Thursday, January 17, 2013

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum wbt.
*Bismillahirrahmniarrahim*

Salam Jumaat aku ucapkan, semoga kita semua tidak tercicir untuk sama-sama peroleh rahmatNYA dalam mengharung hari barakah ini seharian,

Sekarang tengah Solat Jumaat. Sementara menunggu owner laptop ini siapkan homework beliau maka, aku ambil kesempatan untuk berblogging kejap.

BTW, aku sedih :-\ sebab facebook tak dapat bukak.

err... mode 'dear diary' ON.

Dear blog. 
minggu nih aku rasa masa aku macam tak pernah cukup 24 jam. perhhhh... memang tersangat packed jadual dan rutin aku! tak lama lagi, dalam pukul 3:30 petang aku dah nak kena siap-siap untuk attend mukhayyam nuqaba' selama 3 hari pulak. keceriaan dorm pon tak siap lagi; progress lembab jeh. home work memang belambak lah.... toksah cerita. setiap subjek ade buah tangan untuk bawak balik asrama hujung minggu ne. assignment aka kajian lapangan akuh, apa pun tak sentuh lagi :-\ aku cuba progress tapi rasa nya memang slow tahap siput sedut -..-" dah pulakkkk tuh, aku nak kena siapkan kerja-kerja sebagai S/U dalam unit beruniform koko. serius, kabut doe. *mengaduuuu*

Dear blog..
masalah jiwaraga aku rasanya dah hampir menuju ke arah kejayaan. resolusi kalini nampak macam berpotensi gila nak selesaikan masalah aku. In shaa Allah, nak jadi kawan semata-mata tanpa rasa janggal dan tanpa fe-feelings bagai tuu tak mustahil langsung (setakat ne lahh) Cuma... walawehhh... time aku dengan dia dah makin nak okay. ustaz pulak yang KO dengan aku. Aku dah biasa, dalam kelas Bahasa Arab selalu sangat kena tembak berdas-das dengan ustaz. kemain lagi ustaz qias and perli segala. aku tak expect ustaz tahu apa-apa. Bagi aku ustaz cuma main tembak dan tembaknya mengena. tu jeh. Tapi yang tak disangka-sangakanya...... boleh pulak time dalam kelas semalam, dalam ustaz menyakat dan menembak aku dengan kiasan-kiasan beliau yang laser tuh, beliau mention sekali nama dia. ERRRRRR........... krik~ krik ~ krik~ tak tipu doe. mula-mula mati idea kejap nak bagi respon ape atas lawak kasar ustaz tuh. nak bantai gelak, macam tak sesuai. Diam kang orang kata aku setuju pulak. adoihhhh... terasa macam kena hempap batu besar je time tu. Dua kali ustaz mention nama dia dalam kelas aku, selam dua kali tu, aku hanya merespon sekadarnya je.
Ustaz... apakah anda mempunyai kuasa psikik atau........ hmmm, lantaklah. malas nak teka macam mana dengan konpiden dan jayanya ustaz boleh tembak aku tepat ke dada. memang lahhh feeling aku dah hampir nak neutral. tapi beragak lahhh sikit ustaz... aku hard feeling kang.. hahahaha TETTTT >< 

No comments: