Saturday, July 9, 2011

9 July 2011


Youtube tentang 'BERSIH 2.0'


aku bukannye nak nyemak2 memperkatakan tentang hal politik
di negara tercinta ini sebab aku pun tak punya banyak pengetahuan dan ilmu
yang cukup. tapi, sebagai salah seorang rakyat Malaysia, aku tak dapat lari dari menjadi pemerhati apa yang terjadi sekarang ni; isu Bersih 2.0.

dah macam2 laporan bergambar dan bertulis aku usya dalam surat khabar.
ngeri jugak tengok.. Entahlah. Tapi yang pasti aku tak suka.

Berkenaan dengan link di atas... aku rasa macam
"maluuu gile. Malaysia masuk berita luar tapi bukan berkenaan sesuatu yang
membanggakan malahan tentang protes dan kekejaman polis."
aigooo~

berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah..
kita semua pasti akan aman.
bila dah jadi gini,
bukankah ianya satu petanda bahawa
sistem muamalat Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. tidak diamalkan sebaiknya di Malaysia?
Wallahu'alam. Allah jua yang lebih tahu.

entri ini diolah setelah mengintai blog brader solihin.

Tempat di Hati


di tengah2 taman rekreasi yang sunyi, kelihatan dua merpati sejoli sedang duduk bersama-sama dan berbual.

tidak jauh dari lokasi tersebut, sebenarnya terdapat beberapa lagi makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Mereka juga sedang berbual-bual.

Ikhlas : Lihatlah mereka berdua tu, tak lama lagi pasti aku yang mendapat tempat di dalam
hati mereka berdua. Sememangnya hati mereka itu merupakan tempatku.
Kasih : Eh, kau rasa begitu? Pada pendapat aku, aku dan saudara2ku adalah lebih layak
mendapat tempat di hati mereka. Kau tidak akan kekal lama wahai Ikhlas.
Ikhlas : Kenapa pula begitu?
Kasih : Kerana keikhlasan itu akan melahirkan perasaan kasih sayang sesama mereka.
engkau tidak penting.
Cinta : Kasih, kau bercakap besar. Engkau juga sebenarnya tidak akan lama di dalam hati
kedua mereka. Aku, Cinta. Aku lah yang akan mengambil alih tempat itu setelah
kamu berdua. Aku tidak akan hilang dan akan terus bersemi.
#### : HAHAHAAHA *ketawa!
Tiada siapa yang lebih hebat daripada aku. Aku jarang sekali tewas dalam menakluki
tempat tertinggi dalam hati manusia. Aku pasti, aku akan mendapat tempat di hati
mereka.
Semua : Siapa engkau. Engkau kedengangaran begitu yakin dengan apa yang diperkatakan.
#### : aku adalah NAFSU.

p.s. Semoga kita semua mendapat iktibar di sebalik dialog ringkas ini. :) Aku sekadar berkongsi.
Untuk ak, kau dan kita semua.. faham2 kan dan sebarkan lah pengajarannya.
Nafsu itu tidak punya apa2 selain keburukan dan menyesatkan.

bnyk error doe nk buat entri neh.. mmaf lah, saya mmg xberminat nk edit sbb leceh. layan diri ye.

Hunt & Race (KPS)

Ehem2.. Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt. kpd yg sdg TERbaca entri ini :)
moga2 kita semua sentiasa di bawah naungan rahmatNYA; InsyaAllah :)

di pagi yg sgt sejuk ini, aku nk berkongsi tentang HUNT & RACE
yang dianjurkan KELAB PENGGUNA HULU LANGAT dan
JABATAN PELAJARAN HULU LANGAT
untuk kami2 yang merupakan ahli Kelab Pengguna Sekolah (KPS)

