Wednesday, March 27, 2013

Hatiku Haruharu ~




Assalamualaikum.

Dalam beberapa hari cuti ni....
Aku rasa aku sensitif sangat.
Senangnya empang air mata ne nak pecah dan tumpah.
walhal, benda-benda remeh je.

Banyak kali dah jumpa kata-kata dan ayat penuh hikmah,
bahwa sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tapi bila sampai saat dan ketika tekanan menghimpit perasaan...
hilang jugakk sabar tu entah ke mana. 
*astaghfirullahal'azim*

sabar Zah..
sabar dengan PBS yang tak sudahx2 nak diedit sana sini.
sabar dengan power point yang tak menyempat nak disiapkan.
sabar, sebab tanggungjawab anak sulung tuu memang lebih sikit dari anakx2 yang lain.
Sabar, even kau rasa kesusahan ne tak berkurang walaupun sekelumit cuma,
Sabar sebab kau tahu, Allah takkan menguji kecuali pada hambaNYA yang mampu.
sabar Zah, bukan sekarang masanya kau layan perasaan jiwang semedang ne.
Sabar Zah dalam melawan apa yang dipanggil nafsu.
Sabar Zah, mujahadah memang payah. takde yang tahu melainkan kau dan Allah.




Bila tak ngaji, tak dapat nak bersujud atas tikar sejadah... macam lupe pulak yang doa tuuu boleh dipanjatkan tak kire masa, zikir tu boleh dialun di mana jua.
*astaghfirullahal'azim*


Jangan Zah, jangan... tapi kau install jugak menantang tuu.. 
sekarang kau boleh benteng lagi. Esok lusa, entah apa jaminannya. - MONOLOG

selalu je aku doa, semoga kecintaan dan kerinduan aku terhadap si dia tak melebihi kerinduan dan kecintaan aku terhadap Allah; Sang Pencipta. Mulut boleh menipu, tapi hati menjadi saksi, perlakuan menjadi bukti.
Aku pon rindu diri aku yang dulu. diri yang menangis mengenang ENGKAU dan rasulMU. 
Allahu Rabbi, aku tersangatlah khuatir andai aku tersesat tanpa aku sedari sedangkan kesasatan itu merupakan kesesatan yang nyata bagiku. u.u"


Siapa pun jodohku. Tidak akan ada yang tahu melainkan Allah yang Satu. Baik aku ataupun dia. masing-masing tak dapat menjamin apa yang akan terjadi di hari muka, tak dapat berjanji dengan sepenuh hati. 
Selagi tak diikat simpul mati. Selagi tu hati berbelah bagi, menanti apa yang dah tertulis untukku sejak azali. 

Aku berusaha membataskan,
Agar tak tertipu antara nafsu dan keimanan,
antara kerinduan dan keinginan...
agar aku peroleh keredhaan,
agar segala rencana dipermudahkan,
moge termeterai jua satu ikatan,

Moga terasa jua apa yang dipanggil kemanisan dalam percintaan.

Aku tahu, aku cuma pensel yang merencana apa yang aku rasa baik untuk aku.
dan Allah jualah yang akan padam dan ubah perancangan itu mengikut apa yang terbaik bagi NYA.
Aku sangat takut andai masa tuu sampai, aku jadi tak boleh terima ketentuanNYA. Na'uzubillah.
*bersederhanalah wahai hati. bergantunglah kau pada Pemilik segala hati yakni Ilahi*


Kita berdua ne.... sebenarnye ape?
*salu je aku terfikir persoalan ne. hmmmmm....*

13 tahun lagi,  terlalu lama untuk aku tunggu.

sungguh, kalau aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku,
semoga Allah jauhkan kami tanpa kami sedari kami berjauhan,
pisahkan kami tanpa kami saling melukakan,
jauhkan kami dari kesesatan dan kemungkaran.....


#ehhh, jap. aku mengarut dalam entry kalini???
*pegang kepala* *baca balik post dari awl sampai habis*
ahhh.... pening kepala tak hilang lagi.
PBS lagi ~

ahhhh....... mulalaah aku kalut sorangx2.

adios - AKU
Barakallahufikum. aasif jiddan. assalamualaikum



Setiap yang Bernyawa, Pasti Merasai Mati



:: al- fatihah ::

This ayah brings a lot of comfort to those troubled hearts, we will return to Allah Subhanahu wa ta'ala.. To the one we love the most  

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry ini, aku pohon kepada sesiapa jua yang membaca...
sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah buat ibu kepada sahabat aku Nurul Nadiah Bt Muhammad Halim yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Sama-sama lah jugak kita doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan kasih NYA serta arwah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi NYA bersama mereka yang beriman. Aaamiin. In shaa Allah. 

