Wednesday, June 30, 2010
Suami untuk Ku ('v')
Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke
Sunyi
Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.
Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??
Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan
Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.
Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...
Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...
“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang
“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia
“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”
“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini
“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”
“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau
“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)
Kata-kata ini...
Di dalam warkah ini...
Aduh!!!
Kini diriku rasa umpama ditusuk sebilah pedang panjang,
Yang merobek-robek hatiku, yang gelap diselaputi hawa nafsu....
Cinta Biasa
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
pesanan untuk aku
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini...
Hawa...
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah S.W.T dalam urusan_Nya. Bayangkanlah Hawa... Sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan...
Hawa...
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda di saat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa... Cubalah! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah... Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini, kian berubah...
Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah S.W.T sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari? Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...
Sedarkah kau Hawa...?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!
Hawa...
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu di saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.
Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini...
Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya. Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ... Aduh! Banyaknya seksaan menantimu...!
Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!
Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?
Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana, jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa...
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.
Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu. Tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu...
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”
Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah S.W.T membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kata, ketahuilah...
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN,DAN, SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”
Monday, June 28, 2010
HEROES
tahniah sgt kepada kau orang semua yg dpt score A untuk Add math mid term ni...
tolong eh??
tolong bersyukur... Ak yg fail ni.., mmg kesal abes-abesan ahh..
hebat5!!!
bile free.., ajr2 la ak dgn pleasure nye.. yeh2??
hehe
here it goes:
1. najibudin :: 89%
2. Syarfa' :: 87%
3. fatah :: 85% (maaf yeh.. takde pic kau)
4. Ili Afiqah:: 81%
5. Syarifah :: 76%
6. Khadijah :: 75%
7. W.Nur izah:: 71% (maaf juge kerana pic mu tiada dlm simpanan)
8. Faisal :: 70%
p.s. ralat --> akceli.. kt pic tu.., the spelling should be HEROES OF ADD MATH.. *sekian, timekaseh*
Sunday, June 27, 2010
kinda suberb personalz
Assalamualaikum... (4:06 am)
ape psl ak berbelog fefagi ni yek??
hak2 korg ni.., mcm x biase...
tu mksod nye ak ni addict thp mendewa nk on..
huh~ it have been a quite long time i keep post entri about my personal life
ritio??
huhuhu~ artikel2 islamik lm folder dah bersesawang bebb~
takper ahh yeh? ble da prepare and enough ready, ak akn ltk..
ni my belog rite?
memandangkan ak da x rjin sgt view belog org skrg..,
org pon msti xkn usya belog ak en??
so ak nk bt sesi meluahkan perasaan jp kt sini..
hati ak kt ICU..
sbb mulut ak xde insurans sket couple hours ni..
sbb ati sek pns jeh...
kalaw tak d'sbb kn bengang thp mndewa kt sumone..,
msti sbb
ak tgh liking sumone...
sme jeh
both situation, menyebabkan ak bt dose,
jd gile n pening kepala..
Hidup ini ujian..
dan ape yg terjadi sekarang adlh ujian utk ak..; seorang gianese(gian berbelog laa)
hak5 (dlm nada sadis)
-asl ak mcm tga ngadu ek??-
*who cares rite?? my belog, my way..(eh timah, sori11~ terciplak ayt ko plk.. seryesly sori)*
setiap kali jari ak ciptaan Tuhan ni nk menaip...
ade jeh ujian yg dtg.. (ujian, bg ak laa..)
frankly speaking,
it is something like MOOD SPOILER..
jarang2 je ak x diganggu mood spoiler thp killer ni..
but most of the time, YES...!! ak mcm dah kene jajah
ble dtg sumthing good news yg ak nk share,
ble mle nk menaip,
setelah segala mcm 'taufan' itu dtg dl bnyk bntuk,
drpd good news,
x psl2 rse mcm nk ngadu je memanjang (huisy! really not ashame la aku nih!! *hailaa*)
x psl2 rse mcm nk tules bad news je ol the way long...
korg paham tk?
kalaw kt rumah,
hatiku memang trully remuk rendam (dah la remuk, pastu direndam plk)
kalaw kt sekolah??
awl2 lg da dihantar naik embulen spesel, rapidly ke wad kecemasan ospital gle..
