Tuesday, February 11, 2014

Penggal 3

Assalamualaikum wbt
Selamat tengah malam :)

Dah lama sangat rasanya tak menaip.
Tak pernah ada kata-kata yang cantik atau yang menarik untuk ditaip.
Kadang-kadang tu tak tahu pun nak cerita apa dalam blog tak berpembaca ni.
Lebih bermasalah lagi bila ada terlampau banyak sangat kisah nak dikongsi dalam satu masa;
bertambah hari biru celaru kepala otak bila dah mengadap blogger dashboard.
Alih-alih, satu apa pun tak taip.

Oh yaa.
Tengah malam ni tiba-tiba rasa nak berkongsi berita bitter-sweet tentang result STPM Penggal 3 aku.
Alhamdulillah. Rezeki penggal kalini, Allah permudahkan untuk dapat 4.00 setiap subjek.
KECUALI... kecuali subjek Bahasa Arab. Aher, nampaknya buad pertama kali dalam tiga semester ni, akhirnya aku kecundang untuk subjek Bahasa Arab. Rasanya tak peliklah kott.
Bila difikir-fikirkan, aku pun memang tak dapat nak kuasai topik prosa dan syair serta bahagian ringkasan tuh.
Makanya, Bahasa Arab aku 0.00!! Memang horror. Memikirkannya saja aku dah gerun nak menghadap, bersua muka dengan Ustaz Zainaphi guru subjek Bahasa Arab aku.


Keputusan Peperiksaan Penggal 3 STPM 2013


Nama
:
NORFARHATUL EIZAH BINTI KHAIRUNNAI'M
No. Kad Pengenalan
:
940527-85-5014
Angka Giliran
:
SB3006/1029 (13P3)


KOD KERTASNAMA KERTASGRED KERTASNILAI GRED KERTAS
900/3 PENGAJIAN AM     A    4.00
900/4 PENGAJIAN AM     A    4.00
913/3 BAHASA ARAB     F    0.00
913/4 BAHASA ARAB     C    2.00
913/5 BAHASA ARAB     A    4.00
930/3 SYARIAH     A    4.00
930/4 SYARIAH     A    4.00
944/3 EKONOMI     A    4.00
944/4 EKONOMI     A    4.00




Mohon doa mereka yang terbaca post ni buat aku yang akan mengulang kertas Bahasa Arab pada 12 Mac 2014 nanti. Terima kasih banyak.

Update kalini adalah update secara tiba-tiba yang tergesa-gesa. Maaf kalau ada ekurangan.


Saturday, January 11, 2014

Permohonan Online UPU dan Pembelian no.PIN

Bagi yang tertunggu bilapermohonan UPUdan penjualanPin/ Unik IDuntuk kemasukan keIPTAtahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID :20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :
Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.
Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber :Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi


klik SINI utuk pautan lanjut.

Saturday, January 4, 2014

Senyap yang Tak Berapa Senyap


Senyap.
Tapi tak senyap mana.

Tak mahu fikir lagi.
Tapi, mustahil tidak berfikir langsung.

Semalam sangat jauh.
Apatah lagi kelmarin, minggu lalu, bulan lepas dan tahun sudah.
Walau selangkah ke belakang, adalah tidak mungkin.

Patah, tetapi perlu tumbuh semula.
Hilang tentu akan ada galang gantinya.
Lumpuh, masih perlu maju ke depan.

Mereka kata, apa yang tertiggal di belakang perlu ditinggalkan
Hidup diteruskan.

Di akhir setiap masalah yang tak terungkai,
pada penghujung pilihan yang tidak dipilih
ketika persoalan dibiar tergantung tidak berjawab..

Semua orang menutupnya dengan,
aku maafkan kau dan kau maafkan aku
Kita berhenti di sini, 
Barang yang lepas jagan diungkit lagi
Tentu ada natijah, pasti ada hikmah.

Noktah
Bunyinya mudah.




Wednesday, December 18, 2013

Dulu yang Dirindu

Haikal menoleh , memandang Nurhanim di sebelahnya .
"Kau kenapa kak ?" Wajah kembarnya yang tidak beriak dipandang lama menunggu jawapan .
Nurhanim masih diam . Lambat-lamba dia melepaskan keluhan kecil . 
"Aku rasa macam . . ." Nurhanim masih berkira - kira ayat seterusnya . Pandangannya bertemu dengan pandangan Haikal saat dia menoleh .
"Lifeless ." Ayatnya dinoktahkan dengan sepatah perkataan . 

"Apa doe ?" Haikal angkat kening , gayanya seperti tidak bersetuju dengan jawapan saudara kembarnya itu .
"Apa yang apanya ?" 
"Lifeless . Tak hidup . Apa yang tak hidupnya kak ? Aku tengok kau okay je ."
"Ish , memanglah aku okay and hidup elok je . Kalau tak , aku tak bercakap dengan kau sekarang ni ." Automatik tangannya menumbuk perlahan bahu Haikal . 
"Slow lah kau . " Omel Nurhanim . 
"Dah tu ? Cuba explain panjang - panjang dekat aku sampai aku paham . Aku rasa istilah lifeless tu macam melampau sangat . "
"Aku rasa macam kosong . Macam ada yang tak kena sepanjang cuti semester ni . Setiap hari aku seronok habiskan masa aku marathon drama dan movie , happy lepak dengan member hari tu and enjoy je percutian family kita sebelum ni . Aku takde pulak bosan atau sedih ke hape . Tapi still somewhere aku rasa aku lifeless jugak ." Panjang lebar Nurhanim meluahkan kepada Haikal yang masih mendengar .

