Friday, March 8, 2013

#STPM'13



KALAU KAU FIKIR HANYA KAU YANG TERASA,
KETAHUILAH KAMI JAUH LEBIH KECEWA.

KALAU KAU RASA CEMUHAN DAN ARAHAN MAMPU MEMBINA,
KENAPA BIAR EMOSI YANG MENGAWAL DIRI APABILA PANDANGAN DILONTAR SECARA BERSEMUKA?

KAU KATA JIWA KAU MENANGIS MERINTIH.
MENGERTILAH BAHAWA HATI KAMI RASA LEBIH TERSAYAT DAN PEDIH.

KAU NAK DIHORMATI, TAPI KAMI TAK KAU CUBA UNTUK FAHAMI .

KAU KATAKAN KAMI TAK MATANG, 
TAPI SAAT KAU DITEGUR KAU DUDUK MEMBELAKANG; 
BERPALING DARI MEMANDANG.

KATA KAMI EMO TANPA SEDAR DIRI KAU YANG EGO.

MINTA KAMI BUKA HATI, TERIMA NASIHAT TANPA BELAH BAHAGI
TAPI KAU YANG LARI BILA DIRI KAU CUBA KAMI BAIKI.

INI KAH CARA TERBAIK UNTUK MEMPERKUKUH UKHUWAH
SEDANG MASING-MASING TAHU NAK MENERIMA NASIHAT SATU PERKARA YANG PAYAH ADALAH FITRAH.

hmph..... 

AKU AMBIL ENTRY NEH DARI BLOG AJAD. 
SELAMI KATA-KATANYA YANG MEWAKILKAN APA YANG AKU RASA ~


Bismillahirrahmanirrahim ~ Seringkas madah seindah lafaz . 

Menanti keheningan malam menatap bulan nan satu , bintang nan beribu . Hembus bayu menampar lembut mencuri perhatian mengalihkan permasalahan . Di sini aku merangkak kembali setelah penat berlari . Aku rindukan bunyi cengkerik yang memecah kesunyian malam dan aku menanti nyanyian katak selepas hujan membasahi bumi . 

Dalam aku berkelana , aku ceduk segala apa yang dikatakan berguna . Bermusafir tanpa henti dalam mencari identiti seperti sudah sampai ke destinasi . Aku tamak dalam menyembunyikan segalanya namun aku kalah pada satu perkara yang bernama kesedihan . 

Aku pencinta ketenangan dalam persaudaraan . Aku benci sesuatu yang dipanggil perbalahan meskipun aku tahu itu titik dalam mencari persamaan . Apa yang telah kita bina hancur kerana satu bicara . Semakin jauh kita dipisahkan oleh satu batas yang tinggi dan sukar untuk dilangkahi. Satu perkataan iaitu renggang . 

Inikah yang dicari ? Sudahkah semua berpuas hati ? Kesempurnaan yang dicari ialah diri sendiri dan bukan mencari celaan orang lain .

Adakah engkau sehebat Umar Abdul Aziz sehingga meletakkan Aisyah sebagai bandingan ? Sudahkah kau perkemaskan imanmu seperti Abu Bakar sebelum menjadikan Siti Khadijah sebagai satu aras penanda kepada kami ? Luka di hati begitu dalam sehingga kesannya tak bisa ditanggal .

Nasihat itu ubat yang menyembuhkan dan bukan racun yang membunuh . Mengapa ditolak apa yang diperkatakan ? Adakah apa yang diperkatakan sama seperti apa yang dilakukan ?

Aku suka hari Rabu haritu. Kau?


mode bosantapitaknakbuadPBSdanpenat ON

assalamualaikum.
kalau nak tahu sebenarnya ada sebuah entry panjang telah di-publish pada pukul 7 petang tadi.
Entry tersebut mengenai perjumpaan batch yang berlangsung malam semalam.
Entry tu tentang betapa perjumpaan tersebut sangat memberi impak dan kesan dalam diri aku dan kawan-kawan yang lain.
Korang mungkin akan panggil entry tuu sekadar pendapat picisan dan pandangan peribadi aku. 
Aku tak kesah. Bukan itu sebabnya aku sorok entry panjang tadi.
Tapi sbb rasa jenuh nak menyambung entry tersebut yang sebenarnya masih tak sempurna penceritaannya.
Biarlah tak publish pon. Biar jadi rahsia. ecewahh.. poyo je. 

Buat seketika.. aku ambil keputusan untuk deactivate facebook dan twitter. Tinggallah hanya instag dan blog yang masih hidup di alam maya.

