Thursday, August 4, 2016

Siri Sintok : Semester Empat 2016

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Lama dah bercita-cita nak menaip entri dan berkongsi itu ini (sikit) tentang pengalaman di Universiti Utara Malaysia sepanjang semester kedua sesi A152 . Akhirnya, berjaya jugak nak memulakannya.

Banyak. Banyak gila yang terjadi dan sebenarnya banyak yang nak dicerita.
Kita tengoklah macam mana. harap "siri sintok" dapat disempurnakan kepada beberapa entri.

Np Remix Alan Walker & Sia - Faded; Cheap Thrills

Sekarang tengah cuti sem, kann.
Bila recall balik sem lepas yang dah berlalu, mulalah rasa macam "eh, tak sangka sem tu dah berlalu."
Sebabnya, masa nak mengharung sem lepastu... bukan main lagi dia punya onak ranjau dia. Turun naik kehidupan masatu rasa macam dramatik dan drastik sangat. kalau happy, happy sungguh. Bila tengah retak dan rabak tu, bukan main lagi. Sampai membawa kepada nak acacah bunuh diri kateorang. A kind of thug life, yiu can say so.

Sem lepas dimulakan dengan cerita MSK intake febuari dan diakhiri dengan kisah perjalanan balik dari Stesen Bas Changlun ke Terminal Bas Selatan. Di tengah-tengah tu, adalah cerita pasal MAET2016 dan macam-macam lagi yang dilalui tiap-tiap hari. Secara umumnya, personally bagi aku semua yang dilalui memang manis je kalau diingat balik. Almaklumlah dah berlalu dan jadi sebahagian pengalaman, maka mengundang senyum jugak kadang-kadang. Tapi ada jugak dugaan yang kesannya terasa lagi sampai saat ini pun. Semoga segalanya bertambah baiklah untuk semester akan datang.

Kenapa nak buat entri?
Entah. Aku saja nak luahkan - penghargaan, permohonan maaf, hal yang tak dapat diucap secara bersemuka, and ada lah lagi. Walaupun tahu, tak ada yang membaca pun blog aku ni. I just feel to post them here. This is my site; my talks and thoughts anyway. Aku nak cerita, pengalaman apa yang buat aku sakit sangat sepanjang dekat sana semester lepas, hamba Allah yang mana yang aku sayang sangat macam takboleh lepas and such. Mende cenggitulah. Dah lama teringin nak berceritanya. Qadha' balik segala yang aku rasa masa tiap peristiwa jadi, yang aku terpaksa simpan dan tak dapat nak lepaskan pada sesiapa.

end.
see you when I feel to see you.




Sunday, May 15, 2016

Harapan




Apa yang aku rasa?
Aku pun masih belajar nak melupakan.
Walaupun prestasi memberangsangkan.

tapi

Aku tak boleh tipu,
hati masih tercuit seikit-sikit dengan cemburu.
Tapi kerana tak layak bisingkan sesuatu yang bukan hak aku.
maka aku diamkan dan telan biar hilang dari ingatan dan perasaan.

siapalah aku?
macam yang kau selalu bisingkan.

dan hari ini pulak aku dapat tahu
teman rapat aku sedang lalu jalan serupa
terjatuh hati tanpa sengaja
pada kau - orang yang serupa

berita ini
buat aku taktahu aku rasa apa

bercampu-campur segala rasa

mungkin rasa hebat.
sebab mampu telan belaka
dan masih boleh semuka. 

aku tanya teman rapat aku.
selapas ni agak boleh buat rapat dan macam biasa.
gelengan kepala yang aku terima.

Aku pulak yang aneh dengan diri sendiri.
Bangang kah aku?


Wednesday, April 27, 2016

MAET'16



Semoga program akan datang, Malam Anugerah EON Terbaik 2016 berjalan dengan lancar. 

-
aamiin ya Rabb. 

Monday, April 4, 2016

es yu no, aimnot det strong

hai.

selamat malam sintok.

penatlah.

taktahu apa nak jadi dengan diri sendiri.
rasa macam lembik, dan sedang tunggu masa untuk lebur pula.

lagi setahun dan setengah bulan sahaja di sini.
bunyi macam, pejam celik pejam celik esok lusa sudah boleh balik.

tapi sejujurnya,
sekarang sesaatpun dirasakan lama.
sehari seperti setahun.
kerja sedikit, bebannya menggunung.
kerja yang menimbun, apatah lagi. sakitnya menanggung.

banyak sungguh masalah.
seperti banyaknya kerja-kerja setiausaha yang tidak pernah henti.
sama naik dengan konflik itu ini.
seperti perasaan 'kekulian' yang sudah merebak parah dalam hati.

penatlah.

sesungguhnya seorang eizah sangat penat.
dia bukan merungut. tapi keluhan ini kerana bebannya terasa berat.
lebih berat dari apa yang dia rasakan mampu tanggung.

penat menangis. penat juga makan hati.
penat berulang ke sana-sini sendiri.
jemu menghadap surat-surat dan dokumen rasmi,
letih, tidak ada yang mahu memahami,

berbincang tentang program,
dengan kawan yang rapat juga mampu menaik-luapkan amarahnya.
berdiam tentang masalah,
dengan rakan seangkatan akhirnya dingin berbalah.

Allah.


Thursday, March 10, 2016

Jah Emosi

Assalamualaikum.

tengah musim emosi agaknya aku ni.
semua serba tak kena.

risau.
risau kawan-kawan tak gemar.
siapa yang suka, nak layan orang buat perangai kan.

Umi pun pesan tadi.
Jangan ikut sangat aku punya "piemes" ni.
Hilang kawan nanti Zah!

Time-time macamni,
memang dalam kepala tu habis sukzon dah; yang aku ni tak ramai kawan.
Well, kawan pun mesti penat dan leceh je nak layan perangai aku yang makin hari makin tak tentu hala. Lagi pulak sekarang en. heh.
Suka hati aku je nak emo bila-bila. Mulut main lepas cakap. Harey sungguhlah seorang Eizah belakangan ni.

Emo tu.. bukan naik angin.
tapi macam over sensitip. Uhuks.

Aku taknak buat musuh.
err.. tapi memang tengah tak stabil ni.
nature syndrom pulak.


norfarhatul_eizah 


{Emo} •

Being emotional isn't about spouting anger towards others. It's about being deeply frustrated towards your very own self. For any actions taken are consequently regretted. A kind of disappointment tho.

Esp when closest friends, some silly-minor-unacceptable jealousy, oftentimes being pressured and major misunderstanding involved. Greater damages might occur.

Blerghh