Thursday, April 4, 2019

Midsem Break Trip Sesi A161 [Throwback]

[Disclaimer] Ini entry yang dah lama ditaip (tapi tak publish tak ingat pulak pasal apa). Aku dapati masih dalam label "draft". Tak pasti dah habis cerita semua ke tidak ni. I will post it as it is. So lets throwback, apa adanya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Salam November gaiss…

Sekejap masa berlalu, November sudah! Dan sebulan dua je lagi yang berbaki nak menjejak tahun baru 2017.

Bertambah lagi angka umur; walaupun tak rasmi, terasa jugak ketua-dewasaannya. Heh.
Sedang menaip ni time dalam flight balik ke Kajang. Dari AOR ke KUL, sejam je. Acah-acah curi masa lah gitu. First time naik flight malam. Selama sebelum-sebelum ni, balik mesti waktu siang. Saja nak mencuba. Kononnya nak menengok bintang-bintang. Ahahahah.
Takde sebutirpun yang nampak dari tadi. Langit kelam je kalau ditengok ke luar tingkap. Tapi okay jugaklah, sebab boleh nampak apa yang ada di bawah pun, lebih kurang mcm bintang-bintang jugak dari atas. Just nice. Even cuma sepuluh minit awal masa depart tadi je.

Selain dari ini kali pertama naik flight waktu malam. Rasanya ini jugak kali pertama aku naik flight yang ramai penumpang baby. Sejak depart tadi, berselang-selang bunyi rengek budak dalam ni. Kelakar pun ada. Rasa meriah.

Dalam entri kalini nak berkongsi cerita aku lambat balik bercuti. Adalah dalam tiga, empat hari lebih lambat dari orang lain. Dalam beberapa hari tu, dapatlah sehari aku keluar berjalan seperti yang dah lama aku impikan sepanjang semester ni. 

"Terima kasih Atiq, drive kami ke tempat tuh. Kalau tak kerana Atiq je satu-satunya insan yang boleh drive, maka tak akan tersampailah kitorang berlima sampai bilapun. Muaahhh ked."

Nama tempat tu Batu Hampar - Air Terjun Batu Hampar. Sesuai dengan namanya, memang sungai dekat situ baaaanyak sangat batu-batunya. memang setiap kali kau pijak dan menapak dalam tu, seolah-olah kau buat refleksologi. ahahahahah. Serius. Tapi air dia best, jernih,  sejuk je. And disebabkan sekarang tengah musim hujan, maybe sebabtu arus dia boleh tahan deras jugaklah. Tempat ni memang hambar. Tak ada sape pun pagi yang kitorang sampai tu. Ada kitorang je. Tapi mungkin jugak sebab kitorang datang awal sangat agaknya, hujan pulak tu pagi tu. 

Percaya ke tidak, arus dekat tempat aku dengan Atiq berdiri tu deras sangat. Rasa macam ada beberapa kali cubaan kaki nak kena tarik ke depan sekali, mengikut arus. Percayalah korang, tengok buih-buih air dalam gambar tu pun rasanya boleh agak yang statement aku tak dibuat-buat.

Nampak macam membahayakan betul gambar ni. Lagi-lagi kalau tengok pada tempat Daus duduk tu. BTW, susah jugak nak menapak ke atas ni. Aku memang fail bab-bab nak explore sungai, mujur jugak sampai. Gambar ni Wina yang ambilkan; memandangkan dia taknak berbasah-basah. 


Cantik, kan? Aku jadi suka tengok gambar yang aku ambil ni. Walaupun tak semenggah mana, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan pandangan mata yang sebenar tapi nampak cantik gak lah sikit. Mungkin berkat IPod Daus jugak. Dalam gambar ni pun boleh tahu yang arus ni mengalir laju. 


Gambar bertiga dengan Atiq dan Wina lepas kami berjaya turun dari atas tu. Abaikan muka selebet. Gila apa, lawa-lawa gi main air?! kekekeke





Masakan Makjah : Butter Toast

Assalamualaikum. Hi

Pagini terasa nak share menu sarapan tersimple dalam dunia. Been quite sometimes since the last entry tentang Masakan Makjah, kan? Padehal memasak je hari-hari. Maybe tak feel nak taip sebab menu tu underrated bebeno (malu nak kabo LOL) ataupun sebab makin selalu masak. Eitherway-lah. ahahaha. You know it right, bila memasak tengah jadi rutin tu (sebab on school break tuhari memang in charge memasak sokmo), memang tak hadaplah nak dikabo setiap benda yang dimasaknya. Heh. #resipisenang #menusenang #sarapansimple #sarapanmudah

Back to the menu, Butter Toast
Here, bahan-bahan dan cara buat.

Bahan :-
Roti putih 
Telur 
Butter/ mentega
gula

Cara penyediaan :-
  1. Sediakan dua keping roti. Kepingan pertama letak 1/4 sudu kecil butter (ni aku agak je, sebab tadi letak ikut suka) and dalam dua ke tiga cubit gula. 
  2. Then letak roti kepingan yang kedua atas yang pertama tadi dan tekap dengan acuan bulat. Aku guna mug sahaja. Ketepikan lebihan roti dan kulit roti.
  3. Ketepikan kepingan roti yang dah melekat ditekup bulat tadi untuk digoreng. 
  4. Ulang balik step 1 - 3, ikutlah berapa banyak yang korang hendakkan. (aku tadi ada empat ketul toast comel means aku guna lapan keping roti)
  5. Untuk menggoreng, letak minyak banyak k. Untuk deep fry and panaskan minyak sampai betul-betul panas (so that bila menggoreng roti tak serap minyak and boleh mengembang dengan comelnya! :)
  6. Sementara tunggu minyak panas atau kalau minyak dah panas bolehlah salutkan roti (yang ada butter and gula dalam tu) dengan telur dulu sebelum masuk ke dalam kuali. Telur pukul kembang and buh garam sikit ya.
  7. Sentiasa balik-balikkan roti yang digoreng sampai warnanya naik keperang-perangan. Yang penting nampak nice-lah goreng tu, sekata. Kejap je, kaup-balikkan tiga empat kali lepastu dah boleh tos dan angkat.
  8. Sedia untuk dingap!
[TIPS] Kuantiti butter and gula tadi boleh ikut instinct masing-masinglah supaya tak masin sangat atau tak manis sangat. Jangan tak rasa apa sudahlah. 

** Untuk versi yang lebih fancy, filling dia boleh ganti dengan satu dua kiub kecik coklat (Cadbury, if me) then guna step sama je bab nak siapkan and menggoreng. Tapi ongkoslah sikit hahaha. Coklat saja on regular basis untuk dibuat sarapanpun tak proper sangat aku rasa.
** By instinct aku rasa, letak mayonnaise-pun okay gak. Butter and mayonnaise both give good texture on bread. Trust meyyh 



Ever wonder of how it taste? Bagi aku sedang-sedang elok, macam rasa roti butter biasa. And kenyang yang paling penting sekali.Yelah, dengan rotinya, telur lagi kan. Sesuailah untuk sarapan. Pair up dengan milo panas ke, horlick ke atau nestum. Adalah elemen berkhasiat tu.

That is that for now, ciao!

p.s. Aku nak menyambung layan Crisis : Special Security Squad, lagi dua episod. A Jdrama ni. Kalau tak boleh move on nanti (besar kemungkinan actually), might as well coming up with a drama review. The only drama review sebelum ni was a Cdrama Legend of Fuyao. Banyak dah ada dalam list. Tunggu rajin tak rajin je. 

Wednesday, April 3, 2019

Introduction to Financial Management

Hi Assalamualaikum.

Here, a tiny bit sharing on topic Principle Financial Management.
A very tiny bit of it, I bet I did this halfway (since I just reopen my Prezi again only now. My bad that I forgot to proceed with the topic way earlier).

Click here if you dare to read upon the introductory Financial Management (1), heh.
Sebenarnya back to Prezi untuk work on presentation baru, based on old notes I found (on other subjects thou). Then dah jumpa ni, rasa sayang pulak tak share. Why not kan, even tak berapa nak membantu dari sudut maklumat akademik. Anggaplah pengetahuan umum saja.

Okay, hope it is beneficial somehow.
Ciao.


Sunday, March 31, 2019

Action Verbs : -ING Form & Base Form

err..  Assalamualaikum. Hi!

Nothing much about this note, but a mere one I feel like sharing; from an old written note of mine. A simpler version obviously. (I  found it while kemas-kemas rak buku just now. So why not, right? :)

Mana-mana yang dirasakan (alu ter)salah maklumat tu, do let me know. I might need to correct it right away, pada catatan aku (and lebih-lebih lagi di sini), Sebarang penambahan sangat dialu-alukan! Heh

Okay, here is to help you when to use action verb in -ING Form and in it's Base Form
Kata kerja bahasa Inggeris boleh berada dalam banyak bentuk. Tapi laa ni/ sekarang ni aku bagitahu untuk dua bentuk dulu : -ING dan bentuk asal/base (kata kerja dasar). Bila nak apply kata kerja tertentu dengan bentuk yang tertentu ni? Makanya boleh tahu dari keadan-keadaan yang membawa kepada bentuk (form) tersebut. Untuk -ING Form ada dua keadaan (dan contoh-contohnya) manakala BASE Form ada tiga keadaan (dan contoh-contoh jugak).

-ING Form
  • Action verbs which come after AM, IS, ARE, WAS, and WERE
    • Example 1 :-
      •  I am bathing now.
      • He was playing football yesterday.
      • They are praying.
      • My dad was cooking just now.
  • For verbs that come immediately after prepositions : for, at, through etc (common used prepositions)
    • Example 2:-
      • The teacher punished John for pulling Mary's hair.
      • I am slow at solving crossword puzzles.
      • We gain a lot through reading.
      • Do not leave without asking my permission,
-BASE Form
  • Action verbs that come after TO (must be in base form of verb)
    • Example 1 :-
      • You need to take the book.
      • I am going to buy food.
  • Action verbs that come immediately after DO, DOES, DID (including the negative form : do not, does not, did not)
    • Example 2:-
      • They do not visit the museum.
      • The boy does sell newspapers by the roadside.
      • Does Mastura not work anymore?
      • Do they not swim everyday?
  • Action verbs that come immediately after WILL, SHALL, CAN, MAY, MIGHT, SHOULD, WOULD and COULD (including the negative form : + not)
    • Example 3 :-
      • We should spend money wisely.
      • They will buy dinner for us.
      • Should the students not wear uniform?
      • Can you help me with the baskets?

Thursday, March 7, 2019

Siapa yang Taknak Kahwin, a (long) Rant

Assalamualaikum.

Alangkan diilhamkan dengan kejadian masa sahur tadi, maka dipaksakan diri sendiri untuk menulis jugak sedikit sebanyak apa yang aku rasa. 

Sebelum subuh tadi sesudah embah selesai bersahur waktu aku masih pulun perabis nasi, embah tanyakan aku sama ada dah berpunya atau belum. Kurang lebih tentang itulah. Aku senyum je, maksudnya tak adalah kan. Fokus aku memang dekat nasi je waktu tu. Menengok aku tak menjawab tak mengiyakan, embah menyambung sorang, katanya akan didoakan aku dan soal jodoh aku ni nanti di Mekah (embah aku akan buat umrah April nanti, sebabtulah). Aku menyengihlah apa lagi. Anggukpun beria, sambil-sambil nak merai bersembang dengan orang tua. Kalau dah nak didoakan, tentulah kecil tapak tangan, sepadang luas aku hamparkan. Berbesar hatilah, moga dengan mustajabnya berdoa dekat sana, urusan akupun dipermudahkan. Tapi reaksi spontan aku jadi mengundang ketawa kecil embah. Nampak bersungguh sangat kot eh mengangguk? hahahah. Aku pun claim-lah "saya memang tengah tak adalah." nak justify yang kenapa aku beria tu. Elok embah membalas, "mintaklah." "mintaklah dengan Allah, tiap-tiap kali lepas solat mintak." Kejap je embah berenti berselangkan teguk air, disambung lagi "ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ (ud’uni astajib lakum), berdoalah pada Aku nescaya Aku jawab" Ton suara embah macam bagi taukid (penekanan/penegasan) dekat aku. Macam biasa, selain senyum aku mengangguk jugak sekali dua, adalah jugak terfikir, eh embah ni ingat aku tak mintak ke? truth be told ni bukan kali pertama rasanya disuruh doa/mintak kepada jodoh ni. Pernah bukan dari keluargapun, buah fikiran member kalau tak silap. Aku nak kabor macam mana taktahulah, 'iya memang hendak dan memang mintak jugak.' hati aku melalak macamtu setiap kali disalah anggap. Rasanya. ahahahahahahahah