Buat sahabat aku, Nadiah. Mohon anda bersabar dan kuat semangat. Aku pernah merasa kehilangan. walaupun aku masih punya ibu sebagai tunjang kekuatan, pokoknya kehilangan itu memang  menyakitkan. Sabar Nadiah, ini ujian Allah dan kau tentu boleh menghadapinya dengan cekal, penuh kesabaran dan ketaqwaan. Sebabnya, Allah dah berjanji, takkan DIA menguji hambaNYA kecuali mengikut  kemampuan hambaNYA itu sendiri. Jadilah kuat demi ayah dan adik-adik yang masih kecil. In shaa Allah Nadiah, kalau kau perlukan aku dan kawan-kawan yang lain, kami pula akan sentiasa berda di sisi, depan dan belakang kau; mendoakan dan menyokong kau.

"Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong"





Nadiah, stay strong. Takpe menangis.. tapi menangis jangan sampai menjatuhkan. Takpe beremosi, tapi jangan sampai emosi memakan diri. Takpe melayan rindu. Tapi salurkan rindu kepada arwah dalam sujud dan doamu. Kau masih ada ayah dan adik-adik serta seluruh kerabat yang lain untuk menguatkan kau dan kau juga perlu kuat demi mereka. Kau ada aku dan mereka; sahabat-sahabat yang akan sentiasa bersama membantu kau. Dan yang paling penting kau ada Allah dan Rasulullah, sumber segala kekuatan. Kau pasti akan kuat dengan sabar dan solat. melalui kecintaan dan kerinduan terhadap NYA, kau pasti akan beroleh kekuatan dan ketenangan. 

salam takziah - AKU&keluarga

Sunday, March 24, 2013

Penggal 1 yang Memenggal Kemalasan Aku.

Assalamualaikum wbt.

Kali ini aku update jua blog tak sebeghape ni dengan hasrat dan hajat
nak berkongsi cerita  mengenai keputusan STPM Penggal 1 aku yang juga tak sebeghape.

Pon begitu, setingi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat-NYA atas keputusan tersebut 
yang tak rendah mana and tak tinggi mana jugak. Average gitu.
Alhamdulillah, kerana Allah permudahkan aku untuk redha dengan keputusan aku tuh.
Alhamdulillah sgt. Personally, bagi aku keputusan kalini buad aku sedar diri bahawa aku bukan lagi dalam zon selamat. Aku perlu berubah dan tingkatkan usaha untuk penggal seterusnya dan perlu menambahbaik kelemahan aku untuk repeat paper penggal pertama. 

2.25 merupakan markah yang tak mampu nak dibanggakan.
Bayaran hasil usaha aku sendiri pada tahun lepas.
Bayaran bagi kerajinan yang entah ke mana, malasnya bertimpa-timpa, hubungan dengan Rabb yang tak terjaga, hubungan dengan manusia yang maen aci redah langgar segala. *Astaghfirullahal'azim.*



Bak kata memberx2 aku... result kalini semua ikut rezeki masing-masing. 
Bukan kepandaian yang jadi ukuran dan piawaian. Apa yang Allah bagi sekarang mesti ade natijahnye untuk masa depan. Ayuh semua, jangan give up dan sama-sama kuat semangat. Top up mana yang kurang. Baek dari segi kerohanian atau bab pelajaran. Result kalini bukan result kalah mati. Kita semua ade peluang dan ruang untuk perbaiki keputusan ni. Jangan tuding jari pada keadaan dan persekitaran. Sentiasa refleksi diri okayh! *smile* Pilihan ditangan kita dan serahkan segala keputusan kepada-NYA.


Jangan TAKUT! jangan takut untuk berubah dan untuk mengaku yang kita masih banyak kekurangan dan perlu baiki diri. Jangan takut untuk berpijak di bumi nyata yang kita baru je gagal dalam salah satu cabang duniawi. Sebab, setiap kejayaan tu sememangnya bermula dengan kegagalan. So, tak heranlah kalau gagal sekarang. Yang penting adalah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. 

p.s. Nasib baik sangat abah umi makngah and pakngah serta segala kerabat aku ok je dengan result aku kalini. Diorang tahu aku dah besar and tak perlu nak banding-bandingkan keputusan aku dengan sesiapapun. Aku bersyukur atas feed back mereka yang penting dalam hidup aku yang sangat positif. Sesungguhnya sokongan mereka, menguatkan aku. In shaa Allah lepas ni aku takkan hampakan merekax2. pesan abah kpd aku masih terlekat kuat dalam kepala, tunggu masa je nak terlaksana. "Abah minta dua benda je dari anak-anak abah. Doa untuk abah dan umi serta kejayaan anak-anak." 

