Tuesday, October 25, 2022

Simple B'fast Chicken Wrap

 Assalamualaikum wbt.

Petang ni, sebelum sign out from work I would like to recall resipi bekal sarapan harini. Sebab kemenjadian (kebetulan) eh..tersedap! Padahal bagi lidah dan tekak sendiri je. So here it is, yang teringkas sekali (of what I have in my fridge).

Bahan A:

  1. Gardenia Roll-up Wraps Wholemeal - 1 atau 2 keping
  2. Sos cili
  3. timun hiris nipis dan bulat
Bahan B
  1. Daging Ayam Kisar Ramly - asingkan 1/5 atau 1/6 bahagian
  2. bawang putih 1 ulas ketuk kasar dan cincang halus
  3. lada benggala seco'et; ada lah dalam 1-2 inci dipotongd dadu kecil
  4. cendawan butang - 1 atau 2 biji sederhana besar (kalau cendawan butang tin mungkin perlu lebihkan sedikit sebab saiz agak kecil)
  5. parsley sikit
  6. garam secubit
  7. lada hitam kisar sikit 
Langkah Penyediaan:
  1. letak minyak masak sikit dan panaskan minyak. Api paras kecil hingga sederhana.
  2. Masukkan daging ayam kisar dan hirisan bawang putih. Gaul sebati sehingga ayam masak.
  3. Masukkan cendawan butang. Gaul kaup balik semua bahan sekejap. Masukkan lada benggala. Besarkan api sambil kaup balik berkali-kali; untuk seketika sebab nak keringkan lebihan air dari ayam ataupun sayur sekiranya ada
  4. masukkan garam secubit dua; agak-agak.
  5. Tabur daun parsley kisar kering dan serbuk lada hitam serta gaul sebati semua bahan.
  6. Standby Gardenia Wraps, susun timun yang dah dipotong, letak sos cili dan akhir sekali tuang Bahan B yang telah siap dimasak.
  7. Alhamdulillah siap!

Thursday, October 6, 2022

Perasaan 27 September, Dirasa Balik Hari ini.

 Assalamualaikum wbt. 

Sesungguhnya, agak lapang hari ini. Sampai akhirnya memutuskan untuk menulis lagi di sini setelah beberapa ketika sebelumnya, Jun lalu. 

"Dah mencari kerja?"

"Mohon tak xxx? Haritu ada bukaan jawatan besar-besaran."

"Tak dapat kerja lagi ke?"

"Tak cuba mohon xxx?"

Kelakar juga bila sesekali menerima soalan-soalan macamni. Tambah-tambah pula ditanya orang yang sama ketika sedang berada dalam persekitaran kerja. 

Tidak cukup kerjakah ni? Tertanya-tanya sendiri. 

Tetapi kemudian terfikir juga, cukup puaskah kerjanya? Cukup dikerjakan kah? Cukup berhempas pulas? Inikah dewasa yang pernah dicita-citakan suatu ketika dulu, waktu darjah satu-dua?

Kalaulah kehidupan hari ini senang-senang kacang, bolehlah memilih hendaknya apa. Tapi kehidupan hari ini sebenarnya mencabar serba-serbi. Sampai kadang-kadang boleh hilang diri sendiri; kerana lupa.. lupa telah mengharung hari-hari sebelum ini dengan bersusah payah demi masa depan yang angannya hendak menjamin kehidupan. Lupa haritu belajar bukan main lama dek mengejar gred terbaik (yang mampu) sampai berpuluh-puluh kertas semuanya digabung dari STPM sehingga ijazah sarjana. Lupa bahawa diri sendiri ada kekuatan yang berbeza dari orang lain, kerana setiap orang itu kan sememangnya berbeza. Lupa, bersyukur juga sejujurnya. 

Begitu banyak yang pernah dicapai dahulu, begitu banyak yang pernah dicuba. Begitu bermati-matian darah muda. Tetapi begitu zuhud menjadi dewasa. begitu banyak yang hendak dibuat, tetapi tak dapat. Begitu banyak peluang, tetapi lebih banyak yang berjuang sorang-sorang; mencari ruang untuk menempatkan diri demi menyara diri sendiri. 

p.s. Rezeki setiap orang tak sama. Kita sedang beriman dengan Tuhan dan ikhtiar. Kalaulah orang lain tidak hiraukan kuman di seberang berbanding gajah depan mata... tentulah takkan pijar rasanya macam dicucuh garam atas luka. Hm. 

Tuesday, June 7, 2022

Balik dari Hiatus; Bercakap Soal Hati

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak menulis dekat sini. Dan memilih sekarang, untuk tiba-tiba menulis semula dan berkongsi perkembangan semasa (sekadarnya). 

-  k e k o k -

Jadi kekok memikirkan macam mana nak menyusun ayat, atau laras bahasa macam mana yang nak diguna. Padahal, ada dah bendanya dalam kepala yang nak dikongsi cerita. Ahh.. tapi segan pula rasanya. Semakin tua, semakin penyegan; entah benda baik atau sebaliknya. 

Ya, memang jauh pergi bunga-bunga sebelum nak masuk cerita utama. Masih berdolak-dalih lagi tentunya. Masih... 

Dulu dekat sini, tempat nak mencurah rasa. Tentang dia di tahun duaributigabelas itu ada sini. Tentang dia yang adalahtu-siapa di zaman uni, juga sempat terakam. Makanya yang kali ini, lebih-lebih lagi rasa nak menyimpannya di sini. Bahkan yang ini sepatutnya adalah yang terpaling istimewa sekali berbanding lain-lain cerita dongeng sebelumnya. Semoga. 

- h e l a  n a f a s - 

Makanya, jika cuba diberani dan dipendek cerita (walaupun tak ada yang membaca, tetap tertahan-tahan juga perasaan nak berterus terang. Aduhai)... sebenarnya nak diluahkan bahawa hati ini, hari ini sudah kembali berpunya. Sudah ada nama yang didoakan saban waktu, ada harapan yang dibaja, serta lebih-lebih lagi ada perasaan sayangnya. 

- t a k u t - 

Takut juga. Dan ketakutan yang kali ini.. bukan semacam takut dulu-dulu; yang takut perasaan bertepuk sebelah tangan dan sebagainya. ianya ketakutan disebabkan betapa seriusnya keadaan ni serta betapa akan mencabar juga halnya nak mempersiapkan diri demi masa depan. 

- . . . . .  -



- s a y a n g -

Terasa cringe nak menaip. sampai diulang taip-padam beberapa kali. Tapi yang terpaling cringe itulah yang hari-hari bermain-main di tangkai hati, berlegar-legar dalam kepala. merusuh-rusuh juga. Hampir nak tertunggang terbalik masa mula-mula perlu menguruskan perasaan sendiri. Almaklumlah, tak ada pengalaman bercinta. Adapun zaman sekolah yang cuma main-main sahaja. (main-mainpun itulah antara yang terpaling seksa jiwa raga. Lama). Hari-hari perasaan sayang, mengharap, takut, tak pasti datang sekali dan berganti-ganti. Selagi tak dihujung cerita, selagi itulah tak ada kepastian. Balik-balik bila berdoa usai solat dan dalam tahajud, memang menyebut "aku kembalikan perasaan aku daan hubungan ni kepada Mu. dan sepenuhnya bergantung harap juga kepada Mu untuk yang terbaik bagi kedua-duanya" Terpaling misteri dan thrill hari-hari.  

Rasa nak menangis pula taip ni (tibbaahh. ahahah.)  Sensitif bila menyebut tentang doa. Jadi berkolam mata. Sebab tak ada yang lain dengan doa yang dipanjatkan, melainkan harapan yang teramat sangat. (cengeng lah Zah!) 

- d o a -

Teringat dulu 2019, ada satu posting doa yang dikongsi dekat dalam ni. [Klik: A DU'A OF MINE]. Dan sesungguhnya doa tu sampai hari ini pun masih valid lagi. Dengan harapan, kalau betul dia orangnya, maka dialah seperti yang didoakan. Tak, tak ada pun berlebih-lebih yang diminta dalam doa tu. Tidak minta orang berada, tidak juga hendak orang yang cekap sempurna, bahkan jelas-jelas sedari dulu pun memang dah disebut, moga-moga kalau nak dijumpakan; yang penting pada kesungguhannya, keikhlasan dan hormatnya terhadap aku dan segala yang terkait dengan diri ini. Selagi mana yang diterima itu adalah yang terbaik diusahakan, aku juga (dari dulu lagi) dah niatkan untuk berusaha sebaiknya; atau lebih baik lagi. In shaa Allah. 

Doakanlah. yang terbaik. 

p.s. Wah jadi gemuruh juga usai habis menaip satu posting comeback yang tak seberapa. ahhahaahahah. Betapalah tak berpengalamannya. (Macam mana nak bertenang semula? Hello?)



Monday, August 31, 2020

Masakan Makjah: DIY Maggie Ala-ala Bibimyeon

 Hai Assalamualaikum. 

