Saturday, September 14, 2013

Nilai Pasrah by Najwa Huda

Aku bukan menyerah 
Aku bukan mengalah 
Bukan aku tak nak mencuba
Dan bukan aku takut kecewa 
Aku cuma menghadapi realiti 

Jalan itu tidak asing buatku 
Tetapi kakiku seolah berat melangkah ke sana
Seperti ada yang menahan diri ini
Berdiri kaku aku melihat jalan itu terus disinari
Kerana aku sedar jalan itu tak mungkin ku jejaki

Ini soal diriku 
Biarkan aku berperang dengan jiwaku
Kerana itu kau tidak diberitahu
Dan kerana itu kau tidak pernah tahu
Kerana ini semua tentang aku

Ketentuan Illahi tak siapa yang tahu. Siapa yang akan menyangka kita bakal menjadi diri kita pada hari ini dan masa akan datang? Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seperti diriku hari ini. Siapa yang boleh menjamin bahawa kita masih bisa hidup untuk sedetik waktu lagi? Tiada siapa melainkan Allah Tuhan Yang Esa.

Jika kau rasa kau pernah dikecewakan, ingatlah yang kau jugak pernah mengecewakan tidak kira sama ada manusia ataupun Tuhan. Kau berjanji dengan-Nya itu dan ini tetapi akhirnya kau terkandas di tengah jalan. Tetapi adakah Tuhan memalingkan wajah-Nya darimu? Tidak bukan? Maka, belajarlah untuk memberi sebuah kemaafan. 

Jika kau rasa kau lah insan yang paling bahagia, ingatlah, orang lain juga turut berbahagia. Jadi tak usahlah kau hendak mencanang semua cerita. Manusia akan bosan dan menyampah apabila mendengarnya tetapi tidak buat Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Jadi, simpanlah kebaikan dan kebahagian kau hanya untuk kau dan Allah sahaja.

Jika kau rasa seolah-olah kau insan yang tak berguna lantas mengapa kau diciptakan? Adakah hanya untuk menghukumi diri atau menyesali masa silam? Kita hanya insan yang kerdil di dunia yang tak lain tak bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya. Andai kau rasa berputus asa maka fikirkan Allah nescaya kau dapat melihat segalanya.

Di saat kau buntu, siapakah yang kau cari? Di saat kau gembira siapakah yang kau fikirkan? Di saat kau berduka, siapakah yang kau harapkan? Adakah semua yang kau cari, fikirkan dan harapkan itu tampil di hadapanmu tepat pada masanya? Tidak bukan. Hanya Allah sahaja yang sentiasa ada di setiap saat di setiap detik.

Lalu apa yang kau harapkan pada hamba-Nya? Melayani kau dengan istimewa? Mengajarmu segala ilmu Illahi?
Cuba renungkan kembali mengapa Allah meletakkan kita di atas permukaan tanah dan tidak di dasar lautan ataupun di langit tinggi? Allah mahu kita berada di antara keduanya. Tidak di atas dan di tidak di bawah. 

Apa kau tahu apa itu pasrah dan tawakal? Pasrah itu bermakna kau seolah-olah meredhai segalanya dengan dicampuri keluh serta hiba dan kau malas hendak memikirkan perkara itu kembali tetapi tawakal itu lebih indah. Kau berusaha dengan sesungguhnya dan setelah itu kau bergantung kepada kuasa Allah semata. Pasrah itu seolah-olah orang yang kecewa tetapi tawakal umpama orang yang menyedari tempat letak dirinya.

Ini adalah apa yang aku rasakan tentang diriku dan kiranya kau rasa ini bisa membuka matamu maka ambillah isinya selagi mana tintaku bisa mendatangkan manfaat buatmu dan andainya kau rasa tintaku ini sekadar picisan yang tak berharga maka abaikan sahaja.

# heyy uols, this is awesome. I am into this and will like to share because I'm liking it. Credit to Najwa Huda Shahidin *did I spell it right?* Deep. Beauty. Touched. 

"ONE FINE DAY . WHAT EVER WILL BE WILL BE . ALLAH WILL LEAD YOU . FOLLOW THE FLOW AND ALLAH WON'T LET YOU ASTRAY FROM HIM" - NAJWA 

No comments: