Wednesday, July 23, 2014

Apa Khabar Qalbi?



[PLAY SOUNDCLOUD]

Kaifa qalbi?

Lama dah nak menaip entri versi peribadi gini.
Lama jugak dah tak menaip selalu entri melbatkan hati dan emosi gini.

Busy.
Malas aje nak menaip bile sampai depan lappy.

so again...
kaifa qalbi?

Alhamdulillah.
Macam gitu lah.
Ada naik, ada turun.
Kata org tu... kondisinya normal.
Masih mengikut fitrah dn sunnatullah.
Tidaklah sihat saje doplohpat jam.
dan Alhamdulillah, tidak sakit juge sepanjang masa.

Cuma,
aim dan target terbaek utk sang qalbu ini masih belum tercapai lagi.
jatuh bangun, masih jatuh bangun versi sederhana.

Tak berani nak nangis berjujuran air mata,
makanya, sujud menyerah jiwa pada sepertiga malam juga...
sudah jarang-jarang sangat berpeluang melakukannya.

Bercakap tentang Ramadhan,
Mungkin Ramadhan kali ini baik.
Tetapi, boleh jadi ada Ramadhan dalam waktu yang sebelum ini lebih baik lagi.
Begitulah.

Allahumma balighna fi Ramadhan.
Didoakan semoga Allah sampaikan aku sekali lagi pada Ramadhan berikutnya.
Aamiin. Ya Rabb al 'alamiin.

Masuk balik topik tadi.
turun naik qalbi yang macam mana ya...
hmmm

hendak kata masih ada perasaan yang sama kuat, tetap dan sabit seperti zaman dulu kala itu,
mungkin alhamdulillah, tidak.
tetapi,
lupa tentang apa yang telah dan pernah tercoret sebagai sebahagian memori juga, tidak.
Tidak cinta barangkali,
Tidak juga lupa.

Dalam proses untuk terus melangkah ke hadapan. Agaknya macam tu lah.
Orang kata... sedangkan rindu jugak satu tanda ke arah melepaskan dan maju ke depan.

Walk away from what left you. Move on and smile. Cheer up. You can’t always compare you first chapter with their chapter twenty. So write it your way

Kadang-kadang..
Tak boleh terima dia.
Caranya.
Rasa macam teraniaya.
Kalau diingat balik, macam kejamnya dia.
*gelak hambar*
cemtu le kononnya.

kadang-kadang k.

Siapapun bisa jadi manusia tak-acuh karena dua alasan ini; lelah untuk peduli atau sedari awal memang sudah tidak peduli.

Ada masa juge tertanya-tanya...
apeke die tu,
memang senang ya buang hilang segala perasaan...
tak jujur ke hape

Kalau ikut pengalaman masa mula-mula kenal.
memang jenis dia, senang 'maju ke depan' lepas berantakan.
pakat redha aje ke die?

ya.
Ada masa sesuatu yang tak bermanfaat seperti persoalan-persoalan ini
memang mencari ruang untuk menguasai segenap ruang dalam kepala.

Lambat-lambat nanti...
sebab takde yang akan menjawab persoalan ni,
aku juge yang akan merespon sendiri,
mana mungkin aku tahu apa yang pernah dia alami sebelum ini.
Tak perlu rasanya kalau aku jatuh tonggeng terbalik kerana hal ini, dia juga perlu mengalami jatuh tonggeng terbalik begitu.
Kita berdua dalam bab yang berbeza.
Aku mungkin baru prolog.
Dia sudah di bab epilog.
Mana mungkin sama respon dan reaksi segala.
Orang yang tak 'menunjuk-nunjuk' respon hatinya seperti aku ini...
bukan pula orang yang tak ada hati dan perasaan. Teorinya cemtu.
kannn..

eh.
mujur tak selalu.

Kau memang suka meminta sesuatu atas apa yg sudah terlanjur. Jangan rindu, ketika ia sudah luluh. Jangan jatuh cinta, ketika ia sudah patah.

sebab busy barangkali.
dengan bisnes yang baru nak menapak.
sibuk nak menconteng beg yang ditempah.
sibuk jugak nak mengapdet perkembangan item item baru nak diperaga dlm kedai atas talian.
Lagi sibuk berurusan dengan rumah dan segala isi rumah yang menuntut aku komited menjadi bibik di siang hari, dan menjadi anak sulung berdedikasi malamnya....

memang tak menyempat sangat nak asyik terimbau segala momen dengan dia.
Takde masa nak patah hati atau buat sesi luka berdarah kembali doplohpat jam, tujoh hari smninggu.