Sekarang tengah pukul 1:36 pagi. Kebetulan rasa nak berkongsi resipi makan malam tadi. More to snacking sebenarnya. Kebetulan rajin! hahah.

Tengah menyambil on playlist lagu-lagu patriotik ni haa. Ingat nak dikumpul dan dijadikan pengisian dalam akaun instagram @frzfuisi. Alangkan sempena tengah mood bulan kemerdekaan lagi ni kan. Plus, a song is a poem in a way when it delivers great lyrics. yeah, so why not ") 

Okay, kembali balik kepada topik maggie tadi. Ada back story ya macam mana boleh ter-nak masak maggie cara begini malamni. Terpengaruh dengan salah satu episod korean variety show: I Live Alone yang mana masatu guest dia Namgoong Min. Satu-satunya benda yang dimasak sendiri dalam episod tu, bibimyeon ni lah. Disebabkan dia tak reti memasak (walaupun instant noodle/ ramyeon), so the whole process menjadi agak slow sampaikan aku boleh capture the gist of it. Bibimyeon tu maggie goreng je, macam nak buat maggie sedap tu. Bezanya, topping dia meriah. and instead of campuran perasa yang nak digaul sekali tu berwarna hitam/gelap, bibimyeon digaul dengan pes cili (gochujang kott namanya.) which is merah terang. so the whole thing akan jadi warna merah gitu. 

Diinspirasikan dari visual bimbimyeon yang aku dok tengok tu, makanya masa nak snacking tadi... naklah jugak buat bibimyeon versi tekak melayu! Biasa aku goreng maggie atas api je (using maggie kari ya. Sebab kureng prefer mee sedap), goreng sampai jadi. Jadi considered DIY, sebab perencah dia nak kena bancuh dulu kan, bukan dah siap-dan-tinggal gaul je macam mee Sedap tu. First time dan spontan je buat, kebetulan ada leftover lauk daging tadi, aku guna itu laa jadi topping. And sesudah digaul (ala-ala segala jenis "bibim" korea lol; bibimbap - nasi goreng, bibimyeon - maggie goreng), kebetulan sedap. Makanya eloklah disimpan sini menambah koleksi resipi.

Bahan-bahan

  • 1 paket magie sup perisa kari
  • bawang merah (suku/separuh) dipotong dadu
  • sos cili
  • kicap
  • Air masak
  • protein (ayam atau daging atau fish cake atau apa saja ikut citarasa)
  • sayur (biasanya timun cincang panjang-panjang)

Cara-cara
  1. Rebus maggie sampai kembang, tos dan asingkan dalam pinggan hidangan
  2. Dengan minyak masak yang sedikit (dalam 2 sudu makan agaknya) dan api sederhana masukkan bawang yang dipotong dadu/cincang halus.
  3. Masukkan lauk/protein yang disukai. Macam aku tadi guna daging sahaja. Daging tu dihiris nipis leper-leper. Gaulkan bawang dan daging atas api untuk seketika. 5-10 minit, yang penting bawang naik bau. Angkat dan letak (topped) atas maggie tadi.
  4. Perencah kari tu bancuhkan dengan air masak sikit. campur dengan sos cili dan kicap lemak manis jugak. Gaul sebati dan dimasak atas api sampai menggelegak. Air jangan letak banyak sangat sebab nak buat maggie goreng ni bukannya maggie sup. Heh.
  5. Agak-agak nampak likat dan pekat sikit, boleh angkat dan topped atas hidangan maggie dan daging tadi.
  6. Kalau nak tambah sayur silakan. topped timun atas sekali. 
  7. Gaul rata semua yang ada dalam pinggan hidangan dan sedia untuk dimakan.
      
 (Maaflah, visualnya tak cantik langsung! Tapi aku nak letak jugak gambar. Bukan selalu rajin. heheh)

Senang! dan dah siap!

**Kalau nak letak telur, gorenglah telur dadar siap-siap dan hiris nipis. masukkan sekali masa menumis bawang; step ke-3. Kalau dalam bibimyeon dorang letak telur rebus.
** nak letak garam silakan. Personally aku rasa perencah maggie tu masin sangat dah, so aku memang tak akan tambah garam-garam ni. 

Sunday, August 30, 2020

What is Wrong With Me?

Hey there.

I am doing the 2nd entry straightaway here after the first comeback. This one, just likewise is one spontaneous posting.

