Assalamualaikum.
hi there, ni entri sempena Majlis Konvo UUM 30 itu hari.
So here.. setakat mana gambar yang ada, jemput tengok belaka.
Of my kind-hearted and respectable senior.
Alhamdulillah, takde pulak ter-bergambar dengan haters ke apa.
Alhamdulillah, insan-insan terpilih ni memang termasuk antara senior yang tak lokek membantu dan bukan jenis kaki kecam orang (tak macam haters aku. sobs)
Setakat mana yang dan aku tunggu lepas sidang, mendapatlah gambar sekeping dua.
Padehal ramai lagi senior-senior yang dihormati. Ini cuma setakat yang sempat.
papehal pun, first and formost (sebelum lupa. hahahah)
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah selamat bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UUM ke-30 minggu lepas. Especially untuk abang kakak dpp eon, kelab kembara dan senior-senior Pentadbiran Muamalat. Oh, and plus sebahagian kecil akak abang PBS jugek! Tahniah belaka :)
Barisan gegadis semester 7 yang gigih menunggu Franky keluar sidang petang itu, haaa inilah dia.
Kau bayangkanlah menunggu dari lepas Asar sampai nak ke Maghrib, memang syok kitorang pulun photoshoot je. hahahah
Kenalkan. Yang tudung kuning tu Wurai. Maroon tu Kun. Yang pakai spec tudung oren namanya Ziera, sebelah dia (roommate dia) Wina. Depan Wina yang tudung nude color tu Atiq and yang sebelah aku namanya Pah. Bila ditengok berkali-kali gambar ni, I was like.. oh Alhamdulillah dah sem 7 masih mampu duduk bergambar sekali dengan mereka. Inilah kawan aku masa sem 1 dulupun. Since and still lah gitu kata orang. oh btw, (kalau tak silap) kenal dari Kelab Kembara belaka ni. heh. Thanks kelab. Even jodoh dengan kelab tak panjang, tapi melalui kelablah aku berjodoh dengan diorang.
Macam mana boleh dapat gambar ni? hahaha
Sesungguhnya kitorang rasa bertuah sebab tiba-tiba nampak Ash lalu depan mata (melilau cari senior dia barangkali), apelagi... memang kena panggil lah! hahahah. Alhamdulillah prestasi gambar memuaskan hati bunga-bunga yang ada bersusun ni hah. Thanks Ahmad Ashraf untuk keindahan gambarya (yang menjadikan kitorg indah jugek).
Anyway, inilah, sekelompok junior yang saling rapat dan kenal sebab seorang Franky. yang kenal dan rapat dengan Franky pun, iya jugak. Kalau tengok muka-muka dalam gambar ni memang membawa throwback macam-macam cerita jugak sebab banyak pengalaman yang dapat kutip pun, dikutip bersama dengan muka-muka ini. Ini semua muka-muka junior yang rela jadi AJK program sebab seorang Franky ada sekali. Ini muka-muka yang taktahu jodohnya dengan Franky entah ada, tak ada atau panjang, tak panjang... yang pasti kerana Franky diorang saling berjodoh kenal sampai sekarang. #demimasalaluyangbaibaik
Saja masukkan Ash dalam gambar ni. Bukti kewujudan dia ada, maka kita masukkan satu gambar ada dia sekali. (oh and kebetulan terambil masa "entahsiapatah" lalu belakang tu, dan semua orang berharap itu jodoh dia yang lalu. hahahahaah)
It's getting late as by this time. Dan sebab Wurai dengan Kun terpaksa beransur dulu, maka kita payung gambar diorang sebagai bukti kedatagan untuk sesi sidang 5 waktu tu. "Kau kena tahu Franky, junior-junior yang dua orang ni pun termasuk dalam yang gigih menunggu. Yang niatnya nak menyambut engkau." #demimasalaluyangbaikbaik
And finally, betul-betul nak dekat Maghrib tu barulah muncul jugak mamat yang dinanti-nantikan semua orang ni. Oh yes, I deserve a one-to-one photo dengan dia, and that's why I did.
"Congrats Franky. setinggi-tinggi menumpang bangga pada kau (sbb dah graduate), aku lebih tinggi lagi rasa bangga terhadap diri sendiri sebab mampu datang (sambut) grad kau dalam keadaan aku sekarang" ; free of feelings (of love and hatred). Which this is a very good achievement I can tell. #demimasalaluyangbaikbaik . be off well brotha.
