Sunday, August 25, 2019

슬픈 사랑 : Sad Love


Hi there,
(if there's any).

Okay let's get this stuff straightaway outta my head. Been thinking about this one friend since ever I could remember.

Lama betul rasanya dia saja dalam kepala. Most probably sebab menjelang tahun terakhir di universiti dulu aku banyak perabis masa dengan dia. Thou I'm the one lah yang duk beria-ria, kan. But, regardless. I bet likely now I'm missing all those times I had spent together (with him). That had make me feel someway. Especially these days. 

And plus. Dalam banyak-banyak kenalan, dia paling susah aku nak reach out to, nak bertanya khabar, nak bersembang nak mendapatkan feel serupa macam dulu kala. At least kalau aku rindu orang lain tu, dandan bokeh lunas terus. Aku tak tertahan-tahan pulak dengan fikiran sendiri yang bukan-bukan. Agaknya (?)

Susah nak reach out to, tu mungkin sebab aku punya twisted mind-lah. Sepatutnya whatsapp je lah kan. My bad. Tapi entahlah. Rasa mcm kalau whatsapp nanti, ibarat datang tak berjemput balik tak berhantar begitu. Maaflah. Teruk betul ada fikiran macam ini dengan kenalan sendiri.

Tapi benda yang tidak terlunas, itulah yang makin hari makin bertunas. Benda? Rindulah kan tu.

Gila tak rindu? Dia nilah yang kaki membebel suruh kemas bilik JKPS dulu petang-petang (tapi time tu orang lain pulak tak ada. Aku je lah yang dapat laba. Haaaa ~) dan yang end up tolong kemaskan juga kemudiannya (setelah menegur tu). Orang lain tak tahu manapun. Tahu² balik, tongkang pecah sudah kembali jadi bilik. 

Seperti beberapa orang lagi kenalan dari universiti yang rapat dengan aku, dia tak terkecuali ikut bagi pandangan dan nasihat dalam banyak hal. Inilah, yang kalau diingat balik sekarang, memang terhutang budi sangat. Manakan terlunaskan.

So basically dia ni aku kenal awal2 dulu sebab dia datang untuk wall climbing. Zaman aku jadi budak kembara, dan dia datang untuk cuba-cuba. Sembang pasal kuku weh. How odd that sound, nahh tapi sampai harini aku rasa kuku itulah yang tercantik sekali. Tak, kuku lelaki masalahnya ni. Haruslah aku teruja. Dan lepastu jumpa masa Evec Family Day dan yada³... Jumpa di situ dan di sini sampai akhirnya jadi kawan seangkatan. Sebab satu batch dan satu kolejkan. That's explain why.  

Dia ialah, orang yang bagi nasihat masa aku sangat-sangat-sangat perlukan teguran. Tak silap aku, zaman mental breakdown is zaman pegang jawatan yang kemudian ada konflik pula sesama ahli lain yang berjawatan. Masa itu teguran dia macam berdas-das peluru tu dia head shot-kan aku. Sebab straightforward, jenis pesan suh gi balik mengaji baiki balik hubungan dengan Tuhan. Gila aku tak tergamam. Dapat nasihat rupa itu sem awal-awal jugak tu. Member lelaki aku zaman universiti, tak nampak thiqah pun sorang-sorang. Dengan aku, aku sekali macam entah hape-hape.  So awal-awal memang takde expectations. Tapi sebab yang dia bagi nasihat tu lah, baru aku ni celik sikit dari kusut waktu itu. Sumpah memang asbab. Memang lekat dalam kepala. Dia yang teman makan, yang panggil aku teman dia makan.  Yang jeling orang macam mak tiri. Yang suka melukis, yang weird esfak, yang sarkastik, yang gi mandi sungai-swimming pool bbq-berkelah sama-sama. Yang aku tunggu habis kerja masa peskon-30, yang aku hype gila nak berjalan ke peskon semata nak tunggu dia habis kerja. yang bawa kitorang #gegadisedinburgh tour obike (hampir) satu uni, yang teman aku sekali dua masa jaga lounge. Yang masakkan maggi bukan main beresipi lain dari orang; istimewa beno, yang naik Ferris wheel dengan aku lepas dihantarnya audio pekik jerit membalas whatsapp aku. Hahah. Tu dah sem hujung² tu.  Yang demam lembik macam hape haaa... Good sight lah. Sebab dia dah demam so tak kuasa jugak nak berleter-leterkan? Heh. Yang nampak garang (ke dengan aku je? Haih sebab kalau dengan orang lain, perempuan especially tak pernah dengar pulak aura mak tiri dia keluar), tapi aku optimis je dia ni jenis yang banyak beralah dengan orang. Sangat banyak tbh. Jenis tak lupa, tapi at the end of the day seorang dia akan take things as "let go jelah dari dipanjang-panjang". Kott lah. Mulut berat macam ada emas, tapi dia punya twisted mind mungkin lagi berbelit dari aku dengan kebimbangan yang maha banyaknya tak serupa macam dia punya luaran dan kesenyapan tu. Dia yang tukang komen bila aku memasak. Adeje tau garam gula tak kena dengan rasa lidah.

Yang teman berjalan dengan aku zaman aku kerja mini mart, sambil teman lepastu siap warning aku supaya jangan terlalu percayakan org lain. Dengan dia-dia sekalipun jangan terlalu percaya. Sebab ada masa, semua orangpun ada bahagian setannya, katanya. 

Siotlah, menangis pulak.
Dah tua-tuapun aku sendu lagini. Macam tak kena kan? Sebab tengah demam ek, suey dan swing jadinya aku. 

Banyak lagilah benda yang kalau ditaip bukan main panjang lagi jadinya. Yang itulah, yang inilah. Yang pandai menari. Yang pandai melukis. Yang pandai mengomen. Ada sekali tu berpakat pakai bedak sejuk sama-sama lagi. Wah yakinnya aku berpakat yang macam itu. Yang dah berbuih mulut kalau bab ingatkan aku jangan jadi bodoh sgt dok sukakan orang yang end up mempergunakan aku. Tapi aku macam gitu jugaklah. Lima sem haukk dok tak berubah. 

(sumpahlah) Rindu teruk. 
Buat malu je kan.

Banyaknya yang aku (pilih) ingat adalah jasa-jasa dia dekat aku. Dan sejujurnya entah setimpal atau tidak apa yang aku bagi balik pada dia sepanjang perkenalan? 

Sebab rasa teruk, dan tetap tak berkeyakinan nak whatsapp (atas adalah entah-apalah sebabnya) maka aku taip di sini. Harap lepas hambur-muntah, tidakla sendu (baca: rindu) lagi macam gila. Macam bodohpun ada.

Dah dewasa worthy lagi perasaan-perasaan semacam ini? Hm.

P.s. Semoga Allah balas balik mana yang baik-baik dengan kebaikan yang terbaik di sisi DIA. Semoga Allah bagi engko jadi orang yang baik atau tidakpun yang tak give up untuk jadi baik, kesihatan yang baik, peace at heart and ease at mind (wah sukahati je aku reka ayat), jadi macam yang aku kenallah. Atau better. Silalah ketawa selalu² macam yang dalam gambar tu. 

Self claim : entri ni obviously dari pihak aku sahaja dan dari sudut pandang aku. Kalau kata dia tak recall, iyalah tu. Kalau dia tak high regard aku macam aku high regard diapun logik. Sebab seseorang ni ingat apa yang dia nak ingat. Dia kepada aku, mcmtu. Aku kepada dia, cerita lain. Dan terserahlah.

He's a gentlemen, and cute in someway. Such charm works on me. Thou, scary in some other way, pun boleh jadi.

Akupun berani gebang ginipun sebab dekat blog sendiri je ni.

Thanks. Sangat-sangat. 

Thursday, August 1, 2019

A du'a of mine

Biasanya di malam-malam sebelumnya yang tidak boleh segera lelap dan lena, fikiran aku akan lebih terisi dengan risau tidak tentu hala, sejenis bimbang yang dipanjang-panjang entah hape-hape. Salahkan diri sendiri, yang suka memikir semua perkara dalam satu-satu masa. Lebih-lebih lagi memikirkan hal-hal sekitar yang bukan dalam jangkauan kemampuan diri sendiri (tentang bagaimana nak menguruskannya atau mendepaninya), lebih-lebih lagi memikirkan urusan mendatang (yang sedangkan esok lusapum belum dijamin hidup. Tapi berfikir sakan, macam.. "Yakinnya kamu," gitu).

