Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sekali lagi.
Selamanya bukan milik kita means, sekarang bukan milik kita..
esok pon bukan milik kita, lusa pon tetap tak jadi milik kita dan sampai bila-bila pon
takkan jadi milik kita; manusia biasa. Malahan, sejak awal lagi kita tak miliki perkara tersebut.
So, apa yang selamanya bukan milik kita?
Kalau tanya aku, aku akan jawab hidayah dan petunjuk.
Hidayah dan petunjuk tu mutlaknya milik Allah semata-mata.
Aku dah tahu, dah selalu belajar tentang ini.
Tapi sangat terasa soal hidayah ne main peranan sungguh sepanjang Ramadhan kalini.
Feeling dia macam... nak sangat insan tertentu yang dikenal, yang disayang tu berubah kepada sesuatu yang kita hendakkan tapi sangat takde power untuk buat apa-apa.
That's it. Hidayah itu tidak diberikan mengikut kehendak manusia, tapi diberi kepada yang dikehendakiNYA. Of course takde power, sebab sebagai manusia yang selayaknya hamba; itulah takat kemampuan aku yang sebenarnya tak mampu nak buat apa-apa atau bertindak apa-apa pun melainkan dengan iziznNYA.
Then, apa yang jadi milik aku kalau hidayah tu milik Allah?
Doa milik aku.
Doa itu milik hamba.
Allah suka hambaNYA yang meminta-minta kepadaNYA.
Doa itu bukan sahaja alat bantuan, tetapi sekaligus menjadi penghubung antara kita dengan Tuhan.
Teringat tazkirah Naz time terawih satu batch sebelum ni, doa itu lebih hebat dari macam-macam mende lain sebab doa itu pengubah takdir.
Ayuh berdoa.
Semoga akidah dia kembali macam dulu.
Mustahil kann.. berharap seorang shiah kembali menjadi seorang sunni.
Tapi sebab aku kenal dia, aku harap Allah menghendaki dia untuk kembali ke pangkal jalan.
Wallahu'alam
Dan mari berdoa lagi.
Supaya satu masa nanti dia pulak mengerti bahawa walau di mana pun dia berada,
dia seorang Islam. Semoga dia faham apa yang selama ini aku dan mereka cuba sampaikan.
Tidak mustahil dengan doa.
Apa pun, serahkan semuanya kepada Allah.
Hidayah milik Allah.
Selamanya bukan milik kita