Friday, July 12, 2013

Eizah Membebel ~~~~

Assalamualaikum wbt.

Sejak sejam tadi berbloging..
Tapi takde idea pon nak tulis apa.

Sejak pagi tadi, satu badan neh sengal-sengal.
Macam dah patah aje pinggang ne rasenye.
adehhh ~~

Kaki pon sakit. Taktahu sebab ape.
Sebelum ne sakit pon sebab maen futsal.
Hmm... Lama dahh futsal tu ~ *mustahilmustahil*
Ade orang smack down aku time aku tido ke?
Takkan tulang aku mereput kott -..-"

Sunyi je sekolah harini.
Rasa macam kitorang 15 orang je dalam sekolah ne.
Pandang kelas form 2 dgn form 3, belaka-belaka kosong.
Cesss.. nyesal je aku tak balek semalam. :\
*nangesnanges*

Nak hapdet pasal sambungan Mini Olimpik Pra Universiti.
Tapi sebab still dekat sekolah dan internet sekolah sangat lembab,
nak upload gamba pon asek error je
maka, nanti-nanti je laa hapdet nye psl mini olimpik tuh.

*umi.... sakednyeeee ~~*

Ramai je member-member aku dah start ber-PBS untuk sem III neh.
Aku je yang tak buad hape pon lagi.
Mengape aku begitu tak rajin?
balek-balek soalan yang sama.
sampai aku pon malas nak jawab.
buad ape jawab kalau tak bagi tindakan.
right? muehehe.

Aku takleh malas lama-lama.
Kang tercicir sorang-sorang.
naya je. *padan muke*

Budak-budak yang tak datang harini..
katanya beramai-ramai ke perpustakaan negara.
bagusnyee.
PBS punye pasal.
DAEBAK!

ok dahh. jenuh aku mengadap laptop lelame.
Tapi hapdetnye mcm hape jeh

kbai.
Pinggang aku makin sakit.
kaki aku pon dah parah.
tak sabar nak balek
boleh tros kababoom jeh atas katil

adios dan SBP *wish awalawal*




Saturday, July 6, 2013

Mini Olimpik Pra Universiti MaHISS 2013

Assalamualaikum wbt

Pada minggu lalu, bermula pada 26 Jun 2013 telah dijalankan Mini Olimpik Pra Universiti MaHISS 2013. Program sukan ini terbuka penyertaan buat seluruh warga Pra-Universiti SMKA Maahad Hamidiah yakni upper six dan lower six. Tujuan program ne dirangka MPPU ekceli sebagai persediaan mencari wakil fom 6 yang akan menyertai pertandingan sukan di Karnival Sukan Ting. 6. Melihat kepada penyertaan yang memberangsangkan baik daripada upper 6 mahupun lower 6 menyebabkan aku terfikir aim sampingan program ni juge sebenarnya adalah untuk lebih kenal dengan adik-adik lower 6. Tambahan lak upper 6 pon mmg xjoin sgt orentasi dorang sebelum ne, maka program ini juga adlh utk bridge the gap between us. so, perlu start berinteraksi untuk dapatkan chemistry dari sekarang. Program ini ibarat wadah laa.

Pertandingan yang belum dijalankan atau yang berbaki adalah

  • final debat, 
  • dak ji, 
  • bola tampar (puteri), 
  • petanque, 
  • futsal (putera), 
  • dan permainan dalaman. 
Manakala pertandingan yang berlansung minggu lepas pulak adalah

  • badminton, 
  • futsal, 
  • bola jaring, 
  • pengucapan awam, 
  • debat (pusingan kelayakan), 
  • bola tampar (putera) 
  • dan explorace.
So tanpa membuang masa, mari kita layan gambar-gambar yang telah diambil sekitar Mini Olimpik Pra Universiti MaHISS berjalan. Credit to photographer Izyan Rasul dan Tuan Muda Muhammad Izzuddin. 
err... yang ngeditnye aku taw! *winkwink*

F U T S A L  ( P U T E R A )

# Pres




# KR





# Sulee





# Naz



# Upper Six vs Lower six







# Supporters - Adham, Haziq R, Haziq, Fais




B O L A   J A R I N G  ( P U T E R I )



# Nuramirah Wafa





# Upper six menang ! *puas hati jiwe raga*





# Feng and Mikey (:





# Upper Six  vs Lower Six





# Team Upper Six 



# Team Lower Six




# Tott; time tgh dalam game




# Cam whore session time practice boja XD






# Candid !!



E X P L O R A C E



# Kang Gary Msia




# Explorace - AJK dan peserta ; checkpoint dan mission




# Fais, Haziq R, Aman Banzai





# Upper Six (puteri)




# Le Purple's - Ain Syafiqah, Razan, Aqilah and Izwani




# Mustard Mate - Hajar, Rasyidah Liyana, Asyiqin, dan Sofiyah





# Team BP (ehhh) - Nad, Amirah Razuki, Fazy and Sa'adah




# Mira Miswan dan Aten - AJK checkpoint 10






  

# AJK Checkpoint 7 ~



# Khairul Rizal





# Team Lower 6 Purple pink at checkpoint Abdul Rahman Bin Shuib



Setakat ini dulu gambar-gambar yang telah diedit dan dapat dikongsi.
Maaf sbb xbanyak gambar yang dapat dimasukkan...
sori klw pictures ne bnyk flaw. 
well I'm still new tang edit mengedit neh. *peace yo*
gamba debat, futsal (puteri) and badminton In shaa Allah laen kali.
Tu pon kalaw sempat hapdet laaa.