Tetapi malam tadi, tak semena-mena ter-sentimental pula. Sebak sebab terdetik betapa khilafnya diri sendiri. Khilaflah, dok meletak bimbang di bahu sendiri. Sedangkan apa-apa perkarapun sepatutnya konsepnya adalah diserahkan kepada Allah swt. Apa yang ditakdir terjadi tetap akan terjadi. Dan apa yang tidak, akan tidak terjadi jika Allah berkehendak. It's a groundless worries. Berbanding risau yang sampai susah nak lena, adalah elok convert setiap satunya sebagai doa. Sejenis self-realization sambil berbaring. Itu yang, lalu sebak.

Dan dalam banyak-banyak hal yang dirisau. Itulah, salah satunya yang dah ditukar jadi doa. Doa dulu, lalu ditaip balik. Kalau ikut dalam kepala lagi berkecamuk susunannya. Apapun, kurang lebih begitulah harapannya.

Dan banyak lagi. Semoga setiap hal yang dibimbangkan, kelak dapat ditukar jadikan doa dan pengharapan. Semoga kalau jadi, Allah jadikan kita bersedia berdepan dengannya dan memberikan kekuatan. Begitu juga sebaliknya. Allah-lah sahaja tempat bergantung dan Allah, DIA sebaik-baik penolong. Hasbiallah wa ni'mal wakil, ni'mal mawla wa ni'mannasir. Allahumma aamin. 

Monday, July 8, 2019

I am never good enough

It feels off to feel upset at this age. Yet, I still do sometimes. Nah, quite oftentimes TBH I must say.

Suddenly this thought pop out in my head like how great it could be if I have this switch inside me so I could simply just switch off any upsetting feelings-thoughts or rage out of myself whenever I am experiencing it, whenever I am at it.

To be upset, is upsetting enough. But worse come to worse is when the feelings get draggy like from heavy to even heavier. Which from it just affecting my mood-myself, to me affecting others as well (as I am being emotional). I dislike this part much; where an upsetting matter ever get prolonged. ugh.  But i am not that good yet to avoid such. Thus, a switch will be very handful on me.

I really want to just snap out of it, like SNAP! — and it gone, and I am back to normal. Especially on productive days, moreover during my happy times, being upset might do a great damage and ended up ruining the whole thing.  I wish to know if there's any trick to just let go WHATEVER the matter are. Because I know none. The method I have seems not to work well on me.

Not to be too serious. I know even the best cure to the heart. Like reciting isti'azah, istighfar, reciting quran, solat, zikrullah. Yeah sure. Of course in a deeper and darker matter (even) I was out from it that I've done several indeed. Never felt like doubting those too. I still will do that the very same.

But a quick trick too, why not? Like the "all is well" spell thingy. Like I've mentioned above, a so called switch please. That you can just do it on-the-go, in a blink of eye. I wonder if others' have their own way of overcoming their upsetting thoughts and of ill feelings straight away. I am in need of any useful tips. Who knows it might helps me as well. Wanting to be better in upsetting-thought management. I am dead serious here ')

P.s. not sure about others, but closest people upsets me deeper. Logically, family does even more. So yeah, I don't want to get upset over them. Rights or wrong ain't really matter, but the right to obey-to maintain the silaturrahim is a certain order. Simply, I aspire to be better at that. For I am sure that I am not good enough. Not even closer to.


Saturday, May 11, 2019

Masakan Makjah : Puding Roti Karamel Lemak Manis


Assalamualaikum.

Semalam dengan jayanya buat puding roti karamel. Memandangkan tak jumpa redipi simple yang lama, makanya mencuba cara baru. Alhamdulillah sambutan memberansangkan (LOL even dalam rumah je jamunya padehal). Bagi mengelakkan kelupaan, sebab cadang raya nanti nak buat lagi... makanya akan dikongsikan di sini, cembesolah.

