Sunday, October 20, 2013

Ekonomi Malaysia Bab 5 - Institusi Pemberi Kredit

Sebahagian daripada institusi kewangan berfungsi sebagai institusi pemberi kredit atau pemberi pinjaman. Kegiatan ini membolehkannya mencari keuntungan  melalui faedah yang dikenakan atas peminjam.

Agensi Pemberi Kredit di Malaysia
{ada enam. Dua daripadanya adalah institusi kewangan}

  1. Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
  2. Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
  3. Koperasi
  4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  5. Pajak Gadai (termasuk ar-Rahnu)
  6. Pemberi pinjaman berlesen

  • Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
    • Pemberian kredit merupakan teras dlm bank perdagangan dan paling menguntungkan.
    • Bank perdagangan memberi kredit kepada peminjam (pihak yang memerlukan dana) dgn menyalurkan deposit (wang) yang disimpan oleh pendeposit (penyimpan)
    • Enam jenis kredit yang disediakan oleh pihak bank :
      • Pinjaman sewa beli - beli barang pengguna esp. kenderaan/kereta dan bayar secara ansuran untuk satu tempoh yg panjang. kadar bunga tetap akan dikenakan. Hak milik barang akn berpindah dr pihak bank kpd pembeli apabila pembeli dah selesaikan keseluruhan pinjaman termasuk bayaran kadar bunga. - Meningkat perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bg industri hartanah dan pembuatan kereta.
      • Pinjaman bercagar - pinjaman yang diberi kepada pembeli yang mengemukakan aset tetap sebagai cagaran untuk beli harta tetap. Nilai aset yang dicagarkan mestilah lebih tinggi berbanding harga harta tetap. Sekiranya pembeli gagal buat bayaran balik termasuk bayar kadar bunga, bank akn merampas atau menjual cagaran (geran rmh, geran tanah, barang kemas dll) tersebut untuk dapatkan tunai sbgi bayaran balik pinjaman. - Meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi sektor perumahan.
      • Pinjaman tidak bercagar - Pinjaman yang diberi tanpa perlu peminjam membuat cagaran. Namun peminjam perlu kemukakan penyata gaji, menyenaraikan nama penjamin, menyatakan tujuan membuat pinjaman serta dptkan kepercayaan pihak bank tntg keupayaannya membuat bayaran balik pinjaman. Bayaran balik boleh dibayar scr ansuran ataupun sekaligus, namun jika peminjam gagal bayar balik pinjaman akn ditanggung oleh penjamin.
      • Kad kredit - Kad kredit membolehkan seseorang membeli sesuatu barang tanpa kemukakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai dari mesin juruwang automatik (ATM). Bank akn buat bayaran kpd penjual bg pihak pemegang kad kredit. pemegang kredit pula akn membayar balik pinjaman tersebut (bayaran kpd pihak bank) scr sekali gus atau ansuran mengikut keupayaan pemegang kad kredit tersebut. 
      • Kemudahan overdraf -pendahuluan yang diberi pada pemegang akau semasa bank tersebut dan pemegang akaun itu boleh mengeluarkan sejumlah wang melebihi baki dalam akaun semasa. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan oleh pihak bank dan kadar bunga hanya dikenakan untuk jumlah overdraf (jumlah wang yg melebihi simpanan akaun semasa) shj. - Menggalakkan urusniaga dlm kalangan firma.
      • Mendiskaunkan bil pertukaran - Bank juga akan beri pinjaman dgn memberi diskaun bil-bil pertukaran pelanggannya (membeli bil dgn nilai yang kurang dr muka bil tersebut). Bank perdagangan kemudiannya akn beri sejumlah wang kepada pelanggan dan dpt komisen dari bil-bil pertukaran yang didiskaunkan) Bank perdagangan akn tuntut bayaran dari pihak yg mengeluarkan bil apabila sampai tarikh matang bil. {bil pertukaran adalah surat jaminan yg dikeluarkn penghutang kpd pemberi hutang. dlm bil itu, penghutang berjanji akn membayar sejumlah wang kepada pemberi hutang atau pemegang bil pada masa akn dtg}
  • Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
    • Terdapat dua jenis pinjaman oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi insurans hayat :
      • Pinjaman polisi - faedah an dikenakan pd pinjaman ini. Bayaran balik pinjaman dan faedah boleh dibuat oleh pemegang polisi (org yang ambil insurans; yg buat pinjaman polisi) sama ada scr sekaligus ataupun ansuran. Jika faedah dan pinjaman tidak dibayar, maka faedah akn ditambah ke ats pinjaman. Jika jumlah faedah dan pinjaman jd lebih besar dr nilai tunai, makan polisi insurans tersebut mungkin akn luput tnpa nilai. Namun sekiranya berlaku kemalangan atau kematian ke atas pemegang polisi, pinjaman yg tak dibayar berserta faedah akan ditolak dari jumlah pampasan.
      • Pinjaman premium automatik
  • Koperasi
    • Dua jenis kemudahan kredit yang diberi koperasi :
      • Pinjaman bercagar
