Monday, April 8, 2024

Terlalu Sedikit Syukur

 Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wbt.

In shaa Allah. esok raya. Atau kalau tidak esokpun; lusa. 

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kerana berkesempatan menyempurnakan (hampir; as I am typing atm) Ramadan tahun ini. Semoga disampaikan sekali lagi pada Ramadan akan datang, aamiin. 

One of the biggest value I learned this Ramadan; I think it really is about the value of syukur. Tempoh haripun baru je menaip satu posting panjang tentang syukur. And here I am again, obviously talking about the same topic. 

I did one of the method yang I shared before. I jot down things that I am grateful at, commonly happy and good things that happened for the day. Bila ada masa, I likely go to details and write as much as I could reflect upon. Though as time goes, when I am in a bit rush... aku lebih kepada menulis only especially particular, big, and impactful things happened to me; thus leaving some details out (eg: thanking Allah for my eyesight, for my kudrat etc). Regardless, alhamdulillah and in shaa Allah, jotting it down memang sangat membantu dalam mendidik bukan sahaja rasa syukur bahkan, untuk rasa sabar. From my notes/list alone boleh nampak- banyaknya yang Allah bagi berbanding yang Allah tarik atau tak bagi. Tu tak termasuk details yang tertinggal. yang kadang-kadang tak menyempat nak ditulis. 


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٨

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

 

No wonder la ek sampai 31 kali diulang cuplikan ayat al Quran atas tu. Kita orang tanya dua-tiga kali boleh jemu dah. Allah bertanyakan kepada kita sampai berkali ganda, probably to emphasis betapa senangnya kita terlepas pandang nikmat Allah swt ke atas kita di dunia ini. As mentioned in my previous posting Mendidik Syukur. bahawa yang bersyukur ini sedikit berbanding ramai, yang lalu dipanggil sebagai golongan yang sedikit. (Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit; Allahumma aamiin). 

Ada dua keadaan hari ini, yang back to back membawa aku kembali kepada refleksi syukur hari ini. 

Yang pertama video di instagram, slot podcast (agaknya) antara Noreen dan speaker Izzhar Nazri tentang 'kenapa doa tak dimakbulkan'. Dalam banyak-banyak point, satu yang menarik perhatian adalah ayat speaker bahawa "kita sedang hidup dalam doa kita". Bukan pertama kali dengar, sebab pernah diberitahu hal sama oleh pensyarah ketika belajar dulu "we are living in our prayers. Kehidupan hari ini adalah alhasil doa semalam." - and reflecting upon this statement... isn't this the more reason patut bersyukur; or in another way at least untuk tak terlalu fokus pada masalah sehari-sehari. we prayed each day, and the prayers are being granted on every next day; tapi yang lebih selalu dibuat, balik-balik hanya nampak ujian berbanding pemberian. I am saying this to myself for it is common to highlight daily probs than daily delight (lol I made up the term). 

Kalau masih terasa hari ini sebagai satu beban, sedangkan sebenarnya hari ini adalah dari doa kita semalam yang diperkenankan Tuhan, lalu di mana syukurnya? Kita akan sampai ke kesimpulan yang, ohh masih lacking lagi syukur kalau yang lebih terang/jelas di mata adalah ujian dan kepayahan. 

Yang kedua, live di tiktok. as I randomly scrolling my fyp... I paused at this one live streamer kelainan upaya a bedridden spinalcord injured male; Mat Jeni . I clicked and just rasa nak give it a view. Then I decided to give it a listen after I clicked on the profile. (Clicking, macam buat background check gitu. yekeni orang ni macamni sekian-sekian.) so I stayed on Mat Jeni's live. for a really brief few minutes I hear to his insights replying to comments etc. dari komen di live beliau, I was brought to another OKU user profile (Kak Normah) and I somehow got to watch a clip of her reading al Mulk despite her incapability to talk normally, despite the stutter. 

Less than 10 minutes je rasanya overall. I left after I wish him selamat hari raya. and afterwards, apa yang tinggal dengan aku (lepas aku tinggalkan live beliau) adalah rasa terpukul yang teramat sangat. Y Allah, besarnya nikmat ada tulang empat kerat, besarnya nikmat boleh berjalan, besarnya nikmat boleh meliang-liuk tangan dan menari-nari jari menaip ni. I jot down stuffs so I don't overlook expressing my syukur, but still rupanya 'begitu sedikit syukur aku'; that is one thing yang hits me on the spot. Sikit, masih. sebab nikmat yang Allah bagi tu banyak sangat. Nikmat yang Allah bagi kan tak terkira. 

we are so used to "common" "basic" and "bare minimum" "ordinary" terms thingy sampai benda-benda yang dianggap sedemikian tidak membuat kita teruja dengan nikmat Allah swt. Extraordinary sahaja yang extra. one of the viewer at Mat's live commented, "Kuat Mat, Allah sayang." (optimistically I believe as as consolation words gitu) and he responded saying thank you and "Allah sayang kita semua". I was like, YE DOH, IT IS INDEED... bukan Allah cuma sayang yang Allah uji sahaja. that we later use it as part of our figure of speech, Allah sayang semua. dan kita tu, baik normal ke tak ke, susah ke senang ke, semuanya sedang hidup dalam dan atas rahmat kasih sayang Allah swt. Dang! terpukul lah, dan bersyukur untuk rasa tersebut. Semoga istiqamah Jah. 

end of reflection.

p.s. I am still at office right now. sitting at the office sambil mengenang budi baik orang kepada aku, yang telah berlaku di ruang pejabat ini, sepanjang Ramadan kali ini (dan dari sebelum-sebelumnya juga). Tak tertunjuk sebenarnya dan lebih-lebih lagi tak cukup nak membalas hal-hal yang baik yang orang beri pada aku. "Terima kasih kakak-kakak ofis, pegawai-pegawai, team kita... yang banyaknya, tak lokek berkongsi. Ada hari dapat kuih-muih, ada hari dapat pelanggan membeli biskut raya yang kita jual, ada hari orang belanja itu ini, ada hari orang bagi lauk pauk, ada yang bagi kuih raya, pin tudung raya; duit rayapun ada. Alhamdulillah, Terima kasih atas layanan yang timbang rasa, yang menegur, yang ajak borak (sebab kitonyo kan canggung), dan yang mendoakan kebaikan, Selagi teringat, selagi hayat... in shaa Allah, saya selalu doakan semoga kebaikan yang lebih baik dikembalikan kepada akak abang, bos-bos semua." Sedikit sebanyak yang diberi, besar maknanya. Selamat Hari Raya semuanya, 

ok bai. 

Sunday, March 24, 2024

Mendidik Syukur

Assalamualaikum wbt.

Bagaimana hendak mendidik syukur? 

Aku merasakan soalan ini relevan untuk ditanya-tanyakan selalu. 

Persoalan ini memang sering sangat berlegar dalam kepala. 

Walaupun begitu familiar dengan istilah syukur, tapi syukur juga tak mudah. Saying this for myself; because knowing me, I don't think I do enough justice in expressing my syukur.  

Tambah-tambah lagi bila, kebiasaan syukur itu cuma terlihat pada hal-hal besar sahaja. In all honesty, kalaulah boleh sampai 'feel' syukur dihidupkan setiap pagi itu menjadi setaraf perasaannya ketika telah sembuh dari penyakit kronik... then that is the real menjiwai syukur. bukankah itu makna menjiwai syukur yang sebenarnya? Am I there yet? Jadinya, tak puas. Tak puas kerana mengetahui hal syukur ini boleh ditambah baik kualitinya untuk lebih dirasai di dalam hati. Syukur tu ada, bukan tak ada. Cumanya masih select, sejujurnya. And that needs to be fixed while I am in my sane mind. 

Antara pesanan dari radio IKIM yang aku pernah dengar sekali dulu, penyampainya (kemungkinan besar ialah ustaz/ penceramah/ panel jemputan) berkongsi agar setiap kali berdoa; diselitkan potongan doa "semoga Allah memasukkan kita/kami/aku ke dalam golongan yang sedikit" yakni golongan yang bersyukur. With this alone, my lasting thought since then is- "oh betapa sikitnya ya mereka yang mensyukuri nikmat. Betapa rupa-rupanya begitu sukar untuk bersyukur." Dia macam a hard slap gitu. 

Aku lupa konteksnya. But as my reading go, barangkali tentang kisah perbualan antara seorang pemuda dengan Saidina Umar Al Khattab RA di zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khattab RA yang akhirnya membawa kepada rujukan firman Allah swt ini. 