Ada banyak je mende yang jadi sepanjang awal bulan Mac ni. Tapi aku rasa bakat bercerita aku dah hilang. so, takdapat lah nak membebel panjang. Nak majaz pon... idea tak banyak dan ilham tak datang. huhu..

yang menunggu, 
AKU.

p/s. 
1. Abah dah tahu. harap maklum. #ehhh.
2. Sahabat-sahabatku di Kaherah sekalian... aku rindu korang
3. Wafa, jom sembang!
4. Selamat melancong dan ber-penanda aras kepada Ain Pika, Aman dan Amiera Razuki ^^
5. Alhamdulillah untuk Syariah dan MUET. aku makin sayang kedua-duanya.

ADIOS

Pendam; My Newmade Song


Kali pertama ketemu dirimu,
Dan aku terpandang ingat wajahmu,
Kubawa ke mimpi hari-hariku
Tercari-cari dalam jagaku.

Kali kedua kita bersua,
Saat berbicara antara dua,
Kau pandang ke mata dan aku merasa,
Debar di dada hanya ku yang merasa,
Ohh.. ohooo..

c/o* Tak inginku pendam apa yang kurasa,
Engkau di hatiku ku ingin kau tahu,
Ku amat mencinta; cintai dirimu,
Kau yang satu-satunya di dalam hatiku,
Kau masih di situ.....

Dan kini kita kerap bertemu,
Saling memendam diam membisu,
Dalam hatiku merindu dirimu,
Perasaan cinta berbaur ragu

Ulang c/o*

c/o** Oh begitu juga dengan diriku
Lihatlah oh sayang ku beri peluang,
Tak inginku pendam; seperti dirimu,
Apa yang kurasa, engkau di hatiku
Kau tetap di situ..

Jyeahh. Rasa macam awful je lagu ni, kan?
But still, aku gembira kerana berjaya menyempurnakannya.
Dalam banyak-banyak lagu yang aku buat sejak zaman kanak-kanak ribena aku,
lagu ne je laa satu-satunye lagu yang sempurna dan 
langsung tak bertemakan broken-hearted. LOL.
Nampak tak permainannya di situ? *sengihlebar*

Thanks to Ajad sebab menjadi inspirasi dan menjadi pencetus untuk chorus kedua tuh.
Thanks to Qasyaf sebab kesungguhan die yang tak berapa bersungguh nak paksa aku fikir intro,
telah menyebabkan intro tuu datang dekat aku. *senyummanis*
Thanks to A.K yang menjadi penyeri dan pemberi inspirasi even die memang tak berminat 
dengan lagu tak bertauliah ne. 
Thanks to Zayn sbb kadang-kadang bile die humming lagu neh, aku rase cam die support aku.
*ayatpoyogebangje* 
Thanks to Mikey and semua orang sbb tak menyampah dengan aku yang dok memekak-mekak nyanyi Pendam dalam bilik prep. Serius sori andai suara katak ne buad uols kecik hati. *peaceyo*
Err.. thanks gak Fyza!! *eksaited* sebab aku rasa kau laa yang paling hardcore dgn lagu aku walaupun lagu aku sumenye cam hampeh dan tipikal belaka. 
Huahuahahahaha. Trimas. Eh, japx3 ~
Entah kenapa aku taip aprisiasi ne, aku pon tak pasti. *pelikbukan?*
Ayat memang gaya macam baru menang award kategori Lagu Terbaik AJL je. LOL *tahpape* *tutupmuka! malu*

Adios.

Ihklas dari AKU,
yang buta notamuzik (:

Saturday, February 16, 2013

Sebuah Perkongsian

Assalamualaikum wbt.
Selamat 2:38 pagi ^^

Aku ada nak buat sedikit perkongsian.
Ala-ala tazkirah tapi simple je.

Letakkanlah Allah dalam hati, jangan letakkan dunia dalam hati agar kita tidak:
terluka dengan keduniaan,
lupakan kematian dan
hilang kesedaran.

Maka, berdakwahlah! Ajaklah sesama manusia kepada Allah.
Dakwah itu bukan tanggung jawab pihak yang tertentu jeh.
Setiap muslimin dan muslimat itu mempunyai kewajipan dalam:
Mengajak kepada yang makruf dan
mencegah yang mungkar

Dakwah tu tak semestinya dengan lisan semata-mata.
Kalau sibuk berdakwah bil lisan; cakap sana-sini, tegur kemain lagi
tapi kalau bab nak amalkan pun susah.... malulah.
Kejayaan seorang pendakwah tu sebenarnya bukan sekiranya orang yang didakwahkan mengikutnya.
Tetapi seorang pendakwah tu dikira berjaya apabila dia mengamalkan dan mempraktikan apa yang didakwahkan.
Kire cakap serupa bikin laaaa.
Walk the talk! jangan geybang saje. Itu yang dinamakan dakwah dgn menzahirkan qudwah hasanah.
Tak perlu cakap banyak.
kadang-kadang perilaku yang baik dan amal ibadah yang dilakukan keranaNYA walaupun nampak macam remeh di mata manusia,
qudwah hasanah yang tuu lah yang dapat menjadi dakwah dan sumber inspirasi agar orang lain berubah dan berhijrah.
Allahu'alam..

