Saturday, February 16, 2013

Sebuah Perkongsian

Assalamualaikum wbt.
Selamat 2:38 pagi ^^

Aku ada nak buat sedikit perkongsian.
Ala-ala tazkirah tapi simple je.

Letakkanlah Allah dalam hati, jangan letakkan dunia dalam hati agar kita tidak:
terluka dengan keduniaan,
lupakan kematian dan
hilang kesedaran.

Maka, berdakwahlah! Ajaklah sesama manusia kepada Allah.
Dakwah itu bukan tanggung jawab pihak yang tertentu jeh.
Setiap muslimin dan muslimat itu mempunyai kewajipan dalam:
Mengajak kepada yang makruf dan
mencegah yang mungkar

Dakwah tu tak semestinya dengan lisan semata-mata.
Kalau sibuk berdakwah bil lisan; cakap sana-sini, tegur kemain lagi
tapi kalau bab nak amalkan pun susah.... malulah.
Kejayaan seorang pendakwah tu sebenarnya bukan sekiranya orang yang didakwahkan mengikutnya.
Tetapi seorang pendakwah tu dikira berjaya apabila dia mengamalkan dan mempraktikan apa yang didakwahkan.
Kire cakap serupa bikin laaaa.
Walk the talk! jangan geybang saje. Itu yang dinamakan dakwah dgn menzahirkan qudwah hasanah.
Tak perlu cakap banyak.
kadang-kadang perilaku yang baik dan amal ibadah yang dilakukan keranaNYA walaupun nampak macam remeh di mata manusia,
qudwah hasanah yang tuu lah yang dapat menjadi dakwah dan sumber inspirasi agar orang lain berubah dan berhijrah.
Allahu'alam..

Islam adalah akhlak yang baik.
Jadi, dengan meperlihatkan akhlak yang baik pon dah boleh jadi dakwah (:
In shaa Allah. 

FYI, penyakit manusia masa kini adlh - kita masih meletak makhluk dalam hati dan tidak yakin dengan Allah secara sebenar-benarnya dan menyeluruh. Na'uzubillah.

Ketahuilah, berharap pada Allah, biiznillah akan dapat segalanya. Berharap pada makhluk, tidak akan membawa kepada apa-apa.

Perbanyakkan zikrullah. Jadikan ia sebati dengan hati dan bukan sekadar ucapan sehari-hari.
Memang mudah untuk diungkapkan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah swt ketika hidup. Tetapi, tanpa Allah dalam hati, tak mustahil kalaimah-kalimah tersebut tak dapat kita tuturkan di saat-saat kematian.
Na'uzubillah ~

16012013
Tazkirah Maghrib
Masjid An Nur, SMKAMH

[notakaki]

Malam ni aku sangat tidak okay. *serioustalk*
Aku ada buad conversation dengan seorang member dari Kaherah.
Aku sangat rindu nak bercakap dengan beliauuu.
Tapi sesungguhnya perbualan tadi sangat tidak best.
Beliau tak bersalah. Yang salahnya aku.
aku ulang balik. Yang salah dan silap ialah aku.
Aku yang tak bagi full coverage tentang life aku sekarang, dan bila
opinion yang dia bagi against apa yang aku hendakkan,
sedikit sebanyak aku jadi emo dan berkecil hati.

Bila difikir berkali-kali......
apa yang dikatakan oleh beliau ada betulnya.
Aku ulang balik. Beliau cakap perkara yang betul pada aku.
Tapi pada satu-satu part yang lain, aku agak terase sbnrnya
mungkin ego aku yang kurang nak terima.

Susah ke orang nak adakan perbualan bersama aku
dengan respon yang menyenangkan?
atau mungkin dia boleh mendoakan aku sebagaimana aku mendoakan dia.
walawehhhhh... *mybad* suka mengharap macam tah pape.
Ini lah padahnye -,-" Selalu sangat aku nak pertikaikan kenapa orang lain perlu cakap tersangat direct dengan aku instead of berlembut dgn aku.
Aku jugak yang ckp, pahit tu ubat. Kalau tak cakap direct, tak sedar diri pulakkk karang.

Sebab beliau antara member yang aku rasa rapat dgn aku dan
aku respek beliau no matter what,
aku boleh terima lagi apa yang dia ckp dlm waksap.
Tapi twit beliau, tersangatlah sarkastik bagi aku.
Maafkan aku yang tak boleh tgk twit tu mcm tu jeh dan perlu terasa dgn twit tu.
maaf sekali lagi sangat-sangat.

Perasaan suka pada member.
Aku tak mintak taw perasaan tu.
perlu aku ulang ke? errr....
Sebelum jadi member dah ada rasa tu.
maka soal sukakan member sendiri tak sepatutnya timbul.
Aku tahu kau tak fall dengan member sekarang ni.
Tapi kau pernah rasa apa yang aku rasa.
Senangnya kau bercakap. :-\
Aku bukan tak usaha untuk tak suka.
Aku dah hampir berjaya pon.
hmph.....

Beliau twit pasal ikhtilat segala.
dan aku terasa.
Mungkin beliau betul dan aku salah.
Sebab tu aku sensitip. *sigh*

Aku cuma agak sedih dan hampa.
Tu jeh.
Aku sedih sebab aku tak rasa mcm aku dapat sokongan
melalui perbualan aku dengan beliau.
sokongan, mende yang sangat aku perlukan daripada seorang teman.
sokongan bukan bererti beliau perlu sokong aku dengan mamat tu.
Aku masih dalam pertimbangan dan aku sangatla serahkan mnde ne pada NYA.
Tetapi memberi persepsi dgn apa yang dah pon terjadi....
bukanlah mnde yang aku harapkan.

beliau tahu yang aku fall pada member sejak sebelum ne lagi.
kenapa tak bg pendapat dr sebelumx2 ne lagi?
kenapa baru skrg?

sbb baru skrg kau tak fall dekat member?
*maafmaafmaafmaaf* *maafkanaku*

Aku ne bnyk berharap. :-\

k bye.

1 comment:

wafa said...

Zah, cuba sekali je, kau hilangkan benda ni dari otak. Sekali je. Aku syg kau