Al A'raf : 10

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur."


Dan baru-baru ini pula, aku ada terbaca satu perkongsian posting di facebook tentang cara/adab berdoa dengan cara memulakan doa dengan memanjatkan syukur kepada Allah swt. Sebenarnya dalam template doa bahasa arab yang selalu dipimpin, lafaz syukur "hamdalah" memang dah sedia ada. Bersama-sama dengan lafaz membesarkan Tuhan, selawat dan istighfar juga (adab berdoa). Agaknya itulah yang dimaksudkan. Tapi sejujurnya bila doa bersendiri dan bersifat peribadi dalam bahasa ibunda, aku sendiri baru nak membiasakan; memanjat syukur yang sebenarnya, sebelum meluah hasrat yang maha-panjang-nya juga dengan sepenuh jiwa. 

Ibrahim : 7

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

On its severity level; untuk memanjatkan syukur seperti terdesak dan hendaknya memanjatkan hasrat keinginan dalam doa yang dipohon. 

Why do I need this syukur (dengan jiwa yang sebenar-benarnya)? 
Sebab betapa syukur ini pada pandangan aku, boleh menjadi motivasi terkuat (dan sebagai insan yang lemah, aku sangatlah memerlukan motivasi) dalam hidup ini. It works on me, at least. As to limit my impatience self. Like, "hey patutlah pentingnya bersyukur. It's not for nothing. It's a life component, probably much needed by many."
Sebab dengan syukur ini juga, dapat menjadi elemen "baik pulih" dalam hubungan sesama manusia, lebih-lebih lagi bersama orang terdekat, orang sekeliling; mak ayah, suami isteri, kaum kerabat dll.
Kalau tidak bersyukur, akan sukar merasa qanaah (cukup)
Kalau tidak bersyukur, akan menjadi riak dan kufur nikmat. 
dan banyak lagi penyakit hati yang sedikit demi sedikit memakan diri dan orang lain. Na'udzubillahi min dzalik.

Penyakit hati membawa kepada buruk perangai. Buruk perangai akan menjejaskan hubungan kekeluargaan dan rumah tangga, akhlak yang buruk dicontohi pasangan dan tanggungan (anak-anak) dan seterusnya seterusnya semakin besar implikasi dari satu-satu hal yang (sengaja atau tidak sengaja) telah terlepas pandang. 

