Assalamualaikum.
(maaf. takde keje dan takde kaitan. saje je buad tajuk epikk semacam)
Dah pukul 6:30 ptg. aku baru sampai rumah.
Even tengah hari tadi tak makan dan tersangat lapar...
aku pon takpasti sangat kenapa aku tergerak hati nak capai n baca buku merah yang
dah lama gak aku simpan dlm kotak harta karun aku tuh.
Sebelum ne salu je terlintas nak capai n baca tapi tak pernah pulak terlaksana.
Hmph...
Bila baca, tambah pulak dengan background musik blog sndiri..
automatik air mata ne mengalir.
aduhaiii.... sentimental pulak dah. Sungguh poyo aku neh !
Tak habiskan pon. Baca beberapa page jeh.
hmmmm....
Bila dah baca masuk yang ke beberapa kalini,
barulah aku rasa macam jelas dan faham apa yang ditulis dan diluahkan.
Macam-macam yang diterangkan yang dah menjawab persoalan aku sebelum-sebelum ne.
Maybe aku tak perasan. Hew.
Aku memang lembab siked nak paham agaknya.
Allahu Rabbi, aku membayangkan mcm dia tgh bercakap dgn aku sepatah-patah apa yg ditulis.
leuls. tsk...tsk..tsk *hilang idea kejap nak cakap hape*
inhaled. exhaled.
Aku feveret betul dgn oligo sekarang ne. sekali aku tak jujur nampaknyeh.
Orang kata, tak dapat jumpa orangnya... memiliki ap yang die suke pon jadilah. ehh.. ade ke cenggitu?
Maybe sbb mnde tu buad aku ingt certain-certain perkara atw kenangan agaknye.
Anyway....
berlaku sesuatu tgh hari td di kelas sebelum tamat sesi persekolahan.
First of all, aku nak mintak maaf sangat~ sangat~ sangat~ dekat Nadhirah, Ain KZ, Miera Zukey and Razan Izzati. Aku tak plan pon cane bole tipu tahap petala kelapan tuh. Everything happened out of sudden. Betul lah, aku pun silap sebab tak fikir panjang sebelum bercakap. Leuls. hal nikah kawen beb!!! adeke patut aku buad main n buad berguraw dengan member sendiri??!! *marah diri sendiri*
Aku time bercerita dekat dorg rasa sejuk tangan, berdebar je rasa mcm segala yang keluar dr mulut mmg sebenar-benar yang terjadi. heheh..
Tapi bile difikirkan semula tentang cerita tu, dia dan aku...
Mana mungkin org yang mendahulukan cita-cita mengalah mengutamakan cinta.
Cinta duniawi n cinta yg tak pasti pulak tuh. ahahahah ~~~ *gelak hambar*
tahun depan? pun bolehhhh *angkat kening double jerk*
Aku taktahu apa aku fikir.
nak kata aku meng-aminnkan semua yang keluar dgn sepenuh pengharapan, macam tak berlaku jeh tadi.
Tapi nak kata aku feeling-less pon tak jugak.
wallahu'alam. Apa jua rasa, Allah tahu semua. right? (-:
Aku mintak maaf sekali lagi.
Especially Razan Izzati yang dah siap-siap ucap tahniah dekat aku. serius betul dia.
katanya, Alhamdulillah Allah tetapkan hati aku dkt dia je n die pun dekat aku.
Bila razan taw aku guraw jeh.. dia kata dia sangat terkejut tahap nak menangis punye.
sampai menggeletar jap tangan die. Kalau ikutkn die punye tacing tuu smpai tros nk sumbat mp3 n tros tak layan aku kat tepi tuh. tapi mujur ruang kemaafan masih terbuka untuk aku. Phewww
urghhh. knp laaa aku guraw tahap tak ingat and dgn sepenuh perasaan camtuh?! *hentak kepala kt dinding*
mmber dah siap doa yg bebaik lagi utk aku. hew
Khilaf.
aku khilaf.
minta maaf.
rindu sangat ke?
leuls. ayat macam hapeee je -,-"
malu derrr *tutup muke*
jangan jadi perigi cari timba Zah oiiii!! *pesan pesan*
belaja luuuu. itu yg utama!!! *pesan lagi*
# Aku bercerita campur-campur. Ade betul and ade part yang aku bohong serta tokok tambah.
Feeling je tadi. kalau lah mnde tu betol terjadi. Aku ke org yg plg bahagia dlm dunia? heww.. abah pesan jgn berandai-andai. soal takdir ne, serah pd DIA lps kite dah usaha n tawakal. FULLSTOP
Wednesday, August 21, 2013
Sunday, August 18, 2013
Esei Penuh : Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Sesebuah Negara
Assalamualaikum wbt
Entry ini merupakan sambungan dari entry KERJA SEKOLAH PENGAJIAN AM sebelum ini.
