Saturday, September 19, 2015

Dimenganjingkan

Hi.
Assalamualaikum.

Salam Maghrib ppl.

Just now sesi bersembang dengan kengkawan se-blok rasanya bertukar hambar bila aku termenunjuk-nunjuk sangat emo aku. Bukan emo saja-saja. A kind of reality, sebenarnya.

Tak berniat pun nak mengungkit atau nak mencanang yang aku tak ikhlas bekerja, but then bila ada yang bergurau menganjing maka aku sedikit terasa.

Aku kerja di dpp ini kerana apa?
kerana nak dikenal orang ke? atau nak berjawatan?
atau saja nak melekat ke sana sini dengan senior?

Aku rasa macam apa yang orang nampak pada aku, tak lari dari pilihan-pilihan persoalan nih.
Mungkin perasaan aku je, tapi perasaan tu, boleh tahan kuat.

Aku cuma kuli.
Aku join program pun sebab tolong member.

Bukan dengan kengkawan se-batch je aku cakap mende ni. Memang dengan boss aku pun aku sebut-sebutkan mende yang sama. Aku cuma kuli. Tak ada pilihan lain untuk menolak kerja memandangkan dah diberi tanggung jawab dan terpaksa memenuhinya.

Sebab kerja, aku pun selalu tak ada masa nak lepak-lepak dengan kengkawan se-blok.
Takboleh nak gembira-gembira bergambar sekali setiap waktu. Tak semestinya aku suka, tapi aku pun bukan ada pilihan lain. Aku ikutkan saja.

Nak buat kerja kena tahan maki. Tak semua orang suka. Ramai je yang benci. Senior kau pun bila tersempak dengan kau depa buat muka tak puas hati. Semua kau nak lalu sendiri.

Nak buat kerja, terlibat dengankerja-kerja dan ter-jadi sibuk dengan kerja kena pandai tanggung kalau setiap sem takboleh score pasal kau malas, mudah leka dan terlalu busy. Nak buat kerja sampai tahap berpenat-penat ni, semua nak kena tanggung sendiri. Kau ada member, tapi time kau nak berkongsi cerita tak semestinya kawan kau tengah dalam mood nak mendengar.

Masalah kerja lagi, dengan hati aku punya masalah jejiwang lagi. hahah. Sebenarnya, berat nak bawak dan simpan. Tapi nak diluah pun segan. Takut kawan berkurang, musuh bertambah, makian dapat, jalan penyelasaiannya sesat.

Aku taknak.
jadi AJKS aku tolak.
dan ketahuilah, jadi JKPS pun aku akan tolak.
Bukan pangkat yang aku nak.

dan orang lain pun, diorang ni tak offer pasal aku layak,
cuma nampak macam boleh buat kerja yang banyak, tenaga tu yang diorang hendak

aku skrg ni as timbalan biro pun orang tak kenal.
Aku takde pengaruh nak ubah apa-apa atau buat keputusan.
boss cari aku untuk buat kerja dan aku kena terima tu.
Nama baik boss aku jaga, nama kelab ak kena jaga dan anak-anak buah pun akumesti jaga.
Anak-anak buah pun mostly member. Hati dan perasaan derang2 ni lagi berharga.

Kita dan dua puluhan, takkan nak bawak lagi perangai budak budak tu sampai sekarang.

p.s. Aku sukakan seseorang ni. Tapi tak ada tempat nak bercerita. Nak bercerita pun segan, macam tak kena gaya je nak dikongsikan. Nak diluah pada adik-adik ni, mentah-mentah ditolak cerita aku. Mungkin tak kena masa. Selalunya dimenganjing-nganjingkan. ya, memang nampak ringan. Tapi untuk aku, sebenarnya soal hati dan perasaan adlh membebankan sekalipun cuma aku je yang perasan.  nak cerita pada boss, sebab selalu berkepit dengan boss? no way. Boss is boss. Aku dengar cerita dia tu mungkinlah. Dia dengar cerita aku, belum tentu dia mahu. Nak cerita pada geng yang berempat tu? Adik-adik ni nganjing kata yang geng berempat ni kawan baik aku. mana-mana pun semua kawan baik. dan semua aku rasakan tak mahu dengar cerita aku ni. kalaupun mahu, belum sampai tahap yang korang boleh fhm dan bantu. Biar simpan sendiri.