p.s. Boleh pulak Pah dok buat sebak sekejap sesaat dua masa Franky baru sampai tu. Sabo je lah. Dia taktahu ke, hal sebak-sebak main air mata ni, berjangkit?! ahahahah
gambar dengan franky and parents dia. add on kitorang dan dua orang junior bawah kitorang. and stranger (to us) sorg lagi. Scandal tho? hahaha. k melawak je gaiss. jgn butthurt
Ini ceghite keesokan hari pulak. Kebetulan datang lepas sidang 6, maka berkesempatanlah (tambah koleksi lagi) jumpa senior-senior Eon mcm Teguh, Nizam, Danis (tiga org ni memang senior yang baik weh. Jenis yang walaupun kawan-kawan dia kaki kecam aku, tapi diorang macam taktahupun apa yang berlaku. eh k, tu tak cakna kan, nama dia? ahahah) and Nanaz (KB blok aku yang pun memang baik hati - of senior yang sebaya aku, tapi sumpahlah jenis tak buat sombong level takut aku nak dekat tu. Terima kasih Nanaz, di msa-msa yang sempit mcm hanat rasa nak givap, KB dtg komen sebaris dua dkt instapost suruh kipidap-kipidap gitu pun dah naik semangat weh. Peduli lah rapat tak rapat. A strangers word even, can soften a heart, Cengg!) . Tahniah ols! Semoga kitorang-kitorang dapat ikut jejak langkah korang ; dapat tempat intern and bergraduasi dengan jayanya. best of luck ahead jugak engkorang semua!
p.s. Oh kitorg gi lepas sidang 6 sebab teman Wina nak sambut Teguh keluo sebenarnya.
okay, sekian. hahah (sila doakan yang baik-baik)
Ini kak Farahana Salim. Gigih sangat nak dapatkan gambar dengan akak kecik sorang ni. Beria cari random gitu je tau dalam lautan manusia. Mungkin sbb niat kuat kott, alhamdulillah tengah-tengah dok scan orang lalu-lalang tu, ternampak jugak. Sebak sikit masa nak bergambar dok wish tahniah kejadah tu. Rasa mcm lepasni dah takde org dah nak tengok-tengokkan aku (padehal akak dengan aku pun, takdelah rapat beria). Senior sekolah weh. lain dari senior-senior lain yang baru kenal. Dah lah tiap-tiap intake cuma ada sorang je wakil Maahad, sobs. terkulat-kulatlah aku tak berteman masa mula-mula masuk sini. Mujur ada akak. Akak Farahana ni ginilah dari sekolah dulupun, baik amat melayan aku. sama je sampai sekarang aku dekat UUM ni, mcm mana ghupe pun aku, humble baik gitu jugak layanannya. Rasa tak kena judge weh. heheh. Even budak-budak hebat intake aku kenal akak dan tak kenal aku, tapi akak kenal aku. tak ousted sangatlah rasa. kahkahkah! (walaupun kes ousted sebenarnya slh aku sendiri yang tak reti bercampur dengan budak course)
Of senior zaman SPM, senior kelas Ekonomi STPM and even more, senior course Pentadbiran Muamalat. Congrats akak, wakil first class jurusan Pentadbiran Muamalat. Like everyone being so proud of you, of course I am, more. Kalau ke Maahad nanti ada jugak modal nak sembang dengan cikgu. boleh cerita psl akak (sebab diri sendiri tak ada apa nak dibanggakan. dekan pun tak pernah. hikhok). uyeay! Mabruk 'alaiki ya ukhti :) Semoga berkat bergambar dengan akak ni, tempiasnya dapatlah bergraduasi untuk sidang tahun depan pulak. Tak pakai selendang takpe, nak grad tu yang penting. (Sila aminkan untuk aku, cepat!)
Semacam mana ceritanya aku main aci redah je cari kak Farahana, cerita nak jumpa Pipik lepas dia keluar sidang 7 lain pulak. Marathon weh dari kelas tuto dkt library nak ke DTSO. salahkan Pipik punya flight pukul 10 mlm. hahaha. Masa sidang 6 keluar (time Teguh ape semua tu, ingat sempat jumpa sat sebelum dia masuk sidang. tak dan weh! tu bertangguh sampai ke petang.)
So ini, rakan sebaya. Tapi senior. Bukan calang-calang senior ni. Dia senior pingpong yang menyebabkan aku terjebak dengan sukan pingpong, inilah. Dari level noobshit, at least skrg beginner. haa cenggitu. Dari tak suka main pingpong, tak memasal rasa terer main (padehal!!) . Lagi penting, of so many seniors yang ak prnh gamble redah mintak realisasikan lagu aku (lagu ciptaan aku; tapi takdek note).. dia ni lah yang berjaya jadikan lagu aku, bunyi mcm lagu. Happy teruk doh kalau ingt waktu itu. bercampur-campur perasaan sebak tu. lagu buat sbb sentimental punya hal, gitulah jadi. Tahniah weh!! Semoga berjaya jadi komposer hendaknya di masa dpn. aamiin, aamiin,
p.s. Rushing nak mati. Dekat tempat pulang jubah konvo pun boleh jalan amik gambar. ahahah.
Out and off of Majlis Konvokesyen UUM ke - 30. Semoga panjang umur aku dan kawan-kawan yang dah semester akhir semni untuk dipertemukan pulak dengan Majlis Konvokesyen UUM ke - 31 tahun hadapan. In shaa Allah. Dan sementara nak disampaikan ke situ, semoga dikekalkan saja sebarang hal yang baik-baik yang ada sekarang. Aku hendak berjumpa tiap-tiap seorang dalam keadaan yang baik-baik, dengan hubungan yang masih terpelihara. for sure, my lastest dream so far.
Regards,
Jah.