      • Pinjaman tidak bercagar
    • Kadar faedah kebiasaannya tidak membebankan peminjam selaras dgn matlamat utk menjaga kebajikan ahlinya.
    • Pendekatan dlm pemberian kredit :
      • Menggunakan sumber dalaman
      • Menggunakan sumber pinjaman bank yang disalur terus kpd koperasi utk jalankan aktiviti kredit.
    • Tempoh bayaran balik koperasi :
      • Tak melebihi lima belas tahun bagi pinjaman tak bercagar
      • boleh melebihi lima belas tahun bagi pinjaman bercagar
      • mengikut tempoh yg diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
    • Lima jenis kredit yang ditawarkan :
      • Ikhtiar Rezeki
        • I-Mesra - pembiayaan pertama dgn jumlah max rm20k untuk biaya projek ekonomi yang diyakini dpt beri pulangan yang baik kpd Sahabat AIM
        • I-Srikandi - Diperkenalkan kpd Sahabat AIM sekiranya mempunyai projek-projek yg berjaya dan berdaya maju + beri kemudahan kredit kpd shbt lama agr tak perlu cari modal dr agensi kewangan lain.
        • I-Wibawa - pinjaman mudah kpd Sahabat AIM yg tgh ambil I-Mesra atau I-Srikandi tapi memerlukan modal tambahan utk jalankan projek secara bermusim.
        • I-Wawasan - Skim utk menggalakkan Sahabat AIM agar terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
      • Ikhtiar Penyayang - skim untuk bantu Sahabat AIM yang menghadapi kegagalan dlm projek ekonomi sprt benacana alam dsb
      • Ikhtiar Bestari - skim utk bantu Sahabat AIM utk biayai kos pendidikan serta kemahiran yg ingin dipelajari.
      • Ikhtiar Sejahtera - skim yg bertanggungjawab utk membiayai keperluan-keperluan semasasprt pembelian rmh, jentera pertanian dan tanah
      • Program Kewangan Mikro Bandar - Skim utk jana potensi bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan rendah.
    • Kelebihan skim pemberian kredit AIM :
      • Tak perlukan cagaran atau penjamin
      • Disokong oleh kerajaan
      • Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang
      • Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia
    • Pemohon yang layak adlh mrk yang miliki harta tetap tidak melebihi rm50k serta pendapatan kurang rm2k sebulan.
  • Pajak Gadai dan ar-Rahnu
    • Pajak gadai ialah tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sebagai barang gadai ataupun cagaran.
    • Pajak gadai konvensional dan ar-Rahnu merupakan sistem gadaian untuk mendapatkan wang. 
    • Fungsi kedai-kedai pajak adalah untuk memberi pinjaman wang tunai ke atas brg gadaian bagi tempoh enam bulan dgn faedah 2% sebulan.
    • Pinjaman yang boleh diperoleh daripada pajak gadai tidak melebihi rm10k {Akta Pemegang Pajak Gadai 1972}
    • Sekiranya tak dapat tebus barang gadaian sebelum tamat tempoh (6 bulan maksimum) boleh lanjutkan tempoh masa tidak kurang tiga bulan
    • Sekiranya pemajak gadai gagal tebus barang gadaian :
      • pinjaman yang kurang dari rm200, barang yg digadai akn menjadi pemilik pemegang pajak gadai
      • pinjaman melebihi rm200, pajakan boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen.
    • Kelemahan pajak gadai ;
      • Kadar faedah sgt tinggi
      • barang emas yang digadai biasanya tdak ditimbang ataupun diukur
      • pemajak gadai tidak diberi notis tentang barang gadaian yang telah dilelong dan terdapat wang lebihan
      • Jika berlaku rompakan, kebakaran kedai pajak gadai dll, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% kepada pemajak gadai sebagai pampasan.
    • Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kpd suatu barang yang berharga yang dijadikan sandaran serta terikat dengan hutang bercagar dan boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tak dapat dijelaskan.
    • Kelebihan pajak gadai Ar-Rahnu berbading dgn pajak gadai konvensional ;
      • Tidak mengenakan kadar faedah (tiada unsur riba) - mengenakan caj perkhidamatan yang rendah shj
      • Nilai cagaran tidak merosot - tiada penyelewengan dalam sistem ar-Rahnu
      • Wang lebihan dari gadaian dikembalikan.
  • Pemberi Pinjam Wang Berlesen
    • Dua bentuk pinjaman yang dibenarkan :
      • pinjaman bercagar 
      • pinjaman tidak bercagar
    • Kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam :
      • 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran
      • 12% setahun bagi pinjaman bercagar
      • Sekiranya peminjam lewat menjelaskan ansuran hutang, maka pemberi pinjam wang berhak mengenakan kadar faedah 8% setahun dari jumlah pokok dan faedah yang tertunggak dikira dari hari ke hari sehingga jumlah tersebut dijelaskan sepenuhnya.
- t a m a t -
Rujukan Lai Mooi Chang, Teks Pra-U Ekonomi (Ekonomi Malaysia), PEARSON




