Aku biarkan jemariku menari di atas papan kekunci.
Ada rasa yang tersimpul mati dalam hati.
Apakah aku perlu zahirkan apa yang kau ketahui?
Aku mula tercari-cari
Dalam lena, malamku jadi termimpi-mimpi
Barangkali kerana sepi yang menghantui.
Allahu Rabbi, Tuhanku yang Maha membolak-balikkan jiwa,
tabahkan aku saat rindu melanda
jangan kerana kasihkan manusia aku binasa
Jangan buat aku meratap dan mengharapkan dia
sesungguhnya, biarlah kecintaan aku hanya buat KAU yang Maha Kuasa
Aku punya jiwa yang perlu dijaga
aku punya malu yang memagar rasa agar tak menjadi bisa
Aku punya doa yang jadi bekal dikala lara
Aku berdiam tak bererti lupa
Jujur aku ragu bersulam kecewa
andai diam kau kerana tak setia
Siapalah aku nak dibanding dengan hawa seindah permata
aku hanya gadis biasa yang sederhana
Sekejap aku teguh berdiri dek yakinnya aku akan bahagia
Sesekali terjatuh kerana percaya angan-angan ini mustahil jadi nyata
Banyak yang menduga
walau sekelumit cuma
rasa sakit yang menyulam dalam diam
Tetap kusimpan, tetap kupendam
Cukup sampai di sini
Ghazal Qalbi di malam hari
jadi saksi aku menanti
2307 h
07-03-13
No comments:
Post a Comment