Till we meet again, Salam Ramadhan Kareem

Adios Amigo,

Friday, July 5, 2013

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera n selamat menunaikan fardhu Zohor *smile*

Seronok rasanya dapat menjejakkan kaki pulang ke rumah.
Tak kesah laaa rumah aku depan sekolah ke hape kan..
Berada bersama dengan abah, umi and adik-adik tu sebenarnye momen yang dirindui.
Ekceli tak best mana pon sebab bila dekat rumah ne memang jenuh ler nak ngadap adik-adik lelaki aku
yang dalam proses membesar - banyak beno kerenahnye mereka-mereka ne *geram*
Tapi bak kata abah, kalau bukan sekarang kita nak melayan kerenah adik-adik ne dan bermanja dengan dorang, bile lagi... masing-masing pon makin membesar dan bukannya aku 24/7 ade dekat rumah.
So, aku kena guna peluang yang ada untuk jadi anak yang terbaik and kakak yang terbaik juge hendaknyee. In shaa Allah *wink wink*

3 hari lagi menjelang Ramadhan Kareem.
Semoga aku dan kita semua disampaikan kepada bulan yang mulia ini *aamiinn*
Dengan harapan ibadah dan amalan kita semua diterima NYA dan dapat ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa. Tak gitu? *optimis*


jom letak target and rancang sebaiknya untuk menghadapi Ramadhan. Orang yang gagal merancang adalah yang merancang untuk gagal *na'udzubillah* usaha itu penting. HWAITING!!


Here guys... I provide all of you dengan takwim perancangan Ramadhan neh. Balek wajib akan datang aku akan hapdet utk Ramadhan Day 7 dan seterusnya. In shaa Allah (: Ayuh istiqamah. yeahhhh ~

[notakaki] minggu depan - 12 Julai 2013 (hari jadi Izzah Fauzi OMG!!) result STPM Semester II akan dikeluarkan oleh MPM. Ekceli aku sangat cuak maka, doakan lah kesejahteraan keputusan aku kayh. Aku harap pointer nya tak menjatuhkan semangat sangat. Kalau tak perlu repeat sebarang paper, alangkah indahnyeee *beranganjep* Semoga seluruh warga upper 6 MaHISS pada tahun ini memperoleh keputusan yang cemerlang untuk STPM Penggal II. Aamiin ya Rabb al'aalamiin. 

Sekian. 


Tuesday, June 25, 2013




ANALOGI CINTA - drCinta

Assalamualaikum.

Untuk memberi penjelasan kepada diri sendiri yang khilaf dan masih dalam mood hati retak beratus kepingan maka pada petang ini, sementara tak gerak balek hostel tercinta di SMA Maahad Hamidiah maka aku akan buad perkongsian sedikit. Semoga bermanfaat, in shaa Allah. - HAZIE LUTAHRAF


entry ini di gunting-tampal dari blog sis Farah Waheeda

Fikirkan tentang sebatang pena (ya, pen). Ianya dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah ianya tetap berada dalam keadaan selamat, berguna dan tidak rosak. Tetapi, sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan bukan pada caranya, maka ia akan ROSAK.

Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan penciptaannya. Ia dicipta untuk menulis bukan atas sebab-sebab lain. Apabila ia rosak, maka ia akan dibuang dalam tong sampah. Ketika ianya bukan lagi dinamai pena lagi, tetapi ia dinamakan SAMPAH!

Begitulah juga cinta. Cinta diciptakan oleh Allah untuk dua manusia bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah iaitu selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta akan selamat dan bahagia. Sebaliknya jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta akan pudar dan dan tercalar.

Soal cinta adalah soal rasa, ia tidak terbina dari urat, daging atau tulang tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini tidak ada yang tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran...

[bebelan Hazie Lutahraf]
Melihat kawan- kawan terdekat dan sepupu sepapat yang mula ada kekasih dan ber-couple pada usia muda zaman aku form 2, form 3 dulu.. membuatkan aku terfikir satu teori ne. Aku fikir mende-mende couple; berjumpe berdue, contact berjam-jam, texting sampai kopak kredit tu semua tak perlu. Kekal sayang walau tak jumpa dan tak text segala, akiu rasa macam tu lebih jujur. Sebab kalau nak harapkan perbuatan-perbuatan ne je baru nak sayang, tak guna laah gitu. Zahiriah dan lahiriah sangat. Perasaan ne kan mende yang tersembunyi dan mendalam. Hmm.. Habes tuu, kalau tak jumpe maka perasaan tu berkurang? Kalau tak contact, rindu  tuh hilang? Ahhh... tu bukan sayang. Itu nafsu namanyee. kan?

Rigid sangat ke teori aku ne? selfish kan? Aku tak rasa lagi apa yang mrk-mrk rasa ketika itu. Aku menghukum dari kaca mata aku. Mungkin di situ silapnya.

Teori ne aku pegang lagi sebenarnya. Cuma dalam sebulan due ne entah ke mana teori ne pergi sampai aku jadi hilang pendirian. Lupa kejap. Sungguh aku cakap, aku pon mula-mula takut nak ambil keputusan melepaskan sesuatu yang disayang demi kepentingan peribadi. Aku risau, sekali aku lepaskan, dia akan terus pergi tak kembali. Sedangkan pantai boleh berubah ini pulak perasaan manusia. Huhuu. Tak contact, tak mesej.... lama-lama perasaan tu akan mati, memang tak dinafikan *akur* Tapi takpelah, kalau jadi macam tuh masudnye takde jodoh laaa kan? Kalau dah itu yang terbaik ~~~~ *buktikan kalau betul berserah padaNYA*

“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” 
– Ustaz A.Ubadillah Alias
*taktaw laaa relate ke tak phrase ne dengan bebelan aku -,-*

Waalaikumsalam wbt.