Wednesday, October 16, 2013

Weeks on Counting for STPM Final Semester

Assalamualaikum dan hai ols.

Suddenly rasa nak mengapdet di tengah malam yang aman damai ini.
Takde cerita yang menarik pun.
Nota STPM pun bukan. Buad masa ne mungkin hold dulu buad nota sebab semangat da terbang.
Nak kena gather mood study semula baru boleh buad nota and revise dengan jayanya, In shaa Allah.

*np takbir raya *masih dalam hari tasyrik kan :-)

Huuhhh.. berdebar rasanya. STPM Sem 3 tinggal lagi 3 minggu aje oiii. Aku dengan buku still pangkat bau-bau bacang lagi. Adehhhh...

Anyway, cepat sungguh masa berlalu. Macam semalam baru menjejakkan kaki semula ke Maahad; mintak tlg dengan Cikgu Shaharuddin untuk serap aku masuk STPM, even surat tawaran KISAS dah smpai ke rumah :' Macam baru semalam rasa kekok yang teramat sangat berhadapan dengan manusia-manusia baru tingkatan enam. Masa tu cuma kenal and rasa rapat nan Aqem je. Pilih nak amek econs pon sebab ikut dia on that time. Lol. Macam baru semalam je pertemuan pertama kat bilim PIBG mahad tuh terjadi. ahakss. Kemainkann, sume nyee ak nak feeling macam fes time *poyoss*

Tinggal lagi tiga minggu nak ngadap muke member-member form 6 yang yang tersayang.
Member-member fom 6 kalini memang luar alam tahap tak hengatt. Kejap-kejap matured, gile-gile selalu je, bajet taiko pon ye jugak, skema tayah cite ler. kau hadee? All in one doe. ahahahah :-) Aku selesa je dengan kesemua mereka even kadang-kadang geram, saket hati, sayang, rindu tu bercampur-campur and amek turn all over again. Standard lah, turun naik dlm persahabatan dan perkenalan itu lumrah. manusia yang tak sempurna, tentulah akan mencipta kenangan dan peristiwa-peristiwa yang tak sempurna juge.

