KALAU KAU FIKIR HANYA KAU YANG TERASA,
KETAHUILAH KAMI JAUH LEBIH KECEWA.
KALAU KAU RASA CEMUHAN DAN ARAHAN MAMPU MEMBINA,
KENAPA BIAR EMOSI YANG MENGAWAL DIRI APABILA PANDANGAN DILONTAR SECARA BERSEMUKA?
KAU KATA JIWA KAU MENANGIS MERINTIH.
MENGERTILAH BAHAWA HATI KAMI RASA LEBIH TERSAYAT DAN PEDIH.
KAU NAK DIHORMATI, TAPI KAMI TAK KAU CUBA UNTUK FAHAMI .
KAU KATAKAN KAMI TAK MATANG,
TAPI SAAT KAU DITEGUR KAU DUDUK MEMBELAKANG;
BERPALING DARI MEMANDANG.
KATA KAMI EMO TANPA SEDAR DIRI KAU YANG EGO.
MINTA KAMI BUKA HATI, TERIMA NASIHAT TANPA BELAH BAHAGI
TAPI KAU YANG LARI BILA DIRI KAU CUBA KAMI BAIKI.
INI KAH CARA TERBAIK UNTUK MEMPERKUKUH UKHUWAH
SEDANG MASING-MASING TAHU NAK MENERIMA NASIHAT SATU PERKARA YANG PAYAH ADALAH FITRAH.
hmph.....
AKU AMBIL ENTRY NEH DARI BLOG AJAD.
SELAMI KATA-KATANYA YANG MEWAKILKAN APA YANG AKU RASA ~
Bismillahirrahmanirrahim ~ Seringkas madah seindah lafaz .
Menanti keheningan malam menatap bulan nan satu , bintang nan beribu . Hembus bayu menampar lembut mencuri perhatian mengalihkan permasalahan . Di sini aku merangkak kembali setelah penat berlari . Aku rindukan bunyi cengkerik yang memecah kesunyian malam dan aku menanti nyanyian katak selepas hujan membasahi bumi .
Dalam aku berkelana , aku ceduk segala apa yang dikatakan berguna . Bermusafir tanpa henti dalam mencari identiti seperti sudah sampai ke destinasi . Aku tamak dalam menyembunyikan segalanya namun aku kalah pada satu perkara yang bernama kesedihan .
Aku pencinta ketenangan dalam persaudaraan . Aku benci sesuatu yang dipanggil perbalahan meskipun aku tahu itu titik dalam mencari persamaan . Apa yang telah kita bina hancur kerana satu bicara . Semakin jauh kita dipisahkan oleh satu batas yang tinggi dan sukar untuk dilangkahi. Satu perkataan iaitu renggang .
Inikah yang dicari ? Sudahkah semua berpuas hati ? Kesempurnaan yang dicari ialah diri sendiri dan bukan mencari celaan orang lain .
Adakah engkau sehebat Umar Abdul Aziz sehingga meletakkan Aisyah sebagai bandingan ? Sudahkah kau perkemaskan imanmu seperti Abu Bakar sebelum menjadikan Siti Khadijah sebagai satu aras penanda kepada kami ? Luka di hati begitu dalam sehingga kesannya tak bisa ditanggal .
Nasihat itu ubat yang menyembuhkan dan bukan racun yang membunuh . Mengapa ditolak apa yang diperkatakan ? Adakah apa yang diperkatakan sama seperti apa yang dilakukan ?
No comments:
Post a Comment