Bagaimana mendidik syukur? 
Finally back to this first question. (kerana kita hanya orang biasa-biasa, bukan alim warak yang lebih mudah menjiwai setelah maknanya difahami). 
  1. Dengan niat: Niatkan untuk mendidik rasa syukur. Niat tu rasa kita sendiri. 
  2. Dengan ilmu: lahirkan rasa minat untuk belajar tentang rasa syukur, belajar mengenal Tuhan yang Maha Pengasih, Yang Maha Memberi Rezeki, Allah swt yang Maha Segala supaya tahu setiap yang dapat dan yang tidak dapat; setiap satupun termasuk dalam ketetapan-Nya. Ilmu ini jalannya banyak. Dari pembacaan panjang lebar begini, dari kuliah-kuliah dan kelas agama, atau setidak-tidaknya, bermula dari reels dan video pendek juga boleh. Dduniakan di hujung jari; dan kita tinggal memilih, dunia macam mana yang kita mahu. 
  3. Dengan doa: Kena minta pada Allah swt supaya dihadirkan rasa syukur yang sebenar dalam hati. Benda tak mudah, kepada Tuhanlah kita meminta sebab Allah swt pemilik hati ini. Minta supaya dimasukkan dalam golongan yang sedikit, dan seperti yang disebutkan sebelum ini, boleh juga mula gunakan cara berdoa yang baru; untuk menyatakan syukur terlebih dahulu tentang satu-satu perkara sebelum berdoa/ meminta sesuatu hasrat tentangnya. Ikut pemahaman aku (yang supaya boleh dipraktikkan) contohnya...
    • [Syukur] Ya Allah, alhamdulillah untuk kesihatan yang baik hari ini, dapat melihat, bergerak dan melakukan urusan sehari-hari [Hasrat] Allahumma, kekalkan kesihatan yang baik ini, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan jadikan aku boleh beribadah dengannya (kesihatan yang baik)
    • [S] Ya Allah, alhamdulillah kerana anak-anak masih ada dengan aku dan anak-anak sihat, [H] Allahumma, kurniakan kesihatan dan kebaikan kepada anak-anakku, jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah
    • [S] Ya Allah, alhamdulillah masih diberi rezeki kerja yang baik dan pendapatan yang halal, [H] Allahumma, berkatilah kerja yang dilakukan dan limpahkanlah darinya rezeki yang berkat. Luaskanlah rezeki kami.
    • Ya Allah, alhamdulillah untuk kedua orang tua yang masih ada bersama, [H] Allahumma, berkati usia kedua orang tuaku, selamatkan mereka dari azab api nerakamu dan jadikanlah aku anak yang soleh/solehah kepada keduanya.
    • Dan seterus-seterusnya; dengan doa yang sesuai. I mean, this is how I comprehend to the statement  anjuran syukur sebelum meminta/memohon hasrat dalam adab berdoa. And of course, I don't mean one has to list out everything too (kerana had kesuntukan masa dsb), but instead, cukuplah disesuaikan dan selari dengan hasrat yang biasa dipohon. thus to pair them up dengan menyatakan syukur yang sepadan. 'Acknowledge before we pledge'. Kita minta diluaskan rezeki... apa tidak cukup rezeki yang telah diberi? apa tidak disyukuri? Betul, Allah al 'Alim, hua wasi'un 'alim (Maha Luas Pengetahuan-NYA), tak perlu cakappun Tuhan tahu. But I don't see the harm in making it known too, in our dua. Sedangkan tambahan elemen syukur juga adalah kerana firman-NYA yang menyuruh kita bersyukur lebih-lebih lagi. 
  4. Dengan paksa (sampai biasa): amalkan untuk menyebut alhamdulillah untuk setiap yang menggembirakan/ hal yang baik walaupun kecil. Paksa dulu sampai biasa. Trivial things pun "alhamdulillah"; atau pada setiap selesai sesuatu urusan... ucapkan alhamdulillah. At least pada ucapan kita, kita cuba adil pada hal kecil dan besar untuk sama disyukuri sehinggalah betul-betul dijiwai hati.
  5. Dengan perbuatan: Mulai hari ini, lazimi ucapan terima kasih untuk hal-hal kecil. Ada kalanya kita lebih mudah terlepas pandang berterima kasih kepada orang yang rapat dengan kita berbanding orang asing. Kita lebih mudah terlepas pandang, berterima kasih untuk hal-hal besar yang luar biasa berbanding untuk sumbangan yang nampak kecil. 
  6. Dengan ikhtiar/ kaedah tertentu: Belajar menghitung nikmat/ hal yang disyukuri (walau sekecil dan sebiasa apa halnya). Kira yang baik untuk tidak berkira kesusahan dan kesukaran dalam kehidupan sehari-hari. Semoga lama-lama kita hadam bahawa hal yang baik yang dikurniakan adalah tidak terkira banyaknya, dan kemudian semoga "acknowledgement" ni dapat mendamaikan hati kita untuk sabar dalam situasi tidak diingini yang sebaliknya. 
    • The happy jar/ the happy notes: Menulis perkara yang menggembirakan/ yang disyukuri secara ringkas di atas kertas nota yang kecil lalu digulungkan/ lipat dan masukkan ke dalam bekas/ balang. So that as hardship is inflicted upon, kita boleh melihat betapa banyaknya nikmat yang telah kita dapat sebagai motivasi sabar menghadapi sebarang kesukaran yang datang. Kadang-kadang sebenarnya kita memang tahu bahawa nikmat-nikmat ini banyak dan ada. Tapi selagi tak "nampak obvious", manusia akan cenderung untuk fokus benda semasa yang dirasakan (dalam hal ni, satu-satu ujian dan kepayahan). This jar will simply be as statement for ones 'to look back' that not everything is bad and it's not every time too (since you have been there before receiving all the nikmat you're grateful at)
    • The list of the unlimited: Buat dua column dalam buku catatan. Satu adalah hal yang "disyukuri" - Senaraikan nikmat yang diperoleh setiap hari. Termasuklah hal yang diperoleh atau yang sedia ada yang disyukuri sama ada dalam bentuk materi dan hal yang bukan fizikal (perasaan-perasaan yang baik/ pencapaian dll). Satu lagi column "diperbaiki" - Senaraikan hal yang dirasakan perlu diperbaiki atau agak mendukacitakan/ yang dirasakan menguji pada hari tersebut. Boleh jadi sesuatu yang gagal diperoleh atau perasaan yang tidak baik. As you go, (in shaa Allah yakinlah) you will see banyak sebenarnya hal yang perlu disyukuri and it might serves as a clear comparison too, bahawasanya hal yang baik adalah jauh lebih banyak berbanding hal yang sebaliknya (relatively). Bukan saja dapat jadi motivasi untuk bersabar terhadap diri sendiri, juga boleh mendidik kesabaran terhadap orang lain bila hal baik dan tidak baik tu bersangkutan dengan orang lain (fam, spouse, friends). 