mmg ati tunggang langgang
p.s Cekgu yg tk ngaja ak penah kate, ati ni salu berbolak-balik (betoi tu cekgu!!! mcm sy!! *angkt tgn*) sekiranya kite selalu fikir yg kite ni dpt tanggung sendiri , simpan sendiri or bg tw org lain (mengadu atw kuah perasaan), mungkin kite silap..
sbb, (cekgu tu berenti jp.. amek nfs) manusia ade bnyk kelemahan.. n kalaw nk d'tmbh dgn kelemahan sendiri or kelemahan kita.., kdg2 tk tertanggung n kdg2 tak luak pon..
last2, mungkin kite sendiri akn kecewa dan x puas ati jike kite sekadar berharap pd manusia (sama ade kite or org2 lain)
oleh sbb tu.., (cekgu tu ckp ag) kalaw nk ngadu.., ngadu dgn Allah..
dy kate, mengadula dkt Allah bersungguh-sungguh (cm ak taip lm belog ni hah)
cm kite ngadu kt org.. doa bnyk2..
gerenti puas ati.. *ibadah laa*
ati pon tng.. n kalaw Allah izinkan, prob pon setel..
k la..
ak nk story sl Jordan sbnr nye..
ade sesuatu tntg jordan yg ak nk share.. tp sbb mase da mendesak n ak punye jiwe tunggang langgang sket..,
ak terpakse mengundur diri...
ak akn try ahh story psl jordan tu, sblom tjok tu expired n dimakan microorganism..
GTG..
--> sori.. x dpt jln2 view entri beloger2 len.. , bkn pe, tp x sempat2.. you know wht I mean rite?
I appreciate that.. (ur understanding)
salam alaik.. Till I menaip again..,
5: 40 (kajang)
Assalamualaikum...!! (jwb slm tw.., jgn bt don't know jeh)
emh.. kembali lg...
nk ckp sl pe lak ek?? it supposed to be..,
i have (still have) a bundle to tell...
ak (suda kembali mcm dulu2~) bwu pas abes bace novel ~143 - iloveyou-
fufufuf (~.~) best kot kisah nye.. pingu toha mmg menulis dan berkarya dgn ekselen sekali..
CONGRATE to pingu toha..
the novel.. ak ingtkn lil bosan.. (pendapat certain2 org la)
don't take heart, bang...
wey u all....
terpaksa chow lg..
bru berbelogging 4 less than 3/4 minit..
TERPAKSA SGT2 blah dulu..
BTW, novel tu best
(redha je laaa zah)
salamalaik
p.s. later on.., i visit2 belog korang yeh?? :)
4 : 23 petang (Kajang)
Assalamualaikum...
td on sekejap.. about 2:30.. tp just on for half an hour..,
so, sempat edit background je laaa.. ;)
belum sempat view belog2 lain lg...
Apa yang saya nk tules yek??
saya??? (alahai.. sekalisekala sy, takkan x boleh, rite??) *mke skema*
smlm (sabtu) sy balik kampung..
x bwk lappy pon sbb harini saya sudah plg kembali...
(kononnya) tmbhn plk keje rumah menimbun..
so, ingt kan blik kampung, boleh lah bt keje rumah dgn aman tanpa sebarang gangguan
dan godaan..
but, expectedly I'm wrong.. ~ngee~
FYI,
sy tak kisah kalaw abah mengeluarkan arhn veto kene balik kg ASAP n sekadar utk
jangka mase pendek..
sy tak kisah gk kalau time kami smpai tu, there's no one there (sunyi bangat!!)
except atok n nenek jeh..
sy tak peduli betapa kalaw ade nyamuk.. :: small matter lah..
tp.. saya mmg PANTANG when it goes to katak...
st tak berkenan sekali bile pulang ke kampung dan terpaksa berpening kepala kerana
takut, geli dan taksuka kan katak..
even the katak is the small type one.. (feduli apa sy?? katak is still a katak!!)
seryes sy ckp..
sy mcm immature thp maksima bile abh arh kan sy mndi dan sy menggeleng cergas
"TAK MAW!!"
isy.. don't think badly..
mandi, bkn prob nya..
tp, katak is the main spoiler... nama pun kampung yang sebenar-benar kampung..
tnds nye mmg sjk azali lg dah terpacak kt luar rumah (aisemen, lemah kepala lutut)
katak bagaikan berada di mana2..