So lets Puding Roti Karamel Lemak Manis

Bahan-bahan gula hangus / karamel:-
Gula 2-3 senduk
Air panas 3 sudu makan

Bahan-bahan puding :-
A-
Roti 3 ½ keping (diracik kecil)
Susu pekat ½ cawan
Susu sejat/cair 1 tin
Air suam 1 tin
Gula 2 sudu makan

B-
Telur 4 biji (dipukul kemudiam ditapis)
Esen vanila ½ sudu teh



Cara membuat :-
1. Panaskan periuk. Masukkan gula. Pastikan api sangat kecil supaya gula tak hangit. Agak agak gula dah mencair dan keperangan masukkan air panas dan gaul sampai betul-betul cair dan perang pekat.
2. Gula hangus yang dah menjadi, tutup api dan tuang gula segera ke dalam bekas/loyang hidangan. Pastikan ia melapisi seluruh permukaan bekas/loyang. Letak tepi.
3. Masukkan bahan A ke dalam blender dan blend halus sampai sebati semuanya.
4. Campurkan bahan B sebelum dimasukkan bahan ke dalam blender dan blend dengan bancuhan bahan A, sekadarnya agar sebati.
5. Tuang bahan-bahan puding yang dah di-blend semuanya ini ke dalam bekas hidangan yang ada lapisan gula hangus tadi.
6. Kukus selama 25-35 minit. Biar sejuk sekejap. Kemudian masukkan ke dalam peti. Dinginkan dan sedia untuk dihidangkan.




Tuesday, May 7, 2019

Masakan Makjah : Sambal Terung (Simple)

Hai. Assalamualikum
Salam 2 Ramadhan.

Pre P.S. Aku baru sudah buat dadih bandung ni haa. Thou, tak confident akan helok ka dak sbb ada ubah sukatan la apa. So kalau jadi, boleh up untuk posting next sharing #masakanmakjah.

Nevertheless, right now nak share pasal masakan buka puasa semalam. Simple sajoo, buat Sambal Terung.

Ok, letsss. Bahan-bahannya..
- terung 3-4 biji. (aku pakai yang kecik. And masak untuk 4 orang. So that's that)
- kunyit secubit dua (untuk gaul pada terung)
- cili bo. (dalam 2-3 senduk bulat)
- bawang dipotong bulat ½-1 biji
- bawang putih 2-3 ulas (ketuk leper)
- halia 2 rincih (nipis sahaja, panjang dlm 1")
- air kosong (masak ke tak, tak kisahlah)
- garam (most probably) ½ sudu teh
- gula 3-3½ sudu makan.

Cara-cara memasaknya :-
1. Terung potong ikut saiz makan. Mula² belah menegak dari tangkai ke bawah. Then potong serong. Tangkai buanglah. Bilas bersih terungnya then gaul rata dengan secubit kunyit dan garam.
2. Goreng terung tadi sampai masak ya. Boleh goreng dip fry. Tp pakai minyak takyah banyak sangatpun ok je. Boleh goreng jenis kaup balik. Ketepikan, buat sambal pulak. 
3. Baki minyak yang goreng terung tadi, supposedly kalau sukat tu adalah 1-2 senduk banyaknya. Masukkan bahan tumisan, bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sampai betul² naik bau. Bawang potong bulat kan, so make sure setiap lapis bawang tu terlerai satu-satu.
4. Masukkan cili bo. Masak dalam 5-7 minit sebelum masukkan air 1/4 cawan. Ulang dalam 3-4 kali untuk 30-45minit memasak sambal.
5. Selepas cawan air yang kedua terakhir atau yang terakhir, bolehlah letak garam dan gula berturutan.
6. Korang akan perasan sifat sambal tu, dari merah terang, dah ke.merah gelap dan berkilat sikit sebab dah pecah minyak elok. That is nice. Masukkan terung goreng tadi. Biar kejap dal 5-7minit dalam sambal.
7. Angkat dan hidang.





Tips.
Lauk sambal sayur ni, ngam kalau makan dengan ikan goreng. Bagi akulah. BTW, resipi sambal kalini lain sikit je dari yg sebelumni (dalam Sikmok Jah) sebab kitorang kehabisan bawang ya anak-anak. So, bawang limited to sebiji per lauk. Kalau tak ak dah blend bnyk-bnyk, buat pesen sambal haritu. Nvm. Lauk laku, boss kata sedap. LOL

P.s. Semalam umi masak, ikan masak lemak cili api. Aku masak sambal terung and jemput kentang. Soooo... Kalau rajin, nanti boleh share hat jemput pulak. Jgn high expectation, sebab tak fancy langsung!! Hahah.