Sunday, September 8, 2013

Hai, Assalamualaikum wbt


Aku sedih sangat dalam seminggu dua ni.
Tak dinafikan jugak, rasanye aku dah layak dapat title budak cengeng
sebab asyik menangis and sensitipnye kemain lagi.
Sungguh-sungguh aku tahan diri aku dari meluah perasaan dekat blog ne
atau pun fesbuk. Berdasarkan makluman kawan-kawan aku, nampak
gayanya sikap aku yang terlalu zahirkan perasaan melalui status dan entri ne
tak berapa digemari. Aku pun dah lama tak bercerita buat sesi luah perasaan 
dengan member. Member lama ramai yang busy dgn degree, fly sana sini.
Member form six pun, well... busy jugak kann dengan PBS dan persiapan STP.
Tak habis-habis dengan cerita dan luahan aku yang semua orang boleh 
jangkakan tentang apa dan siapa, silap-silap kena maki.. nanti aku jugak 
yang makan hati. Hmm... baek takyah cerita. Even aku rasa nak sgt meluah 
rasa dkt diorang macam sebelum-sebelumnye. Kalau diorang tak benci, 
paling-paling pun mesti akan rasa bosan dengan cerita aku. Hmm...







# Achik, along rindu achik. Along tahan diri dari mule msg achik. Tak tahu lah
itu usaha demi agma, kepentingan diri atau usaha sekadar saje-saje. Allah jua
yang lebih berhak menilainya. Achik, along tak tahu kalau perasaan achik dkt along 
dah smpai tang mana. masih di tgh-tgh ke? Atau sebenarnye dah hilang ~
Yang pasti, along rasa perasaan along pd achik still mcm dulu. Perasaan ini 
mungkin kerana ikutkn nafsu, boleh jadi perasaan ini perasaan yg jujur dn benar ats dasar fitrah
atau mungkinlahirnya perasaan ni krn miskinnya cinta pd Allah dan Rasul. 
Along tak berani nak buat andaian sendiri. Achik, along rasa kekok sangat dgn achik
sekarang dan keadaan ne sangat menduga along. Tp along tgk achik okay je.
Baguslah. fokus belajar elok-elok. Along salu doakan kejayaan achik dunia akhirat. 





Thursday, September 5, 2013


# Hey guys... selamat stay up diucapkan bagi mereka yang stay up macam aku. It's already midnight. Anyway, check this out bagi B2UTY.. B2ST - How To Love. and tadi aku selongkar youtube jumpe cover piano lagu B2ST. Aku rasa piano cover lagu B2ST - Shadow neh memang cincaaa daebak! Aku suka. Ini hanya piano cover je wokeyhh.. sila jangan kaitkan dengan MV dia yg penuh dengan unsur iluminati itu. here the LINK, enjoy listening :)

Pengajian Am : Semester 3 : Dialog Utara-Selatan

Dialog Utara - Selatan merupakan sebuah forum melibatkan negara-negara perindustrian dengan negara-negara dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog Utara - Selatan merupakan sebahagian pertubuhan atau pelaksanan dan tindakan dari gerakan NAM. 

Matlamatnya adalah untuk membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi antarabangsa dan menghapuskan perbezaan ekonomi antara pihak selatan dan pihak utara. 

Forum-forum yang diadakan bawah nama Dialog Utara - Selatan ini bertujuan menggalakkan perdagangan antarabangsa & untuk mengatasi masalah perdagangan serta imbangan pembayaran negara membangun 

Negara-negara membangun yang menjadi pengeluar komoditi utama menghadapi masalah untuk memperdagangkan hasil komoditi utama seperti koko, bijih timah dan getah asli kerana pembeli yakni negara maju mengawal harga hasil komditi ini dengan cara yang lebih berpihak dan menguntungkan negara maju. Negara maju bukan sahaja menyebabkan harga komoditi utama yang rendah dan stabil malahan melakukan sekatan bagi import dari negara-negara dunia ketiga.