[sila klik caps lock link wokehh]
Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.
Ketidakstabilan politik sesebuah negara berpotensi membawa kepada pelaksanaan dan tindakan-tindakan luar jangka seperti rusuhan, demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Melihat kepada keadaan ini, terdapat kemungkinan negara tersebut akan mengalami implikasi negatif. Antara kesan dalam tempoh jangka pendek adalah sekiranya rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. Manakala jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain sekaligus menganggu aktiviti ekonomi amnya.
Di samping itu, sesebuah negara sama ada pemimpin mahupun rakyat akan berhadapan dengan kesan jangka panjang disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku di negara tersebut. Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut.
Keadaan kerajaan yang terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku merupakan antara kesan jangka panjang yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.

Tidak dapat dinafikan, dari sudut mikro ataupun skop yang kecil, rakyat yang terlibat ataupun penunjuk perasaan merupakan yang paling terjejas kerana ilmplikasi ketidakstabilanpolitik ini. Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi serta permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya. Kemusnahan materialistik serta keruntuhan nilai-nilai murni oleh sebab permusuhan dan perpecahan seterusnya akan memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara.
Malahan, risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi dan keadaan negara atau sesetengah tempat yang terlibat akan berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan tidak selamat.
Meninjau dari aspek yang lebih luas atau skop makro, antara implikasinya adalah
akan berlaku banyak kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penawaran perkhidamatan. Suasana ekonomi yang tidak sihat ini menganggu keadaan ekonomi negara tersebut dan barangkali menyumbang ke arah kemunduran negara dalam satu-satu tempoh tertentu. Kesan lain adalah ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.
Kesan ketidakstabilan politik turut menjejaskan ekonomi pelbagai golongan yang terlibat, baik secara individu, masyarakat, pihak kerajaan dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada keadaan ekonomi antarabangsa seandainya ketidakstabilan itu membawa kepada rusuhan, tunjuk perasaan, bantahan secara berpanjangan dan melibatkan keganasan. Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian dan hal yang demikian mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial individu tersebut akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala. Implikasi kepada rakyat apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat, akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu. Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan import.
Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara. Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.
Saturday, August 17, 2013
Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Ekonomi dan Politik Sesebuah Negara
Assalamualaikum.
So, this is an essay for my home work on General Study subj.
*Bismillahirrahmanirrahim*
Pendahuluan
Isi 1
Kesan Jangka Pendek Ketidakstabilan Politik
Isi 3
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Mikro
Isi 5
Kesan Ketidakstabilan kepada Individu, Masyarakat, Pihak Kerajaan dan Kesan Antarabangsa
So, this is an essay for my home work on General Study subj.
*Bismillahirrahmanirrahim*
Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.
Isi 1
Kesan Jangka Pendek Ketidakstabilan Politik
- Sekiranya rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya.
- Jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain. Aktiviti ekonomi terganggu.
- Perusuh yang kebiasaannya merupakan golongan pembeli akan menggunakan kos yang besar sebagai persediaan membuat tunjuk perasaan seperti persediaan bekalan makanan, sepanduk, banting, khemah perlindungan dan sebagainya. Kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan lain akan merosot kerana aliran keluar wang digunakan untuk tujuan ini. Hal yang demikian hanya akan menguntungkan pihak dalam industri tertentu sahaja dan hanya dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja serta merugikan banyak pihak lain.
Isi 2
Kesan Jangka Panjang Ketidakstabilan Politik
- Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut.
- Kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.
- Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuuk satu tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini. Keadaan ini menjejaskan hubungan baik antara negara
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Mikro
- Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi
- Permusuhan dan pergaduhan yang besar serta memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara
- Risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah
Isi 4
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Makro
- Banyak kemusnahan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penwaran perkhidamatan dan seterusnya menganggu keadaan ekonomi negara tersebut.
- Ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.
Isi 5
Kesan Ketidakstabilan kepada Individu, Masyarakat, Pihak Kerajaan dan Kesan Antarabangsa
- Individu : Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian - mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial seseorang akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala.
- Masyarakat : Berlaku perpecahan dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya.
- Pihak kerajaan : Pihak kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu.
- Kesan Antarabangsa : Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama.
Penutup
Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara. Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.
Friday, August 16, 2013
Caramel Pudding
Hi.
I am quite happy that you're coming.
We're talking about this event at my house earlier in facebook messenger, right?
But I won't talk to you when we're facing each other.
I am too coward for a conversation.
And I can't pretend like I'm not.
I can't even meet with your eyes. Leuls.
Hey, you're commenting about my pudding just now.
Criticize is good like you've said, changes can be made when we know what's the flaw in something we're making or doing.
But do you know that,
you are often being too sincere.
Like, actually I am offended. But I try not to get sulked over silly things.
You are going to hate me if I am.
Too honest means too much pain.
Whenever I got hurt by your words, I wish not to show it the way I usually did with you.
I'll let it pass like nothing happened.
I will cut off the conversation after some moments; few minutes.
I thought you're going to realize that I am cutting off the conversation because you've been too honest commenting and giving opinion.
I am wrong.
You don't realize such little things, right? I bet so.
# I am shocked as you're calling my mom, umi instead using makcik. She's not your mom and I am afraid that we'll get misunderstand. The way you're calling the elders is not something you can joke around with it. I hope you know it. well, good morning. I am getting sleepy already.

Wednesday, August 14, 2013
MudahPecah
Assalamualaikum wbt
# Maaf, ayat aku dalam entry ini sangat tunggang terbalik. Bila mata berkaca, sastera pun hancur binasa.
Entry ini bunyinya emosional. mungkin kurang rasional. Maaf sekali lagi andai tak berpuas hati.
Hati ini mudah pecah. Kau betul. Kau sayang aku dan tinggalkan aku dan jauhi aku
demi kasih sayang kau terhadap aku dan kemaslahatan kita bersama. Kau doakan aku. Kau hebat.
Tapi kenapa aku tetap sakit? Aku pun mendoakan perkara yang sama; kita berbaik semula. Hew ~
Wallahu'alam, kata-kata itu ditujukan untuk siapa.
Aku terasa. Terasa kata-kata itu untuk aku. Entah wajar ataupun tidak, aku tak dapat putuskan sebaiknya.
Mungkin aku silap. Kalau aku silap, kau mungkin akan cakap bahawa kata-kata itu bukan untuk aku.
Tentu ketika itu kau akan kata aku ini orangnya sensitif; terasa tak kena tempat dan sebagainya.
Hmm.. Itu pun, kalau aku silap lahh.
Kita berdua ~~~~
Lebih sebulan tak bertegur sapa. Aku cuba usaha. Mungkin kau juga ada usaha. Tapi sungguh aku tak nampak dan tak merasa kalau betul kau ada usaha.
Tidak berniat nak marah aku apatah lagi membenci. Cuma tak boleh nak rapat macam waktu dulu ?
Cuma tak boleh nak rapat. Maka layanlah aku macam manusia biasa dan bukan macam kerusi meja.
Kalau tak mampu nak rapat, layan aku sedanya. Pandang aku bila aku bercakap dengan kau. Tak perlu bergelak ketawa, kongsi cerita suka duka lagi macam dulu. Kalau tak mampu senyum sikit pun, asalkan kau jangan buat muka menyampah sudahlah. Aku ni manusia yang ada hati dan perasaan. Mula-mula aku jadi sedih. Lama-lama aku terguris.
Betul, lama dah tak bertegur. Tentulah kau sedar. Kau bukan bodoh. Kau tahu apa yang berlaku.
Aku rindu kau. Tapi mungkin kau tak.
Kau hebat sebab kau pilih untuk taknak tegur aku langsung-langsung dan aku kira kau tak pernah cuba pun nak tegur aku. Kerana terlalu sedih dan sesekali rasa tersangat nak putus asa, aku ada fikir.. Untuk sekali dua, tak boleh ke kau buat-buat je macam kau nak bertegur dengan aku?
Semakin aku baca kata-kata itu berulang kali.