Sakit.
Sibuk dengan hati.
paru-paru aku...
merajuk ke? *gelak tak ikhlas*
-,-

ya, paru-paru ni dengki.

so sekarang perlu fokus pada kesihatan ni.
Makan berpantang.
segala perisa kedberi yang jadi kegemaran zmn berzaman semua da tak boleh telan.
segala adek beradik kopi juga hanya mampu tengok, tak mampu teguk.
ais batu jadi musuh nombor satu.

laaaagi lah tak menyempat nak feeling-feeling dalam keadaan macam ini, sekarang ini.


Alhamdulillah lah kann...

qalbi versi tak keruan tu datang mcm musim durian laa. mcm wabak ke demam ke.
sekali dua. kejap.

Kenapa masih tak boleh buat biasa?
kalau betul perasaan sudah tiada, sekadar tidak boleh lupa
'kebengongan' juga cuma sekali sekala...

soalan cepumas tuu.
Soal kepala yang waras pada hati yang...

Aku tidak mampu menjadi seorang kawan, dahulu berkawan itu alasan aku untuk menyembunyikan perasaan yang tak terbataskan.

at the end,
aku jumpa alasan.

Aku pun tak fully heal cemtu.
ecehh
So, taknak lah kawan-kawan ni,
takut ada organ-organ dalam diri ini yang amik kesempatan atas status 'kawan' tu.
Mula lah nak buad sesi mengharap, tersuka, dan terluka balik macam zaman dulu-dulu.
Eyy, malas aku nak lalu satu cycle macam tu.

kalau bertuah lepas sesi tersuke dan terluke tu adalah harapan utk sesi, 'berbalas-balas suke'.
Tapi tak mustahil akn merasa balik sesi kene rejek perasaan ni.
ahar...
*gelak hambar*
cycle yang super sukar.

so..
baiklah toksah kawan langsung lagi.
takat cakap sepatah dua tu... boleh rasanya.
kritikal sangat dah kalau itu pun tak mampu.
tapi nak buat biasa tu belum lagi.
kan masih 'ongoing' maju ke depan aku nih.

“ Terima kasih pernah datang, lalu menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur. 

Aku ni,
maybe laa lambat siked kott matang nya.
Tapi semenjak dah hidup membujang dekat rumah
kelam kabut, tenggelam timbul uruskan bisnes ni...
selow-selow aku pun dah ada aim untuk future.
Fokusnya selepas fokus-fokus yang lain tentulah untuk capai matlamat aku tu.
Untuk keluarga khususnya segala cita-cita.



Tak tipu.. 
Mungkin dulu, harapan aku juga ingin begitu.

Mungkin ada silap di mana-mana, 
harapan itu layu.

Mungkin ada silap pada doa yang tak bersungguh,
atau hati yang tak jujur,
atau pergaulan yang terbataskan,
atau rindu yang dilebih-lebihkan,
atau silapnya pada angan-angan yang cuba mencapai awan

Atau mungkin tiada silap.
tetapi tiada jodoh.

Begitulah percaturan Tuhan untuk aku 


In shaa Allah.
Harapnya berjaya.

Pasal qalbi dan dia ni...
esok lusa lepas semuanya selesai,
boleh lah kott nak fikir balik.
haaa gitew.