    • As for me, tulis dalam buku, lebih mudah nak disimpan dan dibelek semula sebagai refleksi dan muhasabah sendiri. Tak akan sama dengan hitungan yang sebenar, tetapi melalui cuba menyenaraikan sebanyak mungkin nikmat, selain mendidik diri bersyukur, boleh menjadi motivasi sabar juga. Bersabar dengan dugaan, bersabar dengan kekurangan diri dan orang lain serta a check and balance untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

Hadis Riwayat Imam At Tirmizi (Jami’ al-Tirmizi, No: 2512)

“Daripada ‘Amar bin Shu’aib daripada datuknya ‘Abdullah bin ‘Amar katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w: “Dua perkara sesiapa yang memilikinya Allah s.w.t. menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan orang yang bersabar. Sesiapa yang tidak memilikinya Allah tidak akan menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan orang yang bersabar. Orang yang melihat (mengukur) dalam urusan agamanya kepada orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia mengikutinya dan sesiapa yang melihat (mengukur) dunianya kepada orang yang lebih rendah daripadanya lalu dia memuji Allah kerana limpahan Allah s.w.t. untuknya maka Allah menulisnya sebagai orang yang bersyukur lagi sabar. (Sebaliknya) Sesiapa yang melihat dalam urusan agamanya kepada orang yang lebih rendah daripadanya dan melihat dalam urusan dunianya kepada orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia berdukacita kerana tidak memperolehinya maka Allah s.w.t. tidak akan menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan bersabar”. 

Syukur dan sabar adalah dua sifat yang disukai Allah swt. Dalam terjemahan hadis di atas juga diberitahu bagaimana meletakkan tempat sabar dan syukur. Dalam urusan agama, caranya untuk selalu melihat kepada orang yang lebih tinggi (berkelebihan) agamanya lalu dicontohi. Manakala dalam urusan keduniaan perlu sentiasa melihat kepada orang yang lebih rendah (kekurangan) berbanding diri sendiri lalu merasakan  syukur atas kelebihan yang diberikan berbanding orang lain. Cara ini sekaligus mendidik sabar terhadap kekurangan (urusan dunia) diri sendiri kerana tidak melihat (mengukur) kepada mereka yang lebih tinggi (berkelebihan) urusan dunianya; yakni yang bersifat materi dsb.


Semoga tulisan posting kali ini menyuntik semangat untuk bersyukur. Semoga turut menyuntik semangat untuk refleksi dan koreksi kualiti syukur kepada Allah swt. Bukan untuk orang lain, lebih-lebih lagi untuk diri sendiri tengok balik di masa akan datang. I always found my previous postings selalunya sebagai pemujuk diri yang sekarang. Harapnya begitulah juga posting hari ni kepada hari-hari mendatang. 

Sekian. 

Panjang betul. 

Assalamualaikum. 

Masakan Makjah: Ayam Masak Lemak Cili Padi (dengan Cendawan Hitam)

 Assalamualaikum wbt semua 

(walaupun taktahu jika masih ada pembaca atau tak sekarang ni)

Salam Ramadan diucapkan; semoga kita semua diberi kemudahan dalam memenuhi tuntutan ibadah berpuasa dan lebih-lebih lagi dalam menjalani Ramadan seluruhnya. 

Harini aku nak kongsikan resipi lauk yang sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Aku first time cuba buat pada 1 Ramadan tempoh hari secara kebetulan, diilhamkan dari cadangan seorang kawan. Katan Wafa (kawan tu lah); "serai cili kunyit je" bahannya. Disebabkan tak ada kekangan bahan dan ringkas benor bahan tu, akupun setuju. 

So, here is the recipe Ayam Masak Lemak Cili Padi versi Negeri Sembilan (tanpa tumisan bawang tiga beradik) yang diolah dengan bahan-bahan yang aku ada dan cara masak yang mungkin berbeza. 

Bahan-bahan

  • Ayam potongan sederhana (campur bahagian)
  • Serai 3 batang (serai yang ada jenis halus-halus. so letak lebih sikit)
  • Daun Kunyit 1 lembar
  • Serbuk Kunyit approx. 2 sudu besar (digaul pada ayam)
  • Cili padi (ikut selera)
  • Cili Merah 3-4 batang juga (sebab taknak pedas sangat, so lebihkan cili merah)
  • Air (ikut kesesuaian)
  • Santan separuh kotak kecil (aku guna KARA kotak je)
  • Cendawan/ Kulat hitam
  • Garam secukup rasa
  • Kentang 1 biji hat beso
                            
Contoh penyediaan hidangan: Tambah telur masin dan salad, memang kena sangat!


Cara-cara penyediaan masakan
  1. Kentang dibuang kulit dan dibilas bersih untuk direbus terlebih dahulu. sebab kentang lambat lembut dan aku berkejar waktu berbuka. heheh
  2. Cendawan/ kulat hitam yang besar, aku guna dalam dua je gitu, rendam dan rebuskan juga dulu supaya kembang dan lembut. akan digunting untuk kecil-kecilkan sikit.
  3. Cili padi dan ciri merah dikisar separa halus. Tambah air sikit supaya senang hancur.
  4. Ayam dipotong dan dibilas bersih. Lepastu gaulkan dengan serbuk kunyit. Aku letak agak banyak dari biasa biar berlebih nak bagi kuning kuah dan naik rasa kunyit (sebab aku tak ada stok kunyit hidup)
  5. Panaskan kuali, letak air sikit. Aku letak sesenduk gitu (sebab ghiso ayam melekat. kuali kita bukan non-stick). Maukkan ayam yang dah digaul serbuk kunyit. Biarkan ayam tu separa masak; nampak kecut sikit. 
  6. Selepas seketika, masukkan serai yang dah diketuk. 
  7. Letak campuran cili padi dan cili merah, stir well dan kalini masakkan ayam dengan cili dan serai biar sampai naik bau sikit. 
  8. Masukkan air, sukatan aku dalam 3-4 cawan mug. dan lepastu perasakan dengan garam. Gaul sebati. 
  9. Masukkan santan dan gaul sebati. Pastikan kuah mula kelihatan kekuning-kuningan. Kena godek-gaul selalu supaya sebati.
  10. Masukkan potongan kentang, tunggu sampai menggelegak. 
  11. masukkan cendawan/kulat hitam pulak.. 
  12. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris. 
  13. Biar masak sikit lagi. Sampai naik bau dan nampak cantik warna kuningnya. Masani pakai api kecil. biarkan dia mereneh je. 
  14. Done and hidangkan. 
p.s. Edit: Untuk part cendawan/kulat hitam tu, sebenarnya tak mencapai betul-betul tekstur yang aku nak. Tak cukup kembang dan kembut rasanya sebab still ada rasa "crunchy" bila mengunyah tu. Kena revised cara penyediaan, sebab aku guna cendawan kering. Ada baca yang perlu rendam dalam air untuk 1-2 jam sebelum penyediaan untuk lembutkan. But anyway, dari segi rasa memang marvelous, suami la bagitahu. Dia suka!

Wednesday, January 31, 2024

Masakan Makjah: Spaghetti Aglio Olio

 Assalamualaikum wbt. Hai selamat pagi!

Been so long since the last entri on #masakanmakjah. And finally, feel like posting one again. Semenjak jadi isteri orang, memang lagi banyak memasak. Aku ambil gambar tidap-tiap kali menjadi juadahnya. Cumanya bila nak taip balik resipi, aku jadi lupa bila dah berselang hari tu lama sangat. tu lah payahnya bila resipi ikut suka hati main campak-campak kan. 