Payah, rumit, complicated
mandi fefagi bute.., dgn bunyi katak bersahut-sahutan.. mmg class lah ketakutannye..
tak psl2 abh buat mke bengang pg2.. (msti abh fikir ank dy tak betul fefagi tuh)
ble sy jujo, sy geli katak mke sy takmaw jejak tnds..,
teros abh bt cerita dongeng kjp..
abh kate.., kata org kn katak tu, putera raja... ape nk takut nye??
huh??
merepek ape plk abh ni??
plz lah.. katak dlm fairy tale je ptre raja... x wujud pon istilah the frog is the prince (monsteraksasa, baru lah prince.. *mke begar*)
lg pon, kalaw betul la ktk tu putre raja.., takkan la dy tkde keje lain selain msok bilik mandi
cm pervert ; stalker gitu..
fufufu~ sy mengarot ape nihhh??!!!! *mke serabai*
Lupekan jelah...
ape2pon.. i don't like katak..
emh.., nk kater benci takleh pulak..
yela, katak pon.. makhluk Allah SWT gk...
sudala.. mw berganjak ke entri seterusnye...
emh.. mybe tk smpt kot.. GTG.. nk usya belog len pule
assalamualaikum kalian...
Friday, June 25, 2010
hanya aku yg tahu
suara yang menyanyi
irama dan melodi
di dalam jiwa ini
sebenarnya sepi
tanpa engkau di sisi
aku akan sendiri
menangisi cinta yang telah pergi
ku lihat taburan bintang
dan purnama yang terang
mendamaikan dan tenang
inginku berdiri
mencapai horizon
di awangan
inginku laungkan
namamu yang tersimpan
agar engkau bisa terbang bebas
keluar dari kongkongan jiwaku
yang sunyi dan penting kan diri
ak tak tw ape kene dgn ak... it is just a lyric (yg terlintas tibe2 dlm otakku)... memandangkan aku tgh 'melayan' emosi 'sakit jiwa' ak skrg n tmbhn plk sgt dipenuhi dgn lafaz2 bombastik from novels n komiks.. perhaps, ni la hasil nye
p.s. kn best kalaw ak dpt picture not2 music by my own hand...
fufufu~ wan.., nmpk ak ni agk degil utk follow his advise->jgn gune short form..
it doesn't work when i'm trying.. pluss it is also do kill my mood (the ribena's mood) when im going to post an entri..
i'll try slow2.. life must go on dude~ (ahh ak merepak ape ni??)
Wednesday, June 23, 2010
Wednesday
erk.. aku tak tahu lah pula nak cakap apa... =_='
salam..
on kejap saja.. c: adik dah panggil..
turun makan.. umi aku masak sedap... hehehe.. mesti bakat memasak tu akan turun pada aku nanti..
salam alaik..
Tuesday, June 22, 2010
away..
Monday, June 21, 2010
ENTRI PNJG
Bismillahirrahmanirrahim... dan Assalamualaikum..
fufufu~.. suda pukol 5:30.. tah nape, tp saje nk bercerite psl hari ni.. hari yg dimulakan dgn feel yg sgt bahagia hanya ak je yg taw.. namun begitu disusuli satu demi satu dugaan, kekangan serta masalah yg sgt berpotensi menserabaikan emosi serta mencelarukan hati budak ribena mcm ak ni menjadi rapuh.. 'semoga redha Allah bersama ku dan iman ini dilindungi~ Aminnn~
-sdg dngar lagu ft island... ;)-
pg2 bute td, sgt bahagia dpt bangun seawal yg dirancang sehinggakan smpat berbeloging n bersahur.. Alhamdulillah sgt Allah permudahkan pagi utk ak.. dpt g sekolah awl walaupun ketika langit masih kelam dgn cahaya jingga yg samarx2 dan awan yg tidak terbentuk lg ketika itu.. mood pon oke.. sgt bersyukur..