Aku jadi semakin pasti, kata-kata itu dituju pada aku.
Kau kata kau sayang aku dan mendoakan aku. Sama lah dengan aku, in shaa Allah melihat kata-kata kau yang ini, aku beranggapan sebenarnya niat kita sama.
Tapi ironinya...............
Kau kata kau sayang, tapi kau buat-buat tak kenal aku. sayang kau dekat aku buat aku bertambah-tambah sakit tiap hari. Sentiasa cuba jauh dari aku. Memang macam ini pelaksanaan sayang bagi kau?
Kau kan, bila bercakap seolah-olah sebenarnya aku ini tersangat hina. Aku tak pasti dan sangat clueless sebenarnya. Teruk sangat ke sikap aku yang membuatkan kau mengalah dan berundur dari terus bersama-sama dengan aku, bersahabat dengan aku macam dulu? dosa apa yang aku dah buat sampaikan sebarang memori lampau pun antara kita berdua tak dapat menjadi penguat semangat bagi kau untuk bertegur sapa dan layan aku macam manusia biasa semula?
Tipu aku tak cemburu. Kau boleh bertahan dengan dia bertahun-tahun. Walau apa jua sikapnya, yang buruk jadikan sempadan dan baiknya dijadikan contoh ikutan. tak pula sampai dia kau abai dan pulaukan.
Kau boleh bersabar dengan dia. masih boleh pura-pura tersenyum dan mereka cipta hilai tawa bersama walaupun kau tak gemar caranya.
Tapi kenapa bukan dengan aku? Kenapa tak mampu bertahan dengan aku ? mana janji kau untuk bersama susah senang dengan aku? Kau penguat semangat, antara kawan yang rapat dengan aku, tahu tak?!
Ingat tak ketika kita berdua memeterai janji untuk buat double degree.... bila kau tanya sama ada aku okay atau tak, aku mengiakan dengan syarat kau boleh bertahan dengan aku. Kita berdua setuju. Tanpa aku fikir yang sikap aku rupanya benar-benar tak memenuhi kehendak kau sebagai sahabat.
Kau tak tahan dengan aku. Aku kawan yang bawa pengaruh buruk. Kau tolak aku, kau jauhi aku. Memang tak rugi pun. Tahniah, semangat belajar menjadi-jadi nampaknya. Aku kan gangguan. Hew ~
Mana pergi kata-kata yang kita persetujui bersama lepas habis paper ekonomi STPM Penggal 2 sebelumnya? Aku tahu, manusia memang biasa mungkir janji. Hmmmm.....
Ada seperkara yang mengusik hati aku. Buat aku bertambah sedih.
Kau jauhi aku, tak boleh nak rapat dengan aku, buat aku macam tunggul kayu dan dalam masa yang sama katanya sayang dan doakan aku. Aku sedih sebab aku kira sebelum ini, sebagai kawan kau tak percayakan aku. Kau tak percaya aku tak secikai yang aku tunjukkan.
Sekecohbising mana pun, kawan aku yang lain; even yang tak rapat dengan aku pon masih mampu percayakan aku. Aku cuma tak sangka kau yang pernah paling rapat dengan aku tak percayakan aku.
Aku kira kau tak percaya yang aku mampu dengar nasihat kau andai kata betul aku buat salah silap; sedangkan kau tahu kawan adalah insan paling berpengaruh dalam hidup aku. Kau tak percaya bahawa aku ini antara insan yang boleh sama-sama berjaya dengan kau. Aku malas, perangai macam hampagas. Kau tak percaya Eizah ini, asalkan bila dia ada kemahuan, tentu akan cari jalan untuk usaha. alah, macam pepatah melayu tuuu.
# Maaf, ayat aku dalam entry ini sangat tunggang terbalik. Bila mata berkaca, sastera pun hancur binasa.
Entry ini bunyinya emosional. mungkin kurang rasional. Maaf sekali lagi andai tak berpuas hati.
Hati ini mudah pecah. Kau betul. Kau sayang aku dan tinggalkan aku dan jauhi aku
demi kasih sayang kau terhadap aku dan kemaslahatan kita bersama. Kau doakan aku. Kau hebat.
Tapi kenapa aku tetap sakit? Aku pun mendoakan perkara yang sama; kita berbaik semula. Hew ~
Subscribe to:
Posts (Atom)