count On Me*

            Less than 10 minute before tamat P&P hari itu, barulah Hanan pulang ke mejanya. Aku cepat2 sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Time tgh ckp2 tuu, Hanan TERPERASAN yang Mina dah wujud di pondok Syauqi (pondok parkir motor). Pe lagi bebeh. Seperti Flashman aku dan Hanan bergegas turun dan menuju ke pondok tersebut. Walaupun dlm jarak jauh, aku jerit nama Mina. Time tuu Timah dah naik motor dah. (dia dpt kebenaran guna motor akak form 6, naqibah dia tuu)



Dalam kalut2 tuuu, akhirnya Hanan ambil keputusan untuk menjadi pembonceng Timah. Lagipon Mina seems ragu2 nak jadik pembonceng waktu tuuu. Yelakan, Timah tuuu ade license kerrrr? A bit risky sebenarnye. TETTTTT !!

            Cuba korang usya betol2.. Mina pegang duit merah kan? Ggggaahhh. Itu baru SIKIT dari duit yang ada kat tgn dia sebenar nyeh. YKW, adelah beberapa org buddies dah tolong Hanan dlm situasi ini. Diorang menyumbang dgn meminjamkan wang ringgit yg diorang ade. Takkan nak beli pendrive pakai air liur kottt, kan? Hanan pulakkk bukannyeh bawak duit bnyk2 pi skool haritu, nak makan juadah jamuan bacth lah katakan (bukan sebab dia tak BERWANG yerr). So, tindakan buddies yang menyumbang tuu sememangnye sgt membantu dlm misi kemanusiaan ni. Alhamdulillah. Aku pulak yang terharu memuncak dengan kebaikan diorang neh. Huhuhu~ taksangka kawan2 aku ne berhati suci & murni belaka. Semoga ukhuwah dgn mereka kekal selamanya. ANTARA yang menyumbang ialah Syarfa’ dan Syiqa Abd Razak. Trimas kuucapkan on behalf of Hanan dan diri ak sendiri.



Aku dah cakap dah awal2 aku nak snap2. Tapi nmpk nyeh gamba ne dh jadik gamba candit sebab takde siapa kesah dengan permintaan aku. Huhuu~ nmpk macam Mina tengah bagi pesanan dan nasihat kpd Hanan kan? Hanan yang kat tempat pembonceng tuu dah tak sabar sgt dah nak pergi. Korang agak Murti bagi lepas tak? Nasib baik lah sesi P&P dah selesai.
Kalau tak silap aku, pic ne diambil lebih kurang pada pukul 12:30 tengah hari. Rasanye lahh.

          
  Percaya tak.. Hanan bagitahu aku, dia tak putus2 berdoa je sepanjang perjalanan nak ke kedai untuk beli pendrive demi sahabat kepada sahabat tadi tuuu. Tambah2 pulak mereka ne kena lalu highway SILK tu hah untuk ke kedai yang berkenaan. Perghhh >,< bukan takat Hanan or Timah je yang cuakrisaubimbangsuspen, aku ngan Mina ponn gubra je kat skool ni. Bukan takat tu jer bebeh. Demi sahabat kepada sahabat tadi tuuu jugak, Hanan dan Timah telah merisikokan keselamatan mereka. Manataknyeh, Hanan report kat aku.. banyak lori besaq2 doe kat highway. Hailohhhh. Alhamdulillah selamat kengkawan aku yang dua orang neh. Anyway, antara perkara kelakartapijanggal  yang Hanan gambarkan kat aku adalah time diorang berdua terpaksa berhenti sebab trafficlight merah and people (maksod aku yang menunggang moto laa) were looking at them sebab mereka budak perempuan yang bertudung labuh dengan uniform skool  serta menunggang moto. Because they look weird mungkin.


Gamba di atas takkan menimbulkan sebarang kontroversi bukan? I trust uols. Jangan bawak citer tak baek taw. Aku amek gamba ne just nak menggambarkan keadaan di ‘tempat kejadian’ setelah Hanan dan Timah bertolak keluar. Lagipun cuma pic motor je kottt.
*taktipu* time aku nak amek pic ne, aku agak risau kalau ada budak putera terperasan kelibat aku kat sini bersama kamera di tangan serta bersama-sama Mina. Takut gak kalau budak putera TERperasan, diorang akn label aku mcm2. who know rite? Sebab betol2 few second after aku snap pic ne… Salam dgn Pjol otw ke pondok tersebut. Baaahhhhh >,< mau terkulai lemah jantung aku on tat time. Harapan aku moga2 depa tak pikiaq buruk pasai aku. (loghat sesat tiba2).