perhimpunan rasmi (betoix2 rase mcm student sbb kene beratur.. ye ahh.. mse cuti n d'sbb kn sebok bebeno berbeloging, x rse cm student sgt en? kire bwu sedar lah ni) skjp je.. Whoa!! x seperti dulux2, berjamx2 lama nye.. baguih lah tu.... ak pon dan nk terlena kalaw dibiarkan semakin lama ikut assemble tu.. tmbh plk harini, tak seperti selalunye, pk tk bg student duduk time perhimpunan rsmi... (Alaaaaahhhhhhhhhhhhhhh =_=')
mse pertama xde cekgu.. sungguh, busan + bahagie.. ak xde keja mule2 tu.. xpsl2 menules entri dlm notebuk.. fufu~ sah ak da addict berbelog... cume seb baek ak tk lukes c.box sekali.. frankly speaking, bile masok sekolah n duduk d'tmpt ak sndiri n bersamax2 insan2 bertuah lain ke perhimpunan, xpsl2 ak rse cm bebudak..(mybe ak xrse sgt mse cuti sbb ak cuti sesme famili jeh tmbhn pule kwnx2 d'belog terdiri drpd plbagai lapisan umo.. ramai yg lg tue dr ak...
caner nk ckp eh?? ak xberkenan dgn diri ak yg weak terhadap feeling2 pompuan ihh.. ak rse ak terlebih knk2 dr knk2 sbb bile g sekolah.., ak punye otk cm xley fokus stay on one main thing: STUDY.. ak cbe x pndg mamat kt hulu tu.. (x pndg kayh ;) tp cm ade sisa2 perasaan nk ngusya, gitu (but i didn't mean tats what i'm trying to do.. sbaliknye, tu yg cbe ak avoid) Astaghfirullahal'azim.. 'teroknye kau ni zah!!!' (mara diri sendiri)
-smbilx2 ak dudok.. menyempurnakan note chemist yg x smpurna, telinga ak yg hebat ni smpt menangkap butirx2 ape yg prince kls ak tgh bork2 kn ketike itu..~ really berbeda!! dorg ckp sl kiamat, akhirat, dajal n etc~ sungguh x seperti mereka yg selalu nye... (mungkin ak yg memandang prince2 uh?? mybe) baguslah.. x ramai guy yg sdr situasi islam skrg.. (at least prince kls ak tu tw n sdr yg kite sume ni di akhir zaman n kiamat sgt dkt dgn kite.. (ak insaf dngar walupun detail x clear mane)-
mase b.m, cekgu pon masok.. hailah, time ak baru nyeh ngantok.. cekgu msok n edarkn paper 2.. cekgu kate.., nk atw xnk, salah atw betoi, pembetulan tetap kena buat!! *nada tegas*
blax3..~ mcm2 la yg happen smpaila stu saat, baru ak sedar yg paper ak missing; SEHELAI.. sekaligus merosakkan mrkh ak mndapt gred C+ utk BM.. gler ape?? 'zahx2.... even ko minat BM, ko tetap tk boleh score subj tuh.. *hampa, kecewa* ni org melayu ke hapa???' haisy.. haru.
ak g solat kt suraw.. mse blik tu, gerimis.. ak tgk still ade certain2 manusia yg wujud kt kantin, so ak hrp la yg ak x gitu terlewat... sekali tuh (musibah jatuh ats kepala ak mcm batu) ak smpai kt pntu n dnga sazah membebel tgas!! ak x jdik msok.. ak usya org yg dpn mate ak.. 'tat guy berdiri.. prince2 sblh-sblh die pon ade yg berdiri..
kesah disebaliknye.. rupenye mereka dileteri kerana lmbt msuk kls.. huh??? MAUT~_~' 'zah... bersedia utk buat muke pling tebal dan bertembok!!!' x dpt ak realisasikan nye sbb terlalu malu.. siap tutop mke dgn buku lg (kene stand kt dpn kls.. 'Oh man!!!!!!!!!!!' menghadap die dan mereke) sazah mrh ak mcm ak g fly clss n bt keje stupido je .. huhuh... touching ot.. 'sabaw zah...'