Kejadian bersembang dengan embah usai sahurnya tu tidaklah apa sangatpun, tapi sedikit-sedikit mencalit jugak kesannya dalam hati aku. Itu bukan pertama kali embah tanya pasal aku dah ber'kawan' ke belum. Banyak kali dah! Tapi nak buat macam mana, bukan setakat tak dekatpun dengan segala macam visi risik-tunang-kahwin tu, bukan jugak setakat tak ada boyfriend (term senang faham), malahan tengah tak ada sesiapapun yang aku simpan dalam hati ni ha. Bertepuk sebelah tanganpun tidak. Takde crush-pun tbh. Adalah dah setahun lebih macamni? Most probably. Kalau keadaan ni applied masa zaman sekolah kan senang, tak perlu terikat dengan trend secret admirer segala macam yang mengarut. Manalah nak tahu dia nak jadi masa umur aku tengah just nice je nak langsung naik pelamin. Aku rileks je (rileks bukan tak hendak okay. Tapi macam, dia nak datang, datanglah nanti. gitu) tapi seiring masa yang berjalan, walaupun tak ada yang mendesak aku mula nampak orang sekeliling aku berhasrat ke arah itu. Oh, umi abah akulah kan, siapa lagi, Embah, secondly. Heh. Barangkali sebab keadaan sekeliling jugak. Di usia aku ni, orang terdekat baik sepupu-sepapat dan kenalan sorang-sorang dah que dengan rancangan nikah kahwin masing-masing. Atau paling tidakpun dah berpunya. Boleh jadi, benda-benda inilah yang contribute to concern. Make sense, kan?

Se chill-chill aku melayan topik ni sebelumni, akhirnya lambat-lambat (especially sekarangni?) dah jadi concern aku jugak. Tentang embah cakap, mintak tu. terpukul sikit sebenarnya. Aku kabor aku mintak, kan? Adalah baru-baru ni agaknya mintak semula, Yelah, lepas kena tegur dengan member sorang ni. Aku bukan tak mintak tau, tapi aku aware sejauh mana kesungguhan tu. memang gayalah tak semenggahnya. Aku doa general je, adapun kalau meminta. Aku rasa sebab aku dah tak ada hati dekat sesiapa, so tak seterdesak berhajatkan seseorang yang tertentu. Dan given segala macam past experience aku sebelumni, so aku tak meletakkan perkara ni as priority. My bad.

Kalau ikut rumus akal, senyap-senyap aku rasa aku macam give up je yang aku akan settle down. kah kah kah. Padehal considerably muda lagi kan aku? I mean, ada seumur hidup lagi kott, selagi belum ajal. Usaha entah ke mana, doa setakat apa, memandai nak berputus asa. Sebelum sia-sia umi abah hantar belajar agama dari kecik sampai tinggi dewasa gini, makanya aku niatkan jugaklah untuk hal ni dalam hati, Eh, terima kasih yang menegur tu! (kalaulah dia tahu, dalam senarai dia orang terakhir yang aku pernah ada simpan perasaan. aduhaiii. lama dah tu 2017 hahaha)

Anyway lesson learnt. At first aku taktahu macam mana nak mula. Sebab aku tak ada nama nak dirafakkan dalam doa. tak ada lagi macam dulu yang kononnya "aku khabarkan pada Tuhan tentang engkau" wahh gitu. No way dah lani lagutu. Tak ada jugak "kalau dia untuk aku dekatkan, kalau bukan maka jauhkan." Sebab aku taktahu entah gerangannya memang dekat ke atau jauh lagi nak disampaikan. hahaha. Tapi macam yang aku sedia maklum, mintak je lah. Thus I am solely, praying for someone I don't know (whom yet); that is willing to accept in knowing me without greedy expectations. Clueless weh. Pengalaman betul. ambil berapa lama tu wallahu'alam. kalau nak diukur matang tak matang, aku rasa sampai ke sudah logik aku tak menikah. sebab macam tak pernah matang je. Kalau nak diperhati sejauh mana sedia rasanya macam menunggu bulan jatuh ke riba. Sebab dari segi gaya macam tak ada persediaan. Lol. Nah, I don't mean to sound that bad thou. Tapi iyalah, sebab tak tahu untuk siapa nak dituju, jadi benchmark KPI tu takdapat nak diagak.