Ada hari jadi, ada hari terkurang juga itu-ini. The key is (bagi aku lah), sebelum and masa memask tu, bismillah and selawat banyak-banyak. Memasakpun kena dalam keadaan yang gembira, mood tengah okay. In shaa Allah; all combined memang vavavoom rasanya *chefkiss.

Okaylah. Lets - Bahan-bahannya:

  • Spaghetti (1/2 bungkus; makan dua orang)
  • Daging cincang Ramly (1/2 bungkus)
  • Bawang putih: 5-6 ulas (diketuk) 
  • Cili padi: 3 biji (sebab taknak pedas sangat)
  • Daun kari: 3 tangkai
  • Garam
  • Serbuk Parsley Mccormick
  • Italian Herbs Meriah 
  • Tauge hijau/ pea sprout: sengenggam
  • Slice cheese (2 slices)


Cara memasak: 
  1. Spaghetti nak kena rebus dulu. Masak air dulu dalam pot (aku masak guna rice cooker je). Letak minyak masak sikit siap-siap. Aku letak garam, serbuk parsley dan serbuk campuran Italian herbs juga dalam air tu.  Air dah menggelegak, baru aku masukkan spaghetti, rebus sampai dah rasa lembut. 
  2. Sambil tunggu spaghetti lembut, masukkan minyak dalam kuali. Tak banyak sangat, tapi jangan sikit sangat (probably 1 senduk kott memadai). sebelum minyak terlalu panas, masukkan bawang putih. jangan bagi hangit bawang putih ni. 
  3. Masukkan daging hancur sampai masak dan sebati dengan bawang putih tadi.
  4. Masukkan potongan cili kecil dan daun kari
  5. Masukkan garam , gaul semula sebatikan rasa. Garam tu jangan masuk sikit sangat; secubit dua. Agak-agak dalam < 1 sudu teh gitu. (aku tak ukur sangat)
  6. Spaghetti yang dah masak, toskan sebelum masukkan dalam kuali. 
  7. Masukkan spaghetti, lepastu terus masukkan tauge hijau. Letak sekali serbuk parsley dan italian herbs sebelum gaul balikkan spaghetti yang baru letak tadi dalam minyak bawang putih (dan bahan-bahan lain).
  8. Agak-agak spaghetti tengah panas sekata dalam kuali, masukkan cheese slice yang diracik-racik. sebelum digaul balik.
  9. Boleh hidang dah. aku tambah lagi serbuk parsley and italian herbs sikit untuk plating.  
Untuk Aglio Olio, key rasa dia dekat bawang putih dan garam. bawang putih kena masak, tapi tak sama macam tumis biasa. kita masukkan bawang putih dari sebelum minyak betul-betul panas lagi sampailah dah minyak dah panas. kedua, garam kena ngam-ngam rasa. Terkurang, memang tak naik rasa. Terlebih, akan masin jadinya. Aku masukkan cheese slice untuk naikkan lemak sikit, and to counter kalau extra masin sangat (aku pernah juga letak santan in another recipe). Kalau nak pedas lagi, letak lebih sikit cili kecil tu. Suami aku kata sedap. Tu yang aku up juga dekat sini as an entri. 

p.s. mini burger tu buat hiasan gambar saja. Aku beli dekat office. Bun, with bijan on top. isi dia, nugget, salad, sos cheese dan mayonaise. 

kbai. ciao.


Thursday, January 25, 2024

Tin Kosong; Killing the Time

 Assalamualaikum wbt

Feeling a bit numb as of the moment. Rasa macam tak best, tapi taktahu apa yang tak best yang duk rasa ni. Tak ada puncapun. Sebab biologipun bukan juga; tak kena waktunya. 

Nak menulis, pun taktahu apa nak ditulis. Maka.. sekadar menaip melekakan kepala dari perasaan hambar yang datang mengacau, agaknya.

So many things are happening dalam tempoh berbulan sejak posting sebelum ini. Banyak benda dah ditempuh, banyak isu baru yang turut memberi kesan serta banyak juga perubahan dari macam-macam aspek kehidupan.

Dalam masa yang sama, lama dah juga berangan nak buat satu entri tentang nikah dan walimah yang berlangsung Ogos tahun lalu; tapi tak pernah betul-betul bersedia nak meaip lagi (dek nak diletak gambar banyak bukan main, itulah yang tak pernah ada tu).