-setiap perkara yg berlaku psti ade hikmah disebaliknya :: everything happen for a gud reason -
mse chemist.., tandok kejahatan ak mle tumbuh di sebalik tudung.. haisy~ Astaghfirullah!! first sbb ak suda lbey sikit dan suda stat memandang syabab di muara sana.. n bertambah terok apabila ak sengaja mendengkikan tmn ayu d'cc ak tentang org yg die ske (ak tw die dngki.)
mrkh chemist ak..., avarage je.. bru dpt paper 3.. ak hrp x fail laaa
-maaf..~ maaf kerana bad attitude ini buddy.. mahapx11-
mase addmath... xku sngke mke ak akn jauh lebih tebal tembok nye dri masa Syariah Islamiah td..~ addmath paper 2 ak sgt siput.. (percayalah.. korg msti xmaw knl ngn org yg worst addmath ini :(
ak malu gle.. n b'tmbh2 malu bile cekgu tnye mrkh ak dri meje cekgu yg jauh d'hadapan. (means cekgu mcm nk ak annouce keterukan mrkh ak.. 'zah, semua salah kau.. kau kena amik iktibar atw kau akn lebih memalukan pd mse akn dtg'
time nme ak kene pnggil.. seryes, ak x toleh dpn lngsung.. nk nanges,? ak x reti nanges bile mrkh seteruk gini.. =_=" ak biarkn sesat due mcm pekak jp.. huisy!! mawnye stu kls pndg ak time tu.. syabab kt pedalaman tu, pndg jp jeh.. sebagai tnda peka trhadap surround die..
ak da dilema nk jwb ke tidak.. malu.. malu dgn die, org lain n b'tmbh malu dgn jejaka sebelah die yg skor A addmath time tu (1 more mark to A+.. ak x penah sangka c 'wakil rakyat' sehebat ni)..
las2 ak gtaw gk cekgu dlm bhse isyarat yg, syukur sesangat.. cekgu phm.. lps ak gtw tuh, mmg ak da x pndg depan da.. pndg wansyer d'sbelah je (sorg partner yg sgt membantu..) tnhx wan ;)
ak x tw merekex2 dlm kls tu tw x.. let 'em b..
-pas ni ade retest n i will do my ol out... mengkaver malu yg hanya Allah dan aku yg tw..-
cekgu kte ak bkn the lowest.. huh?? yeke?? ak xtw la plk ade yg lg rendah dr ak.. bia la.. sok, kertas exam lain pule yg menantiku.. ('_')
p.s. post ini membosankan dan post terpanjang, karangan sendiri dan sgt bersifat peribadi yg korg prnh jumpe dlm sejarah belogger... abaikan.. timekaseh, melawat belog sederhana maju ini.
Sunday, June 20, 2010
Monday
skrg ni pukul 4:45 a.m. huhuh~ sudah hampir sgt dengan detik tu.. walaupun it's sound like ribena, but i want to avoid it.. you know, i'm quite dislike it.. hohoho ape lagi kalau bukan, detik,
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!! -ow my school; SMKA Maahad Hamidiah, Kajang- so scary...cuz after this first fact, for sure i'll face the second fact I hate even more than the first one.. it is, MENDAPAT KERTAS dan MARKAH PEPERIKSAAN MID TEST!!! wooohooooo!! :c tak bestx2~
mlm td, hampirx2 suatu musibah berlaku ke ats ak;budak yg x berape besar ni (I'm still 6teen kay..) I call it musibah cuz it's quite similiar to it.. HUahuahua~ musibah TIDAK JUMPA TUDUNG SEKOLAH berlrncana.. fullamak.., kalau korang feel entri, korg mesti dpt feel sekali kegawatannye ketika tu.. hakx3.. yela, semua mende da prepare (bajet ber'semangat' sgt xp) n kalau ikot mitosnye, ak nk tidor awl seawal jam 9:30 pd mlm itu (smlm)..
sekali tudung x jumpe.. maw haru aku menyelongkar dr alamari ke almari dr bakul kain ke bakul kain.. -dah gaye ekspedisi dlm rumah sendiri dah..- byg kan la.. mule keep searching pukul 11;00 (haha!! sbb tk perasan masa b'jln, quite fast.. leka usya TV x berapa besa tuh)
mmg mitos sungguh, plan aku nk tdo awl smlm.. hailah~ =_='
mujur la....!!
