Thursday, February 13, 2014

TimelineThrowback Bahagian Dua


Assalamualaikum. 
Selamat malam.

Ayuh sambung.
Masih ada gambar timeline facebook yang belum diterobek lagi.



Aku...
Tang batch ni memang semangatnya luar biasa.
Hal kumpul tanda tangan tak bersebab pun aku perbesarkan dek rasa teruja. 

Aku hendak kita, tingkatan enam berdiri sebagai satu.
Hmm.. tapi mana mungkin kalau semuanya nak ikutkan kehendak aku.

Kenalkan kalau tak kenal, dari kiri...
gambar atas : Jot dan Nadiah. Rakan se-ekonomi aku. 
gambar bawah : (row belakang) Asyiqin - naib pres MPPU 2012/2013 dan 
Fyza penolong 6 atas IBH tercinta.
(row tengah) Tot - cicit akuu, Jot cucu aku dan Piya
(row depan) Nad, Sa'adah dan Nadiah

masa : prep petang 



Acah-acah model.
Alang dan aku. 
Alang the super supporter. 
Trimas yaww.
dalam bahasa yang lebih murninya...
"Jazakillaha khayr kathir, barakallah 'alaiha."

Jujur. 
Selagi kau panggil aku along.
Selagi aku panggil kau alang.
Aku suka, super gembira.

uhuk *cam sentimental lak akuh*


Masih di petang yang sama.
Sesi photo shoot bersama alang.
Thanks photog Izyan Rasul.

"Ada satu hari yang agak bahagia, sebab angah turut serta.
Kami main yes or no game.
Teringat jawapan aku utk soalan alang ketika itu. Aku kata aku suka alang yang dulu.
Tetapi lebih selesa dengan alang yang sekarang. "

Lol

Jawapan yang aku tak kunci.
Sekarang selesa dengan suka. Aku dapat dedua. - AKU



Bahagia. 
Aku panggil kelas 6 Atas Ibnu Hisyam sebagai Tadika Hijau. 
Sebab ketika hari sekolah ganti ni,
blok pra-universiti memang meriah dengan keletah mereka aje. 
Almaklumlah sekolah ganti. 
Budak lelaki tak nampak bayang, pelajar lain pun raamai tak datang.


Trend Gwiyomi yang sangat popular akhirnya menjadi asbab mereka mencipta kenangan ^^
dan aku, cuma ambil gambar dan menyaksikan

Almaklumlah aku tak gwiyomi *tak comel maksudnya*


July 24th of 2013.

Saat mini library disergah dengan mereka si pemegang amanah,
maka tercatatlah sejarah Fyza dan Eizah.

Handphone kena rampas.
Pandai aku bawak,
pandai jugak aku angin satu badan.

dan pandai jugak aku action.
Siap call umi dan abah kejap untuk maklumkan handphone dirampas adik-adik.

Lawak.



Nadiah, partner AJK persiapan dewan dan pentas. 
Bersama Nasirah, Wan, Aten, Puteri dan Atiqah, madu akuu.

*keluar topik*

Teringat jelas.
Duduk dengan mereka.
Dalam keadaan air mata masih bersisa.
Konon baru lepas buad luah perasaan dengan dia.

Bodoh kejap.
Sebab nangis depan dia.
Sebab salah sangka, aku dipersalahkan dalam komen di muka buku.

hamekau,
Bulan Julai aku sangar tak perkasa.
"Allahu laa syarikalah"


Teacher Rasyidah turut serta membantu.

-L A M B E N T-

A sporting, super cantik dan teacher yang cool.
Maka kerana beliau, berbahasa Inggeris menjadi semakin seronok dipelajari.
Thanks that I've gained band 4 for MUET was because she had been helping me a lot.


Tengah hectic menguruskan dewan untuk LAMBENT, 
sempat lagi mereka bergambar.

Precious friends,
dari kiri alang, adek, A.K, Sa'adah 

Ya, urusan persiapan dewan dan pentas demi LAMBENT pada tanggal 1 Ogos,
somehow it was super sweet moments.
Sekalipun ada sesi dibelati dengan kata-kata ust Zainaphi,
sekalipun sukar kehendak Cikgu Shahruddin nak dipenuhi,
sekalipun ada sesi sakit hati dan merajuk sendiri ketika orang lain happy.
Masih manis lagi.

Cuma sekarang, 
aku rasa macam nak CTRL+ALT+Z, BACKSPACE, delete semua moment tuh.
Sebab dalam event ini ada dia. Sebab akan terbayang dia.

As time flies, the sweetest things might turn bitter. 
That's how a person grows and be mature.


kenalkan, Adibah Alifah Zaharin.
Aku panggil Dib with spelling 'dyb'.
Rakan se-ekonomi yang tak se-emo aku. 

- masih ketika persiapan dewan untuk LAMBENT
- August 1st of 2013


Feng (kiri) dan Sulee (kanan)

Yang berjubah hitam itu pendebat.
bahasnya cermat.

Yang berjubah putih ialah speaker dewan perdebatan,
merangkap penjaga masa yang bijaksana.

- malam LAMBENT
- August 1st of 2013


Dua sahabat,
dengan ukhuwah yang erat.

Seorang ketua batch pelajar puteri.
Seorang lagi MT dalam badan sahsiah murid sekolah.

Wani dan Rasyidah Liyana.


the BPians.

Kak long Nad, Fyza, alang dan Sa'adah.




berdua.
Rakan sekerja.
Menguruskan dewan 
dan menghias pentas.

Eizah dan Nadiah. sahaja.


* * * * * * * * * *

Mengantuk.
Maka tangguh pargi esok.

Sooner or later, kita jumpa lagi.

Assalamualaikum
















Timeline Throwback Bahagian Satu


Assalamualaikum
Selamat petang.

Seronok sebab petang ni Kajang hujan lebat.
Alhamdulillah setelah lama tidak hujan.

"Allahumma soyyibann naafi3a"

Bertemankan instrumaental dari koleksi Yiruma,
dengan bunyi hujan dan suasana senyap tak berorang lain dalam rumah ni,
Cadangnya aku nak kumpulkan gambar yang ada di face book, bukan gambar dalam album
tapi time line sahaja. Dari mula masuk tingkatan enam sehingga habis tingkatan enam.


Gambar ini antara gambar terawal.
Masih belum cukup kenal sesiapa lagi time ni.

Gambar gotong-royong keceriaan kelas 6 Bawah Ibnu Hisyam 2012


Walaupun masuk lewat berbanding kawan-kawan lain, iaitu pada 11 Jun 2012..
Rupanya masih berkesempatan melibatkan diri dalam gambar batch.

''Kami semua sudah mencecah dua puluh tahun.
Sama ada secara rasmi atau tidak.
Kami semua meningkat dewasa.
Doakan kami.'' - AKU




Lama jugak merasa janggal di tempat sendiri.
Kerana projek mural, barulah aku bercampur dengan kawan-kawan baru.
Kerana lukisan ini aku mula dikenali.

Permulaan bagi sebuah sejarah. 
Inilah dia salah satu lukisan bagi rekaan mural di blok tingkatan enam kami.


Sumber kekuatan
setelah merasa peritnya kehilangan Syahida.
Mereka ibarat sumber kekuatan baru. 

Kalau diikutkan cita-cita yang melangit. Ingin kekal begini sehingga umur senja.
Mimpi untuk bersahabat sampai tua, kononnya.

Itu dulu. Sebahagiannya aku rindu. Sebahgian lain, tak perlu.



Along ketika bermural. Macam ni lah.
Ohh. Kat belakang tu Imran.
Sahabat 'vvip' aku. 



G6.
the Gifted Sixth.

Apa yang buad kita bersama?
Nak kata sekepala, 
keenam-enam kami berbeza.

Tapi tentulah, aku yakin Allah temukan kami kerana sebab yang rahsia.
Setiap seorang dari kami adalah pelajaran bagi seorang yang lain.

Gambar ni cantik pada aku. Bukan kerana warna-warna tampal. 
Tapi sebab aku masih dapat rasa gembiranya kami ketika bersama.

# Beryl's Factory 2012


Antara gambar paling awal di-upload masuk instagram. Dyba, Nadiah, Jot, Dinda dan Atie.



Gambar g6 lagi. Serba hijau semuanya.
Dari kiri atas : AinKZ, Najwa Huda, Ain Syafiqah, Razan, Mikey, aku.