Aku pernah tengok (lama dah ni), orang duk list out dia punya husband material. Hence, I am about to write mine. Alahai, tak bocorpun doa aku kalau aku list out benda ni (since aku sentiasa insecure dengan mulut puaka orang yang suka judgemental. Kang dia kata, kalau nak doalah, Taip buat mende?! haaa kan seram. so claimed awal-awal lol). Doa adalah doa. apa yang aku mintak dan cara yang macam mana, aku tak terperincikanpun. Listing this out is an attempt of mine. Mana tahu boleh dirujuk di hari muka, mengena ke tidak. Kann? Ok drop dead. Berangan tak sudah. 

Aku selalu beranggapan, apa yang aku betul-betul harapkan simple je sebenarnya. Entahlah nak.

1. Jujur.

2. Semoga orangnya soft spoken, Aku rasa aku sangat tolerable dengan orang yang boleh soft spoken dengan aku. Soft spoken tak semestinya tak tegas, You just don't need to get overwhelmingly mad everytime and plus, no harsh words please. aku rasa cara terbaik menangani aku adalah dengan begitu. Dia macamni, kau bayangkang kalau g dengan talk/ceramah, aku memang tak gu betul konsep tarbiah sentap, yang main reverse psychology tempik-tempik tu (walaupun penyampaiannya betul). Tapi kalau dari Dr Zulkifli Al Bakri, Habib Ali Zainal Abidin punya ceramah yang tu lagi cepat terasa dan mengena. Ha centulah. Maksudnya nak yg penyabar eh? haaa.....

3. Accepting me as who I am. part ni aku paling concern sekali. Akan ke aku jumpa orang yang boleh terima aku? Memang bukan luar biasa aku ni, biasa-biasa je, ada ups and down. Dosa manjang, tapi hendak kepada baik tu, tak pernah tak hendak lagi doplohpat jam. I nag, I laugh on jokes, I am boring etc etc bnyk lagilah. Nak reveal, biar reveal dkt gerangan yang sepatutnya. Kang bukak aib pulak. Naya memang membujang sampai ke akhir. hahah. 

4. Kalau aku bergaduh/bicker dengan adik beradik aku silalah back up aku!! Tapi kalau aku berselisih faham dengan umi abah aku, tolonglah side with them dan betulkan kiranya aku salah. Oh aku on standard basis memang banyak modal nak bicker dengan umi abah aku tapi level ngam dia sama je macam anak-anak mithali lain di luar sana. Sebabtu this one concept memang dah berzaman aku angankan.

5. Boleh tak kalau nak dapat jenis yang suka bawak travel? tapi aku taklah outdoor sangat. Yang suka roadtrip? eh tapi aku masuk kereta mengantuk biasanya.. hah. yang suka nature on standard basis? yang benda-benda biasa di antara langit dan bumi, even biasa tengokpun boleh buat dia kagum. adeke? Aku free spirit punya orang, aku rasalah. Tapi aku tak ada peluang untuk keluar ke sana ke sini, sebab aku punya safety precaution atas aku memang strict dan particulary unique? (maybe you can call so) Aku tak harap, dapat suami yang jenis tak bagi aku keluar rumah jugakk. hahah. low key-nya begitulah. Tak kata suruh bagi kebebasan sepenuhnya k. Tapi abah aku lepak pantaipun takdelah beria sangat. Tapi aku memang yeye sokmo. em em

Basically tu je lah yang aku harapkan, yang particular kott.
Tang jujur malas nak hurai. orang baik boleh jahat. yang jahat boleh baik. Kau jujurlah dengan diri sendiri, lepastu Allah tolong perbaik mana-mana yang patut, dan permudahkan mana-mana tekad, selagi kejujuran tu pada hal yang baik di sisi DIA. lain-lain kurang lebih yang aku hendakkan, hoping the best pairing to be granted onto me, gitulah. Dekat sesiapalah.

Sekian. sudah Asar. ciao.

p.s. eh korang, embah tu nenek tau. kbai. Dah hujung-hujung malas dah datang balik, sebab dah lama menaip ni. Content-pun dah tak consistent tu aku rasa. nasiblah