Wednesday, October 16, 2013

Weeks on Counting for STPM Final Semester

Assalamualaikum dan hai ols.

Suddenly rasa nak mengapdet di tengah malam yang aman damai ini.
Takde cerita yang menarik pun.
Nota STPM pun bukan. Buad masa ne mungkin hold dulu buad nota sebab semangat da terbang.
Nak kena gather mood study semula baru boleh buad nota and revise dengan jayanya, In shaa Allah.

*np takbir raya *masih dalam hari tasyrik kan :-)

Huuhhh.. berdebar rasanya. STPM Sem 3 tinggal lagi 3 minggu aje oiii. Aku dengan buku still pangkat bau-bau bacang lagi. Adehhhh...

Anyway, cepat sungguh masa berlalu. Macam semalam baru menjejakkan kaki semula ke Maahad; mintak tlg dengan Cikgu Shaharuddin untuk serap aku masuk STPM, even surat tawaran KISAS dah smpai ke rumah :' Macam baru semalam rasa kekok yang teramat sangat berhadapan dengan manusia-manusia baru tingkatan enam. Masa tu cuma kenal and rasa rapat nan Aqem je. Pilih nak amek econs pon sebab ikut dia on that time. Lol. Macam baru semalam je pertemuan pertama kat bilim PIBG mahad tuh terjadi. ahakss. Kemainkann, sume nyee ak nak feeling macam fes time *poyoss*

Tinggal lagi tiga minggu nak ngadap muke member-member form 6 yang yang tersayang.
Member-member fom 6 kalini memang luar alam tahap tak hengatt. Kejap-kejap matured, gile-gile selalu je, bajet taiko pon ye jugak, skema tayah cite ler. kau hadee? All in one doe. ahahahah :-) Aku selesa je dengan kesemua mereka even kadang-kadang geram, saket hati, sayang, rindu tu bercampur-campur and amek turn all over again. Standard lah, turun naik dlm persahabatan dan perkenalan itu lumrah. manusia yang tak sempurna, tentulah akan mencipta kenangan dan peristiwa-peristiwa yang tak sempurna juge.

Aku rasa macam penjajah yang berjaya dapatkn pengaruh pembesar-pembesar melayu, rasa best dapat berkawan dan kenal dengan semua orang beb. In shaa Allah, tak ada dah sikap puak-puak zaman batu dulu. *yakinyakin* Aku bersyukur sgt sebenarnya krn dipertemukan dengan mrk-mrk. *alhamdulillah* *grateful* Tak kesah laa kan, putera atau puteri.. bagi aku masing-masing take part dalam melengkapkan dan memberi impak yang baek untuk diri ini, in shaa Allah.

lavyuuugaiss *ehh..terkonpess pule*
ok dah. inaff. Aku taktahu nak cakap hape and aku tahu, dah cukup panjang dahh entry aku neh.

[notakaki] semangatt gile aku nak design baju batch tok fom 6. err... tapi taktahu lah respon dorg terhadap design tu macam mana. Aku akan tekad redha tabah aje kalau reaksi they ols suam-suam kuku atau sejuk beku ke hape. Lagipun aku assume dorg sekarang mesti tgh sibuk study dan focus on STPM ahead, takde mase sgt nak spend on t-shirt thingy. Kalau dorg tak berminat, ak boleh alter and re-design untuk others yang berminat. Their disagree isn't the end of everything. hohoh.

By the way, as for my self aku sangat puas hati. ini first time ak design t-shirt not by sketching and drawing but using my own lappy. tak kesah lah even merangkak-rangkak dan tersangat manual nak men-design nye , yang penting siap. It took my whole day and night kott. tak pasal-pasal, secara tak sengaja aku dah jumpa minat baru. In shaa Allah kalau minat on designing t-shirt ne tak fade away, aku nak try open small business on designing printed t-shirt  after stpm tahun ini. *smiling wink wink* I plan, Allah plan and HE's the best planner.


Style # 1
BG Color : White
Sleeve Color : Option
Type of T-shirt : Raglan Sleeve t-shirt












Style # 2
BG Color : Dark Purple
Sleeve Color : Dark purple (1 color/ piece)
type of T-shirt : Standard plain T












Assalamualaikum
Ok fellas.
Gnaidd

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillaahil hamd





Saturday, October 12, 2013

Jawapan Soalan 1-3 : Ekonomi Sem 3


Boleh rujuk soalan trial ekonomi dari SMK Aminuddin Baki

1.
(a) Pengangguran kitaran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi sesebuah negara atau disebabkan krisis kewangan global iaitu pengurangan kegiatan ekonomi di peringkat global. Pengangguran geseran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat tindakan buruh itu sendiri yang memilih untuk tidak mencari pekerjaan atau berhenti kerja secara sukarela.

(b) Dasar belanjawan adalah dasar fiskal mengembang yang merujuk kepada langkah kerajaan menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai. Penambahan perbelanjaan untuk melaksanakan projek-projek baru akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pengurangan cukai dapat menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat. Pelaksanaan langkah-langkah ini akan meningatkan pertambahan permintaan agregat dan menggalakkan pertambahan keluaran negara dan sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran kitaran.

2. Tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

i) Perbezaan sifat pekerjaan.
Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang selamat dan mudah akan dibayar upah lebih rendah berbanding buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang sukar dan berbahaya kerana pekerjaan yang dilakukan adalah berisiko.

ii) Perbezaan jumlah jam bekerja
Buruh yang diberi upah mengikut jam bekerja atau mengikut kuantiti keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama daripada buruh yang lain

iii) Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan tanggungjawab yang berat dan banyak akan dibayar upah yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang mempunyai tanggungjwab yang rendah.

3.
a) Cukai langsung adalah sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan petroleum.

b) Empat jenis cukai tak langsung

i) Duti Import
ii) Duti eksport
iii) Duti eksais
iv) Cukai Jualan

[notakaki] awhhhhhh.. sangat pening kepala. to be continue sooner. enough for today's note and revision. maap hanya sampai soklan ketiga. soklan 4, 5, & 6 ada yg kene KIV sbb lack in knowledge and quite difficult. soklan yang kene pikir panjang takley bawak buad masa sekarang. Adios

kelemahan jawapan :

:: taktahu peruntukan markah, susah nak bajet brp bnyk nk tulis, atau brp isi utama nk diberi
:: tak pasti bagi soalah nyatakan and diberi berapa jumlah isi yang diperlukan, sama ada perlu beri contoh ataupun tidak.

- sekian-





Friday, October 11, 2013

Soalan Trial Ekonomi Malaysia : SMK Aminuddin Baki, KL

Bahagian A:

1a) Apakah maksud pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.
b) Terangkan bagaimana dasar belanjawan menyelesaikan masalah pengangguran kitaran.

2) Terangkan tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan.

3a) Terangkan maksud cukai langsung.
b) Terangkan empat jenis cukai tidak langsung.

4a) Bezakan antara institusi perbankan dengan institusi kewangan bukan perbankan.
b) Terangkan peranan tiga institusi pembiayaan pembangunan dalam menjana perkembangan ekonomi Malaysia.

5) Huraikan tiga masalah yang sering dihadapi oleh peminjam bagi mendapatkan kemudahan kredit.

6) Huraikan tiga punca kemiskinan di Malaysia.


[notakaki] dalam hapdet seterusnyee.. In shaa Allah aku akn cari masa utk jawab semua soalan-soalan trial econs yang ini dan yg dari sekolah aku. *program cuti peristiwa. lol*  see ya :-)

Assalamualaikum wbt. 
Selamat tgh hari uols.


Soalan Trial Syariah Sem 3 : SMK Panglima Bukit Gantang


Bahagian A (Ayat Ahkam)

1.(surah al-an'am 152-153) 

(a)konsep syirik dan bahaya syirik


(b)ciri2 mukmin dlm ayt


(c)tggjwb pnjaga terhadap ank yatim




2(surah al-furqan 63-68)


(a)jelaskn ungkapan 


i)هونا


ii)الجهلون


iii)يبيتون


(b)cra mmbntuk individu yg berciri ibadur rahman


(c)cra mmbuang sifat angkuh dlm diri




3(surah al imran 103-105)


(a)sebab nuzul

(b)konsep amar maaruf dan nahi munkar serta pendekatan yg terbaik


(c)implikasi perpecahan akibat tidak berpegang kpd agama ALLAH




Bahagian B (Hadis Ahkam)


4(a)maksud sedekah jariah serta amln yg boleh dikategorikn sbg sdkh jariah


(b)kaedah mndidik utk melahirkn amln yg soleh


(c)kebaikn menuntut ilmu dgn menyatakn dalil yg berkaitan




5(a)jelaskn mksud ungkapan


i)القوي


ii)خير وأحب


iiiوفي كل خير


iv)فان لو تفتح عمل الشيطان


(b)punca kelemahan umat islamn hadis kini


(c)cra mmbina dan mengekalkn smgt bekerja kuat brdasrkn nas dan hadis lain




6(a)mksud hadis scara ijmali


(b)cara pemilihan pengganti pemerintah berdasrkn hadis


(c)pengajaran hadis




[notakaki] buad masa ne, taktahu sumber soalan trial ne dtg dari sekolah mana. Dah dikenalpasti

nanti, ak hapdet semule. Anyway, selamat mengisi cuti dgn perkara berpekdahh dan selamat 

cube menjawab ! *wink wink*




SMKA Maahad Hamidiah : Soalan Trial STPM Sem 3 - Ekonomi Malaysia (Bahagian A)

1.
a) Bezakan jenis pengangguran berikut:
    i) Pengangguran kitaran dengan pengangguran struktur
    ii) Pengangguran bermusim dengan pengangguran geseran
b) Nyatakan dua kesan pengangguran ke atas sosial dan ekonomi sesebuah negara.


2. Huraikan tiga sebab inflasi tolakan kos berlaku

3.
a) Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pebangunan
b) Terangkan tiga jenis cukai tak langsung

4. Terangkan masalah yang dihadapi oleh PKS dari aspek berikut :
a) Pasaran dan pemasaran
b) Kekurangan bahan mentah
c) Kekurangan teknologi

5. Terangkan tiga fungsi Bank Negara Malaysia

6.
a) Bezakan antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan tegar
b) Apakah maksud pendapatan garis kemiskinan (PGK) ? Jelaskan prinsip penentuannya.