mujur la Allah memudahkan ak.. hehe~ tak lama, about 30 minit later, I've already found my tudung with the school lencana on it..
mmg ak nyanyi lagu SYUKUR je sepanjang meng iron tudung tu.. (mana tk nye.., rase bersyukur yg melimpah ruah gitu.. x psl2 bt konsert.. seb bek menggosok skjp je...)
at last~ ak tdo juge pd pukul 12:06 a.m. sharp (sharp ke??)
lps iron tak terus tdo.. terLAYAN pulak sis ak bergossip dlm bilik.. ishx3..
emh, bkn gossip, tp borakx2 serta mengeratkan hubungan adek beradik..
p.s. Okay la.. slmt pg.. soba hail koir - morning!! GTG.. da pukul 5:02.. nk g bersahur ..
Untuk Abah kuu
atomen belog ini belog ini memulakan ucapan dengan~ Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
"emh.. hehehheh (less konfiden) emh.. err.. aa.. SELAMAT HARI BAPA buat abah tercinta.. (da konfiden sket da.. fuhhh) sorry bah, salah silap.. InsyaAllah.., segala kekurangan and kedegilan serta kekerasan kepala akan dibaiki dan dikurangkan.. Minta maaf banyak2 bah.. ermm.., belog ni pon, abh xtw ank abh bt tnpa restu.. ~erk~ (tp, umi restu tw!!) maaf bnykx2.. izah xkn lupe amanatx2 abh.. soh jdik org yg berjaya dunia akhirat n mendoakan kesjahteraan abh n umi, kanx2?? InsyaAllah tk lupe n JANJI takkan lupe.. mintak maaf lg (entah kali yg keberape) kotx2 la result tk memuaskan utk mid exam.. abh jgn la maraa... *nada menggedik* ank abh ni akn mengambil iktibar ats kesilapan die!! jgn risau bah..!! izah akn belajar dgn lebih mantop lg pasnih Ajaaja, Fightinggg!!!!! *terlebih kredibiliti semangat*..
Oke la bah.. syg abh setiap waktu.. -setiap hari adlh hari bapa.. iskx3 *stat touchingg* doakan eizah jd insan yg bergune, cemerlang dan gemilang ye bah... sobx5.. sekian timekaseh (x pslx2) "
p.s. hargailah dan sayangilah bapa anda dan doakan mereka.. tanpa bapa siapalah kiter.. :)
Saturday, June 19, 2010
header punya pasaii
p.s. ak akn try yg mana ak mampu.., utk masuk kn entrix2 n postx2 bergune dan ilmiah.. khususnya dr iluvislam.. InsyaAllah
betoix3
Friday, June 18, 2010
the first end
ak doa kan semoga kite semua berada dlm lembayung rahmat dan redhaNYA setiap waktu tanpa terlupa mengucap syukur;Alhamdulillah ats semua nikmat kurnian Allah Azza wa Jalla..
Sentiasa lah dan sama2 lah kite hargai nikmat Allah khususnye nikmat nyawa, iman, Islam dan keharmonian negara kite ni... InsyaAllah..
ak sgt bertuah dpt menaip entri pd waktu ini.. dlm keadaan aman dan sentosa *Alhamdulillah..*
dan tidak dilupakan dgn doa ak, agr saudara2 seislam d'Palestin sentiasa tabah dan d'beri kekuatan iman dan kecekalan mental + fizikal dlm mengharungi hari2 d'sana.. InsyaAllah, setiap yg terkorban antara mereka adlh para syahid d'cc Allah.. *aminnn*
hari ni.. hari yg ok2 saja.. quite good day dan masih dlm keadaan emosi yg terkawal..
berkat dan ats kesungguhan serta kerjasama seluruh ahli keluarga ak.. rumah ak da comel :) I'm glad to c it.. mujur Allah permudahkan semuanya...
serius ckp.. walaupun ini hakikat.. naluri pelajar ak mcm tak dpt terima LUSA sekolah.. Msti buzy.
Ya Allah.. hrpx2 sgt semuanye akn berjalan as smooth as cake's topping cream bila bukak sekolah nanti.. in other word, maybe ak akn singgah berbeloging sekali sekala je lps ni.. Wallahu'alam~