Saturday, April 13, 2013

c.i.n.t.a aku


Assalamualaikum wbt.

aku take five kejap. mengadap laptop sambil mengapdet belog. Sesaat yang lalu, aku barusan singgah ke blogWan Hazel. beliau kongsikan entry mngenai istikharah which is very interesting.
Bukanlah aku nak kata title tuu menarik semata-mata kerana ia berkaitan istikharah dan typically istikharah berkaitan dgn jodoh. oh... nox3!! plz don't be misunderstand.

korang boleh klik SINI utk baca entry istikharah tersebut and KAT SINI untuk dapatkan pengetahuan tentang cara melakukan solat istikharah (:

tntg solat istikharah dan aku.... masih jauh lagi. Mungkin aku perlu, tapi masih tak mampu.
selagi tak sampai waktu, aku hold dulu istikhatah aku. (nak buad istikharah ne kena 50-50 pilihan kita)

BTW, pagi tadi singgah kedai buku. sambil teman sepupu aku cari buku-buku untuk keperluan sem baru dia, aku pon amek kesempatan untuk belanjakan lagi sekeping baucer buku 1 Malaysia yang tersimpan dalam purse. and salah satu dari tige buku yang dibeli adlh seperti yang ditunjukkan di ats.
cliche sgt ke tajuk nye utk org macam aku? haha. serius mule-mule aku mmg risau dgn persepsi org kalau usya aku beli buku ne. kott laa depe ingat aku dah gatal nak berkahwin ke hape. risaux3 ~

aku rasa bukanlah gatal nk kawin yg menjadi soalnye. it's just... semenjak perasaan tu dah ada dlm diri aku, daripada aku jadikan dia tak tentu hala, aku rasa lebih baik aku jaga perasaan tu macam ni. ala-ala ada guide line gitu. ekceli, sume org pon akn kawen gak... so utk sekadar menambah ilmu + cover  dy yg lawa + motivasi aku utk jaga hati ni.... aku rasa tu lah asbab nye aku ambil buku ne. aku pernah baca tulisan brader Hilal Asyraf and penulisannya kene dgn aku dan xmengecewakan. so, xde masalah laa bg aku.

aku tak semesetinya utk dia dan dia tak smestinya utk aku. tp itu tak bererti aku taknak dia.
aku menjaga perasaan ni dgn harapan, andai dia yang terbaik utk aku, semoga Allah permudahkan kami utk bersama. oleh itu, aku juga akn siapkn diri buad bekalan ilmu di dada. mmg blom smpi waktu.
tp aku rase xlah xlogik sgt kalau aku sentuh bab kawen dlm umur 19s ne. kalau bukan dgn dia, maka kekal laa ilmu ne utk muhibbati yg telah menjadi takdir aku.

k. sekarang dah pukul 1 pg. bhs aku mmg tunggang terbalik. and ayt pon mcm hape je.
ckp psl kawen kjp n psl buku pulakkk pastuh. seryesly xde vivid point. kire aci redah je mengapdet ne. so, harap maaf atas segala kekurangan. 

adios. aku nak sambung berpbs. 


Friday, March 29, 2013

TAKDETAJUK


buat temanku :
telah ku katakan padamu sedari dulu
aku sentiasa di belakangmu
seandainya kau bersedih di hadapan
maka kau toleh lah ke belakang
dan kau akan melihat aku

buatlah apa jua
asalkan kau tahu apa yang sedang kau lakukan
kau sudah cukup matang dan waras
dalam menentukan sesuatu
kau cukup bijak
untuk merencanakan masa depanmu

diam tidak bermakna aku mengendahkanmu
hirau tidak bermakna aku mengenepikanmu
kutukan tidak bermakna aku membencimu
marah tidak bermakna aku tidak menyenangimu
tegas tidak bermakna kau perlu mengikuti aku
apa jua yang aku lakukan biarlah aku dan Dia sahaja yang tahu
kerana kau temanku ~

aku doakan kau dan dia berakhir dengan lafaz keramat
dan di situ bermulalah kisah di antara kau dan dia

#kisah rumput dan pencantas


Member aku yang sorang ne, kalau tak buat aku deeply touched dengan madah dia...memang tak sah.
tsk...tsk..tsk... *terharu beb* BTW, nukilan dekat atas ne aku dah lame bace. eraly since it was published before. Aku suka dan aku hargainya. maka kalini aku terpanggil untuk kopi pasta nukilan ni di sini.

Dear, thanks laaa pasal semalam. walahhhh ~ aku rase cam lawak pulak ingat semalam.
punye entah hape-hape aku dok mengharung rindukan dia sorang-sorang,  member aku ne boleh pulak menyakat dan jadi orang tgh sort of. hahah. sgt menghiburkn hati.
cukuplah smlm. Aku belajar bersyukur dgn sepotong kalimat. Word of the year tuu boleh bertahan lama dalam hati aku rase nye. Pasne jgn hang dok psycho dia dahhh.. aku malu, tak tahu nak sorok muka dekat mana. hoho * gelak habes cover dahh*

ok tu jeh.

