Wednesday, August 14, 2013

MudahPecah

Assalamualaikum wbt


Wallahu'alam, kata-kata itu ditujukan untuk siapa.
Aku terasa. Terasa kata-kata itu untuk aku. Entah wajar ataupun tidak, aku tak dapat putuskan sebaiknya.
Mungkin aku silap. Kalau aku silap, kau mungkin akan cakap bahawa kata-kata itu bukan untuk aku.
Tentu ketika itu kau akan kata aku ini orangnya sensitif; terasa tak kena tempat dan sebagainya. 

Hmm.. Itu pun, kalau aku silap lahh.

Kita berdua ~~~~

Lebih sebulan tak bertegur sapa. Aku cuba usaha. Mungkin kau juga ada usaha. Tapi sungguh aku tak nampak dan tak merasa kalau betul kau ada usaha. 

Tidak berniat nak marah aku apatah lagi membenci. Cuma tak boleh nak rapat macam waktu dulu ? 

Cuma tak boleh nak rapat. Maka layanlah aku macam manusia biasa dan bukan macam kerusi meja. 
Kalau tak mampu nak rapat, layan aku sedanya. Pandang aku bila aku bercakap dengan kau. Tak perlu bergelak ketawa, kongsi cerita suka duka lagi macam dulu. Kalau tak mampu senyum sikit pun, asalkan kau jangan buat muka menyampah sudahlah. Aku ni manusia yang ada hati dan perasaan. Mula-mula aku jadi sedih. Lama-lama aku terguris. 

Betul, lama dah tak bertegur. Tentulah kau sedar. Kau bukan bodoh. Kau tahu apa yang berlaku. 

Aku rindu kau. Tapi mungkin kau tak. 

Kau hebat sebab kau pilih untuk taknak tegur aku langsung-langsung dan aku kira kau tak pernah cuba pun nak tegur aku. Kerana terlalu sedih dan sesekali rasa tersangat nak putus asa, aku ada fikir.. Untuk sekali dua, tak boleh ke kau buat-buat je macam kau nak bertegur dengan aku?

Semakin aku baca kata-kata itu berulang kali. 
Aku jadi semakin pasti, kata-kata itu dituju pada aku.
Kau kata kau sayang aku dan mendoakan aku. Sama lah dengan aku, in shaa Allah melihat kata-kata kau yang ini, aku beranggapan sebenarnya niat kita sama. 

Tapi ironinya...............
Kau kata kau sayang, tapi kau buat-buat tak kenal aku. sayang kau dekat aku buat aku bertambah-tambah sakit tiap hari.  Sentiasa cuba jauh dari aku. Memang macam ini pelaksanaan sayang bagi kau? 

Kau kan, bila bercakap seolah-olah sebenarnya aku ini tersangat hina. Aku tak pasti dan sangat clueless sebenarnya. Teruk sangat ke sikap aku yang membuatkan kau mengalah dan berundur dari terus bersama-sama dengan aku, bersahabat dengan aku macam dulu? dosa apa yang aku dah buat sampaikan sebarang memori lampau pun antara kita berdua tak dapat menjadi penguat semangat bagi kau untuk bertegur sapa dan layan aku macam manusia biasa semula? 

Tipu aku tak cemburu. Kau boleh bertahan dengan dia bertahun-tahun. Walau apa jua sikapnya, yang buruk jadikan sempadan dan baiknya dijadikan contoh ikutan. tak pula sampai dia kau abai dan pulaukan.
Kau boleh bersabar dengan dia. masih boleh pura-pura tersenyum dan mereka cipta hilai tawa bersama walaupun kau tak gemar caranya. 

Tapi kenapa bukan dengan aku? Kenapa tak mampu bertahan dengan aku ? mana janji kau untuk bersama susah senang dengan aku? Kau penguat semangat, antara kawan yang rapat dengan aku, tahu tak?! 

Ingat tak ketika kita berdua memeterai janji untuk buat double degree.... bila kau tanya sama ada aku okay atau tak, aku mengiakan dengan syarat kau boleh bertahan dengan aku. Kita berdua setuju. Tanpa aku fikir yang sikap aku rupanya benar-benar tak memenuhi kehendak kau sebagai sahabat. 

Kau tak tahan dengan aku. Aku kawan yang bawa pengaruh buruk. Kau tolak aku, kau jauhi aku. Memang tak rugi pun. Tahniah, semangat belajar menjadi-jadi nampaknya. Aku kan gangguan. Hew ~

Mana pergi kata-kata yang kita persetujui bersama lepas habis paper ekonomi STPM Penggal 2 sebelumnya? Aku tahu, manusia memang biasa mungkir janji. Hmmmm..... 

Ada seperkara yang mengusik hati aku. Buat aku bertambah sedih. 
Kau jauhi aku, tak boleh nak rapat dengan aku, buat aku macam tunggul kayu dan dalam masa yang sama katanya sayang dan doakan aku. Aku sedih sebab aku kira sebelum ini, sebagai kawan kau tak percayakan aku. Kau tak percaya aku tak secikai yang aku tunjukkan. 

Sekecohbising mana pun, kawan aku yang lain; even yang tak rapat dengan aku pon masih mampu percayakan aku. Aku cuma tak sangka kau yang pernah paling rapat dengan aku tak percayakan aku. 
Aku kira kau tak percaya yang aku mampu dengar nasihat kau andai kata betul aku buat salah silap; sedangkan kau tahu kawan adalah insan paling berpengaruh dalam hidup aku. Kau tak percaya bahawa aku ini antara insan yang boleh sama-sama berjaya dengan kau. Aku malas, perangai macam hampagas. Kau tak percaya Eizah ini, asalkan bila dia ada kemahuan, tentu akan cari jalan untuk usaha. alah, macam pepatah melayu tuuu. 





# Maaf, ayat aku dalam entry ini sangat tunggang terbalik. Bila mata berkaca, sastera pun hancur binasa.
Entry ini bunyinya emosional. mungkin kurang rasional. Maaf sekali lagi andai tak berpuas hati.

Hati ini mudah pecah. Kau betul. Kau sayang aku dan tinggalkan aku dan jauhi aku
demi kasih sayang kau terhadap aku dan kemaslahatan kita bersama. Kau doakan aku. Kau hebat.
Tapi kenapa aku tetap sakit? Aku pun mendoakan perkara yang sama; kita berbaik semula. Hew ~