Tuesday, June 25, 2013
ANALOGI CINTA - drCinta
Assalamualaikum.
Untuk memberi penjelasan kepada diri sendiri yang khilaf dan masih dalam mood hati retak beratus kepingan maka pada petang ini, sementara tak gerak balek hostel tercinta di SMA Maahad Hamidiah maka aku akan buad perkongsian sedikit. Semoga bermanfaat, in shaa Allah. - HAZIE LUTAHRAF
entry ini di gunting-tampal dari blog sis Farah Waheeda
Fikirkan tentang sebatang pena (ya, pen). Ianya dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah ianya tetap berada dalam keadaan selamat, berguna dan tidak rosak. Tetapi, sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan bukan pada caranya, maka ia akan ROSAK.
Mengapa?
Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan penciptaannya. Ia dicipta untuk menulis bukan atas sebab-sebab lain. Apabila ia rosak, maka ia akan dibuang dalam tong sampah. Ketika ianya bukan lagi dinamai pena lagi, tetapi ia dinamakan SAMPAH!
Begitulah juga cinta. Cinta diciptakan oleh Allah untuk dua manusia bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah iaitu selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta akan selamat dan bahagia. Sebaliknya jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta akan pudar dan dan tercalar.
Soal cinta adalah soal rasa, ia tidak terbina dari urat, daging atau tulang tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini tidak ada yang tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran...
[bebelan Hazie Lutahraf]
Melihat kawan- kawan terdekat dan sepupu sepapat yang mula ada kekasih dan ber-couple pada usia muda zaman aku form 2, form 3 dulu.. membuatkan aku terfikir satu teori ne. Aku fikir mende-mende couple; berjumpe berdue, contact berjam-jam, texting sampai kopak kredit tu semua tak perlu. Kekal sayang walau tak jumpa dan tak text segala, akiu rasa macam tu lebih jujur. Sebab kalau nak harapkan perbuatan-perbuatan ne je baru nak sayang, tak guna laah gitu. Zahiriah dan lahiriah sangat. Perasaan ne kan mende yang tersembunyi dan mendalam. Hmm.. Habes tuu, kalau tak jumpe maka perasaan tu berkurang? Kalau tak contact, rindu tuh hilang? Ahhh... tu bukan sayang. Itu nafsu namanyee. kan?
Rigid sangat ke teori aku ne? selfish kan? Aku tak rasa lagi apa yang mrk-mrk rasa ketika itu. Aku menghukum dari kaca mata aku. Mungkin di situ silapnya.
Teori ne aku pegang lagi sebenarnya. Cuma dalam sebulan due ne entah ke mana teori ne pergi sampai aku jadi hilang pendirian. Lupa kejap. Sungguh aku cakap, aku pon mula-mula takut nak ambil keputusan melepaskan sesuatu yang disayang demi kepentingan peribadi. Aku risau, sekali aku lepaskan, dia akan terus pergi tak kembali. Sedangkan pantai boleh berubah ini pulak perasaan manusia. Huhuu. Tak contact, tak mesej.... lama-lama perasaan tu akan mati, memang tak dinafikan *akur* Tapi takpelah, kalau jadi macam tuh masudnye takde jodoh laaa kan? Kalau dah itu yang terbaik ~~~~ *buktikan kalau betul berserah padaNYA*
“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…”
– Ustaz A.Ubadillah Alias
*taktaw laaa relate ke tak phrase ne dengan bebelan aku -,-*
T A Z K I R A H
Assalamualaikum wbt. Selamat petang fellas, semoga kita semua berada dalam lindungan mahabbah NYA.
Siapa yang menginkan dunia nescaya memerlukan ilmu,
siapa yang berhajatkan akhirat juga memerlukan ilmu,
siapa yang mahukan kedua-duanya juga dengan ilmu. - Imam Al-Syafie
Ketahuilah bahawa darjat seorang hamba itu diangkat kerana ilmunya.
Sesungguhnya Allah lah yang maha Mengetahui,
Pengetahuannya maha Luas sedang pengetahuan hamba sangat terbatas.
# Sama-sama lah kita semua jadi orang yang berjaya dunia akhirat serta yang cemerlang di sisi NYA. Untuk berjaya perlu bersusah-susah dahulu. Dugaan sentiasa banyak, so kita harus kuat dari pelbagai aspek. Semat dalam hati, 'Sesungguhnya Allah lebih sukakan mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.' Jadi, mari belajar untuk tak putus asa o(^^)o
Orang yang hebat bukanlah orang yang berjalan tanpa henti tetapi orang yang setelah jatuh, dia bangkit kembali *peace yo*
Monday, June 24, 2013
My steps to mujahadah (Pre-Ramadhan update)
Assalamualaikum wbt.
Mujahadah
bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa
nafsu."
Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang
mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."
Mengikut Said Hawa
dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud
menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara."
Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang
dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
Dalam Ihya Ulumuddin Imam
Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia
mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi,
sama ada dalam aspek zahir atau batin."
Oleh itu seseorang yang mencintai Allah
sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya
kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.
Kalau ikut bahasa aku sendiri,
mujahadah tuu kira macam fight diri sendiri. Tahu diri sendiri silap, culas, khilaf and berdosa.
So, mengaku, berubah dan istiqamah.
Hahh... amacam? berani?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing k ~
Bukan aku je....
kita semua muslimin dan muslimat sekalian semakin hampir dengan bulan Ramadhan, right?
and disebabkan itu aku rasa, personally.. aku kena buat sesuatu untuk menghadapinya.
Aku namakannye Steps to Mujahadah (Upgrade menjelang Ramadhan) Heeee o(^^)o
Aku tak jamin apa yang aku akan kongsikan ni hundred percent ak ikut n konpem xlanggar.
Well, tapi dah tentu lah aku akan cuba penuhinya. At least aku merancangnya.
Bagi aku ia lebih kepada garis panduan peribadi. *smile*- 5 kali sehari solat fardhu jgn culas. Kasi semat dalam hati. Ini basic.
- Subuh jangan terlajak, and jangan langgar! *amaran keras*
- Untuk dapatkan Isyak yang berkualiti, limitkan masanya sampai pukul 12 tgh mlm je *elak mengantuk tersengguk-sengguk time solat.*
- Tiap kali lepas solat fardhu, ngaji. Target nak khatam by Ramadhan. Get used to.
- Cuba rajin-rajinkan buat Solat Sunat Dhuha (nnti mesti tade buat hape sgt time puasa)
- Istiqamahkan baca ma'thurat sughra pagi dan petang. Sbgi langkah awal, buat pd sala satu wktu pon takpe. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
- Kurangkan/sederhanakan pengambilan makanan (dah biase bnyk mkn kang, berat nak buat ibadat. Macam mana dgn mse dpn terawih aku?? dapat penghayatan atau sekadar ikutan mcm zaman dulukala?)
- Tidur ikut waktu dan isi masa sepertiga malam. (Bukankah org yg berjaya tu adlh org yang mempunyai ibadat tersembunyi antara dia dgn Tuhannya yakni Allah? wallahu'alam)
- Belajar mesti rajin dan sungguh-sungguh barulah tak mudah terganggu fous dengan mende-mende laen yang lagha dan melalaikan
- Jangan mudah touching, emo or sensitip. Please lah. Sikap hati tisu melampau aku ne berpotensi merosakkan hubungan aku dgn member. (jaga hubungan sesama manusia! senyumx3 )
Dedikasi Buat Abah
Dari kecil hingga besar panjang,
Mendidik dengan kasih dan sayang,
Tak kira susah mahupun senang,
Ketika malam dan juga siang.
Ingin bersama teman lagi dihalang,
Sesekali aku naik berang,
Sampai bila nak dikekang,
Waktu suka riaku dikala senggang.
Tak tahu aku abah resah abah gelisah,
Ingin melepaskan tetapi payah,
Biarlah dihabiskan waktu bersama abah,
Kelak dewasa akan jauh terpisah,
Tentulah rindu datang menjengah.
Abah tak mengongkong,
Sikapnya gemar menolong,
Perkara yang baik tentu disokong.
Hatinya lembut bak sutera,
Sekali terluka tercarik jua,
Bicaranya hikmah penuh natijah,
Tetap ditelan walau hakikatnya payah,
Kasih sayangnya tiada berbelah,
Untuk anak-anak yang menjadi anugerah
Sayang abah.
# dedikasi ne dah dinukilkan right before bukak sekolah lepas cuti due minggu harituh.
Tapi tak kesampaian nak submit untuk contest farther's day by Sis Dena Bahrin sebab dah kalut nak balik
hostel. Well, even hari bapa dah sampai expired date and contest pon dan tamat... aku tetap nak
post nukilan ne. It comes from heart ya know. Takkan lahh nak simpan dalam memo sampai berhabuk kott.
Heeee ~~ setiap harikan hari bapa; beliaulah yang perlu dihormati saban ketika *smile*
Subscribe to:
Posts (Atom)