See? I’ve told uols. Salam dan Pjol memang benar2 wujud di situ. Sebaik diorang otw menapak ke pondok moto, aku ngan Mina dah cabut lari siap2. kui3~ taklah jauh ponnn, dekat curb ne je lerrr. Pjol dengan Salam keluar dari pagar sekolah tak lama lepas Hanan dengan Timah keluar dulu dr pagar skool. Depa nak pi mana? (TETTT. Loghat lagi!!) aku rasa diorang nak g practice koreografi zapin kottt. Jokejoke. Aasif.



Anyway.. sebagai seorang yang bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada, time Hanan dan Timah berjuang dekat highway SILK, aku dengan Mina lak buat photoshoot dekat curb tuu. Kenalkan, ini jiran semeja aku. Namanyeh Nurul Najmina Ittry Bt Adnan. (Mina!!! Kalau ada salah eja…SORRY :| ) Dia lahir on 16th April 1994. Seorang yang sangat penyabar dengan sikap emo aku dan seorang yang hebbak juga dlm akdemiknye. SALUTE Mina. Hidup dia AGAK signifikan dgn insan yang namanye start with S. huhuuu… cukuplah tentang diri Mina. Ramai dh kenal dia ponnnn.


Alhamdulillah. All tengs to Allah. Seperti yang korang nampak. Dua orang kawan aku yang pergi berjuang dah pulang ke pangkal jalan dengan selamat. Muka masing2 terlukis sinaran bahagia sebab harta rampasan berjaya diperoleh dengan gemilangnya. Pada tengah hari yang terik dan panas tuu pendrive yang diinginkan oleh seorang sahabat tersebut untuk diberikan kepada shabatnye yg lain berjaya dibeli dengan diskaun rm 5 semata-mata sbb Hanan dan Timah pakai baju skool. Rm 5 yang didiskaunkan tersebut pulak telah diberikan kepada akak naqibah form 6 ketika Timah dan Hanan buat sesi menyerahkan kunci moto pada akk yang kind-hearted tuu. Kire bayar duit minyak moto gitu.

Oke korang; pembaca yang budiman. (ade orang baca ker entry pnjg aku neh?)
Cerita aku telah tamat. Hope sangat korang tak nyawa2 ikan krn baca entry panjang yang amat ne. Seriously, aku harap pic2 ne membantu menghilangkan rasa bosan korang.

[notakaki] Wahai sahabat berkenaan…, kau seorang yang baik. Lima tahun kenal dan usya muka comel kau tuuu, aku pasti kau takde buat salah kat aku. Nasihat aku, lain kali bila nak bagi information.. makesure info tersebut disampaikan dgn jelas dan terperinci. Jangan ulang mis-comunication mcm ne AGAIN and AGAIN. Janganlah jugak buat orang lain serbasalah melangit sedangkan orang tersebut tak bersalah. Behave and kalau ada prob, lets have a proper conversation dgn pihak yg satu lagi. Jangan mudah sgt menangistakberlagu on a prob yang sbnr nyeh berkemungkinan utk ditangani.
Aku bukan Hanan and it seems yang aku tak berapa layak nak ckp over2 tentang hal ni. Aku tahu kau gembira gile dpt pendrive tuuuu demi shbt kau tuuu. tengs yang diucapkan oleh kau berkali-kali is something obvious yang menunjukkan kau bersyukur gile benda tuuu berjaya wujud di tangan kau on that time. Just wanna you know, benda tuuu SEBENARnye taklah mudah sgt didapatkan. Hope kau appreciate Hanan. *macamakupulakHanan*
Sahabat, thanks jugak sebab kalau tak kerana pendrive yang kau inginkan…MUNGKIN haritu takkan jadi HARI BERSEJARAH untuk Hanan dan hari yang aku takkan lupakan.

ASSALAMUALAIKUM wbt.

-TAMAT-

Saturday, October 22, 2011

Khatimus Sirah 2 [Photo Talk + Karangan]



 DI KELAS :: 5 RUSYD



Specially wrapped for Manal Istifa’. Kui3~ *segan* aku balut tak kemas doe.
-gamba ini di-snap pada waktu pagi, after susun2 kerusi SEMULA di dewan.-




Mardhiah dan hadiah untuk requsternye. Aku tak ingat siapa punye.
Anyway, pic ne shot dekat sebab nak di-focus-kan pada hadiah, bukan orangnye k.



Tasnim get prepared for class Pengajian Quran Sunnah. Tapi
dalam kerajinannye, sempat juge mintak aku ambil gamba die.




Sebab harini jamuan bacth, aku pon amek kesempatan laa
import kasut dari rumah. Tak terniat ponnn nak mencapub; pakai dlm kelas k.






Mardhiah sedang mempengerusikan mesyuarat tingkap pagi tuuu. Tah cakap
pasal apa la mereka2 tu. Heheh, anyway.. sorry sbb snap pic candit korang.




Muka bengang Hanan Adzha. Yang sebelah kiri muka gangster habis.
Yang sebelah kanan pulak gangster tak jadi.
-gamba ni diambil after rehat ye anak2-





 Pakatan murni antara Hanan Adzha dan Rufaidah Omar,
yang sebenarnye tak membuahkan hasil yang diinginkann. Fufuffu~




Kerajinan masing2 terbantut saat camera depan mata. :D






Oh Raihan, my forever friends.. akhirnya dpt merasa sama kelas dengan
kau  macam waktu form 1 dulu. :D



Nissa dan Mardhiah; best friend tuuuu~






















Sejarah Berulang ? - 17 Okt 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt.
Macam biasalah, uols apa khabar?
Aku sihat, alhamdulillah.

Kepada yang dah terbaca entry ini, aku bagi warning awal2.. entry ne bukan sebarang entry. U can consider it as karangan standard SPM. Panjang yang amat and also a photo-less entry. So jangan marah kalau korang bored to death baca entry ni. And jangan salahkan aku atas kebosanan korang. Aku dah warning kay.

Untuk entry kalini aku nak story-mory tentang peristiwa pra - jamuan bacth ting. 5 yang berlangsung dekat sekolah aku. As I’ve typed above.. nama program (a.k.a jamuan bacth) itu adalah Khatimus Sirah which means penamat cerita.

AHAD MALAM ISNIN; MALAM JAMUAN BACTH

            Sejujurnye lahhh… aku memang eksaited dengan jamuan bacth. Taklah eksaited teramat, tapi eksaited lah jugak. And disebabkan keterujaan aku tuhhh, aku buat persiapan ke sekolah  (eg: susun jadual & iron baju) malam tuuu jugak. Salunyeh aku buat mende2 berkenaan waktu pagi sebelum bertolak; punyelah pemalas nak prepare awal2. Tapi sebab semangat sgt, dengan baju2 mak ayah aku sekali, semua SELESAI di-iron-kan before midnight. Adik2 aku sndiri terkejut dengan kerajinan aku mlm tuh. Menjelang tengah mlm pulakk, terkial-kial tgn cemerkap aku ni membalut hadiah request untuk Manal. Perghhh… berjam-jam kottt aku ambil masa nak balut mendalah kecik tomey tuh. Sambil2 membungkus, menggunting dan men-salotape sana sini, aku usya lew rancangan korea yang di sajikan oleh chanel ONE dan KBS bergilir-gilir. Rasa heaven jeh. Bukan sebab cite best, tapi sebab pk esoknya aku ade jamuan bacth. Huhuhu~  BTW, dlm masa yg sama, silmutaneously hati aku yang tulus mulus neh, tak henti berdoa moga2 jamuan esoknyeh tuu SUKSES!

PAGI JAMUAN BACTH

            Walaupun ayah aku mem’basuh’ aku otw nak ke skool pagi tuu atas asbab tertentu… mood aku tetap tak goyah dek ‘basuhan’ ayah aku tuu. Aku tetap menjejakkan kaki keluar kereta dan melangkah masuk pagar sekolah dengan mood yang 100 % baekkk.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Disebabkan khemah2, kerusi2 dan meja2 time makan malam Permata Sabtu sebelumnya masih TAK DIKEMASKAN di dataran perhimpunan, semua orang automatik gi ke dewan tanpa dipinta (taat bukan? Budak sekola KLUSTERRRR la katakannn). Aku pon tak terkecuali. Sampai kat dewan je aku naek pelik gak tengok budak2 puteri mostly duduk luar tak masuk ke dlm. WHY? WHY? Disebabkan rasa inkuiri yang tinggi, aku masoklah ke dewan. TERKEZUT bebeh! Dewan rupa2nya telah disusun dan dipersiapkan untuk Jamuan Bacth tengah hari nanti. Ggggagagagag. Lawa2, tersusun dan it just nice. Memang osem. Mesti budak asrama punye keje. Pastilaaaakan. HEBBAK2!
           
