Sunday, December 9, 2012

TARBIAH


Tarbiah di sekolah,
oleh naqib naqibah dan badan dakwah.

Tarbiah di rumah,
oleh umi abah dan mak ayah.

Tarbiah dengan bi'ah,
oleh kawan dan pengalaman.

Boleh juga ditarbiah,
dengan tazkirah, ceramah dan kuliah,
juga digerakkan melalui majalah dan bahan ilmiah.

Tarbiah ajar erti hijrah,
hari yang kelam pastikan cerah,
tarbiah adalah uslub dakwah

Indahnya hidup ditarbiah
Mengenang dosa; hati jadi resah
Mendapat tenang kerana ingatkan Allah.

Yang mana terputus tali kebergantungan hati padaNYA, Ilahi
melalui tarbiah, disambungkan kembali
Agar hati dan rohani yang sakit, terawat tak mati.

Tarbiah tetap hidup walau waktu berhenti,
Tarbiah perlu diimarahkan sehari-hari
unttuk diraih redha ya Rabbi
buat diri dan demi ukhrawi.

tengah-tengah malam ni tiba-tiba rasa nak berpuitis pulak dah. = =' kononnya lah,
walhal tak puitis langsung. aku tahuu tu. Tapi aku harap mesej dalam nukilan aku ni sampailah hendaknya
buat aku sendiri dan mereka yang membaca; In shaa Allah. Tarbiah itu penting. noted.
Aku cakap based on experience *taktipu* (:

[notakaki] nukilan ne inspired by Contengan Jalanan (I-Fend) oleh Hlovate sebenarnya. Right now tengah otw membaca kisah kedua - Ksquare pulak. 

ASSALAMUALAIKUM
love you guys in the name of Islam.
Morning! *and still so hungry act.*



No comments: