Aku suka kau.
dari mula-mula masuk lagi.
emm yep, sejak time minggu suai kenal...
kenapa ek?
pasal personaliti mungkin.
ahh.. waktu tu siapa je yang tak suka kau.
budak terlebih hyper dan peramah pulak dengan semua.
bajet-bajet jaga budak sakit macam aku ni.
padehal taktahu menahu. sekadar alasan mahu aku ikut melalak di tengah-tengah dewan.
aku panggil kau 'playboy'. Ingat?
baik sangat kau bila dengan pempuan.
kau tahu tak, gaya kau tu macam menabur harapan palsu?
lagi-lagi bagi pempuan tipikal macam aku.
jenuh nak neutralkan tiap tiap ayat gula kau. wahai ~
level nak jadi seorang kawan kepada kau, memerlukan hati yang tabah dan gagah nampaknya.
ramai je yang ikut minat dan jatuh suka.
tapi mungkin tak lama. Tak selama aku agaknya.
aku suka kau. ya.
aku bukan tak bagitahu.
bila ditanya tentang fasi kegemaran, hemm.. oh memang ada nama kau terselit dalam tiga orang yang aku gemarkan. jujur kan aku? heh
macam aku cakap. sikap ramah kau adalah kelebihan kau. mmg jujur ikhlas kau mcm tu.
maaf. siapa sahaja yang suka-suka plan dia nak suka siapa-siapa. kalau pun ada, orang tu bukanlah aku. aku pun, taktahu bagaimana boleh suka. terpulang kalau tak mahu percaya.
maaf, alnya sungguh... masih belum tahu yang kau dah berpunya.
hebat. kau jadi inspirasi lagu baru aku. kau tahu?
lagu pertama aku dekat uni ni. ya, kau lah punca - -"
baik sangat pergi whatsapp siang malam. sibuk puji aku kata berbakatlah apa...
memang tak sia-sia. tak memasal satu lagu tercipta.
lagu tu, tentu sekali ada unsur-unsur luah perasaan.
tentu sekali kau pernah dengar.
ya, aku pernah nyanyi. dan kau pernah dengar.
ahhh.. tapi tak mungkin kau akan ingat apatah lagi nak faham maksud tersiratnya.
aku siapa sampai kau perlu ingat tiap yang aku buat.
aku nyanyi masa kau tengah takbetul, gila-gila dn gilakan dia yang kau sayangkan.
ada kak put, iffah dan datu sekali. emm.. sesi karaoke kita malam tu, yang pertama untuk aku.
itu kali kedua aku bagitahu aku suka kau; tanpa kau perlu tahu.
kenapa kita rapat?
pernah jugak dulu aku berangan-angan yang kita akan rapat. Cuma tak menyangka memang rapat itu jadi yang sebenar-benarnya.
kenapa kita rapat?
sukarnya seorang aku untuk bertindak sebagai sahabat kau, bila ia melibatkan perkongsian kisah kau tentang dia yang kau kasihkan.
aku macam sahabat lain.
gembira jika kau gembira.
mendoakan agar kau bahagia.
untuk niat-niat kau yang baik, sungguhlah aku iakan sahaja.
untuk cubaan-cubaan yang bawa bahana, aku doakan semuanya tak berjaya.
oh ya. terima kasih tak mati pd 21 Januari tahun ini.
terima kasih juga, tak terbang keluar semester ini.
tapi
sebagai orang yang sudah jatuh suka pada engkau lalu pendam, rahsia ni buat aku menangis diam-diam.
masa bila? selalu sahaja. bila-bila yang kau tak pernah tahu. Cukup antara Tuhan dan aku.
macam yang aku cakap. sukarnya menjadi sahabat kau. mencabar. buat aku yang gila.
kau pernah rasa?
pernah ke?
Siapa saja yang kau suka, sukakan kau semula.
cerita kita tak sama.
sukakan seseorang tapi terpaksa diamkan.
malahan kau dengar pula orang yang kau sukakan itu bercerita tentang orang yang dia sukakan. Sedih. Cerita aku macam gitu. cerita entah apa-apa. poyo. dah tahu sakit, lagi nak pura-pura.
Oh ya, kali ketiga aku luah rasa...
saatnya kau baca sepotong ayat penyata bahawasanya aku nak meluah perasaan sebaik sahaja 'crush' tak diketahuiku itu tamat pelajaran. tulisan sampel aku untuk Friday Wishes, ingat?
hebatkan aku? Kau selalu ingat aku sukakan senior seorang ini. maaf. Itu sahaja cara nak lari saat kau mohon penjelasan tentang status facebook aku yang buat kau tertanya-tanya. nama dia jugak yang aku petik. mujur kau langsung percaya. dan aku pulak akhirnya terlalu menghayati watak lakonan sendiri. Hampeh.
Kenapa aku tak terus terang?
kawan-kawan yang tahu, selalu jawapan ini plg mereka nak tahu.
satu. aku sayang persahabatan ni. sayang engkau sebagai sahabat. in shaa Allah sahabat dunia akhirat. Itupun kalau kau tak jemu bersahabat dengan aku. Aku banyak belajar sepanjang berkawan dengan kau krn kau takpernah lokek ilmu. Terima kasih. kau ingat, kalau aku terus terang, kau hendak berkawan dengan aku? berkawan tu agaknya masih ada kemungkinan. tapi berkawan semula, rapat dan kembali seperti kebiasaannya, aku rasa tak mungkin terjadi. ya, itu aku yang cuba elak. Kau rasa?
dua. kau gila nak aku berterus-terang. jelas-jelas dalam hati engkau ada dia yang kau sayangcintakasih itu. cuma dia seorang. aku tahu tu. hemm... buang masa kalau mahu berterus-terang, aku dah terbayang mentah-mentah kau reject aku. bukan aku taktahu dulu ada secret admirer luah perasaan pada kau. akhirnya kau diam sahaja macam batu, kaku. kasihan, kan? tak sangguplah aku menambah derita macamtu. tak luah perasaan sudah sakit, kalu diluah jadi parah, agaknya.
tiga. kau suka dia. dia suka kau. sudah terlalu serius sehingga niatnya mahu berumah tangga. no way aku akan berterus-terang dan menganggu. aku perempuan, dia juga perempuan. aku pernah rasa geram dan sakit hati, kononnya seperti orang yang aku sayang diambil orang lain. Aku tak suka. tak mungkin nak buat perkara yang sama yang aku tak suka itu pada orang lain pula. Dia tentu siang malam pagi petang mendoakan agar berjodoh dengan engkau.Tuhan akan perkenankan apa yang paling hati kita doakan. jelas-jelaslah aku tak punya harapan. Aku perempuan, yang datangnya kemudian.
p.s. Mak aku tahu pasal ni. pasal aku suka kau. dan pasal kau sudah ada dia. mak aku tahu hubungan persahabatan aku dengan kau. soal perasaan, berapa kali menafikan, mak aku boleh agak sendiri walau tak keluar dari mulut aku. Mak aku memang marah, mak aku tak bagi aku simpan rasa pada kau. Katanya, krn akhirnya yang akan kecewa ialah aku. "Buat apa nak diganggu orang yang dah berpunya."
p.s. Mak aku tahu pasal ni. pasal aku suka kau. dan pasal kau sudah ada dia. mak aku tahu hubungan persahabatan aku dengan kau. soal perasaan, berapa kali menafikan, mak aku boleh agak sendiri walau tak keluar dari mulut aku. Mak aku memang marah, mak aku tak bagi aku simpan rasa pada kau. Katanya, krn akhirnya yang akan kecewa ialah aku. "Buat apa nak diganggu orang yang dah berpunya."
sekian alasan-alasan yang panjang jelanya dah serupa karangan.
kenapa aku menaip entri dalam blog?
aku yakin. emm tapi taklah terlalu pasti. tapi yakin gaklah, takkan ada yang baca.
panjang kott.. siapa saja yang mampu.
tempat terbaik buat masa ini untuk aku muntahkan apa yang terbuku. sinilah.
twitter aku sudah melekit dengan twit acah-acah puitis aku yang aku kira, menyemak shj pd time line orang lain. Agaknya orang lain pun sebenarnya sudah naik menyampah.
Igers pulak mesti dah bosan, aku tak sudah-sudah dengan #uumconfession aku bila sahaja aku nak meluah rasa yang tak kesampaian. in shaa Allah, harapan aku... hari ini adlh hari terakhir untuk gambar dengan hashtag itu. Harap mampu tabah. Takmahu lagi ada hashtag uum confession tu. Lagipun Abul pakai hashtag yang sama. hmm... tak best lah. kacau je. ahahahah. *maafgurau*
Igers pulak mesti dah bosan, aku tak sudah-sudah dengan #uumconfession aku bila sahaja aku nak meluah rasa yang tak kesampaian. in shaa Allah, harapan aku... hari ini adlh hari terakhir untuk gambar dengan hashtag itu. Harap mampu tabah. Takmahu lagi ada hashtag uum confession tu. Lagipun Abul pakai hashtag yang sama. hmm... tak best lah. kacau je. ahahahah. *maafgurau*
semakin hari mendengar cerita-cerita kau dengan dia, dan yakin harapan ruang dan peluang untuk aku tu tak pernah ada.., aku rasa cukuplah. aku berhenti dan akan mulakan dengan proses cuba melupakan pula, eh bukan cuba lupa. kenangan dengan kau, apa pun tak ada... tiba-tiba hendak cuba lupa. Maksud aku, mahu buang rasa. Penat aku menangis seorang diri dan patah hati. Rasanya seperti menyusahkan diri sendiri. aku nak luahkan perasaan tunggu waktu kau graduasi. tapi aku kira, tak perlulah rasanya. cukuplah sampai sini. sebab aku sebagai sahabat. apa je yang baik untuk kau dan dia, sungguh... taknak aku rosakkan.
maaf. Tentang perasaan lain ini, bukan tak jujur. tapi nak jujur jugak tak reti.
maaf. Tentang perasaan lain ini, bukan tak jujur. tapi nak jujur jugak tak reti.
throwback jap.
aku stalk kau kott dulu.
sebelum kau mula jadi kawan aku.
video kau yang mana je yang aku tak tengok dalam youtube tu.
facebook kau yang mana je yang aku tak pernah jenguk jengah sebelum ni.
cuak kan. dulu okey. biasalah, pempuan mana yang takde skill cenggini
*ahahahahahahambaarr*
p.s.s. salam 1 Rejab. kalau nak cerita memang banyak sejarahnya perasaan ni.and bila bercakap soal perasaan pulak, bukanlah bererti takde ceritanya tentang persahabatan dan lain-lain. ada memang ada. Jenuh lah nak cerita satu persatu. ini pun aku cerita mana yang teringat dalam kepala, setakat yang sempat. Tak ada yang baca. In shaa Allah tak ada. Kalau ada tu, ajaib. Heh. Aku menaip sekadar nak ringankan hati dan perasaan krn tengah hari tadi, sesi berborak dengan kau adalah yang tersakit sekali. Buat aku givap terus nak pendam-pendam simpan dalam hati.