PBS aku... damn worse sebenarnye. nak troskan tak sanggup. nak give up pon tak sanggop gak sbb
ramai sangat yang hardcore. What a total loser I am if I am giving up. hailaaa......

Wednesday, March 27, 2013

Hatiku Haruharu ~




Assalamualaikum.

Dalam beberapa hari cuti ni....
Aku rasa aku sensitif sangat.
Senangnya empang air mata ne nak pecah dan tumpah.
walhal, benda-benda remeh je.

Banyak kali dah jumpa kata-kata dan ayat penuh hikmah,
bahwa sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tapi bila sampai saat dan ketika tekanan menghimpit perasaan...
hilang jugakk sabar tu entah ke mana. 
*astaghfirullahal'azim*

sabar Zah..
sabar dengan PBS yang tak sudahx2 nak diedit sana sini.
sabar dengan power point yang tak menyempat nak disiapkan.
sabar, sebab tanggungjawab anak sulung tuu memang lebih sikit dari anakx2 yang lain.
Sabar, even kau rasa kesusahan ne tak berkurang walaupun sekelumit cuma,
Sabar sebab kau tahu, Allah takkan menguji kecuali pada hambaNYA yang mampu.
sabar Zah, bukan sekarang masanya kau layan perasaan jiwang semedang ne.
Sabar Zah dalam melawan apa yang dipanggil nafsu.
Sabar Zah, mujahadah memang payah. takde yang tahu melainkan kau dan Allah.




Bila tak ngaji, tak dapat nak bersujud atas tikar sejadah... macam lupe pulak yang doa tuuu boleh dipanjatkan tak kire masa, zikir tu boleh dialun di mana jua.
*astaghfirullahal'azim*


Jangan Zah, jangan... tapi kau install jugak menantang tuu.. 
sekarang kau boleh benteng lagi. Esok lusa, entah apa jaminannya. - MONOLOG

selalu je aku doa, semoga kecintaan dan kerinduan aku terhadap si dia tak melebihi kerinduan dan kecintaan aku terhadap Allah; Sang Pencipta. Mulut boleh menipu, tapi hati menjadi saksi, perlakuan menjadi bukti.
Aku pon rindu diri aku yang dulu. diri yang menangis mengenang ENGKAU dan rasulMU. 
Allahu Rabbi, aku tersangatlah khuatir andai aku tersesat tanpa aku sedari sedangkan kesasatan itu merupakan kesesatan yang nyata bagiku. u.u"


Siapa pun jodohku. Tidak akan ada yang tahu melainkan Allah yang Satu. Baik aku ataupun dia. masing-masing tak dapat menjamin apa yang akan terjadi di hari muka, tak dapat berjanji dengan sepenuh hati. 
Selagi tak diikat simpul mati. Selagi tu hati berbelah bagi, menanti apa yang dah tertulis untukku sejak azali. 

Aku berusaha membataskan,
Agar tak tertipu antara nafsu dan keimanan,
antara kerinduan dan keinginan...
agar aku peroleh keredhaan,
agar segala rencana dipermudahkan,
moge termeterai jua satu ikatan,

Moga terasa jua apa yang dipanggil kemanisan dalam percintaan.

Aku tahu, aku cuma pensel yang merencana apa yang aku rasa baik untuk aku.
dan Allah jualah yang akan padam dan ubah perancangan itu mengikut apa yang terbaik bagi NYA.
Aku sangat takut andai masa tuu sampai, aku jadi tak boleh terima ketentuanNYA. Na'uzubillah.
*bersederhanalah wahai hati. bergantunglah kau pada Pemilik segala hati yakni Ilahi*


Kita berdua ne.... sebenarnye ape?
*salu je aku terfikir persoalan ne. hmmmmm....*

13 tahun lagi,  terlalu lama untuk aku tunggu.

sungguh, kalau aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku,
semoga Allah jauhkan kami tanpa kami sedari kami berjauhan,
pisahkan kami tanpa kami saling melukakan,
jauhkan kami dari kesesatan dan kemungkaran.....


#ehhh, jap. aku mengarut dalam entry kalini???
*pegang kepala* *baca balik post dari awl sampai habis*
ahhh.... pening kepala tak hilang lagi.
PBS lagi ~

ahhhh....... mulalaah aku kalut sorangx2.

adios - AKU
Barakallahufikum. aasif jiddan. assalamualaikum



Setiap yang Bernyawa, Pasti Merasai Mati



:: al- fatihah ::

This ayah brings a lot of comfort to those troubled hearts, we will return to Allah Subhanahu wa ta'ala.. To the one we love the most  

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry ini, aku pohon kepada sesiapa jua yang membaca...
sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah buat ibu kepada sahabat aku Nurul Nadiah Bt Muhammad Halim yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Sama-sama lah jugak kita doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan kasih NYA serta arwah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi NYA bersama mereka yang beriman. Aaamiin. In shaa Allah. 