Aku rasa macam penjajah yang berjaya dapatkn pengaruh pembesar-pembesar melayu, rasa best dapat berkawan dan kenal dengan semua orang beb. In shaa Allah, tak ada dah sikap puak-puak zaman batu dulu. *yakinyakin* Aku bersyukur sgt sebenarnya krn dipertemukan dengan mrk-mrk. *alhamdulillah* *grateful* Tak kesah laa kan, putera atau puteri.. bagi aku masing-masing take part dalam melengkapkan dan memberi impak yang baek untuk diri ini, in shaa Allah.

lavyuuugaiss *ehh..terkonpess pule*
ok dah. inaff. Aku taktahu nak cakap hape and aku tahu, dah cukup panjang dahh entry aku neh.

[notakaki] semangatt gile aku nak design baju batch tok fom 6. err... tapi taktahu lah respon dorg terhadap design tu macam mana. Aku akan tekad redha tabah aje kalau reaksi they ols suam-suam kuku atau sejuk beku ke hape. Lagipun aku assume dorg sekarang mesti tgh sibuk study dan focus on STPM ahead, takde mase sgt nak spend on t-shirt thingy. Kalau dorg tak berminat, ak boleh alter and re-design untuk others yang berminat. Their disagree isn't the end of everything. hohoh.

By the way, as for my self aku sangat puas hati. ini first time ak design t-shirt not by sketching and drawing but using my own lappy. tak kesah lah even merangkak-rangkak dan tersangat manual nak men-design nye , yang penting siap. It took my whole day and night kott. tak pasal-pasal, secara tak sengaja aku dah jumpa minat baru. In shaa Allah kalau minat on designing t-shirt ne tak fade away, aku nak try open small business on designing printed t-shirt  after stpm tahun ini. *smiling wink wink* I plan, Allah plan and HE's the best planner.


Style # 1
BG Color : White
Sleeve Color : Option
Type of T-shirt : Raglan Sleeve t-shirt












Style # 2
BG Color : Dark Purple
Sleeve Color : Dark purple (1 color/ piece)
type of T-shirt : Standard plain T












Assalamualaikum
Ok fellas.
Gnaidd

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillaahil hamd





Saturday, October 12, 2013

Jawapan Soalan 1-3 : Ekonomi Sem 3


Boleh rujuk soalan trial ekonomi dari SMK Aminuddin Baki

1.
(a) Pengangguran kitaran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi sesebuah negara atau disebabkan krisis kewangan global iaitu pengurangan kegiatan ekonomi di peringkat global. Pengangguran geseran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat tindakan buruh itu sendiri yang memilih untuk tidak mencari pekerjaan atau berhenti kerja secara sukarela.

(b) Dasar belanjawan adalah dasar fiskal mengembang yang merujuk kepada langkah kerajaan menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai. Penambahan perbelanjaan untuk melaksanakan projek-projek baru akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pengurangan cukai dapat menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat. Pelaksanaan langkah-langkah ini akan meningatkan pertambahan permintaan agregat dan menggalakkan pertambahan keluaran negara dan sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran kitaran.

2. Tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

i) Perbezaan sifat pekerjaan.
Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang selamat dan mudah akan dibayar upah lebih rendah berbanding buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang sukar dan berbahaya kerana pekerjaan yang dilakukan adalah berisiko.

ii) Perbezaan jumlah jam bekerja
Buruh yang diberi upah mengikut jam bekerja atau mengikut kuantiti keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama daripada buruh yang lain

iii) Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan tanggungjawab yang berat dan banyak akan dibayar upah yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang mempunyai tanggungjwab yang rendah.