"Kau rasa , kenapa kau macam tu ?" Suara Haikal mendatar . Dia turut berfikir sesuatu .
"Manalah aku tahu ." 
"Cehh , jawapan macam orang hilang arah tuju . Fikirlah sikit kak ."
"Nak fikir apa lagi ? Tak ada apa pun yang kurang . Semuanya biasa . Aku bangun , makan , jalani hari - hari aku dengan gembira , solat bila masuk waktu dan tidur balik . "

"Aku rasa kak , kau sebenarnya feel lifeless tu dalam ibadah je sebenarnya . 

Haikal bangkit dari duduk dan menapak ke arah rak - rak buku pada satu sudut biliknya . 
Buku Penenang Jiwa , Pengubatan dan Rawatan terjemahan Mukasyafah al - Qulub terjemahan oleh Imam al - Ghazali dicapai dan dibelek-belek sekejap sebelum diletakkan semula pada tempatnya . 
Letak kaca mata pada batang hidungnya diperbetulkan .

"Kau rasa apa time solat atau mengaji , kak ?"
"Rasa . . . Rasa biasa je lah ." Laju Nurhanim merespon . Dia sebenarnya masih kabur dengan telahan Haikal .
"Sebelum ni kau tak macam ni . Sebelum ni kalau kau mengaji bukan takat lepas maghrib je . Asal ada waktu lapang kau ngaji . Kau bila tang berdoa lepas solat , doa kau panjang sekali . Bukan aku tak tahu kau menangis time - time macam tu . Kau rajin kejut aku bangun qiam sebelum ni . Sekarang , bukan takat kau tak kejutkan aku . Bila aku kejut kau pun , kau tak bangun  . Kau tidur lambat sebab sibuk dengan drama kau tu lah agaknya . "


Awalnya dia seperti ingin marah mendengar baris terakhir diucapkan Haikal . Terasa tersindir sekalipun kembarnya menuturkan seperti kebiasaannya . Nurhanim menunduk saat Haikal sudah kembali melabuhkan punggung di sebelahnya . Apa yang barusan diberitahu kembarnya itu seolah - olah tidak disedarinya sebelum ini . 

"Kau banyak sangat enjoy agaknya cuti ni . Kau bukan tak tahu , hiburan dunia mengurangkan kelazatan dalam beribadah . " Mata Haikal mengecil , segaris senyum tertampal pada wajahnya . 

Nurhanim diam . Sebuah kisah yang pernah dikhabarkan kepadanya kembali menerpa dalam kepala mengenai seorang pemuda . Pemuda tersebut bertanya kepada imam Syafii, "Wahai Imam, apa siksa dan azab Allah di dunia bagi orang yang melalu kan maksiat walau ia terlihat solat dan melakukan ibadah lainnya ?" Al-Imam Syafii menjawab "Hurrimat munaajatuh wa halaawatuh lillah…… Allah cabut kelazatan solat dan Allah haramkan manisnya munajat"

Keluhan berat ditahan dalam diam . Akur . Nurhanim sedar .

"Hilang kelazatan beribadah tu bentuk azab Allah dekat dunia . Kau perli aku eh ?" Nurhanim buat - buat mencebik . Sejujurnya dia terpukul dengan kata - kata Haikal . 'Dasar bekas ketua BADAR betul lah kau ni K .' Hati kecilnya mengomel .
"Mana ada aku perli kau . Tu pendapat aku based on 'lifeless' yang kau cakap tadi ."
"Kak , kalau kau rasa apa yang aku cakap tu betul kau mesti lebih tahu apa yang kau patut buat ."
"Hmm . . " Nurhanim mengangguk perlahan .

"Kak , kau rindu tak diri kau yang sebelum ni macam yang aku cakap tu ?" Haikal menyambung , ingin tahu .
"Gila kau tak rindu . Mestilah rindu . " Nurhanim mengangkat muka . 
"Thanks K . " Segaris senyuman manis ditampal pada wajahnya , dihadiahkan buat saudara kembarnya . 

Ada sesuatu yang perlu dibuat . Dia bukan perlu berubah . Dia cuma perlu kembali kepada diriya dulu , dirinya yang lebih baik . Nurhanim memasang tekad . 

- T A M A T -


[notakaki] Ada orang yang dulunya dia lebih baik dari sekarang , maka kembalilah pada waktu itu . Kita lebih tahu apa yang dirasa . Tepuk dada , tanya iman . err FYI , cerpen tak sebeghape ini sebenarnye refleksi untuk diri sendiri aje . maka sbb tu jalan cerite macam hape jeh kan . . . 

oh yeahh uols juga boleh singgah SINI kalau agak - agak terindu diri korang yang dulu :)
Assalamualaikum . Ilalliqa'