Tuesday, June 25, 2013

ANALOGI CINTA - drCinta

Assalamualaikum.

Untuk memberi penjelasan kepada diri sendiri yang khilaf dan masih dalam mood hati retak beratus kepingan maka pada petang ini, sementara tak gerak balek hostel tercinta di SMA Maahad Hamidiah maka aku akan buad perkongsian sedikit. Semoga bermanfaat, in shaa Allah. - HAZIE LUTAHRAF


entry ini di gunting-tampal dari blog sis Farah Waheeda

Fikirkan tentang sebatang pena (ya, pen). Ianya dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah ianya tetap berada dalam keadaan selamat, berguna dan tidak rosak. Tetapi, sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan bukan pada caranya, maka ia akan ROSAK.

Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan penciptaannya. Ia dicipta untuk menulis bukan atas sebab-sebab lain. Apabila ia rosak, maka ia akan dibuang dalam tong sampah. Ketika ianya bukan lagi dinamai pena lagi, tetapi ia dinamakan SAMPAH!

Begitulah juga cinta. Cinta diciptakan oleh Allah untuk dua manusia bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah iaitu selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta akan selamat dan bahagia. Sebaliknya jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta akan pudar dan dan tercalar.

Soal cinta adalah soal rasa, ia tidak terbina dari urat, daging atau tulang tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini tidak ada yang tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran...

[bebelan Hazie Lutahraf]
Melihat kawan- kawan terdekat dan sepupu sepapat yang mula ada kekasih dan ber-couple pada usia muda zaman aku form 2, form 3 dulu.. membuatkan aku terfikir satu teori ne. Aku fikir mende-mende couple; berjumpe berdue, contact berjam-jam, texting sampai kopak kredit tu semua tak perlu. Kekal sayang walau tak jumpa dan tak text segala, akiu rasa macam tu lebih jujur. Sebab kalau nak harapkan perbuatan-perbuatan ne je baru nak sayang, tak guna laah gitu. Zahiriah dan lahiriah sangat. Perasaan ne kan mende yang tersembunyi dan mendalam. Hmm.. Habes tuu, kalau tak jumpe maka perasaan tu berkurang? Kalau tak contact, rindu  tuh hilang? Ahhh... tu bukan sayang. Itu nafsu namanyee. kan?

Rigid sangat ke teori aku ne? selfish kan? Aku tak rasa lagi apa yang mrk-mrk rasa ketika itu. Aku menghukum dari kaca mata aku. Mungkin di situ silapnya.

Teori ne aku pegang lagi sebenarnya. Cuma dalam sebulan due ne entah ke mana teori ne pergi sampai aku jadi hilang pendirian. Lupa kejap. Sungguh aku cakap, aku pon mula-mula takut nak ambil keputusan melepaskan sesuatu yang disayang demi kepentingan peribadi. Aku risau, sekali aku lepaskan, dia akan terus pergi tak kembali. Sedangkan pantai boleh berubah ini pulak perasaan manusia. Huhuu. Tak contact, tak mesej.... lama-lama perasaan tu akan mati, memang tak dinafikan *akur* Tapi takpelah, kalau jadi macam tuh masudnye takde jodoh laaa kan? Kalau dah itu yang terbaik ~~~~ *buktikan kalau betul berserah padaNYA*

“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” 
– Ustaz A.Ubadillah Alias
*taktaw laaa relate ke tak phrase ne dengan bebelan aku -,-*

Waalaikumsalam wbt.