Tuesday, March 12, 2013

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

 PBS IN MAKING
*pray for me*
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Yang Tersakiti








Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


*****************************************************

Sakit itu ada banyak puncanya.
Setiap kesakitan yang dirasa tentu ada penawarnya.
Sakit itu ada yang terzahir dan ada juga yang tersembunyi.
Sakit itu adakalanya mematangkan,
Kebiasaannya sakit tentu menjatuhkan.

******************************************************

Mungkin aku bercakap tentang sakit kerana aku sendiri tengah tak berapa sihat. Kata orang sakit ne sebagai kafarah dosa. In shaa Allah. Harap macam tu lah. Semoga Allah bagi kekuatan pada aku untuk
tempuh rasa sakit ini. Time-time tengah nak ber-PBS dan merasa sibuk dengan STPM penggal 2 nih, time ni lahh nak sakit badan dan tak sihat segala. Kalau tak kuat semangat, boleh lumpuh segala usaha. *na'uzubillah*

Sakit kerana perjumpaan batch haritu, masih meninggalkan kesan dalam hati. Ibarat paku yang ditusuk dicabut kembali, lubang kecilnya tetap meninggalkan parut dan kesan yang mendalam. 

           Bertambah sakit dan terluka bila aku dapat tahu yang sebenarnya, perjumpaan tu nak ditujukan kepada aku, dan bertujuan untuk menegur aku. Isu apa pula kalinih? Ikhtilat lagi? *tertunduk hampa*
Tak sangka dalam aku cuba menjaga, masih ada yang buruk sangka. Tak berhenti fitnah yang melata. 
Kata aku selalu berjumpa dengan dia dalam mini library. Dua perempuan dengan seorang lelaki.
Alahai... Bila masa pulak ni? *recall recall* Mana buktinya?
Kalau lah yang menyampaikan tuu betul-betul berhadapan dengan aku yang kononnya berada dalam situasi dinyatakan, kenapa tak ditegurnya aku? kenapa pergi tanpa sebarang kata? 
Sebarang khilaf, balik-balik kesalahannya dituding pada perempuan :/ 
Tapi pasal yang perjumpaan tu nak tuju pada aku, sebenarnya tak pasti lagi. Mungkin betul, dan mungkin jugak itu khabar angin dan ura-ura yang direka untuk menganggu jiwa semata. hoho ~

           Sesungguhnya mende ni, yang takpasti betul salahnya, yang tak tentu lagi sahih khata'nya... buat aku banyak berfikir semalam. Sekaligus buat aku tawar hati jugak. Tawar hati dengan kawan-kawan dan tawar hati dengan dia. Segalanya serba tak kena. Sakit tentunya.

          Sebagai kawan, tengok kawan aku yang seorang ni dalam kesakitan juga sesuatu yang menyakitkan. Dia sakit dalam dan sakit luar jugak. Malah dari caranya, mungkin dia jauh lebih sakit dari aku. Dia yang selalu menguatkan aku dan jadi tak kuat sekarang, aku jadi hilang kekuatan. Aku rindu suara dia, gaya gurauannya dan cara kami yang buat aku selesa. Mungkin ada yang kata diamnya takkan kekal lama. Tak kesah lah yang tu, bagi aku kesakitan dia dia lebih tahu. Rasa macam nak mengeluh panjang. Rasa macam nak mengungkit apa yang dah ditakdirkan terjadi dan rasa macam nak mempertikai perkara yang seharusnya boleh dielakkan tuh yakni perjumpaan batch. Secara peribadi, aku sendiri sekarang tak selesa dengan beberapa orang pelajar putera. Bukan kerana apa yang dikatakan mereka pada malam tu salah, dan bukan kerana aku nak kondem diorang. Tapi mungkin apa yang terjadi lebih kepada reflek semula jadi. Semata-mata kerana sakit tak sembuh lagi. Wallahu'alam.

Andai ada yang membaca...
apa yang aku taipkan ni mungkin tak sampai maksudnya pada korang.
Takpelah, entry ni bukan untuk difahami.
Mungkin pada korang entry ini cenderung berbaur emosi.
Anggaplah aku cuma nak berkongsi.

Aaasif