Islam adalah akhlak yang baik.
Jadi, dengan meperlihatkan akhlak yang baik pon dah boleh jadi dakwah (:
In shaa Allah. 

FYI, penyakit manusia masa kini adlh - kita masih meletak makhluk dalam hati dan tidak yakin dengan Allah secara sebenar-benarnya dan menyeluruh. Na'uzubillah.

Ketahuilah, berharap pada Allah, biiznillah akan dapat segalanya. Berharap pada makhluk, tidak akan membawa kepada apa-apa.

Perbanyakkan zikrullah. Jadikan ia sebati dengan hati dan bukan sekadar ucapan sehari-hari.
Memang mudah untuk diungkapkan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah swt ketika hidup. Tetapi, tanpa Allah dalam hati, tak mustahil kalaimah-kalimah tersebut tak dapat kita tuturkan di saat-saat kematian.
Na'uzubillah ~

16012013
Tazkirah Maghrib
Masjid An Nur, SMKAMH

[notakaki]

Malam ni aku sangat tidak okay. *serioustalk*
Aku ada buad conversation dengan seorang member dari Kaherah.
Aku sangat rindu nak bercakap dengan beliauuu.
Tapi sesungguhnya perbualan tadi sangat tidak best.
Beliau tak bersalah. Yang salahnya aku.
aku ulang balik. Yang salah dan silap ialah aku.
Aku yang tak bagi full coverage tentang life aku sekarang, dan bila
opinion yang dia bagi against apa yang aku hendakkan,
sedikit sebanyak aku jadi emo dan berkecil hati.

Bila difikir berkali-kali......
apa yang dikatakan oleh beliau ada betulnya.
Aku ulang balik. Beliau cakap perkara yang betul pada aku.
Tapi pada satu-satu part yang lain, aku agak terase sbnrnya
mungkin ego aku yang kurang nak terima.

Susah ke orang nak adakan perbualan bersama aku
dengan respon yang menyenangkan?
atau mungkin dia boleh mendoakan aku sebagaimana aku mendoakan dia.
walawehhhhh... *mybad* suka mengharap macam tah pape.
Ini lah padahnye -,-" Selalu sangat aku nak pertikaikan kenapa orang lain perlu cakap tersangat direct dengan aku instead of berlembut dgn aku.
Aku jugak yang ckp, pahit tu ubat. Kalau tak cakap direct, tak sedar diri pulakkk karang.

Sebab beliau antara member yang aku rasa rapat dgn aku dan
aku respek beliau no matter what,
aku boleh terima lagi apa yang dia ckp dlm waksap.
Tapi twit beliau, tersangatlah sarkastik bagi aku.
Maafkan aku yang tak boleh tgk twit tu mcm tu jeh dan perlu terasa dgn twit tu.
maaf sekali lagi sangat-sangat.

Perasaan suka pada member.
Aku tak mintak taw perasaan tu.
perlu aku ulang ke? errr....
Sebelum jadi member dah ada rasa tu.
maka soal sukakan member sendiri tak sepatutnya timbul.
Aku tahu kau tak fall dengan member sekarang ni.
Tapi kau pernah rasa apa yang aku rasa.
Senangnya kau bercakap. :-\
Aku bukan tak usaha untuk tak suka.
Aku dah hampir berjaya pon.
hmph.....

Beliau twit pasal ikhtilat segala.
dan aku terasa.
Mungkin beliau betul dan aku salah.
Sebab tu aku sensitip. *sigh*

Aku cuma agak sedih dan hampa.
Tu jeh.
Aku sedih sebab aku tak rasa mcm aku dapat sokongan
melalui perbualan aku dengan beliau.
sokongan, mende yang sangat aku perlukan daripada seorang teman.
sokongan bukan bererti beliau perlu sokong aku dengan mamat tu.
Aku masih dalam pertimbangan dan aku sangatla serahkan mnde ne pada NYA.
Tetapi memberi persepsi dgn apa yang dah pon terjadi....
bukanlah mnde yang aku harapkan.

beliau tahu yang aku fall pada member sejak sebelum ne lagi.
kenapa tak bg pendapat dr sebelumx2 ne lagi?
kenapa baru skrg?

sbb baru skrg kau tak fall dekat member?
*maafmaafmaafmaaf* *maafkanaku*

Aku ne bnyk berharap. :-\

k bye.