Forum ini mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan Dialog Utara - Selatan adalah berjaya menstabilkan harga komoditi getah asli, koko dan bijih timah dengan mewujudkan Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Koko dan Perjanjian Biji Timah Antarabangsa, berjaya mewujudkan Skim Keistimewaan Am (GSP) iaitu skim atau sistem pengecualian sekatan tarif atau sekatan duit bagi negara membangun yang berdagang dengan negara maju, kejayaan penubuhan UNCTAD dalam PBB dan penubuhan NIEO ( New International Economy Order) pada persidangan khas ke - 6 PBB yang digubal pada tahun 1974. Penubuhan NIEO membantu negara dunia ketiga dalam aspek ekonomi.

Namun begitu, forum ini akhirnya gagal kerana berlaku pertelingkahan kedua-dua pihak iaitu negara maju dan negara membangun (negara dunia ketiga) berhubung soal politik dan perdagangan. Forum ini juga gagal kerana terdapat hasrat menubuhkan Kerjasama Selata-Selatan.

# sekali lagi, harap nota yang tak seberapa ni boleh bagi manfaat kepada mereka yang membaca. Nota kalini adalah hasil dari pembentangan oleh Nur Asyiqin Sabki dan Norizuani Nazira dalam kelas Pengajian Am kelmarin. In shaa Allah ada masa sambung tentang Kerjasama Selatan-Selatan pulakk sebab sangat berkait dengan topik ini. BTW, tadi dengar lagu Sam Tsui and Kina Grannis - Bring Me The Night. hmm.. bestx3!! masuk dengan feeling jiwang akuh. ahahah. okeyyy, enjoy reading. Adios


Pengajiam AM [Penggal #3] - G77

G77 merupakan,
  • Kumpulan negara-negara membangun. Pada awalnya 77 buah negara, kini terdapat 132 negara anggota.
  • China turut menjadi negara anggota tetapi sebagai ahli bersekutu yang mana tidak boleh terlibat dalam menetapkan satu-satu keputusan.
  • Sidang kemuncaknya diadakan sekali dalam tempoh lima tahun : ketua-ketua akan bermesyuarat, bertemu, berforum dan sebagainya
TUJUAN PENUBUHAN G77,
  • Untuk meningkatkan kepentingan dan identiti negara-negara membangun di peringkat PBB atau di peringkat dunia/global.
  • Untuk mempromosikan pembangunan ekonomi negara-negara membangun bagi mearik minat pelabur-pelabur asing dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun.
FOKUS PERSIDANGAN,
  • Fokus persidangan merangkumi isu - isu berkaitan perdaganganm ekonomi, pembangunan dan politik.
  • Antaranya isu-isu yang pernah dibincangkan :-
  1. Membincangkan masalah berkaitan ekonomi, politik dan sosial yang berlaku di negara-negara membangun.
  2. Memperjuangkan dan menjaga penduduk di negara-negara membangun dari eksploitasi oleh negara maju : contohnya seperti - sistem perdagangan yang tidak adil serta hanya menguntungkan negara maju sahaja dan isu buruh negara membangun yang dibayar upah secara tidak setimpal.
  3. Melindungi kebajikan penduduk ngara-negara membangun dari dipinggirkan
  4. Meningkatkan penyertaan negara-negara membangun dalam isu/ soal melibatkan ekonomi, sosial dan politik.
# Wokayyy.. sangat ringkas. Ini nota tentang G77 berdasarkan penerangan yang diberikan oleh cikgu Peng. Am aku, En. Shaharuddin Bin Abu Kassim. Terima kasih cikgu! Harap dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua. Selamat mempersiapkan diri untuk exam November ini!!


All Out Confession - Throwback 2012

Assalamualaikum. Selamat malam kalian.

Alhamdulillah, setelah 3 hari tak online sbb unifi rumah kena potong..
akhirnya aku berpeluang untuk berblogging lagi. *yeayy*

Hepi rasa hati tgk post view yang tinggi. even tak sampai ribu-ribu view gaya retis tuhh...
tapi dah teramat sangat gembira dan berbangga. Aku rasa nk teruskan usaha buat nota dalam blog.
sebab aku suka and disebabkn ade viewer juge. In shaa Allah, berkat perkongsian ilmu ini, aku harap makin kuatlah ingatan aku tntg apa yang aku dah belajar. Kannn ~~~
Aku rasa, aku bleh leka dengan blog dan study cara ini.
Get busy, so hati pon tak terganggu nanti. Well, entah kenapa couple of days ne aku makin sensitif bila teringatkan dia. aku rasa die rileks je. hmmm....

btw, ini flashback nukilan aku tentang zaman lower 6 aku di SMKA Maahad Hamidiah.
Ditaip dlm evernote.com aku pada 13 November 2012.
saje jee nak tayang kat sini, demi kehendak sendiri. Boleh abaikan je. silakan :)
nak baca boleh. jangan komen-komen tawww. sebab gaya bahasa memang hancus lah kann. ahahah.