Jiwang ak pun digelak-gelakkan. Tunggulah. Korang tak rasa lagi.

Wednesday, September 9, 2015

Bahasa Arab (Intro / Basic)

الإسم
هو الذي ما يسمّى به الإنسان, او الحيوان, او المكان, او الجمد.
  مثل : محمد | طالبة | الشباب | مدير , أسد | دجاجة | أرنب | جمل | كلب , مدرسة | ملعب | حديقة | فصل | غرفة , السيارة | كتب | قلم | الشمس | شجرة
vالإسم الجمد
                           هو اسم الذي قام بنفسه / ولا يوءخذ من غيره.
»اسم الذات
  هو الذي يدرك بالحواس
»اسم المعنى
  هو الذي يدرك بالعقل / و يسمّى المصدر

vالإسم المشتق
 
الإسم هو الذي يوءخذ من غيره / ودل على شيء     بصفة موصوف  

Saturday, August 22, 2015

Upset-ness

Last entry was on July 24th.
and harini adalah 22 Ogos. It's almost a month since my last post.

Sure lots of things happened within almost a month, right?

Sangat malas.
I am a lazy-ass bila bab nak menaip di blog.
As long as I can keep it, it's bearable, not too much..
I will hold it inside me. Setakat cebisan-cebisan cerita dlm bentuk tweet, caption instagram dan beberapa status facebook tu adalah jugak.

I am not happy.
bukan tak happy untuk this long one month. nope.
but I am currently upset. overloaded frustration. and bcs unstable mix emotions...
Thus, I begin typing an entry again.

Hati aku cuma separuh di rumah.
rasa macam cepatlah habis cuti, biar aku ke Kedah je.
But then, thinking about next semester and being in uum, I feel half-hearted jugak.
To the extent, tak bersemangat nak menyambung kehidupan di bumi Sintok.

Nak tinggal lama-lama di rumah pun tidak,
nak segera balik ke uum juga tidak.
I bet I am very confuse with my own self.

Penat dah duduk di rumah.
My bad. Kewujudan aku di rumah ain't change anything dan tak dihargai. Ini sangkaan picisan aku.
Sangkaan yang sangat tak matang, for sure but in the same time sangat mengecewakan. I am tired of myself nak fight against own assumption.

Ragam adik-adik yang bermacam-macam. Di luar expectation aku. Maybe bcs I expect more but I don't really get what I wanted in return. Sesungguhnya, mencabar kesabaran. It's not like this for the first couple weeks balik cuti. I bet that I still can manage my anger and frustration back then plus showing my mature side.
Tapi bila dah sampai sebulan lebih macamni, dia punya sedih tu menyebabkan aku menghitung hari nak balik ke universiti. Dia punya sedih tu buat aku tertunjuk-tunjuk emosi aku. And semakin di hujung-hujung waktu cutini, bila keadaan selalunya agak menekankan with works overloaded and responsibilities every time at everywhere buat aku tak dapat nak control behaving immature yang at the end, among the whole siblings in the house, the blame goes to me from both abah and umi. so, yeah.. double the frustration. Ini bukan apa yang berlaku duapuluh empat jam. but relatively, this is what I'm facing as days passing by.

