Tuesday, June 25, 2013

T A Z K I R A H


Assalamualaikum wbt. Selamat petang fellas, semoga kita semua berada dalam lindungan mahabbah NYA.

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir 40 : Ayat 60) 

Siapa yang menginkan dunia nescaya memerlukan ilmu,
siapa yang berhajatkan akhirat juga memerlukan ilmu,
siapa yang mahukan kedua-duanya juga dengan ilmu. - Imam Al-Syafie

Ketahuilah bahawa darjat seorang hamba itu diangkat kerana ilmunya.
Sesungguhnya Allah lah yang maha Mengetahui, 
Pengetahuannya maha Luas sedang pengetahuan hamba sangat terbatas.

# Sama-sama lah kita semua jadi orang yang berjaya dunia akhirat serta yang cemerlang di sisi NYA. Untuk berjaya perlu bersusah-susah dahulu. Dugaan sentiasa banyak, so kita harus kuat dari pelbagai aspek. Semat dalam hati, 'Sesungguhnya Allah lebih sukakan mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.' Jadi, mari belajar untuk tak putus asa o(^^)o 

Orang yang hebat bukanlah orang yang berjalan tanpa henti tetapi orang yang setelah jatuh, dia bangkit kembali *peace yo*