But then, satu masalah dapat aku hidu.. It seems like perhimpunan akan berlangsung kat dewan. Macam mana dengan persiapan dewan yang budak2 asrama ni dah buat bebeh? Takkan nak ruin the whole thing just like that? Persolan2 berkenaan mula berekreasi dalam horizon minda aku. Anyway, walaupun takde secebis tenaga yang aku sumbangkan dalam bab menyusun2 ne, tapi aku yakin yang persiapan ne bukan dibuat senang2 je. Mesti budak2 asrama dah berpenat lelah nak menyiapkan. Budak tadika pon tahu kott the preparation is not easy as ABC. Beberapa budak puteri asrama yang dah sampai dulu kat dewan dah mula buat muka pra-kopi tanpa gula. Tambah2 pulak CP form 4 putera (entah sape tah; mls nk sebut nama) yang wujud dlm tuhhh dah tunjuk tanda2 nak suruh dewan tuu dikemas SEMULA demi perhimpunan, lagilaaa they ol buat muka. Aku yang takterlibat ponn dah mula risauu kott.

And finally, mamat tu lontarkan suara dia yang padu… dia arahkan budak2 junior putera untuk mengemas dewan, meja2 yang dah tersusun diminta diangkat ke luar dewan. Sekelip mata je dewan yang penuh dengan meja2 dan kerusi jadi kosong. Budak2 asrama dah mula nak buat sesi air mata. Tengok diorang sedih camtu, tak pasal2 aku join leleh sekali. Pelikkan? Dahlahh budak luar, tak terlibat dengan keje2 mengemas dewan… tapi turut tacing dengan tindakan mamat tuu pagi tuu. Pagi tuuu JUGAK, senang2 je aku bagi mamat tuu pahala free. Mana taknyeh, bila budak emo mcm aku tacing… maka keluarlah beberapa atau banyak (laa jugak) perkataan yang tak patut keluar dengan jayanya. Ayat tangkap sentap je pagi tu. (aku tak mencarut yepppp. Ank dara tak cun mencarut-carut ne, aku tahu tuuu) aku dpt tau mostly budak2 KL yang uruskan dewan, backdrop n bla3 yang sewaktu dgn nyeh. Diorang balik asrama the nite before lebih kurang pukul 1 pg lebih. Konpem penat tak hilang lagi. Aku juga dpt tahu yang dewan telah disewa sepanjang haritu; BERBAYAR. Bertambah sakit hati aku on tat time bila info2 tambahan ne sampai kat aku.

            Mula2 rasa nk skip perhimpunan. Tapi tak jadik. Aku duduk jelah dlm barisan, tapi kat belakang sekali. Dekat belakang, ramai pulak sahabat2 tengah emo melangit. Kebanyakannye mata  merah belaka. Ada yang tak sudah2 menangis ( especially orang kuat yg handle jamuan bacth. Eg. KB) and tak kurang jugak budak2 yang PAKSA-RELA duduk dlm dewan tuu. Ucapan2 oleh pihak pentadbir kat depan tuuu mcm angin lalu je bg diorang. Ada jugak yang anggap mende tuu lullaby kott that’s y ade yang tertidor kat ceruk barisan yang hujung2. Aku sedih lagi time tuuu tapi takleh lawan lah kesedihan dk asrama, so aku cool down sket. Aku yang tak tahu apa2 ne, lebih prefer rasa bengang dekat CP form 4 yang  command kemas dewan td tuu. Tapi kata2 Fasyaz buat aku sedar yang sebenarnyeh, bukan salah mamat tersebut atas apa yang terjadi. Arahan sebenar pastilah dtg daripada mulut pentadbir rite (?) Not even from the teachers, sebab cikgu2 pon tahu bahawa dewan telah disiapkan oleh FORM FIVE untuk JAMUAN BACTH.

