Saturday, July 7, 2012

Seharian... [entritakjadi]

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia

ehem.. *cough*
YOSH >.<" seriously I'm not feeling well rite now.
tapi dengan gediknya nak hapedet jugak blog dan menaip entri baru -,-"

baru seminit lps aku taip sebaris ayat dkt ats. Aqem dah menegur aku dekat FB soh aku jangan sebok sgt berbloging sehingga mengabaikan home work.
mokkk >,<" kan dah kena sebatang dekat batang hidung aku neh! adehh. xp
anyway mesti die assume aku ne pemalas tahap dewa kann? cehh.. *suk.uzon
memang laa.. die bukan kenal aku sebulan lepas tapi since dkt PLKN lagi. tambah lak time PLKN hidup aku macam huru-horror sikit. so mesti lah die expect aku berpotensi bermalas-malasan n xsiapkan home work sbb aku pon tunjuk kat die cm aku tak berubah dr perangai huduh aku.

BTW, untung jugak dapat kwn yang mengingatkan. sebab aku pon jenis yang selalu terlupa.
dgn adanya manusia cm die, aku rasa agak tercabar (sebanranye laa) and sekaligus terasa nak berubah so I could prove to everyone that I am not someone that you could look down on me. I mean, yes I need to change for my own sake. at least he make me wanna compete.
JYEAH!!! hidup 4 flat!! *lbeyahhpulak.

err guys, sebenarnya aku memang dah termelencong jauh dari the main point yang aku nak share dgn all of you. Aku just nak cite apa yang aku dah buat seharian ne TAPI the whole idea flew away just now. so, cite len kali la. ahaks,


salam sayang :


 farhatul NFE :3 Morning peeps! lawa tak flat ne?

[notakaki] seorang rakan sekolah aku telah menyedarkan aku tentang betapa pentingnya 4 flat dalam hidup aku. dia tak lah menyedarkan aku secara langsung but semangat die yang tak berkesudahan untuk rajin and score very well in our every sem-test influence me to be success too. well I know I can do it as long as I want it. aku ne cuma pemalas sikit je sebenarnya. TETTTTT >..<"
Trimas Rahman for your so-called encouraging spirit. ahaks. *terlebeysudaa






Wednesday, July 4, 2012

PHOTOtoday - Bowling


Budak yang ditemui aktif berjalan antara satu lane ke lane yang lain;  Amirul Fikri :)





Eizah and Izzah whom was in the same group bowling petang tadi. bezanya aku amatur,
Kak Izzah memang dah pro abes. DAEBAK la kak.






ber-KFC di bus stop depan Warta Bangi pada petang Rabu yang bersejarah. hahah :D

Form Sixth

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia

wokeh. entri yang bakal ditaip adalah sesuatu yang diberikan base on pandangan aku; dari kaca mata seorang budak tingkatan 6 yang telah lebih 5 tahun ditarbiah di SMKA Maahad Hamidiah.

wahai kawan-kawan form 6 sekalian... kepada mereka-mereka yang tidak berjaya melayakkan diri mereka untuk menjadi ketua atau majlis tertinggi dlm badan kepimpinan baru-baru ini, harap all of you tidak berduka cita dan give up.

dari satu sudut pandang yang positif, anggaplah bahawa korang tiada rezeki untuk mendapat gelaran tersebut kerana ada sesuatu yang lebih baik menunggu korang. Perancangan Allah is the best right? :3

And pada pandangan aku, memberikan tugas atau jawatan MT kepada pelajar-pelajar form 5 juga sebenarnya adalah sesuatu yang lebih baik.
Kita semua sebagai form 6 tentu pernah diberi peluang yang sama untuk menjadi seorang yang berkepimpinan ketika berada di sekolah masing-masing sebelum ini, bukan? jadi rasanya tak salah jika peluang dan ruang ini kita berikan kepada adik2 form 5 agar diorang turut belajar sesuatu yang baru melalui pengalaman diorang sebagai seorang pemimpin.


Seseorang pernah berkata yang mereka tidak sehebat kita (form 6) kerana kita ada kelebihan dari segi ilmu, pengalaman dan kematangan yang lebih baik berbanding mereka. But guys, don't you think that by giving them chances being a leader, they will gain all the benefits we've already got and will learn to be a much better person. diorang mungkin tidak sebagus kita sekarang kerana diorang tak belajar pengajian Am dsb. but who cares?
as the elder, kita juga atas dasar kemanusiaan dan ukhuwah boleh menegur dan memberi tunjuk ajar sekiranya diorang buat salah.


Apabila kita tidak dapat menjadi pemimpin, bukan beerti kita tidak berkepimpinan tetapi sebaliknya supaya kita boleh tunjuk qudwah kepada adik2 bahawa kita boleh jadi pengikut yang baik, yang menyenangkan pemimpinnya.

Jangan kerana tidak berpuas hati, uols kata guru-guru tidak memilih uols kerana memandang serong terhadap uols. is it obviously true or it is just an assumption? anybody got an evidence? anybody know that why some of the teachers were being a little bit skeptical towards form 6?

Kalau ianya satu kenyataan yang betul pon, forsure there must be some reasons behind. Have you ever know why?  Again, sekiranya ia sesuatu yang betul that cikgu2 pandang serong terhadap form 6... then do something WOW untuk bersihkan nama bacth but not by blacklisting the teachers who judges us.
show some respect so people will respect you in return.   


Guys bila korang sebut yang korang dihina dan dicaci. seolah-olah orang yang melakukannya seperti tidak berhati perut dan tidak ikut syara' pulakk. Sedangkan pelaku yang korang maksudkan ialah seorang guru yang darjatnya sangat tinggi kalau nak dibandingkan dgn kita.  secara teorinya, perhaps the teacher don't meant to humilate you but you took it as a humilation. instead of menganggap kita dihina cikgu, lebih baik anggap kita ditegur cikgu. even diri kita akan lebih tenang dgn perkataan teguran berbanding hinaan.


Biasa dengar tak.. "kita takkan tahu kelemahan kita tetapi orang lain lebih tahu kerana mereka yang melihat."
sentiasa lah anggap diri itu serba kekurangan dan berlapang dada dengan teguran. kalau kita rasa kita terbaik dan lebih baik, kita akan tolak pandangan orang lain yang kita anggap tidak sebaik kita. kalau terluka sabarlah kerana sabar menjadi lambang kekuatan kita.

aku dgr ceramah dkt OASIS, "pada suatu masa Rasulullah duduk dgn para shbt, Apabila slh sorg shbt yg duduk di sisi baginda didatangi seseorang, dituduh dan dimarahi tetapi masih berdiam diri dan bersabar, baginda saw. tersenyum. Sekali lagi apabila diperlakukan perkara yang serupa dan shbt tersebut naik marah.. baginda mula berganjak dari tempat duduknya. Apabila shbt tersebut bertanya, kata Rasulullah, ketika dia bersabar rasulullah saw tersenyum krn para malaikat mengelilinginya dan rasulullah berganjak pergi ketika dia marah kerana melihat iblis dan syaitan menegrumuninya." - ampun maaf sbb tak ingat hadis apa dgn matan sanad n perawinya.. err~ sori


satu lagi, bila cikgu disiplin kata form 6 langgar peraturan sekolah, form 6 bangun lambat, form 6 itu, form 6 ini and bla bla dkt asrama.. tahukah korang yang apabila cikgu mensabitkan kita bersalah bukan lah maksudnya adik2 junior lain tak ada langsung buat salah dan baik all the time. it is just kesalahan kita lebih sikit dari kesalahan yang selalunya dilakukan oleh adik2 bawah kita. Why don't we take it positively jika kita taktahu menahu tntg sesuatu itu secara jelas? Bersangka baik tidak akan merugikan kita kawan-kawan. tetapi bersangka buruk itu lebih bahaya. tepuk dada, tanya iman. we know ourselves better. 

dari satu sudut yang berbeza : takkan cikgu disiplin nak lantik seorang upper 6 yang bawak barang haram ke sekolah sebagai pemimpin, sedangkan ada junior yang lebih muda dan berkelayakan pluss tak pernah langgar peraturan sebagai calon lain? contohnya laa


banyak lagi nak taip tapi keadaan xmengizinkan. ehem x3.. aku tak sure ada kerr budak2 dari kalangan form 6 mahad akan baca entry neh? rasa mcm xmungken laa. tp kalau korang terbaca, aku tataw apa yang korang rasa tentang pandangan aku neh. huhuhuhu~

mende neh dh lama tersimpan dlm hati aku. nk luahkan tp tak berapa nak berani. rasa macam aku je yang  fikir macam ni. satgi orang kata aku menggelabah pulak. aku bagi pandangan ne taksemestinya aku tak menyokong taw..taw. cuma aku agak ralat bila soal hina-menghina ne disebut-sebut. kadang-kadang mnde tu melibat cikgu-cikgu yang dah banyak mencurah ilmu kpd aku sebelum ini. jadi x sedap lah kan, bila sampai ke telinga aku. mungkin korang tak kenal lagi atau mungkin korang pon baru menilai secara luaran cikgu2 ni, tapi setakat dua atau tiga tahun diajar dan bersama dgn beberapa org cikgu2 (especially guru disiplin) ne, aku yakin yang mereka sgt baik, at least taklah sampai tahap berniat hina-menghina tuu.

memang aku tak rasa apa yang korang rasa.. tapi just hope you guys can take things positively. pesanan aku, beware of provocation and always think positive. jadikan masalah sebagai batu loncatan utk jadi lebih baik sebab aku pon yakin kita semua lebih baik, InsyaAllah.

[notakaki] bowling harini memang best. dan Rabu kali ini merupakan Rabu paling bersejarah untuk tahun ini. tak lupa juga... THANKS Kak Wan Nurul Izzah. ngeee~ hepi betoi petang tadi.. :)

kbai. sori la panjang nor entrinya. Assalamualaikum.

Tuesday, July 3, 2012

CONTENGAN JALANAN



assalamualaikum wbt. dan salam satu Malaysia

Assalamualaikum wbt. Salam sejahter dan Salam satu Malaysia. 

First of all, thanks to SOFYOSEOB. kalau tak kerana kebaikannya maka aku takkan dapat hapdet belog kali ini. terimas yo! Bila sebut tentang CONTENGAN JALANAN, semua orang mesti terbayangkan karya hebat HLOVAATE bukan? aku tak baca lagi pon novel tu and I'm going to sooner. aku bukan nak citer pasal Hlovate pon. tapi sekadar nak meluahkan apa yang aku tengah rasa sekarang.

apa yang aku rasa sekarang? aku pon taktaw nak gambarkan macam mana. 
Lepas PLKN dulu... hidup aku rasa macam lain sgt. 
aku rindu kawan2 lama aku. rindukan anak2 murid aku dekat Tadika KDN dan rindukan arwah adik aku. Kehidupan di sekolah pon best jugak. aku sentiasa cuba jatuh hati pada bacth baru ne, think all the way positively and give everything all out and the best utk STPM and form 6 seperti yng pernah disarankan Imran sebelum2 ne..

aku harap aku takkan berlebih-lebihan the  way I am used to be before. I want to be an easily overlook person. fufufufu~ kehidupan dekat sekolah pon boleh tahan mencabar gaks. ttaw la.. kbai. GTG. selamat menatap gamba2 budak 6 Ibnu Hisyam; my classmate time gotong-royong keceriaan kelas minggu lepas.

ASSALAMUALAIKUM










Sunday, July 1, 2012

Pergi Tak Kembali


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia




Fufufuf~ aku baru balik dari sekolah (3:30 ptg) dan sebenarnya teramatlah keletihan.

Guys, hari ini hari Khamis. Malam ini akan jadi Khamis malam Jumaat dan hari esok adalah hari Jumaat. Kalau dihitung-hitungkan, sudah genap seminggu adik perempuan aku pergi meninggalkan kitorang di sini. (al-fatihah buat arwah) walaupun dalam hidup ini akan ada jutaan hari Khamis dan Jumaat, ianya takkan pernah serupa dengan Khamis dan Jumaat minggu lepas sewaktu arwah meninggal dunia di High Dependency Ward (HDW), Hospital Serdang.

Kehilangan seseorang yang rapat dan disayangi sememangnya memberi tamparan hebat pada diri ini. But I believe I will stay strong ^^v Abah pernah cakap, apa yang menimpa arwah; kesakitan dan pemergiannya ini kemungkinan merupakan pengajaran buat kami yang masih hidup. Aku yakin! Tentu sekali suratan yang ditetapkan Allah ini ada banyak hikmah dan rahsia di sebaliknya. Semoga kebaikan dpt dipraktikkan dan amal soleh dpt diperbanyakkan – semoga Allah permudahkan. Manakala untuk arwah pula, secara peribadinya aku akan sentiasa mendoakan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih NYA, ya Rahman, ya Rahim, Allahu ya Rabbi, InsyaAllah. Kenangan dan suka duka yang dikongsi dengan arwah adik aku adalah sesuatu yang akan aku ingat sampai bila-bila dan akan menjadi teman aku bila aku rindukan dia. :)

My late sister was so much stronger than I am. Dua minggu dia di KPJ Damansara, 2 minggu di wad nephrology Serdang dan almost 3 weeks di HDW Serdang dilaluinya tanpa banyak rungutan. Aku memang tabik part tu. Aku kat rumah kena gastrik pon dah berguling-guling meraung tak ingat dunia. Mungkinkah kerana ketabahan arwah itu maka Allah memilihnya untuk diberikan ujian? Wallahualam. Aku sekadar berbaik sangka. Sesungguhnya pengetahuan Allah Maha Luas, segala puji kembali kepada NYA. Sesungguhnya ujian bukti kasih Allah terhadap hambaNYA; aku optimis :)

Arwah sebenarnya sakit buah pinggang. Tahap kerosakan tak ditentukan keranan keadaan arwah selalu tak stabil. Dalam surat kematian, dr tulis puca kematian adalah kerana jangkitan kuman di wad. Katanya antibody arwah memang lemah so bila diserang demam dan sebagainya, such of that stuff memberi impact besar dan buruk pada keadaan arwah yang already unconcious.

Sepanjang arwah adik aku; NORFARHATUL SHAHIDA berada di HDW dalam keadaan unconcious, aku selalu je doa moga Allah panjangkan umur arwah. Rupa-rupanya telah tertulis di luh mahfuz usia adik aku sampai 13 tahun 9 bulan sahaja.
Pada hari Khamis malam Jumaat pukul 10:30 malam, arwah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kami selamanya. Time tu kami sekeluarga ada dekat tepi arwah;  Alhamdulillah sempat bersamanya pada saat-saat terakhir sebelum kehibaan menyelubung kami. Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un; dari Allah dtg, kepada Allah jualah tmpt kembali.

*****************

                               لا اله الا الله ، محمد رسول الله

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

******************



[notakaki] entry ini di-draft-kan pada 28 Jun 2012. Assalamualaikum