Hari: Semalam (Sabtu)
Tarikh: Semalam (9/7/2011)
Masa: 7.00 pg - 3.00 ptg
Tempat: Taman Wetland, Putrajaya

ahli KPS SMKA Maahad Hamidiah :
team MaHISS 1 & team MaHISS 2 (budak putre :)
Ditemani oleh Cikgu Pazilah n Cikgu Mazita serta camera girl
bertanggungjawab, Ain Natasya. "Time kaseh ye, amek kan pic ne."

pose aku mmg slack lahhh :|




Look Out Tower yang mmg tinggi gile.
konon la mreka2 ni naek nk amek info or any klu..
HAMPEH~ takde apa puunn.

dari kiri : Wawa (pengerusi bebeh), & Izzah (Bendahari)
depan: Hanan Adzha (yg berpaling dr klb rekacipta)



fuhhh... sesungguhnya, teramatlah memenatkan penerokaan
di Wetland ini...

carik!!carik tempat BBQ cepat!



SMK Taman Jasmine di depan. KEJAR!!!!
huh~ time ni hanya Hanan dan Wawa yang bersemangat kental je
yang mengetuai team MaHISS 1 yang masing2 berada dalam jarak
1-2 meter antara satu sama lain..




akhirnya tiba juge di tempat 'berbeku' setelah melalui macam2 halangan. (poyo)
dah macam amzing race peringkat daerah beb. :D
Dari kiri: Wawa, Izzah Fauzi dan aku (Eizah)

kitorang yang kedua sampai tau tak!!!

p.s. Izzah! happy becoming BIRTHDATE utk SELASA (12/7/2011) nanti. aku takot
ak tak sempat on; berbeloging. hehehe..


Friday, July 8, 2011

SEMINAR yang hebat :)

entri ini untuk kawan baik ak : NOR WAFA
(korg takkan dpt ngusya nyeh blog die sbb die private lahhh)
:
:
Wafa' selamat pergi ke seminar yg hebat tuhh, ada apa2
info yang dirasakan menarik dan boleh buat aku tertarik,
jangan segan2 share..
:
:
jangan fikir sgt tentang 'treasure hunt' yg kau dah
TERlepaskan peluang neh.
Have fun dan doakan ak selamat pergi
dan pulang..
BAHAHAHA! (poyo je)
:
:
HIDUP KELAB PENGGUNA!!
(semangat tahap x ingat bukan.)
yg dikasihi pengerusi, msti berbangga sbb
aku war2 kan kelab dia kat blog neh. hehe.

Tanggungjawab dan Hak-Hak Pengguna


Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt.

azan subuh baru saja berkumandang (masih). Tak pasti azan tersebut dari masjid/surau mana
sbb yg jelasnya, bukan dari surau sebelah rumah aku di sini. mungkin dari sekolah aku kott.
Kalau takpun, country High.. ada msjid eh dlm tuuu? (apa aku ngarot ni??)

1) Aku sebagai ahli aktif (poyo kan?? :) dalam persatuan pengguna SMKAMH kejap lagi nk kongsikan serba sedikit asas2 yang perlu diketahui sekelian masyarakat tentang hak2 pengguna dan sebagainya.
mana tahu tiba2 maklumat cmni sangat2 diperlukan pd satu2 masa nnti; wallahu'alam.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA:
  • .Kesedaran untuk mengkritik
    Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
  • Penglibatan dan tindakan
    Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
  • Tanggungjawab sosial
    Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
  • Bersatu padu
    Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
  • Tanggungjawab terhadap alam sekitar
    Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang

HAK2 PENGGUNA :

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan

yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi

dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta

perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya

membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan,

pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.

Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan.

Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya

dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada

pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau

berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi

perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan

kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan

pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat

kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan.

Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada

pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar

menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi

pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas

daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana

kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau

dimusnahkan.


[notakaki] untuk lebih maklumat, boleh usya blog pengguna. sebagai ahli kelab pengguna sekolah,

aku sarankan masyarakat di Malaysia yang membuak-buak sifat inquiry-nya untuk menambah pengetahuan dan informasi di web tersebut; InsyaAllah.