Thursday, February 14, 2013

Jemunya Jumaat *tajukpoyo*

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat yang barakah,
semoga kita tidak tercicir dalam memperoleh barakah pada hari ini.
Banyakkan selawat, bnyk syafaat. In shaa Allah (:

Bagi braderx2 serta semua muslimin di luar sana... selamat menunaikan solat Jumaat.
Jangan ponteng eh! *amarankeras* tu dahh kewajipan korang, tunaikan dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan kayh (:

Alhamdulillah, semalam lebih kurang dalam pukul 11:30 mlm kami sekeluarga
selamat sampai ke rumah mak long di Johor Baru, Johor DT.

Aku baru lepas tgk movie ne - Inception. best wokk. cerita ne heavy. Bukan pasal cinte ke hape pon. tapi aku rase cerita ne sangat ohsem. Shot dia lawa beb! aku puas tgk cerita ne. Buad aku makin sayang dengan hobi aku : menonton televisyen. ngeh ~ XD

Aku sangat terasa sebenarnya,
bukan aku tak tahu selama ne aku memang sangat banyak buad luahan perasaan dekat
mukebuku aku yakni dengan memenuhkan wall dengan segala bentuk majaz dan kiasan.
Sepatutnya, aku dah boleh agak yang ramai je tak selesa dengan status aku yang banyak dok menyemak dekat TL. Hmph....
Bukannya tak pernah ada member tegur aku. Mungkin sebab aku terlalu ikutkan sgt perasaan, maka teguran secara tak sengaja dahh terabaikan mnde tuh.
serius mintak maaf.
dan serius; agak kecil hati juge baca status tuh.
sebab tuu sekarang aku putuskan, nak luah hape, biarlahhh aku luah and merepek dalam belog je.
sebab belog ne blog aku. taknak baca ape yang aku taip, maka jgn usya blog tak sebeghape neh.
so takkan timbul isu buad orang saked jiwa, kan? heee... ^^
errr.. yeahh I know,
tak perlu laa aku nak offended kan sepatutnya.
Dah salah aku yang gi buad mukebuku tuu macam aku je yang gune, hoho *gelakkave*

dahx3. drop the subject pasal terase dan sebagainya neh.
aku nak masuk ke fasa merepek.

kalau tak bersedia nak baca, sila jangan baca *amarankeras*
mnde ne keduniaan je ponn. tak rugi tak baca.
tapi kalau dah baca jgn salahkan aku kalau aku bnyk mengarut, luah perasaan and etc.

give me your respect and behave your manner and I'll give it to you the same in return.
*winwink*

emh, aku bosan sebenarnya.
Bukan tak ada kerja. Ada je, banyak pulak tuh.
PBS laaa yang paleng aku 'suka' sekali.
Aku taknak tangguh buad mende ne
tapi aku sendiri tak reti nak proceed macam mana.
asal aku on laptop untuk seriously buad mnde neh, idea aku jadi lesap.
otak akuu jadi stuck.

konklusinya yang aku nak sampaikan adlh,
aku tgh malass sgt sekarang.
Doakan lah kemalasan ne hilang dlm keadaan segera.
Doakn aku diberi kekuatan utk teruskn perjuangan aku; menuntut ilmu ini keranaNYA
doakan aku kuat semangat untuk tidak bertangguh
tak kira lahhh dalam pbs atau mnde laen pon.

Sebab aku tahu, sekarang sepatutnya aku serius dgn pelajaran aku
dan pbs aku supaya tak mengganggu aku di masa hadapan dgn segala kerja tertangguh.
Aku taknak kecewakan mak ayah aku.
Doakanlah bahawa ayat aku kat atas neh bukan sekadar tahu tapi sedar.
doakan yang aku ne tak geybang je lebihhh.

k tu jeh.
aku nak gi solat zohor dulu.
maaf untuk entry yang nampaknya lebih kepada monolog dlmn semata,
atas entry yang nampaknya tak memberi manfaat kpd korang yg membaca;
kalau ada yang baca laaaa.


Assalamualaikum wbt.
Barakallahufikum.
doakan hati aku 'sihat' tau before aku jejak balik ke ostel semula ^^V
*rindumemberakuhh*