Wednesday, January 31, 2024

Masakan Makjah: Spaghetti Aglio Olio

 Assalamualaikum wbt. Hai selamat pagi!

Been so long since the last entri on #masakanmakjah. And finally, feel like posting one again. Semenjak jadi isteri orang, memang lagi banyak memasak. Aku ambil gambar tidap-tiap kali menjadi juadahnya. Cumanya bila nak taip balik resipi, aku jadi lupa bila dah berselang hari tu lama sangat. tu lah payahnya bila resipi ikut suka hati main campak-campak kan. 

Ada hari jadi, ada hari terkurang juga itu-ini. The key is (bagi aku lah), sebelum and masa memask tu, bismillah and selawat banyak-banyak. Memasakpun kena dalam keadaan yang gembira, mood tengah okay. In shaa Allah; all combined memang vavavoom rasanya *chefkiss.

Okaylah. Lets - Bahan-bahannya:

  • Spaghetti (1/2 bungkus; makan dua orang)
  • Daging cincang Ramly (1/2 bungkus)
  • Bawang putih: 5-6 ulas (diketuk) 
  • Cili padi: 3 biji (sebab taknak pedas sangat)
  • Daun kari: 3 tangkai
  • Garam
  • Serbuk Parsley Mccormick
  • Italian Herbs Meriah 
  • Tauge hijau/ pea sprout: sengenggam
  • Slice cheese (2 slices)


Cara memasak: 
  1. Spaghetti nak kena rebus dulu. Masak air dulu dalam pot (aku masak guna rice cooker je). Letak minyak masak sikit siap-siap. Aku letak garam, serbuk parsley dan serbuk campuran Italian herbs juga dalam air tu.  Air dah menggelegak, baru aku masukkan spaghetti, rebus sampai dah rasa lembut. 
  2. Sambil tunggu spaghetti lembut, masukkan minyak dalam kuali. Tak banyak sangat, tapi jangan sikit sangat (probably 1 senduk kott memadai). sebelum minyak terlalu panas, masukkan bawang putih. jangan bagi hangit bawang putih ni. 
  3. Masukkan daging hancur sampai masak dan sebati dengan bawang putih tadi.
  4. Masukkan potongan cili kecil dan daun kari
  5. Masukkan garam , gaul semula sebatikan rasa. Garam tu jangan masuk sikit sangat; secubit dua. Agak-agak dalam < 1 sudu teh gitu. (aku tak ukur sangat)
  6. Spaghetti yang dah masak, toskan sebelum masukkan dalam kuali. 
  7. Masukkan spaghetti, lepastu terus masukkan tauge hijau. Letak sekali serbuk parsley dan italian herbs sebelum gaul balikkan spaghetti yang baru letak tadi dalam minyak bawang putih (dan bahan-bahan lain).
  8. Agak-agak spaghetti tengah panas sekata dalam kuali, masukkan cheese slice yang diracik-racik. sebelum digaul balik.
  9. Boleh hidang dah. aku tambah lagi serbuk parsley and italian herbs sikit untuk plating.  
Untuk Aglio Olio, key rasa dia dekat bawang putih dan garam. bawang putih kena masak, tapi tak sama macam tumis biasa. kita masukkan bawang putih dari sebelum minyak betul-betul panas lagi sampailah dah minyak dah panas. kedua, garam kena ngam-ngam rasa. Terkurang, memang tak naik rasa. Terlebih, akan masin jadinya. Aku masukkan cheese slice untuk naikkan lemak sikit, and to counter kalau extra masin sangat (aku pernah juga letak santan in another recipe). Kalau nak pedas lagi, letak lebih sikit cili kecil tu. Suami aku kata sedap. Tu yang aku up juga dekat sini as an entri. 

p.s. mini burger tu buat hiasan gambar saja. Aku beli dekat office. Bun, with bijan on top. isi dia, nugget, salad, sos cheese dan mayonaise. 

kbai. ciao.


Thursday, January 25, 2024

Tin Kosong; Killing the Time

 Assalamualaikum wbt

Feeling a bit numb as of the moment. Rasa macam tak best, tapi taktahu apa yang tak best yang duk rasa ni. Tak ada puncapun. Sebab biologipun bukan juga; tak kena waktunya. 

Nak menulis, pun taktahu apa nak ditulis. Maka.. sekadar menaip melekakan kepala dari perasaan hambar yang datang mengacau, agaknya.

So many things are happening dalam tempoh berbulan sejak posting sebelum ini. Banyak benda dah ditempuh, banyak isu baru yang turut memberi kesan serta banyak juga perubahan dari macam-macam aspek kehidupan.

Dalam masa yang sama, lama dah juga berangan nak buat satu entri tentang nikah dan walimah yang berlangsung Ogos tahun lalu; tapi tak pernah betul-betul bersedia nak meaip lagi (dek nak diletak gambar banyak bukan main, itulah yang tak pernah ada tu).