# sangat jeless dgn Abe; kucing kesayangan akuh yg aman damai je membongkang kat tepi neh.
aku pulak baru terhegeh-hegeh nak menaip untuk PBS Arab. Ikutkan hati taknak buad jeh taw. Malas. ahahah.. tapi sebab ramai yang dah submit PBS mereka, malu lah pulak kalau aku ikutkan ajee kemalasan aku neh. Hmmm.. paham ke aku, tulisan klasik abah aku neh? Alahaii....
*Bismillahirrahmanirrahim* Semoga dipermudahkan urusanku u.u"



Tmptku bukan di situ,
Nmun utk menolak ak xmmpu,

Ini bukan soal hatiku,

Ku terima krn ayh dn ibu

Saatku melangkah,
Aku menapak dgn lemah,

Tanpa rasa ghairah,

Menyambung pengajian di ting. 6 bwh,
Sekali lg di Maahad Hamidiah,
Dlm diam kupendam keluh-kesah


Aku keseorangan,
Ketika berjalan aku sendirian

Ketika mknku tidak berteman,

Kulalui hariku yang serba kesepian,
Dgn segenap usaha kutempuh kejanggalan,


Hari pertama aku di situ,
Hanya kukenal rakan di belakang dan di sebelahku,

Yang lain masih membisu,

Dan aku terdiam kaku,

Suatu pertemuan,
Yang menjadi permulaan,

Apakah kebetulan atau ketentuan?


Saat kita saling tak mengenali,
Ada rasa yang berbisik dlm hati,

Tntg lelaki ini,

Yang pertamanya kutemui,

Senyumannya memikat,
Guraunya bertempat,

Bicaranya berhemat,

Walau sekadar bertukar pendapat,

Pertemuan aku dan dia hanya terhenti di situ,
Seolah mencalit warna pd hari kelamku,

Tinggallah aku setelah dia berlalu,

Andai dikenang psti terukir senyumku,

Siapa namanya?
Apa gerangan orangnya?

Perasaan aneh apakah yang mengusik jiwa?

Sedangkan baru sekali berbicara bersama,

Perasaan itu aku abaikan,
Bagai angin lalu kulepaskan,

Aku tak ltkkn hrpn,

Bimbang akn bertepuk sblh tgn,
Lalu ku putuskn utk jalinkn persahabatan.


Pantaskah aku berteman dgnnya??
Kita bukanlah dlm kelas yang serupa.

Teringatkah engkau akanku sekira kita bersua?

Atau pertemuan itu ibaratnya tak pernah tercipta?

Monologku berlanjutan,
Dlm benakku berlegar segala mcm persoalan,

Tanpaku sedar Tuhan memberi jwpn.


Kusangka akn menyendiri xberkesudahan,
Rupanya aku silap membuat percaturan,

Bukanlah selamanya sendirian tak berteman,

Masa adlh keperluan,
untuk aku sesuaikn diri dgn persekitaran.


Seni dan lukisan adlh hidupku jiwaku,
Muncul seni maka aku tak sepi,

Dgn seni aku tak mati, 

Lukisan jadikan aku ketagihan, 
Biar mereka tahu aku dan seni tak dpt dipisahkn,


Saat aku ambil keputusan,
Dinding kosong itu kucorakkan,

Maka tercorak jugalah sebuah kehidupan,

Dgn kisah yang tak dijangkakan.

And here, my story begin

Aku tersenyum,

Sekali lg kita bersua
Terjadi lg sesi bertukar bicara

Dlm diam kukorek rahsia

Aku dgr segala cerita
Demi mengenal hati, budi dan jiwa.


Kita semakin rapat,
Buat aku melupakan tekad

Kite bersama utk satu amanat,


Saat itu apabila rasa mula bercambah
Harapanku kian bertambah

Berkalungkan rindu yang membuah


Dlm diam
Aku pendam

Tiada dendam

Tanpa kau hariku kelam