I am expecting to experience great semester break. Like going out for vacation, road trip ke... yes, those kind of imagination. Tambahan pulak sebab my raya tahun ni, previously didn't really feel like one. to me. I didn't get chances ke mana-mana sangat raya haritu. But no, that's not it. Everyone here is working and attending school everday so, that kind of wish memang tak terlaksana. okey then, How about me going out? well sebab aku je yang tengah cuti, kan, How about hanging around with some closest friend yang jugak sama-sama tengah cuti semester macam aku? Still, it's a no. That is expected. ya know, my dad and mom is a very different kind of parents. they won't allow for such request. It has been that way for 21 years. Dia punya pahit manis kelat payau, nak taknak, I am adapted to this term and condition already. not well mentally prepared, but I am trying hard actually. Lebih kena usaha gigih bila kita tengok rakan-rakan seangkatan yang lain post out their pictures being here and there. Ada yang sampai ke luar negeri bagai. Well, I don't mean to compare or such. I know my limit for how far this family can afford. It just to describe how this, not even having a weekend hang-out, even with my family, ia mencabar.

Acknowledge-lah my effort, even to against this term isn't an option pun. hm.

Yet. I am still survived. That's the moment when I called my semester break as the one that is making me 'mereput'. for some times, I did brag about being 'mereput' everywhere. I try to suit myself, getting busy staying at home doing chores in the morning and preparing the house before everyone is home in the evening. Then I begin working on the line. Working on line, selling and purchasing stuff plus handling the customers are tough. Frankly speaking, even so without walking here and there doing physical works, it is tiresome. And bcs I am doing both works like handling the house and dealing with my newbie-on-the-line-business, double the tiredness but can't complain much. How can I even complain? takkan nak mengadu bercerita, berkeluh kesah padehal umi abah jugak berpenat lelah sebaik saja sampai ke rumah lepas seharian bekerja. I might ruin the atmosphere. Dari nak tumpang mengadu, later it'll sound like I am complaining on what I chose to do. ppl tend to misunderstood, kan. So bcs I expect my parents not prefer such complaints, maka terpaksalah kita simpan sahaja cerita-cerita kita dalam hati jiwa raga.

Nak bercerita pada adik-adik? yes, this is another problem. My baby sister is very busy with her mobile phone lately. As I recall, most of the time pun ak nampak dia dengan handphone shj. there're no open space to even having chat with her. Inikan pulak nak berkongsi masalah. Nak sembang kosong, sedikit nak bercerita tentang apa yang ak dah lalui dekat uni last semester pun tak sempat. Not like the old times for sure. Ya, relatively facing with this baby sister is the one that giving me hard time. making hard things, harder. Like I mentioned earlier, ragam adik-adikku terlalu jauh dari apa yang aku harapkan. Sama ada harapan aku tinggi sangat atau mcm mana, not sure.
Last sem, rasanya adalah sem yang terbanyak cerita dan pengalamannya. Baik pengalaman termanis macam Eon Star Summer Camp ataupun pengalaman terpahit which was Eonist Grand Dinner, when I was in uni, I thought that I want to share with my mom and sister about this thingy. Tak menyabar dah. Even so, I am not even posting any entries specially about them. I do spare them.  Tapi aku simpan cerita yang ada tu dengan harapan (read: angan-angan dlm kepala) nak dikongsi pengalaman ni bila balik bercuti. Well, you can say that it does not happen at all. *frustrate*

Dear readers,
(if there's anyone reading lah)

I begin typing earlier bcs I am upset.
As the entry gets longer, I realized that my upset-ness fade away though.
I can't guarantee that I am satisfied with this entry.
Perhaps it's not even half of what's bothering me.

Tapi cukuplah.
sebab bila aku dah meluah. it did make me feel better.
Much calmer, I guessed.


sebelas.
sebelas hari lagi yang tinggal sebelum perlu meninggalkan Kajang.
Aku kata pada umi, bila aku sedih aku akan mula mengira hari yang bebaki.

But you know what,
sebenarnya aku bukanlah nak cepat sgt balik uni pun.
aku macam remaja lain yang normal. yang kalau dah balik bercuti, kalau boleh taknak balik uni semula dan tinggalkan rumah serta keluarga. They want to continue enjoying their semester break.
aku pun mcm tu. cumanya, my semester break doesn't even feel like a break.
it is a never ending work period, I am struggling hard but there're no one would listen to this immature-side of me.

umi abah yang sibuk. dan abah lebih sibuk lagi sejak bertukar tempat kerja dan perlu ulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang jauh. adik-adik yang setiap sorangnya semua nak menduduki big examination tahunni. dan umi abah sangat harap aku boleh duduk hadap diorang, teaching them in whatever aspects they need me to teach. adik-adik dengan ragam yang pelbagai. nak dibuat teman bersembang, jauh sekali. nak ditegur bila diorang buat salah diorang pun melenting, nak mengajar diorang pun sometimes did faced some difficulties. I knew all of this. Ini bukan sengaja. This is the real situation. this demands responsibilities.

Acknowledge-lah my effort.

Responsibilities is a very weird thing. bcs you're responsible for it, you can't even complaint nor talk brag about it. it's not matter, it something you must n need to do anyway.

hm

p.s. Upset-ness - The feelings, to describe sadness. lol. This term doesn't exist, kan? #sukahatiakuje

Friday, July 24, 2015

Ramdom Raya

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya diucapkan daripada sekeping Eizah untuk siapa-siapa jelah yang sedang baca entri kalini.

Sebenarnya kemalasan aku tersangatlah menebal untuk kembali menaip entri. Padehal banyak sangat perkara yang nak dikongsi, tersimpan tepu dalam kepala, terbuku dalam jiwaraga.

Ya, kalini aku menaip.
Kemungkinan, bahasanya akan jadi tunggang langgang, sebab aku tak rancangpun nak cerita apa dan tak rancangpun nak cerita macam mana. So memang akan bercampur-campur cerita aku.

nasiblah, kann...

Cuti sem kalini, rasanya aku akan "mereput" je di rumah.

Even raya kalini pun, segala undangan untuk berjumpa dan konvoi raya terpaksa aku tolak awal-awal. Aku belumpun mintak izin, tapi dapat rasakan yang abah akan susah nak bagi kebenaran. Daripada aku buad umi abah risau fikirkan aku nak keluar bila, keluar macam mana dan keluar dengan siapa, maka terpaksalah aku sendiri yang ambil keputusan untuk tidak turut serta. Sorry semua. Aku nak je join konvoi raya batch sebab aku tak pernah joing. aku nak sangat gather balik jumpa gsixth and nak beraya dengan geng2 tingkatan enam. but then, takde satupun yang aku dapat penuhi pelawaan dan jemputannya. Maaf.

Duduk di rumah dan buat kerja-kerja rumah sementara semua orang keluar g kerja dn ke sekolah is currently my new routine. Sebelah malam pulak nak kena mengajar adik-adik lelaki subjek yang diorang takpaham. Dua-dua pun nak hadap exam besar tahun ni. Sorang candidate pt3, sorang lagi upsr. Kalau tak dipantau, ke laut laahhh kedua-duanya. Sibuk depan PC tak sudah-sudah.

Raya aku tahun ni, adalah antara raya yang tak berapa nak rasa ke-raya-an-nya tuh. Raya pertama di rumah je, Kebetulan pagitu abah bertugas sebagai imam untuk solat sunat eid fitri dan perlu sampaikan khutbah raya. Lepastu dok je di rumah sebab menyambut tetamu yang datang beraya. Penat berperang dengan pinggan mangkuk yang nak dicuci dan rumah yang nak dikemas, satu family lepastu pengsan ketiduran sampai petang. ahahah. Petang barulah nak gi beraya. Itupun, ke rumah nenek, rupanyanenek tak ada. Setakat rumah ketua pengarah abah dan rumah embah mokhtar je raya pertama tu.

Malam bergerak ke Beranang, dengan harapan nak berkumpul dengan sepupu sepapat sebelah abah. Tapi tak kesampaian. kebetulan pakcik dan sepupu aku jatuh sakit dan admit di hospital yang sama. Malam raya ketiga tu dah berpecah-pecah keluarga besar abah. Sebahagiannya ke Temerloh untuk dapatkan perkembangan awal pakcik yang jatuh sakit tengah hari tu. Tinggal keluarga aku dan keluarga kakak abah yang akan mengemas rumah family di Beranang, sebelum kami pun bergerak balik ke rumah. Rancangan asal lima keluarga untuk berkumpul bersama tahun ni, memang lari abih. tapi ya lah, apa yang tak jadi seperti yang dirancangkan, sesungguhnya sebahagian dari rancangan Allah jugak :)

Takziah untuk keluarga Ipah and keluarga Odah. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kann. Aku suka bila baca caption Kak Ti, katanya dalam ujianni ada rahmat-NYA.

