Wednesday, September 14, 2011

Nayzak [part 2] : Hadith

sebab harini TERlebih lapang sikit dari sebelumnya,
maka aku ambil kesempatan ini untuk menjenguk ke laman Nayzak di DEVIANT ART.

lama juga aku selongkar laman dia. memang seronok. emh, seronok sebab
dapat info daripada lukisan2 CHANTEK dia and seronok jugak sebab dapat menikmati hasil
seninya. SEJUK MATA MEMANDANG.

aku nak SHARE dengan uols. anyway, gamba je lahh bole share. interactive flash comic dia
takleh nak diupload sbb aku tak reti and sebab aku takdek flash player. (aku print screen muka depan jeh
untuk korang semua.)


kalau TAK CLEAR, klik image untuk gambaran yang lebih BESAR





gagagagg!! \('o')/  *excited* drawing dia lawa kan? kan? kan? Aku selalu bermimpi untuk menjadi se-berseni macam ni.semoga impianku dapat direalisasikan suatu masa nanti; InsyaAllah. Korang tolong doakan sekali yerr. (mana tau doa korang mudah diperkenankan... huhu)

wokeh. lets see apa yang aku dah print screen-kan untuk korang.

secara ringkasnya, cite ni menegaskan bahawa setiap sesuatu yang wujud itu, 
MESTIlah ada penciptanya. baik sesuatu yang kecil dan nampak remeh,
mahupun sesutu yang HUGE macam penciptaan alam semesta. 




cite ne pulakkk, mengajar bahawa deria yang ada pada kita ini
sepatutnya disyukuri kerana ia nikmat yang BESAR dan tak ternilai. (betoi.betoi.betoi!)




story ini mengisahkan tentang beberapa persoalan yang SELALUnyeh tak TERjawab oleh
ramai orang. tetapi sebenarnya, ISLAM ada jawapannya.  





slide ne yang paling banyak dan ambil masa AGAK sangat lama untuk aku teliti dari satu slide ke satu slide yang lain. slide ne  menghuraikan tentang beberapa potong ayat Quran yang selalu disalahgunakan 
insan2 yang ISLAMOPHOBIA sebagai senjata untuk mengelirukan umat Islam
yang kurang pengetahuan Islamnya.
[Wallahu'alam]

nak usya jugak karya2 Nayzak? meh SINI
anyway, pandai2 lah selongkar dan cari apa yang korang nak. 

Assalamualaikum wbt.

Program Kendiri MaHISS

ehem3. bismillahirrahmanirrahim.
tiga sahabat. yang paling kanan, DO diikuti RE dan MI :)


emh, minggu bila tah. aku tak ingat. program kendiri untuk muslimat MaHISS berlangsung sekali lagi.
hari itu, perkara yang diperkatakan adalah mengenai adab bersahabat dan adab .... *takingat*
aku nak share SIKIT je sebenarnyeh. InsyaAllah yang SEDIKIT itulah yang berguna.

TAHAP2 dalam SEBUAH PERSAHABATAN:
(adakah aku dan korang sahabat terhebat? let c)


tahap paling bawah - BERLAPANG DADA
tahap tengah-tengah -  *aku tak ingat lah. tiba2 je*
tahap yang paling tinggi - IKTITHAR ; melebihkan sahabat kita.

p.s. mintak maaf sesangat untuk perkongsian yang berkualiti rendah ni.

takpelah yerr.. nanti aku rujuk teman2 yang TAK CEPAT PELUPA pasal program kendiri
haritu. anyway, sebab aku TERtakingat benda yang aku nak share dekat korang... so, aku akan share menda laen dengan korang. sesuatu yang InsyaAllah, BERGUNA gak. (pasal sahabat gak)

dipasta dan diolah dari SINI


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.





Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit:
 ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat Pengampu:
 Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan:
 ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.









ASSALAMUALAIKUM wbt

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt. aku masih lagi dalam trial-season sebenarnyeh. paham2 lah korang bahawasanyeh aku sedang TAK ke sekolah; kalau tak, takkanlah aku boleh ber-blogging. aku nak mintak maaf atas kehilafan yang telah berlangsung dengan jayanya dekat belog bertuah ni. ada apa2 yang dirasakan kurang manis terjadi, and uols nak menegur.. aku amat mengalu-alukannya.

Friday, September 2, 2011

Pertunangan cucu sulung arwah Hj Ramli


hantaran hasil kolaberasi cik Non dan cik Ani memang class.
macam pro bebeh. tak lupe gak, dibantu ole mak long :)




Kamil dan abang Hanif bersama bonda2 mereka. mata 
semua tak pandang camera :(





aku dengan pose yang memburukkan keadaan. lap you abah!




cousin lelakiku yang...




Akmal yang GEMAR merosakkan gambar dalam camera aku.
kalau dalam camera orang len tuu, macho jeh.





The hottest twin eva! Kak Husna & abang Hanif :)




huda; my sis bersama kereta kesayangan abang Hakim.
pinjam jap yerr.




cube usya betol2. kereta the hottest twin tuh. huhu. jgn mare.





kaum kerabat abang Hakim bersama SEMBILAN dulang hantarannyeh.





sepupu sepapat yang BAHAGIA (kecuali aku sbb aku photographer)
bersama dengan abang Hakim dan Kak Ieza. 
so sweeeeeetttttt.



gamba yang paling ori dalam banyak2 pic abg Hakim n kak Ieza.
first sbb aku tak edit langsung pic ne (x mcm pic2 kat ats tuhh) second sbb pic ne pic CANDIT. 
dyorg tak sedar ponn aku snap.
lastly, sebab aku rasa senyuman kak Ieza dlm pic ne adelah senyuman paling ikhlas dan yang paling manis.

Terlebih vitamin M?



aku betolak ke Johor Baru dari KL on raya kedua. dan sekarang dah raya ke empat. serious cakap, progress stadi aku superb slow. *takmalugtawkorang* aku salu cam TERtension mengingatkan bahawa AKU TAK BELAJA lagi on banyak topik pada banyak subjek. but then, bila nak stadi jeh, banyak pulak dugaan yang mendatang sekaligus meosakkan semangat dan rancangan aku untu stadi. huhu. kadang2 tertidur. ada satu masa tuu plak, aku baru nak stadi tapi mak aku suuh tolong beliau ler pule. gagaagga. tak kuat an aku neh? ke... terlebih vitamin M?

 aku nak kata takda dorongan... aku memang sentiasa terdorong utk belajar sbb parents aku tak putus support aku. aku tau yang education is very important; SANGAT. aku tau Islam menuntut penganutnya menjadi seoang yang berilmu; inginkan dunia perlukan ilmu, inginkan akhirat pelukan ilmu and it goes the same if you want it both. *speakingsesedaprase*. tambah2 lak, semenjak dah besa ni, aku asyik terPERNAH minat guy yang cerdik pandai je. of course lah aku sngat terdorong untuk be great in my academic.

tanpa pelajaran dan kejayan yang cemerlang, aku takkan mampu capai impian aku untuk buka butik sebesar IKEA. aku TAHU tuuu.

doakan aku ye. aku pon akan berdoa gak; mcm yang kat atas tuu. TRIAL negeri Selangor : 3 DAYS on counting. I wish to be RAJIN. moga dikurniakan kefahaman dan kekuatan.