Hari Isnin. Hari yang senyap dalam kelas yang kebiasaannya bising.
Tanpa Najwa, Miera, Razan dan Ain Pika... 
Kami g2 yang sopan.



Sesi selfie dengan Sa'adah sambil excited tayang sepit super comel yang baru dibeli time prep malam sebelumnya.




Mereka,  Sakinah, Asyiqin, Nad, Sa'adah, Khadijah.
Teman seperjuangan. Teman seasrama pada tahun pertama aku sebagai budak asrama,
Takingat time bila ni. Rasanya time STPM Semester 2 :)




Tahun 2013 adalah tahun paling semangat aku ber-Open Day MaHISS.
Open Day bersama MPPU Club Members. Of course I am looking forward to it.



They are the candidates of isteri mithali dan chef pastries of the night!
Ini kisah malam sebelum open day. Sementara member yang lain menyelesaikan tugas bahagian memasing,
aku teman diorang buad kek batik di DM.




Persiapan saat-saat akhir.
Paling bangga dengan nama-nama roti john tuh. 
Bravo guyss!! 
Belakang kami, ada dia. Ya, ada seseorang di belakang kami.
Setiap kali aku tengok gambar ni, aku include dia sekali di sebalik semua orang.



In shaa Allah, rasanya tanda tangan semua orang ada dalam ni.
Ke ada yang aku ter-missed? Cuba cikidaudd kayh.














Tuesday, February 11, 2014

Penggal 3

Assalamualaikum wbt
Selamat tengah malam :)

Dah lama sangat rasanya tak menaip.
Tak pernah ada kata-kata yang cantik atau yang menarik untuk ditaip.
Kadang-kadang tu tak tahu pun nak cerita apa dalam blog tak berpembaca ni.
Lebih bermasalah lagi bila ada terlampau banyak sangat kisah nak dikongsi dalam satu masa;
bertambah hari biru celaru kepala otak bila dah mengadap blogger dashboard.
Alih-alih, satu apa pun tak taip.

Oh yaa.
Tengah malam ni tiba-tiba rasa nak berkongsi berita bitter-sweet tentang result STPM Penggal 3 aku.
Alhamdulillah. Rezeki penggal kalini, Allah permudahkan untuk dapat 4.00 setiap subjek.
KECUALI... kecuali subjek Bahasa Arab. Aher, nampaknya buad pertama kali dalam tiga semester ni, akhirnya aku kecundang untuk subjek Bahasa Arab. Rasanya tak peliklah kott.
Bila difikir-fikirkan, aku pun memang tak dapat nak kuasai topik prosa dan syair serta bahagian ringkasan tuh.
Makanya, Bahasa Arab aku 0.00!! Memang horror. Memikirkannya saja aku dah gerun nak menghadap, bersua muka dengan Ustaz Zainaphi guru subjek Bahasa Arab aku.


Keputusan Peperiksaan Penggal 3 STPM 2013


Nama
:
NORFARHATUL EIZAH BINTI KHAIRUNNAI'M
No. Kad Pengenalan
:
940527-85-5014
Angka Giliran
:
SB3006/1029 (13P3)


KOD KERTASNAMA KERTASGRED KERTASNILAI GRED KERTAS
900/3 PENGAJIAN AM     A    4.00
900/4 PENGAJIAN AM     A    4.00
913/3 BAHASA ARAB     F    0.00
913/4 BAHASA ARAB     C    2.00
913/5 BAHASA ARAB     A    4.00
930/3 SYARIAH     A    4.00
930/4 SYARIAH     A    4.00
944/3 EKONOMI     A    4.00
944/4 EKONOMI     A    4.00




Mohon doa mereka yang terbaca post ni buat aku yang akan mengulang kertas Bahasa Arab pada 12 Mac 2014 nanti. Terima kasih banyak.

Update kalini adalah update secara tiba-tiba yang tergesa-gesa. Maaf kalau ada ekurangan.


Saturday, January 11, 2014

Permohonan Online UPU dan Pembelian no.PIN

Bagi yang tertunggu bilapermohonan UPUdan penjualanPin/ Unik IDuntuk kemasukan keIPTAtahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID :20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :
Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.
Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber :Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi


klik SINI utuk pautan lanjut.