Assalamualaikum wbt.
Bagaimana hendak mendidik syukur?
Aku merasakan soalan ini relevan untuk ditanya-tanyakan selalu.
Persoalan ini memang sering sangat berlegar dalam kepala.
Walaupun begitu familiar dengan istilah syukur, tapi syukur juga tak mudah. Saying this for myself; because knowing me, I don't think I do enough justice in expressing my syukur.
Tambah-tambah lagi bila, kebiasaan syukur itu cuma terlihat pada hal-hal besar sahaja. In all honesty, kalaulah boleh sampai 'feel' syukur dihidupkan setiap pagi itu menjadi setaraf perasaannya ketika telah sembuh dari penyakit kronik... then that is the real menjiwai syukur. bukankah itu makna menjiwai syukur yang sebenarnya? Am I there yet? Jadinya, tak puas. Tak puas kerana mengetahui hal syukur ini boleh ditambah baik kualitinya untuk lebih dirasai di dalam hati. Syukur tu ada, bukan tak ada. Cumanya masih select, sejujurnya. And that needs to be fixed while I am in my sane mind.
Antara pesanan dari radio IKIM yang aku pernah dengar sekali dulu, penyampainya (kemungkinan besar ialah ustaz/ penceramah/ panel jemputan) berkongsi agar setiap kali berdoa; diselitkan potongan doa "semoga Allah memasukkan kita/kami/aku ke dalam golongan yang sedikit" yakni golongan yang bersyukur. With this alone, my lasting thought since then is- "oh betapa sikitnya ya mereka yang mensyukuri nikmat. Betapa rupa-rupanya begitu sukar untuk bersyukur." Dia macam a hard slap gitu.
Aku lupa konteksnya. But as my reading go, barangkali tentang kisah perbualan antara seorang pemuda dengan Saidina Umar Al Khattab RA di zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khattab RA yang akhirnya membawa kepada rujukan firman Allah swt ini.
Al A'raf : 10
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur."
Dan baru-baru ini pula, aku ada terbaca satu perkongsian posting di facebook tentang cara/adab berdoa dengan cara memulakan doa dengan memanjatkan syukur kepada Allah swt. Sebenarnya dalam template doa bahasa arab yang selalu dipimpin, lafaz syukur "hamdalah" memang dah sedia ada. Bersama-sama dengan lafaz membesarkan Tuhan, selawat dan istighfar juga (adab berdoa). Agaknya itulah yang dimaksudkan. Tapi sejujurnya bila doa bersendiri dan bersifat peribadi dalam bahasa ibunda, aku sendiri baru nak membiasakan; memanjat syukur yang sebenarnya, sebelum meluah hasrat yang maha-panjang-nya juga dengan sepenuh jiwa.
Ibrahim : 7
- Dengan niat: Niatkan untuk mendidik rasa syukur. Niat tu rasa kita sendiri.
- Dengan ilmu: lahirkan rasa minat untuk belajar tentang rasa syukur, belajar mengenal Tuhan yang Maha Pengasih, Yang Maha Memberi Rezeki, Allah swt yang Maha Segala supaya tahu setiap yang dapat dan yang tidak dapat; setiap satupun termasuk dalam ketetapan-Nya. Ilmu ini jalannya banyak. Dari pembacaan panjang lebar begini, dari kuliah-kuliah dan kelas agama, atau setidak-tidaknya, bermula dari reels dan video pendek juga boleh. Dduniakan di hujung jari; dan kita tinggal memilih, dunia macam mana yang kita mahu.
- Dengan doa: Kena minta pada Allah swt supaya dihadirkan rasa syukur yang sebenar dalam hati. Benda tak mudah, kepada Tuhanlah kita meminta sebab Allah swt pemilik hati ini. Minta supaya dimasukkan dalam golongan yang sedikit, dan seperti yang disebutkan sebelum ini, boleh juga mula gunakan cara berdoa yang baru; untuk menyatakan syukur terlebih dahulu tentang satu-satu perkara sebelum berdoa/ meminta sesuatu hasrat tentangnya. Ikut pemahaman aku (yang supaya boleh dipraktikkan) contohnya...
- [Syukur] Ya Allah, alhamdulillah untuk kesihatan yang baik hari ini, dapat melihat, bergerak dan melakukan urusan sehari-hari [Hasrat] Allahumma, kekalkan kesihatan yang baik ini, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan jadikan aku boleh beribadah dengannya (kesihatan yang baik)
- [S] Ya Allah, alhamdulillah kerana anak-anak masih ada dengan aku dan anak-anak sihat, [H] Allahumma, kurniakan kesihatan dan kebaikan kepada anak-anakku, jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah
- [S] Ya Allah, alhamdulillah masih diberi rezeki kerja yang baik dan pendapatan yang halal, [H] Allahumma, berkatilah kerja yang dilakukan dan limpahkanlah darinya rezeki yang berkat. Luaskanlah rezeki kami.
- Ya Allah, alhamdulillah untuk kedua orang tua yang masih ada bersama, [H] Allahumma, berkati usia kedua orang tuaku, selamatkan mereka dari azab api nerakamu dan jadikanlah aku anak yang soleh/solehah kepada keduanya.