Buat sahabat aku, Nadiah. Mohon anda bersabar dan kuat semangat. Aku pernah merasa kehilangan. walaupun aku masih punya ibu sebagai tunjang kekuatan, pokoknya kehilangan itu memang  menyakitkan. Sabar Nadiah, ini ujian Allah dan kau tentu boleh menghadapinya dengan cekal, penuh kesabaran dan ketaqwaan. Sebabnya, Allah dah berjanji, takkan DIA menguji hambaNYA kecuali mengikut  kemampuan hambaNYA itu sendiri. Jadilah kuat demi ayah dan adik-adik yang masih kecil. In shaa Allah Nadiah, kalau kau perlukan aku dan kawan-kawan yang lain, kami pula akan sentiasa berda di sisi, depan dan belakang kau; mendoakan dan menyokong kau.

"Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong"





Nadiah, stay strong. Takpe menangis.. tapi menangis jangan sampai menjatuhkan. Takpe beremosi, tapi jangan sampai emosi memakan diri. Takpe melayan rindu. Tapi salurkan rindu kepada arwah dalam sujud dan doamu. Kau masih ada ayah dan adik-adik serta seluruh kerabat yang lain untuk menguatkan kau dan kau juga perlu kuat demi mereka. Kau ada aku dan mereka; sahabat-sahabat yang akan sentiasa bersama membantu kau. Dan yang paling penting kau ada Allah dan Rasulullah, sumber segala kekuatan. Kau pasti akan kuat dengan sabar dan solat. melalui kecintaan dan kerinduan terhadap NYA, kau pasti akan beroleh kekuatan dan ketenangan. 

salam takziah - AKU&keluarga

Sunday, March 24, 2013

Penggal 1 yang Memenggal Kemalasan Aku.

Assalamualaikum wbt.

Kali ini aku update jua blog tak sebeghape ni dengan hasrat dan hajat
nak berkongsi cerita  mengenai keputusan STPM Penggal 1 aku yang juga tak sebeghape.

Pon begitu, setingi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat-NYA atas keputusan tersebut 
yang tak rendah mana and tak tinggi mana jugak. Average gitu.
Alhamdulillah, kerana Allah permudahkan aku untuk redha dengan keputusan aku tuh.
Alhamdulillah sgt. Personally, bagi aku keputusan kalini buad aku sedar diri bahawa aku bukan lagi dalam zon selamat. Aku perlu berubah dan tingkatkan usaha untuk penggal seterusnya dan perlu menambahbaik kelemahan aku untuk repeat paper penggal pertama. 

2.25 merupakan markah yang tak mampu nak dibanggakan.
Bayaran hasil usaha aku sendiri pada tahun lepas.
Bayaran bagi kerajinan yang entah ke mana, malasnya bertimpa-timpa, hubungan dengan Rabb yang tak terjaga, hubungan dengan manusia yang maen aci redah langgar segala. *Astaghfirullahal'azim.*



Bak kata memberx2 aku... result kalini semua ikut rezeki masing-masing. 
Bukan kepandaian yang jadi ukuran dan piawaian. Apa yang Allah bagi sekarang mesti ade natijahnye untuk masa depan. Ayuh semua, jangan give up dan sama-sama kuat semangat. Top up mana yang kurang. Baek dari segi kerohanian atau bab pelajaran. Result kalini bukan result kalah mati. Kita semua ade peluang dan ruang untuk perbaiki keputusan ni. Jangan tuding jari pada keadaan dan persekitaran. Sentiasa refleksi diri okayh! *smile* Pilihan ditangan kita dan serahkan segala keputusan kepada-NYA.


Jangan TAKUT! jangan takut untuk berubah dan untuk mengaku yang kita masih banyak kekurangan dan perlu baiki diri. Jangan takut untuk berpijak di bumi nyata yang kita baru je gagal dalam salah satu cabang duniawi. Sebab, setiap kejayaan tu sememangnya bermula dengan kegagalan. So, tak heranlah kalau gagal sekarang. Yang penting adalah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. 

p.s. Nasib baik sangat abah umi makngah and pakngah serta segala kerabat aku ok je dengan result aku kalini. Diorang tahu aku dah besar and tak perlu nak banding-bandingkan keputusan aku dengan sesiapapun. Aku bersyukur atas feed back mereka yang penting dalam hidup aku yang sangat positif. Sesungguhnya sokongan mereka, menguatkan aku. In shaa Allah lepas ni aku takkan hampakan merekax2. pesan abah kpd aku masih terlekat kuat dalam kepala, tunggu masa je nak terlaksana. "Abah minta dua benda je dari anak-anak abah. Doa untuk abah dan umi serta kejayaan anak-anak."