Dedua admit dekat HoSHAS.

Fuhh.. berat jugak perasaan masa nak dtg ziarah haritu. Pasal pernah trauma dengan hospital, so personally aku tak suka dengan hospital. Dulu dekat tiga bulan keluar masuk hospital waktu Syahida sakit, menjadikan aku taknak dah jejak kaki dalamni. Haaa... padehal bukan hospital sama pun. Tapi entahlah. Masa masuk wad Kenanga 11 haritu, rasa cam lebih kurang je. Tu yang cepat sangat cengengnya lepas nampak wak Azam. tak kuat mungkin.

Dengan sepupu sebelah umi, memang tak menyempat nak beraya bersama langsung. Dengan apa yang terjadi, and disebabkan lepastu masing-masing pun dah nak kena start ke sekolah dan kembali bekerja. Harapnya, lain kali lah pulak kita raya sekali, In shaa Allah :)

p.s. Malam raya pertama tu.... Ada orang jauh whatsapp aku. Teruk betul orang tu. Punyalah dari UUM dulu aku tunggu dia tegur aku, sikitpun dia tak peduli. Tiba-tiba malam raya tu dia tegur kata dia rindukan aku. Bahhhh... ingat aku percaya? Of course, aku anggap dia bergurau. Sekejap datang, dan lepastu hilang, obviously it's a joke, And well, aku pun tak ambil hati dia bergurau macamtu. But still, "thanks bah tegur aku malam raya tu. Aku sebenarnya pernah terminatkan kau kejap lepas insiden di Eon Star Summer Camp tuh. kira bonus lah kau rindukan aku tu. kah kah kah," lol.

Wednesday, May 27, 2015

Tak Sayang

Salam dua satu untuk diri sendiri.
"27 Mei  selalu kau harapkan akan jadi hari terindah,
namun harini tak seindah yang kau harapkan, Zah."

hmm..

Rasa nak menangis sorang-sorang dalam bumi Sintok yang serba ke-hutan-an nih. Aherher...
Sensitif barangkali kerana faktor biologi. Tapi asbab lain, terasa nak menyalahkan dia semata-mata.

Sekarang dah puku 7:42 malam. Tinggal beberapa jam sebelum tarikh berganti dan harini takkan jadi istimewa lagi dah untuk diri sendiri. Sangat sayangkan tarikh ni. Tapi, terlalu sedih nak menghadapi harini. Sedih, terluka, kecewa semua ada. Bila kita tak dipercaya orang yang kita paling percaya.

Ada orang tu, mulutnya hari-hari mengucapkan sayang.
Tapi usahanya sedikitpun tak nampak bayang. Tidak bertambah, dan tidak berkurang.
Aku sahabat untuk dia hanya kerana aku ada telinga untuk mendengar luah keluh kesahnya.
Aku sahabat baginya kerana katanya aku agak memahaminya.
Hanya menangkan sebelah pihak,
akhirnya aku tenggelam dn makan hati.
Diri dan hati aku dia tak pernah nak ambil peduli.

Aku terasa dengan twit dia semalam.
Terasa semua.
Terasa jugak dengan cara dia balas bila aku bertanya.
dan aku masih terasa sampai sekarang.
Selama tadi jugak terasa.
Tersangat-sangat terasa,
Kecewa dan terluka,
Macam twit itu semua untuk aku.

sama ada pd aku, atau bukan pd aku dia tuju.
Aku masih terasa, terluka, sedih, dan kecewa.

Terima kasih sahabat, rosakkan hari ini untuk aku.