Assalamualaikum wbt.
Kali ini aku update jua blog tak sebeghape ni dengan hasrat dan hajat
nak berkongsi cerita mengenai keputusan STPM Penggal 1 aku yang juga tak sebeghape.
Pon begitu, setingi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat-NYA atas keputusan tersebut
yang tak rendah mana and tak tinggi mana jugak. Average gitu.
Alhamdulillah, kerana Allah permudahkan aku untuk redha dengan keputusan aku tuh.
Alhamdulillah sgt. Personally, bagi aku keputusan kalini buad aku sedar diri bahawa aku bukan lagi dalam zon selamat. Aku perlu berubah dan tingkatkan usaha untuk penggal seterusnya dan perlu menambahbaik kelemahan aku untuk repeat paper penggal pertama.
2.25 merupakan markah yang tak mampu nak dibanggakan.
Bayaran hasil usaha aku sendiri pada tahun lepas.
Bayaran bagi kerajinan yang entah ke mana, malasnya bertimpa-timpa, hubungan dengan Rabb yang tak terjaga, hubungan dengan manusia yang maen aci redah langgar segala. *Astaghfirullahal'azim.*
Bak kata memberx2 aku... result kalini semua ikut rezeki masing-masing.
Bukan kepandaian yang jadi ukuran dan piawaian. Apa yang Allah bagi sekarang mesti ade natijahnye untuk masa depan. Ayuh semua, jangan give up dan sama-sama kuat semangat. Top up mana yang kurang. Baek dari segi kerohanian atau bab pelajaran. Result kalini bukan result kalah mati. Kita semua ade peluang dan ruang untuk perbaiki keputusan ni. Jangan tuding jari pada keadaan dan persekitaran. Sentiasa refleksi diri okayh! *smile* Pilihan ditangan kita dan serahkan segala keputusan kepada-NYA.
Jangan TAKUT! jangan takut untuk berubah dan untuk mengaku yang kita masih banyak kekurangan dan perlu baiki diri. Jangan takut untuk berpijak di bumi nyata yang kita baru je gagal dalam salah satu cabang duniawi. Sebab, setiap kejayaan tu sememangnya bermula dengan kegagalan. So, tak heranlah kalau gagal sekarang. Yang penting adalah apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
p.s. Nasib baik sangat abah umi makngah and pakngah serta segala kerabat aku ok je dengan result aku kalini. Diorang tahu aku dah besar and tak perlu nak banding-bandingkan keputusan aku dengan sesiapapun. Aku bersyukur atas feed back mereka yang penting dalam hidup aku yang sangat positif. Sesungguhnya sokongan mereka, menguatkan aku. In shaa Allah lepas ni aku takkan hampakan merekax2. pesan abah kpd aku masih terlekat kuat dalam kepala, tunggu masa je nak terlaksana. "Abah minta dua benda je dari anak-anak abah. Doa untuk abah dan umi serta kejayaan anak-anak."
No comments:
Post a Comment