Kalau lepas lepas ni, masih ada hati...
dan disebabkan rasa dia untuk aku sudah mati..
ya,
masa tu mungkin boleh sambung balek kalau nak buat sesi tertonngeng terbalik.

entah-entah,
aku jumpa orang lain..
dia tak jumpa sape-sape.
haaaa.... biarkan dia rasa.

muahahahah. *evil laugh la konon*
lol.

tak mungkin laa cemtu.
mengata orang, aku kena balik kang,
naya.

lebih baik ending-nya

biar aku jumpe sape-sape
dan dia pun jumpe entah sape-sape.
akhirnya semua bahagie.

sekian.
Aamiin..


p.s Lagu ni super sedap. Tegak-tegak bulu roma ak berdiri dengar zikir ni dalam Hitz tadi. Fes time hayati agaknya, cemtu lah, terus jatuh hati jiwe raga aku. Sambil-sambil stalker cerita hati basi aku ni, zikir asma Allah sekali. (-:





Friday, July 18, 2014

Iftar Pra Universiti generasi 94


[KLIK 'PAUSE' - IKON BURUNG ATAS TUH]
[PLAY SOUNDCLOUD]


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Sementara berkesempatan, nak jugak berkongsi cerita tentang iftar yang alhamdulillah; berjaya diadakan pada 12 Julai 2014 yang lepas di Bangi Golf Resort Restaurant. 

Setiap tahun sejak tahun 2012 aku berpeluang berbuka puasa dengan sahabat-sahabat seperjuangn; sahabat pra universiti SMKA Maahad Hamidiah, tak seronok pulak bila tahun ni kebiasaan tu tak terlaksana memandangkan kami semua dah tamat pengajian tingkatan enam. So, tidak dapat tidak... tahun ni, nak jugak merasa berbuka puasa dengan sahabat-sahabat dan para guru.

Bila cadangan dan hasrat sama ni diutarakan oleh pelajar lelaki... memang berbesar hati aku menerima dan semangat nak ikut serta.  

Tak ramai yang dapat hadir. Hanya 12 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan shj daripada sejumlah 53 orang pelajar kesemuanya. Masing-masing yang takdapat ikut serta disebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu yang tak boleh dielakkan. Walaupun agak sedih tetapi terpaksa direlakan. Haaa gitew. Namun dalam ketidakhadiran dorang tu, dorang masih memberi sumbangan sebagai tanda kebersamaan dalam mejayakan perancangan yang tak seberapa ni. Alhamdulillah atas sokongan dorang jugak. 

Iftar haritu, selain jemputan kepada para pelajar pra universiti sesi 2012/2013 dan para guru tingkatan 6, turut jugak diramaikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar tingkatan 6. Family members pun ada jugak. Adik aku, adik miera dan abang Miera. Okay lah. majlis yang serba sederhana. Bukanlah tempat yang tertutup untuk melangsungkan majlis rasmi ke hape. sekadar masa santai untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan dan guru yang dah tak-tiap-tiap- hari- jumpa.

Terima kasih atas kerja sama semua orang yang sanggup keluar duet banyak untuk menjayakan iftar tahun ini. Sanggup keluar duet dan berkesudian pulak untuk hadir, terima kasih sebab bagi kerja sama. Aku taw sume pon sebok. Nasib baik aku baru lepas berenti kerja time tu. Dapat jugak aku bantu mrk mrk yang berhasrat utk melaksanakn majlis iftar ni. Sesungguhnya aku sangat gembira. Puas hati dapat berhempas pulas berurusan dengan pihak hotel, uruskan pembayaran, kontek cikgu-cikgu dan member sana sini kerana akhirnya Allah izinkan juga majlis ini berjalan lancar.Alhamdulillah.

Moga-moga majlis iftar ni kita boleh buat majlis tahunan lah ye. heheheh n.n"

So, enjoy the pictures. Raw pic semuanya. Tak menyempat nak mengedit ke hape.  


aku and alang :*


 meet my sistah, Huda


Huda, aku dan alang...




Bebudak laki bersama Puan Marina Bt Mat Isa dan Teacher Rashidah Bt Baharom :-)




 Bebudak laki bersama Papa Shaha - Encik Shaharuddin Bin Abu Kassim dan Ust Mohd Zainaphi Bin Zainal




meja kiteorang



meja bebudak pempuan n.n



meja cikgu-cikgu tersayangss


meja bebudak laki.












 ambar
Gambar kami yang hadir. Kami yang happy...
kami yang, dua puluh tahun.




oke. Sekian. Tahun depan, kalau panjang umur kita buat iftar sama-sama lagi.
Harap semua boleh turut serta masa tu. In shaa Allah, kalau panjang umur. Kalau ada jodoh ~


Segala kekurangan pd majlis tersebut harap dimaafkan.