Friday, June 8, 2012

Video Terbaekkk


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia




Malam ne aku dan Huda pekena layan video kat youtube jeh. korang try layan. InsyaAllah tak sia2.


by MATLUTHFI



"Nobody's going to present you the truth, look for it instead." matluthfi






by MRTHEALLSHARED :)





"BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN! Lebih bahaya kalau cinta bukan untuk kahwin. "




seriously kelaka. But anyway, harap dpt kutip pengajaran dari video neh. "jom kawen jom. ahakss"


[notakaki] Syahida hari ne tak banyak pergerakan sgt macam semalam. letih kott. katil dia dah berpindah ke ceruk sikit supaya jauh dari pesakit lain. pihak hosp. take precaution takut ada jangkitan kuman memandangkan dia baru pas buat pembedahan kecik semalam. nauzubillah, mintak jauh dari mudharat bagai.

Thursday, June 7, 2012

Didik Diri dengan SABAR :)


"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.." - drCINTA


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Lawatan ke belog2 yang aku follow pada tgh malam ini telah menemukan aku dgn entry latest dari drCINTA. Terasa terkena je  entry beliau dgn current situation ak skrg even aku tak berapa pasti sama ada genre entry tu tntg cinta ataupun umum; Wallahu'alam.

Baca tajuknya saja dah boleh buat pujuk hati yang resah dek keadaan adik aku sekarang. Aku yakin dan InsyaAllah akan bertambah yakin - Sometimes Allah takes everything from us so we can learn the value of stay strong. YOSH. time abah ada dekat rumah sekejap after Maghrib tadi, abah pun pesan benda yang sama dekat aku. Suruh aku kuat and tak putus asa usaha dan tawakal pada Allah nk hadapi dugaan sekarang. Mana taknya, dalam yakin2 aku pon... tertewas jugak aku dgn keadaan skrg yg adakalanya lebih men-tension-kan dan lebih sukar dr biasa. Mulalah time tuu, rungutan and keluhan keluar dr mulut sesedap rasa jeh. *istighfarbebanyak* Sedangkan aku tahu solusi terbaik dn termudah utk dipraktikkan adlh sabar. tang tuu pon aku kalah gak nk praktikkan. Nampak nor takkuatnyeh menghadap dugaan yang tak sehebat dugaan utk adik aku di hospital tuhhh. 

moh usya ayat drCINTA merangkap ex-senior aku. ahaksss..
Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.

Amin ya Rabbi.. aku pon harap gitu dalam setiap doa yang aku panjatkan pada NYA.
aduhai hati neh, mohon tak mudah melatah dgn dugaan neh macam yg terjadi Maghrib td. lemah betoi antibody iman aku neh. Bukan aku yang terlantar di wad, tp aku punya keluh tuu lebih lg dr adik aku sorang tuhh. *hampabetoi*

Panjang ayat abah nak pujuk anak sulung dia yang tak berapa tough neh. Antara kata abah, 
"Ujian utk kita sekeluarga ini kerja Allah swt, yang menjalankan hamba NYA; macam abah berulang-alik ke hospital setiap hari juga adalah kerja Allah. Alhamdulillah setiap perjalanan abah, Allah permudahkan dan Allah jaga keselamatan abah dan umi sehingga selamat sampai jumpa anak2 di rumah. Lihatlah, dalam Allah uji kita, Allah masih curahkan rahmat NYA. Mungkin kita ni sebenarnya masih kurang syukur kepada NYA"

Haaa... betul gak tuh. mungkin banyak lagi kekurangannya. lepas2 neh kena belaja utk lebih bersabar dan sentiasa syukur dengan nikmat gamaknyeh. :) saranan drcinta, beliau ajak buat qiamullail. uhuksss~ katanya "kita qiam bukan sebab iman kita kuat, tetapi qiamullail itu untuk menguatkan iman kita; Allahurabbi" InsyaAllah aku boleh try utk istiqamah ikut saranan tuu.

Last dari aku tgh malam ne... terimalah [MOVIE]NASKHAH CINTA RASULULLAH. benda baik eloklah dikongsi, tak gitu? :D lets improve to be a better ummah wif this ohsem effort from IPG Perlis. ahaksss.


              

yang MENYELERAKANNN


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia



Too loveable to eat. err~ laparnyeh tgk makanan.. :|


Apple Almond Tart :

adekerr adek aku kata mende alah kat atas neh keropok moni. cess -..-'


Creme Caramel Pudding :

omo!! my favourite and my experts too :) THE BEST.



[notakaki] apa motif entri neh? ahhh, seriously sebenarnyeh aku tgh kelaparan sangat petang ne. tu yang menyelongkar sweettreats tuh. YOSH! I'm starving lerr. 

Tuesday, June 5, 2012

TIADA DUKA YANG ABADI :'|


[mendengar Tiada Duka yang Abadi by Opick]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia :)

Err~ apa khabar korang semua? Aku sentiasa doakan yang baik2 utk uols, no worries.

Terasa macam dah berabad tidak mengapdet belog sedangkan baru seminggu lebih. Adakah hidup aku sekarang ne berada dlm keadaan fast-forward? Ahahahah. -,-‘ lame. Taklawak pon, aku taw.

Syahida :’(

Guys, masuk hari ne (5 Jun 2012) sudah sepuluh hari adik perempuan aku yang kedua dimasukkan ke ICU atawpun nama spesifiknya HDW (High Dependency Ward) di Hospital Serdang. Selama sepuluh hari ne gaks lahh dia tak sedarkan diri. Wallahu’alam lahh nak kata koma kehape. Tapi setakat ini, Alhamdulillah sbb bila di-scan otaknya didapati tiada sebarang damaged cell yang memungkinkan keadaan adek aku bertambah-tambah kritikal. Aku anggap adek aku taksedarkan diri sebab ubatnya terlampau kuat dan dia still takterdaya nak bangun. Selebihnya, macam yang ayah aku pesan pada kami adek beradek… ‘kita serahkan segala-galanya pada Allah swt.’