- Dan seterus-seterusnya; dengan doa yang sesuai. I mean, this is how I comprehend to the statement anjuran syukur sebelum meminta/memohon hasrat dalam adab berdoa. And of course, I don't mean one has to list out everything too (kerana had kesuntukan masa dsb), but instead, cukuplah disesuaikan dan selari dengan hasrat yang biasa dipohon. thus to pair them up dengan menyatakan syukur yang sepadan. 'Acknowledge before we pledge'. Kita minta diluaskan rezeki... apa tidak cukup rezeki yang telah diberi? apa tidak disyukuri? Betul, Allah al 'Alim, hua wasi'un 'alim (Maha Luas Pengetahuan-NYA), tak perlu cakappun Tuhan tahu. But I don't see the harm in making it known too, in our dua. Sedangkan tambahan elemen syukur juga adalah kerana firman-NYA yang menyuruh kita bersyukur lebih-lebih lagi.
- Dengan paksa (sampai biasa): amalkan untuk menyebut alhamdulillah untuk setiap yang menggembirakan/ hal yang baik walaupun kecil. Paksa dulu sampai biasa. Trivial things pun "alhamdulillah"; atau pada setiap selesai sesuatu urusan... ucapkan alhamdulillah. At least pada ucapan kita, kita cuba adil pada hal kecil dan besar untuk sama disyukuri sehinggalah betul-betul dijiwai hati.
- Dengan perbuatan: Mulai hari ini, lazimi ucapan terima kasih untuk hal-hal kecil. Ada kalanya kita lebih mudah terlepas pandang berterima kasih kepada orang yang rapat dengan kita berbanding orang asing. Kita lebih mudah terlepas pandang, berterima kasih untuk hal-hal besar yang luar biasa berbanding untuk sumbangan yang nampak kecil.
- Dengan ikhtiar/ kaedah tertentu: Belajar menghitung nikmat/ hal yang disyukuri (walau sekecil dan sebiasa apa halnya). Kira yang baik untuk tidak berkira kesusahan dan kesukaran dalam kehidupan sehari-hari. Semoga lama-lama kita hadam bahawa hal yang baik yang dikurniakan adalah tidak terkira banyaknya, dan kemudian semoga "acknowledgement" ni dapat mendamaikan hati kita untuk sabar dalam situasi tidak diingini yang sebaliknya.
- The happy jar/ the happy notes: Menulis perkara yang menggembirakan/ yang disyukuri secara ringkas di atas kertas nota yang kecil lalu digulungkan/ lipat dan masukkan ke dalam bekas/ balang. So that as hardship is inflicted upon, kita boleh melihat betapa banyaknya nikmat yang telah kita dapat sebagai motivasi sabar menghadapi sebarang kesukaran yang datang. Kadang-kadang sebenarnya kita memang tahu bahawa nikmat-nikmat ini banyak dan ada. Tapi selagi tak "nampak obvious", manusia akan cenderung untuk fokus benda semasa yang dirasakan (dalam hal ni, satu-satu ujian dan kepayahan). This jar will simply be as statement for ones 'to look back' that not everything is bad and it's not every time too (since you have been there before receiving all the nikmat you're grateful at)
- The list of the unlimited: Buat dua column dalam buku catatan. Satu adalah hal yang "disyukuri" - Senaraikan nikmat yang diperoleh setiap hari. Termasuklah hal yang diperoleh atau yang sedia ada yang disyukuri sama ada dalam bentuk materi dan hal yang bukan fizikal (perasaan-perasaan yang baik/ pencapaian dll). Satu lagi column "diperbaiki" - Senaraikan hal yang dirasakan perlu diperbaiki atau agak mendukacitakan/ yang dirasakan menguji pada hari tersebut. Boleh jadi sesuatu yang gagal diperoleh atau perasaan yang tidak baik. As you go, (in shaa Allah yakinlah) you will see banyak sebenarnya hal yang perlu disyukuri and it might serves as a clear comparison too, bahawasanya hal yang baik adalah jauh lebih banyak berbanding hal yang sebaliknya (relatively). Bukan saja dapat jadi motivasi untuk bersabar terhadap diri sendiri, juga boleh mendidik kesabaran terhadap orang lain bila hal baik dan tidak baik tu bersangkutan dengan orang lain (fam, spouse, friends).
As for me, tulis dalam buku, lebih mudah nak disimpan dan dibelek semula sebagai refleksi dan muhasabah sendiri. Tak akan sama dengan hitungan yang sebenar, tetapi melalui cuba menyenaraikan sebanyak mungkin nikmat, selain mendidik diri bersyukur, boleh menjadi motivasi sabar juga. Bersabar dengan dugaan, bersabar dengan kekurangan diri dan orang lain serta a check and balance untuk memperbaiki kekurangan tersebut.
Semoga tulisan posting kali ini menyuntik semangat untuk bersyukur. Semoga turut menyuntik semangat untuk refleksi dan koreksi kualiti syukur kepada Allah swt. Bukan untuk orang lain, lebih-lebih lagi untuk diri sendiri tengok balik di masa akan datang. I always found my previous postings selalunya sebagai pemujuk diri yang sekarang. Harapnya begitulah juga posting hari ni kepada hari-hari mendatang.
No comments:
Post a Comment