Nak buat content ala-ala informative lol. But let see if I can pull it off. Btw, nak bercerita. Baru saja ni tadi, tersalah makan ubat lagi. I mean, this is my 3rd day or so with (the new) prescribed medicines/vitamins. Nampaknya masih tunggang langgang juga. Ter-missed makanlah, salah waktulah, apalah.  And the latest one, sepatutnya this particular capsule makan sebiji sehari je. But I took it just now with the other pill. Hence an error for the nth time, aduhai. Betul-betul nak kena reset alarm bagai ni. So that I take them on time, and taking it in the right dosage too. Culas betul, my bad! low key let's hope it does not have any side effect on me.

I've been diagnosed an anemic during my (degree) semester break back in the year 2017, if not mistaken. so that explains why I can't do blood donation every time I was trying to (my first try was on 2012 during the PLKN). My HB is always low as my red blood cell is said lacking its iron, sort of. But even since 2012, I never really suspected anything and been living my life just fine. 

It all started back in 2014. Months before my degree admission in September, whence my family and I were in Kuantan for some occasion. there was a night where I suddenly have breathing difficulties, feeking choked-like and very suffocated. I do remember having thoughts almost dead that night since that was pretty much a new experience for me plus it was particularly fall onto the 1st of Sha'ban which that very date is actually the exact date we've lost Shahida the couple years before. it took a toll on my emotional state that night. Having to know how breathing difficulties really felt like and thinking that she (my late sis) had to experience the very same thing until was put into a comatose state teared me up real bad. 

Luckily I was just fine right after being brought to the nearest 24 hours clinic that midnight.

Though, from that moment onward I thought I (suddenly) am quite sensitive to cold-humid weather/condition. since I have no asthma and there's no symptom of it. It remains mystery of what illness causes me that attack. But since that first attack happened after being in an air conditioned room and after having an iced juice for the night... hence the quite-sensitive-to-cold-things just happened. I sensed the patterns afterwards that whenever it rains, or when I stayed for long in air conditioned room, or being directly under a max level fan, the same thing like that one night in June resurfacing. I started to shiver and experienced breathing difficulties. 

Back during the degree time, this explains why those seniors were cutting me some slacks, that I could skipped being in the hall for long, that I was classified "sick" not even knowing what is the exact sickness. hahah. I just told them that I can't be in that air conditioned hall for long. they have to excuse me. This condition also explains why I excluded myself from the very in-tradition "war game" during the Kelab Kembara Induction Camp since it's raining that night and I can't let myself into the rains. Those also the times when I went to class with 2-3 layers of clothes inside just to bear with the air conditioned class, of when I got sicked every time it's raining heavily in Sintok that I curled myself alone beneath the blanket, switching the lights on and the fan off. 

Only on 2017 that I know, this condition of mine is most probably are the symptoms of having an anemia. Thanks to 'I suddenly ter-blackout (or so, I can't even recall) dekat rumah' that my dad decided to take me for a full check up. That's how it gets acknowledged. 

The condition is getting better nowadays. My HB is getting higher to the date, though not yet sufficient for blood donation. Not that (too) sensitive to rains or sorts, but breathing difficulties come at times too. and just recently I acknowledge new thing upon this health condition of mine... That I have to pantang makan, that the conditions are prone to resurface because of what I consume; eat and drink. 

And these are the things. No wonder lah why I still, sesak nafas sempit dada... Basically been consuming most of the foods in the list lol. 

The following foods can interfere with iron absorption:

  • tea and coffee
  • milk and some dairy products
  • whole-grain cereals
  • foods that contain tannins, such as grapes, corn, and sorghum
  • foods rich in gluten, such as pasta and other products made with wheat, barley, rye, or oats
  • foods that contain phytates or phytic acid, such as brown rice and whole-grain wheat products
  • foods that contain oxalic acid, such as peanuts, parsley, and chocolate
One of the most time that is making it hard for me to cope with being an anemic, obviously is during my period. Since I am physically losing blood that in a way losing even more iron I guessed. I am living fine, but I've to say it does makes me uncomfortable from time to time.

p.s. Finally knowing this health issue of mine, no wonder-lah masa STPM dulu sokmo mengadu sakit kepala. Well it's part of the symptom. I am relieved that at least, at that time; I have someone to complain to every time the symptom appeared. I wish to have someone in the near future too, hahaha. Oh and thanks seniors (and even a particular one) yang very as sensitive as myself back then, being so understanding to my conditions, cutting me some slack and protecting me from... the rain (?) heh. It seemed that I have someone I turned to, even at that time. phew... Thus its (my life is) not that bad then eyy.

okay whatever. ciao.