Huda dan Syahida

YKW, aku tak pernah sangka keadaan akan jadi macam ne. maksud aku… keadaan yang sgt merisaukan, menyedihkan mendilemakan, men-tensionkan dan sangat menduga keyakinan. Lebih tragis lagi sebab adek aku start masok ICU on my birthday; 27th May yang lepas. Yosh, ianya satu tamparan yang sangat hebat utk menghadapi adek yg semakin menunjukkan positive progress tiba2 dimasukkan ke ICU dlm keadaan taksedarkan diri pd hari jadi sendiri.

Setiap hari kami satu family mendoakan agar dia sedar. Tapi dia tetap xsedar. Pergerakan2 kecil pada mulut and kelopak mata dia betul-betul melegakan. Even ia tak dikira sebagai sedarkan diri, at least it is much better drpd tgk dia terbaring kaku semata-mata. [sobingss]

Like my parents yg sometimes diganggu dgn soalan ‘dia ne akn sedar ke?’.. aku jugak tak lari dr disoal mcm tuu dlm diam. Apa yang aku perlu lakukan adalah terus yakin yang Allah mendengar doa kami satu family. Aku yakin sebab aku sendiri pernah terbaca bahawa Allah akan perkenankan doa hamba NYA yang bermohon kepada NYA. Dia dekat dengan hamba NYA. Sesungguhnya kekuasaan Allah meliputi setiap yang ada di langit dan di bumi serta setiap sesuatu yang ada di antara keduanya. Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA. DIAlah yang beri penyakit dan DIAlah yang akan menyembuhkan sekiranya itu yang dikehendaki NYA.



Aku benar-benar harap yang dugaan serupa ini hanya dugaan untuk kami waktu cuti sekolah ini shj.  Sebagaimana ia bermula betul2 time mula cuti sekolah, aku harapkan kalaulah ia dapat berhenti bila cuti ini berakhir. Wallahu’alam. Aku serahkan pada Allah yang Maha luas pengetahuan NYA. Aku ne manusia yang lemah; cuma mengharap dan berharap harapan aku diperkenankan.

Ayah dgn mak aku khususnya, tak pernah penat dgn ikhtiar dn usahanya. Baik dgn rawatan hospital, rawatan secara Islam juga diberikan kpd adek aku melalui bacaan ayat2 amalan dari Al-Quran. Hanan dulu sokmo bagitaw ak, Allah melihat pada usaha kita. Quote ne dah tak asing lagi dlm hidup ak. Selebihnya kita tawakal laa. Allah pasti beri keputusan berdasrkan usaha kita kan.. Aku akn pegang mnde ne. doa aku, biarlah aku dan family tak putus harap, tak putus berdoa dan tak henti berusaha. Semoga Allah pandang usaha kami dan berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga mcm yg kami nak. Aminn.

Satu lagi mende yang aku dok semat dalam kepala aku. ‘Khabarkanlah berita gembira bagi mereka yang sabar’ Aku salu gak doa, moga2 kitorang neh tergolong dlm golongan berkenaan. Dgn harapan agar berita gembira seperti yang dijanjikan Allah itu akn dikhabarkan kpd kami. Janji Allah itu pasti. *yakin x100*

Walaupun yakin dan akan terus berusaha mendoakan adik aku. Hiba dan sedih konpem tetap dirasa. Yelah, bila adek aku sakit xsedarkn diri mcm ne.. salu la ak terbayang waktu2 lepas yang kami lalui bersama. Dulu dia bersama kami tp skrg dia sorg2 kt katil wad tu hah. Sakitnya tuhh mestilah dia lebih rasa. ‘Takpe, Allah ada dgn kami semua.’ *kena yakinkan diri* Aku doakan agar keajaiban akan berlaku. Even Dr. kata adek aku kritikal, tp klw Allah hndkkan dia sembuh, msti dia akn sembuh jugak



 Abah kata kat aku and Huda. Mungkin adek tuh nampak je sakit, supaya kita2 yang tak sakit ne amek pengajaran dr apa yg dialaminya. Siapa yang tahu klw dlmnnya itu tak sesakit gambaran luarnya. Semua kerja Allah dan aku sentiasa harapkan Syahida kuat semangatnya, InsyaAllah..

Kami bertiga satu ketika dulu, yang menggelabah dan poyo dpn camera <3

“SEMOGA CEPAT SEMBUH SYAHIDA” – aminn ya Rabbi

Saturday, May 26, 2012

My Eighteen :)






TERIMA KASIH UMI KERANA MELAHIRKAN
SAYA; Norfarhatul Eizah Bt Kharunnaim :) PADA TANGGAL 27 MEI 1994.

TERIMA KASIH UMI  KERANA TELAH MENJAGA, MENDIDIK,
MENGASUH DAN MENYAYANGI ANAK MU INI.
yang selalunya terlebih manja tak kena tempat.

terimakasih kepada friends yang wish. ODAH.. kamu yang pertama. thanks umi n abah yang tak lupa birthday saya. Syahida pon sama! semoga cepat sembuh ya dik, InsyaAllah. THANKS ANDREW for  such comforting words u gave. tengs Izzah kerana tak lupa aku. belajar rajin2 kat UPM tuh.  :D "saya tunggu awak wish..saya ingat kan awak takkan wish saya n jadi org terakhir . :| tengs anyay, jazakillah!"