Tuesday, August 22, 2023

Between Work and Weddings

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

(Np Merisik Khabar Akim & Farrah Cover)

Lagi tiga hari yang berbaki. Kesibukan di pejabat dan lebih-lebih lagi kesibukan melakukan persiapan untuk urusan majlis dan kenduri, menjadikan kepala dan hati kedua-duanya tak sempat nak memproses perubahan yang bakal berlaku. Bagusnya, overthinking is being prevented. Kurang bagusnya, aku rasa macam all the thoughts and feels akan dump on me lump-sum bila aku dah terlalu hampir dengan detik-detik bertukar status bujang - berkahwin. 

Macam sekarang, macam dah mula datang segala itu-ini. baru mula nak terfikir dan berfikir semula. New chapter coming orang kata. A co-author is a plus at that. Tak ada siapa menidakkan hakikat, bahawa rumah tangga itu tidak semata-semata smooth sailing sahaja. I am fully aware. Dan tak ada pula orang yang tak mengharapkan keindahan dan kebahagiaan dalam sebuah perkahwinan. Harapan tertinggi tetap untuk sebuah kebahagiaan. Theoretically, I know these two have to merge melalui tawakkul 'alallah. tawakal yang akan merendahkan expectations terhadap kesempurnaan dan yang akan menguatkan ikhtiar ke arah bahagia sampai syurga.