3.
a) Cukai langsung adalah sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan petroleum.

b) Empat jenis cukai tak langsung

i) Duti Import
ii) Duti eksport
iii) Duti eksais
iv) Cukai Jualan

[notakaki] awhhhhhh.. sangat pening kepala. to be continue sooner. enough for today's note and revision. maap hanya sampai soklan ketiga. soklan 4, 5, & 6 ada yg kene KIV sbb lack in knowledge and quite difficult. soklan yang kene pikir panjang takley bawak buad masa sekarang. Adios

kelemahan jawapan :

:: taktahu peruntukan markah, susah nak bajet brp bnyk nk tulis, atau brp isi utama nk diberi
:: tak pasti bagi soalah nyatakan and diberi berapa jumlah isi yang diperlukan, sama ada perlu beri contoh ataupun tidak.

- sekian-





Friday, October 11, 2013

Soalan Trial Ekonomi Malaysia : SMK Aminuddin Baki, KL

Bahagian A:

1a) Apakah maksud pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.
b) Terangkan bagaimana dasar belanjawan menyelesaikan masalah pengangguran kitaran.

2) Terangkan tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan.

3a) Terangkan maksud cukai langsung.
b) Terangkan empat jenis cukai tidak langsung.

4a) Bezakan antara institusi perbankan dengan institusi kewangan bukan perbankan.
b) Terangkan peranan tiga institusi pembiayaan pembangunan dalam menjana perkembangan ekonomi Malaysia.

5) Huraikan tiga masalah yang sering dihadapi oleh peminjam bagi mendapatkan kemudahan kredit.

6) Huraikan tiga punca kemiskinan di Malaysia.


[notakaki] dalam hapdet seterusnyee.. In shaa Allah aku akn cari masa utk jawab semua soalan-soalan trial econs yang ini dan yg dari sekolah aku. *program cuti peristiwa. lol*  see ya :-)

Assalamualaikum wbt. 
Selamat tgh hari uols.


Soalan Trial Syariah Sem 3 : SMK Panglima Bukit Gantang


Bahagian A (Ayat Ahkam)

1.(surah al-an'am 152-153) 

(a)konsep syirik dan bahaya syirik


(b)ciri2 mukmin dlm ayt


(c)tggjwb pnjaga terhadap ank yatim




2(surah al-furqan 63-68)


(a)jelaskn ungkapan 


i)هونا


ii)الجهلون


iii)يبيتون


(b)cra mmbntuk individu yg berciri ibadur rahman


(c)cra mmbuang sifat angkuh dlm diri




3(surah al imran 103-105)


(a)sebab nuzul

(b)konsep amar maaruf dan nahi munkar serta pendekatan yg terbaik


(c)implikasi perpecahan akibat tidak berpegang kpd agama ALLAH




Bahagian B (Hadis Ahkam)


4(a)maksud sedekah jariah serta amln yg boleh dikategorikn sbg sdkh jariah


(b)kaedah mndidik utk melahirkn amln yg soleh


(c)kebaikn menuntut ilmu dgn menyatakn dalil yg berkaitan




5(a)jelaskn mksud ungkapan


i)القوي


ii)خير وأحب


iiiوفي كل خير


iv)فان لو تفتح عمل الشيطان


(b)punca kelemahan umat islamn hadis kini


(c)cra mmbina dan mengekalkn smgt bekerja kuat brdasrkn nas dan hadis lain




6(a)mksud hadis scara ijmali


(b)cara pemilihan pengganti pemerintah berdasrkn hadis


(c)pengajaran hadis




[notakaki] buad masa ne, taktahu sumber soalan trial ne dtg dari sekolah mana. Dah dikenalpasti

nanti, ak hapdet semule. Anyway, selamat mengisi cuti dgn perkara berpekdahh dan selamat 

cube menjawab ! *wink wink*