Monday, April 4, 2016

es yu no, aimnot det strong

hai.

selamat malam sintok.

penatlah.

taktahu apa nak jadi dengan diri sendiri.
rasa macam lembik, dan sedang tunggu masa untuk lebur pula.

lagi setahun dan setengah bulan sahaja di sini.
bunyi macam, pejam celik pejam celik esok lusa sudah boleh balik.

tapi sejujurnya,
sekarang sesaatpun dirasakan lama.
sehari seperti setahun.
kerja sedikit, bebannya menggunung.
kerja yang menimbun, apatah lagi. sakitnya menanggung.

banyak sungguh masalah.
seperti banyaknya kerja-kerja setiausaha yang tidak pernah henti.
sama naik dengan konflik itu ini.
seperti perasaan 'kekulian' yang sudah merebak parah dalam hati.

penatlah.

sesungguhnya seorang eizah sangat penat.
dia bukan merungut. tapi keluhan ini kerana bebannya terasa berat.
lebih berat dari apa yang dia rasakan mampu tanggung.

penat menangis. penat juga makan hati.
penat berulang ke sana-sini sendiri.
jemu menghadap surat-surat dan dokumen rasmi,
letih, tidak ada yang mahu memahami,

berbincang tentang program,
dengan kawan yang rapat juga mampu menaik-luapkan amarahnya.
berdiam tentang masalah,
dengan rakan seangkatan akhirnya dingin berbalah.

Allah.


Thursday, March 10, 2016

Jah Emosi

Assalamualaikum.

tengah musim emosi agaknya aku ni.
semua serba tak kena.

risau.
risau kawan-kawan tak gemar.
siapa yang suka, nak layan orang buat perangai kan.

Umi pun pesan tadi.
Jangan ikut sangat aku punya "piemes" ni.
Hilang kawan nanti Zah!

Time-time macamni,
memang dalam kepala tu habis sukzon dah; yang aku ni tak ramai kawan.
Well, kawan pun mesti penat dan leceh je nak layan perangai aku yang makin hari makin tak tentu hala. Lagi pulak sekarang en. heh.
Suka hati aku je nak emo bila-bila. Mulut main lepas cakap. Harey sungguhlah seorang Eizah belakangan ni.

Emo tu.. bukan naik angin.
tapi macam over sensitip. Uhuks.

Aku taknak buat musuh.
err.. tapi memang tengah tak stabil ni.
nature syndrom pulak.


norfarhatul_eizah 


{Emo} •

Being emotional isn't about spouting anger towards others. It's about being deeply frustrated towards your very own self. For any actions taken are consequently regretted. A kind of disappointment tho.

Esp when closest friends, some silly-minor-unacceptable jealousy, oftentimes being pressured and major misunderstanding involved. Greater damages might occur.

Blerghh



Saturday, October 31, 2015

60 Weeks

Assalamualaikum.
Sekejap je masa berlalu.
Dari lepas Zohor aku nak menaip.
Alih-alih tertidur tepi laptop. Penat, tidur lambat semalam siapakan final assignment Seni Lukis.

Balik dari makan malam tadi ingat nak menaip..
Alih-alih sibuk dok whatsapp kumpul nama budak-budak ucf sem ni, sedar je dah nak pukul 11:30.
Allah, Masa tu macam air. Laju mengalir. Selalu rasa tak cukup masa. -_-"

Apa yang nak diluah ni?

Petang tadi, rasa macam nak cerita mende lain.
Bila dah malamni, mende lain pulak yang mendatang. Bercampur-campur dalam kepala ni.
Taktahu macam mana nak mula. Taktahu mana satu yang nak dicerita dulu.

okay, ikut tajuk entry k.

Kalau diikutkan minggu ni, masuk minggu ke-60 sejak minggu pertama aku suka dia. Mana tahu 60? acah-acah rajin je nak mencongak. IG kan hade. lama wehh. Sudahlah suka yang bertepuk sebelah tangan je. Aku pun heran kenapa lama sangat. Ya, sepatutnya dalam bulan April lepas aku dah berenti mende-mende ni. Aku dah stop #uumconfession pun. Aku dah takde dah nak cemburu mem-vavi buta bila dia bercerita hal dia dengan makwe dia and takde dah nangis-nangis atas tikar sejadah pasal sedih pendam sorang ke hape. Aku cuba move on kott. daripada seorang S.A kepada level kawan; macam yang dia dah sedia anggap aku. Last yang aku mcm all out sikit, ade lah aku taip entry kat sini, mengaku perasaan aku. Tapi mcm yang aku agak dan pernah cakap. Dia memang tak baca and takkan terbaca entry tuuu. ahahah. kalau ada tu, mmg ajaib. And mende yang ajaib-ajaib ni bukannya senang nak jadi.

Tapi sem ni, aku macam buat perangai balik. Nak kata suka tu datang balik, tak jugak. Sebab perasaan suka tu tak pernah pergi pun. sejak minggu ke-28, the moment yang aku kata aku move on bagai tu, perasaan tu you can say as berkurang dan terkawal la cemtu. Macam, kalau dia kongsi pape cerita pasal makwe dia, atau crush dia.. kira aku mampu lah senyum segaris n bagi pendapat atau galakan yang jujur tanpa ada drama-drama air mata belakang tabir. sikit-sikit kalau sakit, boleh telan la kiranya. Dia tak hilang terus. Tipu la kalau aku cakap terus hilang. Tapi, aku salu je berusaha dengan gigihnya ke arah itu. Sebab aku tahu siapa aku and sedar sgt dia anggap aku macam mana. Harapan tu memang tak ada. *seriusnih*

Buat perangai pasal apa?
Entah la.
k, entah tu memang jawapan menipu.

Cemburu la kott agaknya.
Bukan cemburu kalau dia suka orang lain
(yeke Zah? *tanyadirisendiri*)

Tapi cemburu dengan budak tu. Apesal dia berani sangat, apesal lah aku tak berani macamtu?

Mana tak nya, beria kott aku nak ready-kan diri hati n jiwa raga masa dia dgn makwe dia dulu. Boleh tahan susah lah gak en. Adelah sesi jiwa kacau, kerabubasi and twitroyan kadang-kadang. kau ape tahu.

Sekarang ni, andai kata dia dengan orang lain pulak, So aku end up kena mula balik. mula semula proses meredha nak ready-kan hati jiwa raga tu. Amik masa la sikit

And lepastu, dalam 3 minggu lepas. Aku confess kott. cakap dalam whtsapp, yang aku pernah suka dia. adalah dalam 3minit lepastu, keadaan jd cam biasa balik. ahahah. cis, dia buat taktahu jek. so amik masa la aku nak baiki pride aku yang susah susah konpes, pastu dia boleh buat macam xde pape jadi. rijek lettew. ada orang lain tu dah confess dulu kann. aku memang lambat, mcm tertinggal train selalu. Padehal dah tiga sem simpan. hampeh je.


em...
Kebetulan, ter-amik masa banyak.

Dengan tekanan kerja yang menimbun (walaupun tak sebanyak program sem lps) so memang bertambah faktor tak matang aku. Aku tak sedar pun, tapi bila fikir balik... aku rasa aku merosakkan keadaan. Sebab aku punya perasaan tu, bila datang ter-cemburu tu, cara aku cakap and respon pd dia pun jadi kasar semacam. Dan of course efek jugak dekat persahabatan aku dengan dia. Aku tahu dia tak selesa dengan sikap aneh aneh aku yang tak menentu. *sedih* Asal ber-whatsapp je aku emo. And to the extent yang bila face to face jumpa dia, hape pun tak keluar. Siap boleh krik krik lagi, that's the worst part la kott. sebab takde boleh borak-borak menggila mcm dulu.

Sudahlah dia tu sibuk, banyak kerja nak settle.
Lepastu tiap kali dia mintak aku buat kerja aku, part aku, memang berat je aku nak buat.
Aku nak tolong dia, buat apa yang dia mintak aku buat. Member pulak kan.. Tapi seryes la, bukan semuanya senang bagi aku. Apatah lagi utk ak yg pesen malas ni. memang mencabar. Sebab sejujurnya, banyak dah yang aku terima jugak walaupun aku taknak. Kadang-kadang berat nak terima tu, memang aku tunjuk. Bukan nak merungut tapi nak mengadu. But end up buat dia dengan aku dua-dua stress. dia pun ckp, bnyk dah dia limit kerja nk bg aku. Tapi aku bukannya kuat mana walaupun sikit bagi dia. Pressure sem ni boleh tahan. Pressure kwn kwn sekelas lagi yang pandang kau macam hape bila kau busy manjang tanpa tahu, kau nak gi kelas tu pun dah cukup struggle sbnrnya. hahah.

So masalah peribadi aku yang tak sudah-sudah dengan perasaan tak kesampaian tu, tambah dengan masalah kerja lagi, memang barai aku sepanjang Oktober nih.

Setelah melalui beberapa fasa 'mental breakdown', dan beberapa post #uumconfession yang baru-baru ni, plus twitroyan kat twitter disusuli pulak dengan sesi sesi ber-whatsapp yang mcm makin hambar dan over-thinking aku yang melampau-lampau fikir pasal dia dengan orang lain tu, aku da xmampu nak teruskan lagi.

Kalau aku buat perangai, teruskan dengan ego dan emo aku serta aku punya syok sendiri tu, lama-lama mesti makin awkward and renggang kan. Padehal aku rindu gila zaman sem 1, sem 2. Rapat macam hape da. Fun. better la kott.

Aku takut, kalau sebagai kawan pun, aku hilang dia.

As a friend. Aku taknak hilang dia sebagai kawan pun,
Aku tak sanggup kalau nanti dia treat aku macam member sekerja je, as leader dgn anak buah je semata-mata. krik-krik bila dengan aku, pastu nak tengok dia rapat-rapat, happy sakan dengan orang lain. aduhaiii.

ya, dia tak perlu suka aku balik pun, aku tahu dia memang da takleh nak suka aku macam aku suka dia. Dia anggap aku macam adik kott. Aku akan cuba elakkan emo aku mulai sekarang ni. Even inseqyo and cemburu mem-vavi buta pun, akan control ak punya emo, sbb ak syg weh persahabatan dgn dia ni. kalau tak sayang, takdelah aku gagah nak ikut je ap yang dia mintak aku ikut dr dulu.
Taknak tamak-tamak. Takde hak pun nak mintak lebih. Nak acah-acah pulak ak ni mcm dia takleh ad orang lain. Sedangkan dulu ak da cakap, as long as dia bahagia. sebagai kawan aku akan sentiasa support je. Tumpang senang bila member aku senang.

Orang yang baru ni. yang dah confess dekat dia ni. Tak ada dosa pun. Aku nak marah pun xboleh. Tapi klw disimpan kang, nanti sakit. makanya nak kena move on balik. Meredha dgn jayanya. bukan sbb terpaksa n emo mcm entahapape. Kena ingt, tmpat aku, as member. Buat cara member. budak ni, elok pulaklah dia jenis masuk je dengan member2 aku yang lain. haaaa.. saba je lah kann walaupun mcm inseqyo. orang yg baik, mestilah orang suka kan... Comel pulak, bnyk kelebihan. Aku okay je. budak ni suka dia time msk kalau xsilap. sama lah.hahah. siapa yang tak suka, kannn. Bukan kita mintak mende tu. Aku faham.

Cuma bezanya, aku simpan.

takpela kalau dulu jd suppoerter dia dgn makwe dia.
skrg kalau dia dgn budak tu berdua, suppoerter lah lagi. doa yang baik2.

Bukan semua cerita tentang pendam perasaan akan jadi macam Naruto dengan Hinata kann..
aku harap bulan 11 ni, things will get better. Aku boleh urus and kawal blk perasaan aku, dngan harapan lepastu mende lain aku boleh hadapi dan lalui dengan professional dan jayanya. I mean, utk kerja2 dan utk akademik. Aku hrp grup family forever tuuu boleh kecoh balik, rapat mcm dulu. aku harap, kesibukan pd masa akan dtg tak membuat berkurangnya persahabatan aku dengan siapa-siapa pun.

Aku akan cuba behave. Kurangkan merungut plus cuba2 busy body hal dia. ke arah supaya aku dgn dia boleh berkawan and contact macam biasa; yang tak awkward ataupun berbaur pura-pura. Walaupun dia paling banyak jadi punca aku menangis, tapi hakikatnya dia jugak terer buat aku tersenyum atau ketawa utk mende2 simple mcm komen n reply n lawak2 bodoh tahpape (yang patutnya tak lawak). So, xde pilihan melainkan jd kwn dia. at least jd kawan.

Pah kata malam tadi,
Buat taktahu je, jangan fikir sgt dia tengan buat apa dengan siapa. lagi fikir, nanti aku lagi serabut. Buang je semua mende tu. and mula balik as kawan. anggaplah dia dah ada bdk tu, and so on aku anggap je la diri ak dgn sape-sape. ahahaha.

p.s. Thanks whatsapp. aku cuba behave k tu. sedang-sedang je kott aku reply. Aku harap macamni la kita akan whatsapp pun lepas2 ni. Sebab aku happy je mcm ni. Aku akan cuba x over sgt complain psl kerja even aku sbnrnya mmg kaki complain pun. n xkan tunjuk sgt yang aku terasa, andai kata ada terasa. hahah. Aku takut. Takut nanti kau tak ada. Bila aku perlukn kau tlg aku.

Thanks sbb good night wish kau buat aku akhirnya tak tidur semalaman.
Dua hari, rasa mcm kurang hidup? acah acah je. Logik lagi kalau ckp tu aku. sebab kau ni, bergurau xsudah. ahahah. #sabarjelahaku. Ayat kau boleh thn la sama manis mcm dulu2. takpe, pandai2 la aku tawarkan nanti.  Aku phm sgt, manis tu as member dengan member  :) 














Saturday, September 19, 2015

Dimenganjingkan

Hi.
Assalamualaikum.

Salam Maghrib ppl.

Just now sesi bersembang dengan kengkawan se-blok rasanya bertukar hambar bila aku termenunjuk-nunjuk sangat emo aku. Bukan emo saja-saja. A kind of reality, sebenarnya.

Tak berniat pun nak mengungkit atau nak mencanang yang aku tak ikhlas bekerja, but then bila ada yang bergurau menganjing maka aku sedikit terasa.

Aku kerja di dpp ini kerana apa?
kerana nak dikenal orang ke? atau nak berjawatan?
atau saja nak melekat ke sana sini dengan senior?

Aku rasa macam apa yang orang nampak pada aku, tak lari dari pilihan-pilihan persoalan nih.
Mungkin perasaan aku je, tapi perasaan tu, boleh tahan kuat.

Aku cuma kuli.
Aku join program pun sebab tolong member.

Bukan dengan kengkawan se-batch je aku cakap mende ni. Memang dengan boss aku pun aku sebut-sebutkan mende yang sama. Aku cuma kuli. Tak ada pilihan lain untuk menolak kerja memandangkan dah diberi tanggung jawab dan terpaksa memenuhinya.

Sebab kerja, aku pun selalu tak ada masa nak lepak-lepak dengan kengkawan se-blok.
Takboleh nak gembira-gembira bergambar sekali setiap waktu. Tak semestinya aku suka, tapi aku pun bukan ada pilihan lain. Aku ikutkan saja.

Nak buat kerja kena tahan maki. Tak semua orang suka. Ramai je yang benci. Senior kau pun bila tersempak dengan kau depa buat muka tak puas hati. Semua kau nak lalu sendiri.

Nak buat kerja, terlibat dengankerja-kerja dan ter-jadi sibuk dengan kerja kena pandai tanggung kalau setiap sem takboleh score pasal kau malas, mudah leka dan terlalu busy. Nak buat kerja sampai tahap berpenat-penat ni, semua nak kena tanggung sendiri. Kau ada member, tapi time kau nak berkongsi cerita tak semestinya kawan kau tengah dalam mood nak mendengar.

Masalah kerja lagi, dengan hati aku punya masalah jejiwang lagi. hahah. Sebenarnya, berat nak bawak dan simpan. Tapi nak diluah pun segan. Takut kawan berkurang, musuh bertambah, makian dapat, jalan penyelasaiannya sesat.

Aku taknak.
jadi AJKS aku tolak.
dan ketahuilah, jadi JKPS pun aku akan tolak.
Bukan pangkat yang aku nak.

dan orang lain pun, diorang ni tak offer pasal aku layak,
cuma nampak macam boleh buat kerja yang banyak, tenaga tu yang diorang hendak

aku skrg ni as timbalan biro pun orang tak kenal.
Aku takde pengaruh nak ubah apa-apa atau buat keputusan.
boss cari aku untuk buat kerja dan aku kena terima tu.
Nama baik boss aku jaga, nama kelab ak kena jaga dan anak-anak buah pun akumesti jaga.
Anak-anak buah pun mostly member. Hati dan perasaan derang2 ni lagi berharga.

Kita dan dua puluhan, takkan nak bawak lagi perangai budak budak tu sampai sekarang.

p.s. Aku sukakan seseorang ni. Tapi tak ada tempat nak bercerita. Nak bercerita pun segan, macam tak kena gaya je nak dikongsikan. Nak diluah pada adik-adik ni, mentah-mentah ditolak cerita aku. Mungkin tak kena masa. Selalunya dimenganjing-nganjingkan. ya, memang nampak ringan. Tapi untuk aku, sebenarnya soal hati dan perasaan adlh membebankan sekalipun cuma aku je yang perasan.  nak cerita pada boss, sebab selalu berkepit dengan boss? no way. Boss is boss. Aku dengar cerita dia tu mungkinlah. Dia dengar cerita aku, belum tentu dia mahu. Nak cerita pada geng yang berempat tu? Adik-adik ni nganjing kata yang geng berempat ni kawan baik aku. mana-mana pun semua kawan baik. dan semua aku rasakan tak mahu dengar cerita aku ni. kalaupun mahu, belum sampai tahap yang korang boleh fhm dan bantu. Biar simpan sendiri.

Jiwang ak pun digelak-gelakkan. Tunggulah. Korang tak rasa lagi.

Wednesday, September 9, 2015

Bahasa Arab (Intro / Basic)

الإسم
هو الذي ما يسمّى به الإنسان, او الحيوان, او المكان, او الجمد.
  مثل : محمد | طالبة | الشباب | مدير , أسد | دجاجة | أرنب | جمل | كلب , مدرسة | ملعب | حديقة | فصل | غرفة , السيارة | كتب | قلم | الشمس | شجرة
vالإسم الجمد
                           هو اسم الذي قام بنفسه / ولا يوءخذ من غيره.
»اسم الذات
  هو الذي يدرك بالحواس
»اسم المعنى
  هو الذي يدرك بالعقل / و يسمّى المصدر

vالإسم المشتق
 
الإسم هو الذي يوءخذ من غيره / ودل على شيء     بصفة موصوف