IMO (in my opinion), sekarang form 4 yang pegang kuasa sebab form 5 sume dah pencen. So, diorang kenalah tunjuk dekat pentadbir yang any program sekolah dapat berlangsung like nothing happened. [WALAUPUN persiapan tadi TERPAKSA DIKEMAS SEMULA.] So then, barulah pentadbir akan salute diorang like they were all great sebab dapat tangani sebarang masalah as long as program sekolah berjalan dengan unggulnya. Fasyaz agk offended dengan form 4 sbb to her, form 4 at least backup-lah bacth form 5. Say something strong that worth before they ruin things upside-down. Sekurang-kurangnye kita tahu yang they were not willing to do such things yang offend everyone; form 5. Still, ada unsur2 kemanusiaan di situ. Aku… setuju je.

Lepas perhimpunan yang panjang (pelncaran bulan bhsa), our respected cikgu sejarah panggil form 5 utk stay dlm dewan tuu. Aku ingatkan she will lecture us as it seems like budak2 form 5 punya kekecewaan memang terzahir, terpancar dan terlukis pada wajah masing2. mana tau, kot2 beliau nak marah kitorang for such protes yang takdapat disembunyikan. Rupa2nya cikgu nak minta maaf kat kitorang sebab dewan TERPAKSA digunakan pada pagi barakah tu sekaligus TERPAKSA turned persiapan untuk jamuan bacth form 5 upside-down. Dengar cikgu Ezana cakap camtu buat aku nanges lagi. Bahhhhh. Aku takpasti kenapa but it touched me quite deep into my heart. I could see Aen menangis jugak. Fufufuf~ ramai lagi yang nanges after kata2 cikgu Ezana. Sebabnye, diorang jelah tau. Wallahu’alam. TT_TT

Beramai-ramai lah form 5 menyusun BALIK dewan seperti yang telah dirancang. Itupun HEM tak bagi berlama-lamaan di dewan. Beliau pantau je kitorang2 ne nak pastikan kitorang memang mengemas bukan ambil kesempatan bersenang-senang. Lagipon, jadual anjal tetap berlangsung macam biasa. Mestilah kitorang kena buat mende tuu mcm flashman sebab pelajaran is priority-kannn (?) Tapi sebab banyak keje takes longer period… HEM terpaksa arahkan kitorang masuk juge ke kelas. Orang2 yang terlibat are the only exception untuk stay di dalam dewan tersebut.  Aku pon bergeraklah ke kelas dengan kepala yang 70-30 pk pasal jamuan bacth. Kuikuikui.. *taktipu* Tamatlah sudah liputan langsung aku tentang keadaan pagi tu.

 [notakaki] hanan look everything in her positive view. Die ckp kat aku yg tgh emo dkt CP fom 4 putera (dlm nada seloroh; kononnye). “Buatpe nak kutuk2 mamat tu bila ko dah bengang kat die. Kalau aku laaa, takde masa nak bagi mamat tuuu pahala free2 je lepas die dah buat aku sakit hati. Tak pasal2 nanti aku pulakkk yang kena gi mintak maaf kat die sebab dah mengata die.” Bila kena susun kerusi meja semula, Hanan cakap dekat aku yang tgh tangkap leleh tat time, “nilah masanye kita bagi sumbangan dekat bacth sendiri. Kalau kerusi dan meja tak kena susun semula, mesti budak2 luar takde peluang nak menyumbang untuk bacth sgt. Sekurang-kurangnye skrg kita bole membantu susun mende2 ni balik.” *respekcaradie*
Walaupun aku macam tak denga ckp dia masa tuu, tp sbnrnyeh… memang terkesan dekat aku. She keep showing good example; buat aku malu dengan dirisendiri. Wafa ngan Capa’ pulak, bila aku tanya sama ada diorang tak sedih ke (sbb diorang nmpk tak sedih sgt) dgn things happened, diorang jawab… “sedih lah. Tapi kalau semua orang dalam bacth nee sedih melangit  macam yang lain, sape pulak yang nak memujuk.” (melangit – perkataan aku reka jehhh) Betoi tuuu betoii :D

Aku sedar sangat bahawa bahasa blog aku sekarang memang tak berseni langsung, tak interesting, carca-merba dan agak huru-horror. You can blame it on me atas kehodohan entry ini. Soseomida, gomet, sorry, aasif dan maaf sgt2.

Lenguhmenaip-FarhatulNFE
11:18 malam
18/10/11