Tuesday, July 16, 2013

STPM SEM 2

Assalamualaikum.
Selamat malam semua.



Alhamdulillah, dah sampai kepada 8 Ramadhan dah kita semua. *syukur syukur*
Semoga aku dan korang yang membaca ne, masing-masing tak membiarkan Ramadhan yang datang kalini berlalu dengan cepat tanpa kita isi waktunya dengan amal ibadah baek yang fardhu mahupun yang sunat. *smile* In shaa Allah*

Semalam aku dah dapat tahu keputusan bagi peperiksaan STPM Semester 2 yang lepas.
Allahu Rabbi... Kalau ditanya secara jujur, sungguhlah aku kecewa dan sedih dengan keputusan yang diperoleh. Bukan sahaja menurun dari segi nilai pointer tapi bilangan subjek yang gagal (tak lulus principal) pulak bertambah. Pun begitu, agak lega kerana subjek yang sangkut tersebut bukanlah subjek Bahasa Arab.

Tipu kalau aku cakap aku tough je sepanjang zaman nak hadap result neh. Ada jugak aku terfikir macam nak give-up je dek fed-up dengan diri sendiri dan dek fed-up dengan result STPM jenis modular neh. Aku betul-betul dapat feel macam masa depan aku kelam jeh. Entah dapat ke universiti dan amek degree macam org laen ataupun tak. Gaya kelam je future. mueheheh *gelakkave* 
Hmph.  *mengeluhperlahan*

Mari optimis. Rezeki itu kerja Allah. Diberi sesuai dgn usaha dan tawakal. La tahzan kalau result STPM Sem II hampeh mcm aku. Muhasabah jom *sengih lebar* ·^^· - AKU

Tapi...
Takkan lah aku betul-betul akan berhenti dari perjuangan ne.
Tak mungkin putus asa. Sebab tahu hakikat gagal kali ini besar kemungkinan kerana silap sendiri.
Tentulah aku yang khilaf di mana-mana.
Barangkali kurang usaha, mungkin sambil lewa berdoa atau kurang kebergantungan pada NYA.
culas. Mungkin jugak sbb culas dlm menjaga hubungan sesama manusia.
Kerana hubungan aku dn dia? *berfikirjaaaaauh*
Keputusan ini tentulah ketentuan Allah. 
Hakikat yang perlu ditelan buat panduan.
Umi dgn abah tak bagi aku putus asa. Mereka soh aku baiki kekurangan dan buat penambahbaikan.
Tepuk dada tanya iman. Instead of ak give up, better buat perubahan.

La taisu min rowhillah~ jgnlah kamu berputus asa dgn Rahmat Allah^^

sgguh, Rahmat Allah itu amat luas, sgguh. kasih syg Allah tidak bertebing♥ - RASYIDAH LIYANA